Balai Cerap Khawarizmi Melaka ( Hiasan )
Jalan-jalan pembuktian awal bulan:
1.Individu itu sendiri melihat anak bulan.
2.Dua orang yang adil memberi penyaksian yang mereka melihat anak bulan.
3.Tersohor yang anak bulan telah kelihatan dan mendatangkan ilmu tentangnya.
4.Telah berlalu 30 hari bulan yang lepas.
5.Hakim (Syar’ie)telah menjatuhkan hukum awal bulan. (Istifta’ Ayt Uzma Sy.Ali Khamene’i J 848)
Skala bagi awal bulan ialah anak bulan yang tenggelam setelah terbenam matahari dan ia dapat dilihat sebelum terbenam matahari.Maka itu anak bulan yang tenggelam sebelum terbenam matahari atau serentak dengan terbenam matahari adalah tidak memadai. (Istifta’ Ayt Uzma Sy.Ali Khamane’i J 834 )
Tidak ada beza samada melihat anak bulan menggunakan alat atau melihat dengan cara biasa(tanpa alat)kedua-duanya adalah muktabar kerana garis panduannya ialah tajuk ‘’melihat’’ nya itu terpelihara.Maka itu melihat dengan mata kasar atau cermin mata atau teleskop hukumnya adalah sama.Ya,melihat gambar anak bulan melalui pantulan ke komputer yang tidak maklum tajuk melihatnya kedudukannya adalah bermasalah. (Istifta’ 835)
Awal bulan tidak dapat ditentukan melalui takwim-takwim dan perkiraan-perkiraan saintifik ahli-ahli Falak kecualilah terhasil keyakinan dari kata-kata mereka. (Istifta’ J 844 & 848 )
Jika awal bulan telah terbukti di sesebuah kota,ianya adalah memadai bagi kota-kota lain yang berdekatan dan begitu juga kota-kota yang jauh yang sama ufuk dengannya…(Istifta’ J 837,839,840)
Nota: AlFatihah untuk Allahyarham Tokoh Falak Malaysia Ustaz Md.Adnan Md.Daud 72 tahun yang pulang ke Rahmatullah pada 5 Sept 2011 di Institiut Jantung Negara KL.Beliau telah bertugas sebagai Ketua Unit Falak JAKIM selama 10 tahun.Allahyarham telah menulis buku-buku Falak seperti Kaedah Panduan Falak Syarie dan Kaedah Panduan Awal Hijrah disamping menterjemah kitab hadits Bulughul Maram ke Bahasa Melayu.
SOLAWAT
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment