Tuesday, 22 November 2011

Harimau Muda vs Helang (kelayakan Olimpik 2012)


                                                        
                                    
                                                                    
Kita mengambil kesempatan keberadaan squad bolasepak Syria di Kuala Lumpur untuk meninjau
pandangan penganalisis Antarabangsa En.Zaini Zainal Abidin seputar isu Syria.

En Zaini Zainal Abidin :
        ........Pandangan saya tentang isu Basyer Assad ( Syria ) yang sedang hangat diperbincangkan di
media sekarang , ada beberapa perkara penting yang ingin saya kongsikan tentang pergolakan politik di
bumi Syria

 1) Kerajaan Turki yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh dunia Islam telah memperlihatkan
wajah sebenar mereka.Ankara mengecam Damsyik yang membunuh kumpulan pemberontak ( militan )
tetapi tentera Turki dan polis rahsia mereka sejak tertubuhnya negara Turki moden sehingga ke hari ini
( di bawah kerajaan Erdogan ) telah membunuh ratusan ribu warga Kurdish yang bermazhab Syafi'e (Sunni)
yang juga merupakan bangsa kepada Salehuddin Al-Ayyubi.Tetapi kerajaan Basyer Assad yang menentang
puak militan Wahabi yang dibiayai oleh Amerika,Eropah dan negara-negara Arab dikecam oleh Ankara
( Turki ).

2) Kerajaan Erdogan / Turki yang dinobatkan oleh media barat sebagai kerajaan Islam demokrasi terbaik
telah beberapa kali bermain wayang untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Zionis
tetapi hubungan mereka menjadi semakin akrab.Sebaliknya kerajaan Basyer Assad bukan sahaja tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan  haram Zionis malahan memberikan kerjasama kepada
Republik Islam Iran untuk membantu perjuangan musuh-musuh Zionis iaitu Hizbullah dan Hamas.

3) Apa yang berlaku di Syria hari ini telah menelanjangkan kedurjanaan pemimpin-pemimpin Arab yang
bersekongkol dengan Amerika dan Zionis dengan memberikan bantuan senjata dan wang kepada pengganas
Wahabi untuk menjatuhkan kerajaan Syria yang satu-satunya negara yang menyebelahi Tehran semasa perang Iran - Iraq dari tahun 1980 hingga 1988 di mana Amerika,Eropah dan semua negara-negara Arab
membantu Saddam ( Iraq ) dalam peperangan tersebut.

4) Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di Palestin ( Hamas ) tidak menyokong kumpulan pemberontak di Syria
kerana pemberontak di Syria mempergunakan nama Ikhwan Muslimin tetapi mereka sebenarnya adalah
pengganas Wahabi.Seperti di Indonesia, adalah kurang adil menyamakan kumpulan Muhammadiah dengan
JI ( Jemaah Islamiah ) kerana Muhammadiah melakukan pendekatan sederhana tetapi JI adalah pengganas Wahabi di Asia Tenggara.Begitu juga dengan Ikhwanul Muslimin Mesir dan Palestin ( Hamas ) hubungan
mereka dengan Tehran adalah akrab tetapi Ikhwanul Muslimin Syria menjadi ejen Zionis kerana bukti-bukti
adalah jelas di mana mereka mengangkat senjata untuk menumbangkan Basyir Assad tetapi begitu "Pondan"
dengan Bos Zionis mereka...

5) Kerajaan Erdogan ( Turki ) pada tahun 2009 menjadi orang tengah kepada Amerika dan Zionis dalam
perbincangan berkaitan Bukit Golan ( Golan Heights ) dengan Syria di mana Zionis bersedia memulangkan Bukit Golan terhadap Damsyik tetapi dengan memenuhi beberapa syarat.Syarat-syarat tersebut adalah
                                                  

1) Syria mesti mengiktiraf ( menjalin hubungan diplomatik ) dengan kerajaan haram Zionis.

2)Syria mesti menghentikan segala kerjasama terhadap musuh Zionis iaitu Hamas dan Hizbullah.

3) Syria mesti memutuskan hubungan diplomatik dengan Republik Islam Iran.

Nota: Setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Zaini ZainalAbidin.

SOLAWAT

No comments:

Post a Comment