قال يا بنيّ انّي أرى في المنام أنّي أذبحك فانظر ما ذا ترى ؟
قال يا أبت افعل ما تؤمر ستجدني انشا اللّه من الصابرين
فلمّا أسلما و تلّه للجبين و ناديناه أن يا ابراهيم قد صدّقت ألرّؤيا
انّا كذالك نجزي المحسنين انّ هذا لهو ألبلوءاالمبين
وفديناه بذبح عظيم وتركنا عليه في الآخرين
سلام على ابراهيم
...Ibrahim berkata : " Wahai anakku ! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka
pikirkanlah bagaimana pendapatmu !" Dia ( Ismail ) menjawab, " Wahai ayahku ! lakukanlah apa yang diperintahkan ( Allah ) kepadamu ; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." * Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia ( Ibrahim ) membaringkan anaknya atas pelipisnya, ( untuk melaksanakan perintah Allah ) *.Lalu Kami panggil dia, " Wahai Ibrahim ! * sungguh engkau telah mem-
benarkan mimpi itu."Sungguh,demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. *
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. *Dan Kami tebus anak itu dengan sembelihan yang besar. *Dan Kami abadikan untuk Ibrahim dikalangan orang-orang yang datang kemudian. *'' Selamat sejahtera bagi Ibrahim''.*
bagi Ibrahim.''
As-Saffaat 102-109
Hari Raya besar Korban di dalam Islam ialah hari raya yang mengingatkan insan-insan yang sedar
akan tempat berkorbannya Ibrahim a.s.Tempat berkorban yang mengajar pelajaran pengorbanan dan
Jihad di jalan Allah Yang Maha Agung kepada anak keturunan Adam,manusia-manusia pilihan dan para
auliya Allah.Betapa dalamnya aspek-aspek ketauhidan dan siasah amalan ini selain para Nabi besar dan
para Auliya' yang mulia dan golongan khas hamba-hamba Allah tiada orang yang dapat menyelaminya.
Bapa Tauhid dan pemecah berhala dunia ini mengajar kita dan kesemua umat manusia bahawa korban
di jalan Allah sebelum aspek ketauhidan dan peribadatan ia mempunyai aspek-aspek politik dan nilai-
nilai kemasyarakatan.
Ia mengajar kita dan mengajar semua supaya menyerahkan yang paling disayangi di dalam kehidu-
pan di jalan Allah lalu beraya lah.Korbankan diri dan mereka yang disayangi dan tegakkan agama Allah
dan keadilan Ilahi.Telah difahamkan kepada kita semua zuriatnya Adam bahawa Mekah dan Mina adalah
tempat berkorbannya para pencinta dan disinilah tempat menyebar Tauhid dan menafikan kesyirikan dan
keterikatan kepada diri sendiri dan orang-orang yang disayangi juga adalah kesyirikan.Telah diajar kepada
anak keturunan Adam pelajaran Jihad di jalan Allah supaya diajar pengorbanan kepada sekalian alam.
Katakan kepada sekalian alam agar tidak berdiam diri di jalan yang hak,menegakkan Keadilan Ilahi dan
memendekkan tangan mushrikin zaman dan hendaklah mengorbankan segala-galanya hatta jika perlu me-
ngorbankan Ismail Zabihullah ( yang diperintahkan Allah untuk dikorbankan )- Imam Khomeini r.a
Kambing korban orang Syiah sempena Raya Korban
tahun ni.Sembelih pun dengan nama Allah.Ada doa
lagi pulak.
wajjahtu wajhiya lillazi fatarassamaawaati wal ardha
haniifan musliman wama ana minal mushrikin.inna
solaati wa nusuki wa mahyaaya wa mamaati lillaahi
rabbil aalamiin.laa shariika lahu wabizaalika umirtu
wa ana minal muslimiin.Bismillaahi wallaahu Akbar..
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment