Punca-punca kebangkitan Imam Hussein a.s
1.Keadaan kepimpinan yang parah dan kritikal menerajui kaum muslimin.
Imam sebagai jawapan kepada permintaan bai'ah Walid ,Gabenor Madinah untuk Yazid berkata :
انّا للّه و انّا اليه راجعون و على الأسلام ألسّلام اذ قد بليت الأمّه براع مثل يزيد
"selamat tinggal Islam sekiranya ummat ini diturunkan bala dengan dipimpin oleh pemimpin seperti
Yazid"
2.Surat wasiat Imam Hussein a.s kepada adindanya Muhammad Ibnul Hanafiyyah mengisyaratkan
kepada 4 motif kebangkitan beliau :
a. أنّما خرجت لطلب الأصلاح في أمّة جدّي
Memperbaiki urusan ummat ninda beliau Rasulullah s.a.w
b. أريد أن آمر بالمعروف
Menyuruh berbuat kebaikan
c. و أنهى عن ألمنكر
Mencegah kemungkaran
d. و اسير بسيرة جدّي و أبي
Melaksanakan cara Rasulullah s.a.w ninda beliau dan ayahndanya Ali bin Abi Talib a.s
3.أ لاترون أنّ الحقّ لا يعمل به و الباطل لايتناهى عنه
Hak dan kebenaran diabaikan dan kebatilan berleluasa
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment