Thursday, 10 November 2011

Pesanan Ayatullah Uzma Syed Ali Khamene'iy kepada jemaah Haji


                                                                  
                                                          
                                                                
Di antara Haji tahun lepas dengan Haji tahun ini telah berlaku peristiwa-peristiwa di dalam dunia Islam yang dapat mengubah nasib umat Islam dan memberi berita gembira tentang masa depan yang cerah dan penuh kemuliaan dan kemajuan kebendaan dan kerohanian.

Di Mesir,Tunisia dan Libya Toghut-toghut diktator,korup dan bergantung ( kepada pihak asing yang jahat )telah tumbang dari takhta manakala di sebahagian negara lain gelombang kuat kebangkitan rakyat sedang mengancam mahligai kekayaan dan kekuasaan. 

Lembaran baru sejarah umat ini telah menyerlahkan hakikat-hakikat yang mana kesemuanya adalah tanda-tanda jelas Ilahi dan memberi pengajaran kehidupan kepada kita.

Hakikat-hakikat ini hendaklah diambil kira di dalam semua perhitungan bangsa-bangsa Islam. Pertamanya,dari kalangan rakyat yang berpuluh-puluh tahun berada di bawah penguasaan politik asing,muncul generasi muda yang dengan keyakinan diri yang boleh dipuji berhadapan dengan mara bahaya menentang kuasa-kuasa yang dominan dan bertungkus-lumus untuk merubah suasana.

Yang lainnya,walaupun terdapat penguasaan pemerintah-pemerintah sekular dan usaha-usaha terang-terangan dan tersembunyi mereka untuk mengikis agama di negara-negara ini,Islam dengan pengaruh dan kehadiran yang terserlah dan gemilang telah menjadi petunjuk kepada hati-hati dan kata-kata dan seumpama mata air yang membuak berbentuk kata-kata dan tindakan jutaan rakyat memberi kesegaran dan kehidupan kepada perhimpunan-perhimpunan dan tingkah laku mereka...maka tiada natijah selain apa yang berlaku di Tunisia.

Selain itu,di dalam peristiwa-peristiwa satu tahun ini telah diperlihatkan kepada semua bahawa Tuhan Yang Maha Mulia lagi Berkuasa telah meletakkan kekuatan sebegitu sehinggakan tidak ada kekuatan lain mampu menandinginya.Bangsa-bangsa dengan kekuatan pemberian Tuhan ini mampu untuk mengubah nasib mereka dan memiliki pertolongan Ilahi.

  Yang lainnya mustakbir yang dikepalai Amerika Syarikat sepanjang berpuluhan tahun dengan rencana politik dan keselamatan telah menundukkan kerajaan serantau menurut telunjuk mereka dan menurut khayalan mereka jalan yang tiada halangan bagi penguasaan semakin bertambah ekonomi , budaya dan politik keatas bahagian strategik dunia ini. Kini gejolak pertama kebencian adalah rakyat rantau ini, hendaklah yakin bahawa sistem-sistem yang timbul dari kebangkitan-kebangkitan ini sama sekali tidak akan kembali kepada silap perhitungan hina yang lepas dan geografi politik rantau ini akan berada ditangan rakyat-rakyat dan akan menuju ke arah kemuliaan dan kemerdekaan yang sempurna bagi mereka. Yang lainnya tabiat palsu  dan hipokrit kuasa-kuasa barat telah jelas bagi rakyat negara-negara ini - di Mesir, Tunisia dan Libya -setiap satu dengan satu bentuk - Amerika dan Eropah selagi mampu mereka telah berusaha memelihara proksi-proksi mereka dan apabila azam rakyat telah mengatasi mereka , mereka telah mengukir senyuman persahabatan palsu kepada rakyat yang menang. Hakikat-hakikat yang bernilai dan petanda-petanda jelas Ilahi di dalam peristiwa-peristiwa setahun akhir di rantau ini lebih dari ini dan tidak sukar bagi ahli fikir untuk melihat dan mengenalnya tetapi walau bagaimanapun umat Islam khasnya rakyat yang bangun pada hari ini memerlukan dua unsur 




Pertama:
Terus beristiqamah...pengertian takwa didalam tempoh ini bagi rakyat yang bangun ialah tidak menghentikan pergerakan mereka dan jangan dilekakan dengan pencapaian -pencapaian sementara..


Kedua:

 Kepekaan dan kesedaran berhadapan dengan tipu helah Mustakbirin Antarabangsa dan kuasa-kuasa yang terpukul dek kebangkitan-kebangkitan ini.


Marabahaya yang terbesar ialah campur tangan dan pengesanan barisan kufur dan istikbar didalam sistem politik baru negara -negara ini . Mereka akan berusaha sedaya upaya agar sistem-sistem baru tidak mempunyai identiti Islam dan kerakyatan...peranan perlembagaan didalam perkara ini adalah menonjol sekali. Perpaduan Nasional dan rasminya Institusi-institusi agama , kabilah dan bangsa adalah syarat kemenangan mendatang rakyat yang berani dan bangkit di Mesir, Tunisia , Libya dan rakyat-rakyat  lain yang sedar dan berjuang. Ketahuilah untuk selamat dari kezaliman dan tipu daya Amerika dan mustakbir Barat yang lain hanyalah pada keseimbangan kekuatan di dunia yang berpihak kepada mereka, muslimin supaya dapat menyelesaikan permasalahan mereka secara serius dengan para penelan-penelan dunia hendak lah sampaikan diri mereka ke tahap kuasa besar dunia dan perkara ini tidak akan tercapai kecuali dengan kerjasama, satu hati dan perpaduan negara-negara Islam.Inilah wasiat Imam Khomeini pesan yang tidak dilupai.
                                                     

Terjemahan Petikan Pesanan kepada Jemaah Haji 2011 Ayatullah Uzma Syed Ali Khamene'iy.
              
                                                                      

                      
                                      
                                        
                                        

                  
                      
SOLAWAT

No comments:

Post a Comment