Saturday, 10 September 2011

Interaksi Dengan Remaja ( Dari Udara 12000m )



  

  Segelintir sekali orang yang menerima dengan hati terbuka dan tidak merasa tidak senang apabila ditunjukkan keaiban dan kekurangan-kekurangan dirinya begitulah juga para remaja dan anak muda.Jika anda merasakan bahawa anak anda mempunyai tingkah laku yang tidak sesuai dan ia sendiri tidak menyedarinya janganlah samasekali mempersoalkan  keperibadiannya secara keseluruhan.Cara yang terbaik untuk menegurnya ialah pertama sekali diperingatkan perkara-perkara positif yang ada padanya dan akhir sekali teguran dilakukan dengan ungkapan-ungkapan yang positif.Contohnya daripada mengatakan “perkara ini salah dan tidak betul’’ katakan ’’perkara sedemikian adalah sesuatu yang tidak diharapkan’’ atau ‘’lebih baik dari itu dapat dilakukan’’ atau ungkapan-ungkapan sepertinya.Jika  anda merasakan anak anda mempunyai tingkah laku yang tidak sesuai dan ia sendiri tidak menyedarinya,sedarkanlah ia tidak secara langsung dan elakkan dari mengherdiknya dan mengecamnya.
  Janganlah sekali-kali meletakkan diri anda di dalam keadaan dimana anak anda menunjukkan reaksi membalas tindakan anda.Punca terpenting timbulnya keadaan sebegini ialah mengabaikan keperibadian anak remaja dan balasan yang betul atau tidak sesuai.
   Ketika sedang marah kemampuan untuk berfikir menjadi kurang maka itu balasan kepada anak ketika itu tidak bersifat  perbaikan malah ianya lebih berbentuk  melepaskan dendam.
Janganlah memperbandingkan anak anda dengan orang lain seperti “ lihatlah sepupu engkau itu betapa baiknya dia’’
 Jika diri anda sendiri tidak memiliki sesuatu kebaikan itu bagaimana anda mahukan anak anda memilikinya.Maka mulalah dari diri sendiri.
Janganlah walaupun secara bersuka-suka mentertawakan ciri-ciri zahir atau perwatakan anak remaja anda ataupun menyebut-nyebut sesuatu perkara sewaktu kecilnya yang tidak disenanginya.
SOLAWAT

No comments:

Post a Comment