Thursday, 8 September 2011

Panduan ringkas Ayatullah Behjat






Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui di dalam bilangan wirid-wirid dan zikir-zikir ini betapa banyak rahsia-rahsia tersimpan dan setiap satunya berfaedah bagi menyembuh dan menghilangkan penyakit-penyakit apa yang sebahagiannya sahaja yang kita tahu dan sebahagiannya kita tidak tahu !

Solat malam (Tahajjud) adalah kunci segala taufik (kunci kejayaan-kejayaan).

Arahan yang Jami’ dan Mani’ (sempurna) ialah ingat Tuhan sentiasa (di dalam halal dan haram).

Kalaulah raja-raja di dunia ini tahu Apakah kelazatan-kelazatan yang ada ketika beribadat samasekali mereka tidak akan pedulikan perkara-perkara kebendaan.

Apakah kita ada keperluan lain lebih dari mengetahui yang Tuhan itu mengetahui zahir dan batin kita?

Sesuatu yang diketahui secara Dzon dan sangkaan tetapi anda menerangkannya berbentuk sesuatu yang diyakini adalah dikira sebagai dusta.

Apabila ruh manusia pergi kea lam lain ketika iti dia tahu bahawa protokol-protokol yang ada di dunia ini tidak perlu!

Untuk sampai kepada tujuan perlu bersabar,ada takut dan harapan,dalilnya ialah kerja-kerja ini  datangnya dari tempat lain,manusia tiada fungsinya dan intipati sabar itu ialah manusia mahukan sesuatu urusan itu terjadi tetapi ianya terhasil di waktu yang lain. 

No comments:

Post a Comment