Perutusan Ayatullah Lutfullah Sofi Gulpaigani
sempena hari Baqi' sedunia
|
Sejarah permakaman Jannatul Al-Baqi:
Pada 8 Shawal, Rabu 1345 H (21 April, 1925), permakaman di Jannatul Baqi (Madinah) telah dimusnahkan oleh Raja Ibnu Saud. Dalam tahun yang sama baginda turut memusnahkan beberapa makam suci beberapa tokoh Islam di Jannatul Ma’la di Mekah iaitu makam bunda Rasulullah, Isteri, datuk dan nenek moyang baginda. Perbuatan memusnahkan tempat-tempat suci ini di Hijaz masih diteruskan hingga kini.
Asal-usul Jannatul Baqi:
“Al-Baqi” bermaksudkan taman tumbuh-tumbuhan. Dikenali juga sebagai “Jannatul Baqi’” atas kesuciannya setelah dipusarakan ramai keluarga Rasulullah dan para sahabatnya. Sahabat Rasulullah pertama di makamkan di Baqi adalah Usman bin Madhun yang meninggal pada 3 Syaban, 3 Hijrah. Rasulullah mengarahkan beberapa pohon ditumbangkan dan shabatnya dikebumikan. Dua ketul batu diletakkan baginda di atas makam tersebut. Tahun berikutnya, putera Baginda bernama Ibrahim meninggal ketika masih bayi juga dimakamkan di al-Baqi sambil baginda mencucuri sedikit air mata. Penduduk Madinah mulai mengunakan permakaman tersebut sebagai tanah perkuburan setelah Rasulullah memberikan salam kepada makam-makam di al-Baqi dengan bersabda “Salam sejahtera ke atasmu wahai wahai penghuni keimanan! Insyaallah, kami turut menyertaimu kelak. Ya Allah ampunilah penghuni al-Baqi” Tanah permakaman Al-Baqi lama-kelamaan diperbesarkan. Hampir tujuh ribu sahabat Rasulullah dimakamkan di situ tetapi jarang disebut makam daripada kalangan Ahlul Bait antaranya adalah makam Hassan bin Ali, Ali bin Hussain, Muhammad bin Ali dan makam Ja’far bin Muhammad telah dimakamkan di sana. Daripada kalangan keluarga baginda pula adalah: ibu saudaranya Safiyah dan Atiqah, ibu saudaranya dan bunda Ali, Fatimah binti Asad. Khalifah ke-tiga, Usman juga dikebumikan di luar kawasan Al-Baqi’, namun pembesaran kawasan telah termasuk ke dalam Al-Baqi’. Tahun-tahun berikutnya ulama-ulama seperti Malik bin Anas dan ramai lagi. Demikian itu Al-Baqi’ menjadi tempat terkenal sebagai bersejarah bagi umat Islam.
Jannatul Baqi’ dalam pandangan sejarawan.
Umar bin Jubair menceritakan Al-Baqi saat lawatan beliau ke Madinah sebagai: “Al-Baqi’ terletak di timur Madinah. Jika kamu memasuki melalui gerbang Al-Baqi makam yang pertama kamu lihat adalah ibu saudara Rasulullah iaitu Safiya, seterusnya makam Malik bin Anas dengan berkubah kecil. Berhadapan dengannya pula makam Ibrahim, putera Rasulullah (s.a.w.) dengan kubah putih di atasnya. Berada di sebelah kanannya pula adalah makam Abdul Rahman, putera Umar al-Khattab yang mashur dengan panggilan Abu Shahma yang ayahnya menjatuhkan hukuman hinga mati ke atasnya. Hadapannya pula adalah makam Aqil bin Abi Talib dan Abdullah bin Jaafar Al-Tayyar. Mengadap makam-makam tersebut pula ialah isteri Rasullullah bermakam kecil dan diikuti dengan makam Abbas bin Abdul Mutallib. Makam Hasan bin Ali terletak di sebelah kanan dengan sebuah kubah terangkat di atasnya. Kepalanya terbaring di kaki Abbas bin Abdul Mutallib. Kedua-dua makam di tinggikan dari tanah. Dindingnya dijaringkan dengan logam kuning dan dipaku dengan paku berbentuk bintang yang cantik. Demikian juga makam Ibrahim putera Rasullullah di jalin. Di belakang makam Abbas, terletak rumah kenangan kepada Fatimah puteri Rasulullah (s.a.w.) yang dikenali sebagai Baitul Ahzan (Rumah Kedukaan) kerana rumah ini digunakan Fatimah selalu untuk untuk bersedih atas kemangkatan ayahndanya. Paling jauh dari situ adalah makam khalifah Usman bersama kubah kecil di atasnya. Kemudian dari situ adalah makam Fatimah binti Asad, bunda Ali bin Abi Talib Selepas 150 tahun kemudian pengembara terkenal Ibnu Batutta tiba dan menceritakan tentang makam Al-Baqi yang jalan ceritanya tidak jauh daripada cerita Ibnu Jubair. Beliau menambah “Di permakaman Al-Baqi terdapat banyak pusara Muhajirin dan Ansar serta ramai para sahabat kebanyakan makam mereka tidak dikenali nama makam mereka.” Rumah Fatimah, Madinah.
Demikianlah beberapa abad berlalu, Al-Baqi menjadi tempat suci yang telah diubah suai mengikut keperluan hinggalah Wahabi mulai berkuasa pada awal abad ke-19. Mereka telah mencemari dan menghina makam para syuhada dan sahabat nabi. Muslim yang tidak bersetuju dengan tindakan ini akan dicap sebagai kafir dan kemudian dibunuh. Pemusnahan pertama di Jannatul Baqi Puak Wahabi percaya bahawa menziarahi pusara pusara dan makam-makam adalah memakmurkan berhala dan perbuatan yang terkeluar dari Islam. Barangsiapa yang tidak beriman dengan fahaman mereka akan dibunuh dan harta mereka akan dirampas. Semenjak pencerobohan mereka terhadap Iraq dan hingga kini Wahabi dikenali sebagai pemerintah negeri teluk telah menghasilkan bencana pembunuhan ramai korban yang tiada seorang pun Muslim terlepaskan jika tidak setuju dengan fahaman mereka.
Sejak 1205 Hijrah hingga 1217 Hijrah, gerakan Wahabi beberapa kali cuba menceroboh Hijaz namun gagal. Bagaimana pun pada 1217 Hijrah mencapai banyak kemenangan di Taif dengan berjaya menumpahkan ramai umat Islam yang tidak berdosa. Dalam tahun 1218 Hijrah mereka memasuki Mekah dan memusnahkan semua tempat suci dan kubah di sana termasuk tanda di atas telaga Zam-Zam. Dalam tahun 1221 Hijrah, Wahabi memasuki Madinah untuk mencemarkan Al-Baqi, begitu juga setiap masjid yang mereka lintasi. Hasrat mereka untuk menghancurkan makam Rasulullah ditangguhkan atas sebab sebab tertentu dan mereka berputus asa.
Pada tahun berikutnya, umat Islam dari Iraq, Syria dan Mesir enggan memasuki Mekah untuk menunaikan Haji. Raja Arab Saudi meletakkan syarat sesiapa pun yang hendak menunaikan Haji hendaklah menerima ajaran Wahabi atau dilabel sebagai orang kafir seterusnya tidak layak memasuki Mekah. Al-Baqi musnah hingga ke tanahnya tanpa tanda mana-mana makam atau batu nisan. Tetapi regim Saudi masih belum berpuas hati. Lantas Raja Al-Saud menitahkan tiga pembantu makam memberitahu tempat harta beharga hadiah para pengunjung makam tersimpan. Harta tersebut telah rampas . Beribu-ribu umat Islam meninggalkan Mekah dan Madinah kerana ingin melepaskan diri dari tekanan dan juga menyelamatkan nyawa mereka sendiri serta penyeksaan yang dilakukan oleh puak Wahabi.
Umat Islam seluruh dunia mengutuk kekejaman pemerintah Al-Saud dan menggesa Khalifah Empayar Usmaniyah menyelamatkan semua makam-makam suci dari kemusnahan.
Seperti yang diketahui umum Muhammad Ali Basha menyerang Hijaz bersama sokongan penduduk tempatan lantas puak Wahabi berjaya ditewaskan dan diusir keluar. Undang undang baru ditegakkan di Mekah dan Madinah dan umat Islam seluruh dunia menyambut girang kemenangan ini. Di Kaherah kemenangan ini disambut selama lima hari. Jemaah Haji pula dapat meneruskan ibadah Haji dengan bebas dan tempat-tempat makam suci kembali dipelihara. Pada tahun 1818 masihi, khalifah empayar Usmaniayah Abdul Majid dan pewaris takhtanya yang lain pernah melanjutkan pemuliharaan semua tempat-tempat suci, memelihara harta pusaka Islam ditempat-tempat suci. Dalam tahun 1848 dan 1860 masihi beberapa pembinaan tambahan yang tingi belanjanya iaitu hamper tujuh ratus ribu Pounds dilaksanakan. Kesemua dana diperolehi daripada kumpulan derma di makam Rasulullah (s.a.w.).
Rompakan kedua oleh puak Wahabi.
Beberapa binaan Islam yang sangat indah dan tinggi nilai arkiteknya yang dibina Empayar Usmaniyah juga telah dirompak oleh puak Wahabi. Pada tahun 1853, Richard Burton yang menyamar sebagai muslim Afghan dengan memakai nama Abdullah dalam lawatannya ke Mekah dan Madinah melaporkan Madinah luas dengan terdapat 55 buah masjid dan makam suci. Pengembara Inggeris yang lain yang melawat Madinah pada 1877-1878 masihi, menceritakan sebuah kota yang besar dan keindahannya seperti Istanbul. Dia menulis tentangnya iaitu dinidng putih, menara emas tinggi lampai dan padang hijau. Puak Wahabi memasuki Hijaz buat kali kedua pada tahun 1924 masihi dengan menumpahkan darah di sepanjang jalan, merompak tanpa belas dan rumah-rumah diranapkan. Perempuan dan kanak-kanak tidak terlepas daripada kekejaman mereka. Awn bin Hashim (Syarif Mekah) menulis: “Sebelum saya, lembah muncul dengan diturap mayat-mayat. Darah kering berlumuran atas mana-mana tanah. Sukar menemui sepohon pokok yang tiada dua mayat di perdunya.” 1925 Madinah tersungkur kepada serangan hebat puak Wahabi. Seluruh warisan Islam telah musnah. Hanya yang tinggal adalah Makam Rasulullah (s.a.w.). Ibnu Jabhan telah berkata: “Kami tahu bahawa binaan yang didirikan di atas makam Rasulullah bertentangan dengan fahaman kami dan meletakkan makamnya di dalam masjid adalah dosa yang keji. Makam Hamzah dan para syuhada dimusnahkan di Bukit Uhud. Masjid Nabi telah dibom. Oleh kerana mendapat bantahan daripada umat Islam, jaminan dijanjikan oleh Ibnu Saud bahawa Hijaz akan diperintah oleh Kerajaan Islam Antarabangsa tetapi janji ini telah dimungkirinya.
Tahun 1925 juga menyaksikan permakaman Jannatul Ma’la di Mekah dimusnahkan bersama rumah kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Semenjak itu hari kejadian tersebut menjadi hari kesedihan buat seluruh umat Islam. Tidak hairanlah puak Wahabi rasa berdosa serta arlegik jika melihat makam yang bernisan dan mempunyai binaan di atasnya dan makam-makam bersejarah dijaga, sedangkan semua ini untuk raja Saudi, dipelihara dengan berjuta dolar mahalnya.
1926, bantahan dilangsungkan oleh umat Islam yang terkejut di seluruh dunia. Resolusi dikirim dan kenyataan bantahan diumum berhubung isu jenayah puak Wahabi ialah:
1. Jenayah meruntuh dan menghina tempat suci iaitu tempat lahir nabi Muhammad (saw), permakaman Bani Hashim di Mekah dan Jannatul Baqi (Madinah).
2. Jenayah melarang umat Islam membaca doa ziarah atau surah fatihah untuk makam-makam tersebut.
3. Jenayah meruntuhkan rumah ibadah, seperti Masjid Hamzah, Masjid Abu Rashid, antara sasaran lain nisan-nisan keluarga Rasul dan Sahabat.
4. Jenayah masuk campur urusan umat Islam menunaikan ibadah Haji.
5. Jenayah memaksa umat Islam supaya menuruti ajaran Wahabi dan jalan-jalan mereka seperti mana yang ditunjuki oleh pimpinan Wahabi.
6. Jenayah membunuh keturunan Sayid habis-habisan di Taif, Madinah, Ahsa dan Qatif.
7. Jenayah menghancurkan permakaman para Imam Syiah dan pengikut mazhab Syiah di Baqi.
Bantahan dari negara-negara lain:
Keseluruhannya bantahan umat Islam dilangsungkan oleh umat Islam di Iran, Iraq, Mesir, Indonesia dan Turki. Kesemuanya melaknati regim Saudi Wahabi atas tindakan barbarian tersebut. Sesetengah ulama menulis pandangan dan kitab untuk mendedahkan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku di Hijaz sebenarnya konspirasi ejen-ejen Israel untuk menentang Islam yang kononnya atas nama Tauhid. Ajaran sesat Wahabi ini juga secara rasminya telah memusnahkan habis-habisan tinggalan dan warisan Islam walaupun sedikit kesan-kesan sejarah. Generasi umat Islam hari ini tidak dapat lagi melihat sejarah mereka sendiri.
Daftar sebahagian makam-makam dan kubah-kubah yang dimusnahkan oleh puak Wahabi.
1. Permakaman suci Al-Mualla di Mekah, termasuk makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah (saw), makam Aminah bunda Rasulullah (saw), dan makam Abdul Mutallib, datuk Rasulullah (saw).
2. Permakaman Hawa di Jeddah.
3. Permakaman bapa Rasulullah (saw) di Madinah.
4. Rumah kedukaan (Baitul Ahzan) Fatimah binti Muhammad Rasulullah (saw).
5. Masjid Salman Alfarisi di Madinah.
6. Masjid Raj’at ash-sham di Madinah.
7. Rumah Rasulullah di Madinah, selepas peristiwa Hijrah dari Mekah.
8. Rumah Imam Jaafar As-Sadiq di Madinah.
9. Kompleks Mahalla Bani Hasyim di Madinah.
10. Rumah Ali bin Abi Talib; rumah kelahiran Saiyyidina Hasan dan Husein.
11. Rumah Hamzah dan makam syuhada di Uhud.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani
menyampaikan perutusannya mengenai hari memperingati
Baqi' yang telah dimusnahkan oleh gerakan pengganas
Wahabi suatu ketika dahulu.
Pesanan beliau adalah seperti berikut:
بسم الله الرّحمن الرّحيم
قال الله تعالي: وَ ذَكِّرهُم بِأيّام اللهِ
Baqi' sebagai permakaman di kawasan Madinah al-tayyibah menjadi konservasi tinggalan penting sejarah awal Islam dan pernah dilestarikan selama kira-kira empat belas kurun hijrah sentiasa membawa kenang-kenangan hari kebesaran; yang mana setiap hari kebesaran itu sangat penting sebagai bukti sejarah apabila Islam diperkenalkan dan Rasulullah (s.a.w) diutuskan oleh Allah (s.w.t). Pemeliharaan tinggalan-tinggalan ini merupakan pemeliharaan dasar dakwah kepada tauhid dan al-Quranul Karim.
Tinggalan-tinggalan ini dan kesan sejarah lain yang terdapat di Haramain sentiasa ada keagungan, kesucian dan menjadi penghormatan di kalangan umat Islam. Orang ramai melihat padanya ada sirah nabawiah, perjuangan Nabi, operasi ketenteraan baginda bersama Ahlul Bait dan para sahabat.
Setiap tempat dari kedua-dua haram ini menambahkan wawasan dan keimanan. Kewujudan Nabi (s.a.w), kesan dan persekitaran kewujudannya, keluarga baginda, (datuk baginda) Abdul Mutallib, Abu Talib (bapa saudara baginda), Fatimah binti Asad (isteri Abu Talib), para isterinya di Madinah, isteri kesayangan Khadijah , cucu pertamanya, cicitnya, Hamzah (bapa saudara) adalah bahagian yang sangat penting dalam sejarah Islam. Begitu juga operasi ketenteraan, para pegawai, masjid-masjid, tempat kelahiran baginda, gunung bersejarah terletaknya gua hira (markaz bi'thah dan bermulanya dakwah), rumah Ummu Hani (tempat bermulanya Mi'raj), dan berpuluh-puluh lagi tempat suci; semua sejarah tempat-tempat ini memperkenalkan agama al-Hanif. Selain itu, Ka'abah dan Masjid al-Nabawi juga mempunyai identiti paling tinggi dengan adanya tempat-tempat ini.
Namun malang sekali kebanyakan permandangan dan makam-makam ini telah dimusnahkan. Kerugian yang ditanggung oleh sejarah Islam akibat pemusnahan bukti-bukti bersejarah ini tidak dapat diganti rugi dan modal sokongan sejarah Islam telah dihancurkan.
Dunia hari ini menunjukkan kerajaan serta rakyatnya cuba menjaga budaya silam dan warisan kebanggaan mereka, jikalau warisan-warisan ini musnah maka nama mereka akan berubah. Tidak satu pun umat dan individu yang sedar menyelewengkan sejarah sendiri seperti ini.
Al-Qur'an membesarkan, memuliakan dan memperkenalkan makam nabi Ibrahim dengan adanya ayat mengenai 'bayt' serta 'maqām Ibrahim' sebagai sebuah penghormatan (al-Imran, 96-97).
Haramain al-Sharif mempunyai makam-makam yang kebanyakannya bersangkut paut dengan penutup para nabi iaitu Muhammad (s.a.w). Sepatutnya makam-makam mulia yang berkaitan dengan Muhamamd ini dilestarikan sepanjang zaman dan dimasyhurkan sama seperti makam nabi Ibrahim di Makkah.
Nama nabi Muhammad, risalah ketauhidannya dan kedudukan-kedudukan baginda perlu dipelihara sebagaimana penjagaaan nama Ibrahim dan tauhid yang dibawa oleh beliau di Haramain al-Sharif. Oleh kerana ada pencegahan memusnahkan makam nabi Ibrahim, larangan beribadat dan solat di dalam makam kerana syirik, maka seperti itu juga tidak diizinkan juga sebarang pemujaan dan pemuliaan makam-makam Muhammadi.
Meskipun tempat suci Makkah dan Madinah mempunyai nama yang lain, namun semua itu adalah tempat nabi pembawa Islam serta kegemilangan baginda. Semuanya adalah tempat sempurnyanya dakwah ke arah tauhid, sejarah agama tauhid, akidah tauhid, pesanan tauhid dan penguat kalimat tauhid.
Seluruh umat Islam hendaklah mengetahui makam-makam Islam dan tidak membiarkan sokongan besar sejarah Islam usang dan ditinggalkan.
Hari ke-lapan Syawal merupakan hari bermulanya pemusnahan Baqi' dan seluruh pusara suci Ahlul Bait dihancurkan, sekaligus identiti Islam juga turut diserang. Oleh itu seluruh umat Islam terutama sekali Syiah dan Sunni, serta berbagai mazhab yang lain hendaklah mengecam jenayah mereka di hari ini. Semua orang hendaklah memperbaharui perjanjian untuk membangunkan semula permandangan dan menghidupkan kembali pohon Islam.
وَلاحول وَلا قوّهَ إلا بالله العليِّ العظيم
Syawal 1433
Lufullah Sofi
Pemberontak Syria serang makam anak saidina
Husain
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas telah mengebom makam suci yang dikaitkan dengan salah seorang anak saidina Husain di 'Masyhad', kota Halab.
Makam 'Muhsin bin Husain' ini terletak di Barat kota Halab. Menurut sejarah, setelah peristiwa Karbala salah seorang isteri Saidina Husain keguguran ketika ditawan dan digiring ke Sham. Anak Saidina Husain tersebut dimakamkan di Halab.
Makam ini kemudiannya dibangunkan oleh Saif al-Daulah, seorang raja Syiah.
Menurut sejarah Halab juga, ketika kepala Saidina Husain dipindahkan ke Sham, darahnya masih menitis di atas batu. Setelah itu tempat tersebut dibangunkan dengan nama 'Masyhad al-Nuqtah'.
Sebelum ini kumpulan pemberontak ini pernah mengistiharkan akan menyerang tempat-tempat suci selain berikrar akan memusnahkan makam Sayyidah Zainab dan menamakan tempat tersebut sebagai Yazidiyah.
مسلحون یقومون بتفجير مقام "محسن ابن الامام الحسين(ع)" في حلب + صور المقام
|
وفقاً لما أفادته وکالة أهل البیت(ع) للأنباء ـ ابنا ـ أعلنت مصادر ان بعض من الجهات تسعى إلى زرع الفتنة الطائفية من خلال استهداف مرقد نجل الامام الحسين (ع) بحلب.
واشار المصدر الى ان المسلحين يستخدمون المدارس للانطلاق منها لتنفيذ عملياتهم، مؤكدا ان العمليات العسكرية مستمرة في العديد من المناطق وخاصة في مدينة حلب.
هذا وسيطرت وحدات الجيش على اكثر من 90 بالمئة من حي سيف الدولة في حلب، كما استولت على مخازن للأسلحة في قدسيا وداريا بريف دمشق.
وفي ذات السياق، اعلن التلفزيون السوري عن انفجار معمل عبوات ناسفة للمسلحين في منطقة اريحا بمدينة أدلب.
کتب «ياقوت الحموي» في معجم البلدان حول هذه المنطقة في غربي حلب: يقال أنه بطل منذ عبر عليه سبي الحسين بن علي (رضي الله عنه) ونساؤه ، وكانت زوجة الحسين حاملاً ، فأسقطت هناك، فطلبت من الصناع في ذلك الجبل خبزاً وماء فشتموها ومنعوها فدعت عليهم ، فمن الآن من عمل فيه لا يربح، وفي قبلي الجبل مشهد يعرف بمشهد السقط ، ويسمى بمشهد الدكة ، والسقط يسمى بمحسن بن الحسين (رضي الله عنه).
کما ذكر المؤرخون كـ «الطبري» و«ابن الاثير» و«الغزي» في تاريخ حلب: وفي سنة 61 هـ قتل الحسين بن علي ( رضي الله عنهما ) بكربلاء ، واحتز رأسه الشريف شمر بن ذي الجوشن ، وسار به وبمن معه من آل الحسين إلى يزيد بدمشق ، فمر بطريقه على حلب ، ونزل عند الجبل غربي حلب ، ووضعه على صخرة من صخراته ، فقطرت منه قطرة دم ، عمّر على أثرها مشهد عُرف بمشهد النقطة.
سیرة الشیخ نمر باقر النمر؛ المعتقل عند آل سعود
|
الشیخ نمر باقر النمر من مواليد عام (1379 هـ) , وهو عالم دین شيعي و امام منظقة العوامیة في شرق السعودیة.
يشتهر بالخطابات المعادیة للنظام السعودي خصوصا في تلك الخطب التي يهاجم فيها أسرة آل سعود والمطالبة بحقوق المواطنین الشیعة المضطهدین، وإثر ذلك تم اعتقاله بتمهة المطالبة بحقوق المواطنین في المنطقة الشرقیة.
نشأته :
ولد الشیخ نمر باقر النمر في محافظة القطيف شرق السعودية في مدينة العوامية.
درس مراحل تعليمه النظامية في العوامية وهاجر بعدها لطلب العلم في عام 1400 هـ إلى الجمهورية الإسلامية الإيرانية، والتحق وقتها بالحوزة العلمية في قم المقدسة.
مسيرته السياسية :
اعتقل الشیخ نمر باقر النمر عده مرات كان اولها عام 2006 وذلك فور دخوله للأراضي السعوديه بعد عودته من دولة البحرين وبعد مشاركته في ملتقى دولي حول القرآن الكريم , وكان سبب اعتقاله هو تقديمه عريضة طالب فيها الحكومة السعودية ببناء البقيع والاعتراف بالمذهب الشیعي بشكل رسمي وإلغاء المناهج الدراسية التي يتم تدريسها في المدارس حاليا واستبدالها بمناهج جديدة لا تعتدي على عقيدة الشيعة حسب قوله.
واعتقل الشیخ نمر باقر النمر في عام 2008 لمده 24 ساعة فقط بمدينة القطيف ويرجّح السبب أنه بسبب تصريح سعد الفقيه المعارض السعودي المقيم في لندن الذي أدلى به قائلا إن نمر باقر مدعوم من إيران حسب رأیه وأن الحكومه جبانة لاتستطيع ايقافه.
وتم ايقاف الشیخ نمر باقر النمر في عام 2009 وتم استجوابه بعد يومين من توجيه انتقادات حاده للحكومة بعد أحداث البقيع التي حدثت في المدينة المنوره حيث هدد وقتها السلطات بإنفصاله أجزاء من المنطقه الشرقيه عن الحكم السعودي.
وأما في عام 2012 فقد هاجم الشیخ الأمير نايف بن عبدالعزيز بعد وفاته واصفا نايف بن عبدالعزيز بالطاغية الذي سيعذب في قبره ولن يدخل الجنة فقد تم الهجوم علیه من قبل أزلام الشرطة السعودية بالرصاص الحي وأصابوه وإختطفوه واقتادوه الي جهة غير معلومة.
No comments:
Post a Comment