Friday, 30 September 2011

Zulkaedah bulan Haram berperang







                                          
 Anak bulan bulan Zulkaedah kelihatan pada hari Rabu malam Khamis 28 Sept 11

              Zulkaedah adalah bulan pertama dari bulan-bulan Haram yang diharamkan di dalamnya

  berperang dengan kuffar apa lagi dengan saudara seagama .Maka orang yang berakal akan memahami                     

hukum berperang dan bercanggah dengan Tuhan di dalam bulan ini.Wahai jiwa ! jagalah hatimu dan tubuh 

badanmu di dalam bulan-bulan Haram lebih dari bulan-bulan lain begitu juga tentang keridhaanmu akan 

ketentuan Tuhan tentang apa yan berlaku ke atas dirimu.

               Marilah kita mengambil peluang untuk beristighfar memohon keampunan Ilahi dan bertaubat dari

segala dosa dan kesalahan yang telah berlaku sebelum kedatangan bulan Haram ini.Telah diriwayatkan 

bahawa Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari Ahad di bulan Zulqaedah lalu bersabda : Wahai umat manusia

siapakah di kalangan kamu yang mahu bertaubat ? Telah berkata periwayat : Semua kami mahu bertaubat

wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda : Mandi dan berwudhu lah dan kerjakan solat 4 

rakaat,dibaca Al-Fatihah sekali pada tiap rakaat,QulHuwallah  3 kali,Muawwazatain (AlFalaq dan An-Naas 

) sekali dan beristighfar 70 kali dan disudahi dengan Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billahil aliyyil Azeem.

Setelah itu dibaca : Ya Aziz Ya Ghaffar ighfir lii zunuubi wa zunuuba jamii'il mukminiina wal mukminaati

fainnahu laa yaghfiruzzunuuba illaahu.

Sabda Rasulullah s.a.w : Tiada seorang pun dari ummatku yang melakukan sedemikian kecuali diseru dari 

langit : Wahai hamba Allah,mulakan semula amalan kerana engkau diterima taubat,diampunkan dosa !        
   


Semoga dosa-dosa kita diampunkan Allah Yang Maha Pengampun 

Petua : Jika dibaca surah Qulhuwallah setiap hari sebanyak 6 kali dengan dibaca ke bahagian atas dan bawah

depan dan belakang, kanan dan kiri,seolah-olah tubuh badan kita telah dimasukkan ke dalam karung 

keselamatan.

SOLAWAT   

No comments:

Post a Comment