Soalan : Apakah fenomena kematian itu menakutkan atau ianya berbeda-beda bagi si mayat iaitu
ianya disenangi dan disukai oleh orang-orang beriman dan orang-orang yang baik lagi soleh dan ianya
menakutkan dan menggerunkan orang-orang yang tidak beriman lagi rosak dan jahat ?
Jawaban : Al-Qur'an berkata ''Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut / Setiap yang bernyawa mengecapi
kematian'',''Zaaiqah'' adalah berbentuk Ismul fa'il ( di dalam bahasa Arab ) dan ianya memberi erti
penerusan maknanya yakni kita sentiasa merasai dan mengecapi kematian dan Tuhan tidak berfirman
''Kullu Nafsin Tazuuqul Maut'' yang memberi makna akan merasai kematian.Di dalam pergerakan benda-
benda wujud di dalam alam setiap peringkat sebelumnya berbanding peringkat setelahnya adalah ((maut
dan kematian)), (( Mudhghah)) hendaklah mati sebelum sampai kepada peringkat kejadian (( Alaqah /
segumpal darah )) dan pada dasarnya sekiranya kita tidak mempunyai maut-maut yang banyak yang lalu
kita tidak mempunyai peringkat yang sebegini pada hari ini.
Walaubagaimana pun kematian-kematian ini bermakna bahawa sesuatu benda wujud melepaskan
secara beransur-ansur satu siri dan rangkaian kebergantungan kepada peringkat yang sebelumnya dan
peringkat yang rendah dan menuju kepada satu tingkatan tinggi.Contohnya, epal sampai ke satu tempat
di mana ia hendaklah melepaskan dan memutuskan hubungannya dengan pokok epal dan manusia juga
pada peringkat janin dan setelahnya sampai ke satu tahap yang mana ia perlu melepasi peringkat rahim
dan memasuki ruangan baru yakni dunia ini.
Begitulah juga akan datang satu maut yang mana manusia ini hendaklah memutuskan semua kaitan
dengan ruangan dunia ini dan memasuki ruangan lain.
Maka itu kita dengan kematian-kematian tidak kehilangan sesuatu dan tidak akan kehilangan sesuatu
dan ''Maut'' itu sendiri bukanlah sesuatu yang digeruni ---Ayatullah Hasan Zadeh Amuli.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment