Sempena Ulangtahun Syahadah Imam Ja'far As-Sadiq a.s tanggal 25 Syawwal 148 H
Solawat dari Khojah Fadlullah bin Ruzbahan bin Fadlullah Al-Amin Abul Khair Al-Khunji
AsSyafe'i As-Sufi (927 M) kepada Imam Ja'far As-Sadiq a.s
اللّهمّ صلّ و سلّم على الأمام السادس
ألمقرّب السّابق ألمؤدّب ألموافق
ألمغيث للملهوفين عند الطوارق
ألملتجي بحرز اللّه عند نزول كلّ طارق
الّذي بين الحقّ و الباطل فارق
حجّة اللّه القا ئمة على كلّ زنديق و منافق
ألمعتصم بحول الله و قوّته في قتل كلّ خارجيّ مارق
ألمطّلع على أسرار اغيوب بتعليم اللّه الخالق
ألعطوف على كلّ محبوب مصادق أبي عبد اللّه جعفر بن محمّد الصّادق السّيدّ الزّكيّ الصّالح
صاحب السّمع السّميع من اللّه البديع ألمقبور مع أبويه و عمّه بالبقيع
Solawat Allah dan Salam ke atas Imam Keenam.
Yang hampir kepada Allah,Yang mendahului di dalam kesolihan,Yang beradab dengan adab Ilahi dan menepati Sunnah nindanya Nabi s.a.w.
Yang membantu orang-orang yang lemah ketika ditimpa bencana.
Yang berlindung kepada Tuhan setiap bala yang datang.
Yang membezakan hak dan batil.
Hujjah Allah ke atas setiap Zindik dan Munafik
Yang berlindung kepada kekuatan Tuhan sehingga matinya si Khawarij penganiaya.
Yang mengetahui rahsia-rahsia yang ghaib dengan ajaran Yang Maha Pencipta
Yang sangat penyayang kepada setiap yang tulus.
Abi Abdillah Ja'far ibnu Muhammad As-Sadiq Sayyid Yang Suci lagi Salih.
Empunya pendengaran yang peka akan ajaran Allah Yang Maha Pencipta.
Yang disemadikan bersama ayah( Imam Baqir a.s )dan nindanya(Imam Zainul Abidin a.s)serta pamannya
(Imam Hasan a.s)di tanah perkuburan Jannatul Baqi'e(di Madinah Munawwarah).
Petua : Hirz ( Doa keselamatan diri ) dari Imam Ja'far Sadiq a.s:
ما شاء اللّه توجّها الى أللّه وما شاء أللّه تقرّبا الى أللّه ما شاء أللّه تلطّفا الى أللّه ما شاء أللّه لاحول ولاقوّة ألّا باأللهه
maashaa Allah tawajjuhan ilallah wa maasyaaAllah taqarruban ilallah maasyaaAllah talattufan ilallah
maashaaAllah laa haula wala quwwata illa billaah
SOLAWAT
Nota: Kekesalan dilahirkan kepada JAHEAT ( Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu )
kerana menyebarkan berita palsu tentang Hauzah ArRidha a.s di dalam khutbah Jumaat negeri
Terengganu Jumaat lepas(sila rujuk teks khutbah Jumaat JAHEAT ) dan memfitnah mazhab Syiah
Ja'fari dengan menyebarkan fakta yang salah.
No comments:
Post a Comment