BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Syeikh Qardhawi serang almalik Saudi, pemimpin-pemimpin Arab
Syeikh Qardhawi serang almalik Saudi, pemimpin-pemimpin Arab
القرضاوي يرتعد ويهاجم ملك السعودية وحكام العرب..
|
ابنا: واتهم القرضاوي "الداعية القطري من اصل مصري"، الملك عبد الله والحكام العرب بالضلوع بقتل المسلمين بقوله من خلال الاموال، قائلا: "ان المسلمين يقتلون بملياراتكم"، وذلك اثر التغيير الاخير الذي وقع في مصر والاحداث التي ادت الى خلع الرئيس "محمد مرسي" وما تبعها من مصادمات دموية بين قوى الامن واتباع الرئيس المخلوع.
يذكر ان القرضاوي كان قد افتى بوجوب تأييد مرسي وحرم على المصريين الخروج عليه، كما وصف وزير الدفاع المصري عبد الفتاح السيسي بـ"الخائن" الذي يقتل النساء والشيوخ والأطفال، وذلك في رسالة مصورة وجهها إلى الشعب المصري، وأذاعتها قناة الجزيرة القطرية.
وحرم يوسف القرضاوي استجابة المصريين للدعوة التي كان قد أطلقها الوزير السيسي للتظاهر الجمعة (الماضية) لتفويضه بالتصدي "للارهاب"، كما انتقد شيخ الأزهر وقال "انه مخطئ بتأييده الخروج على مرسي وعليه ان يراجع نفسه".
يذكر ان فتاوى القرضاوي كانت تصب كلها لصالح هؤلاء الملوك والحكام الذين يهاجمهم اليوم، وبالامس القريب كانت له سلسلة المواقف والفتاوى التي اطلقها ضد حزب الله والمقاومة الاسلامية والثورة البحرينية التي تطالب بالحقوق المشروعة.
رباط الفيديو:rakaman video
Ayatullah Makarim Syirazi;
Hentikan kritikan keras terhadap mazhab lain
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi menegaskan kritikan keras terhadap mazhab lain perlu dihentikan segera. Beliau menyatakan demikian dalam persidangan ke-3 Moballegh Nokhbe di Madrasah Imam Amirul Mukminin (a.s), Qom.
Sambil menekankan bahawa masyarakat amat memerlukan tenaga insan, beliau berkata, "Di kalangan tenaga manusia, golongan elit adalah yang paling utama dalam memberikan ucapan, dan hendaklah ucapan tersebut memberikan manfaat yang lazim kerana ia akan menyelesaikan masalah."
Berkenaan masalah akidah, beliau berkata, "Selagi akidah masyarakat belum utuh, bimbingan ke atas masyarakat dalam apa jua bidang tidak akan memberikan hasil."
Sambil menegaskan bahawa masalah akidah di pentas-pentas agama hendaklah diberikan perhatian sewajarnya, beliau berkata, "Salah satu dari masalah yang perlu diberikan perhatian ialah Syiah fobia dan anti Syiah yang mana golongan Wahabi Takfiri merupakan ancaman terhadap perluasan pemikiran dan ajaran Ahlul Bait (a.s)."
Marji' taqlid ini menerangkan, "Modal utama Wahabi takfiri ialah pembohongan". Kata beliau lagi, "Media, Sedaye-Sima (saluran televisyen Iran), para pembaca khutbah, muballigh hendaklah menerangkan intisari akidah Islam yang berkaitan dengan pengikut Ahlul Bait (a.s)."
"Para pembaca khutbah hendaklah mempunyai bilik pemikiran sendiri, dan serahkankan penyampaian perkara-perkara lazim kepada para ulama," jelas beliau.
Khutbah Jumaat di Iran;
Kritikan keras terhadap Ikhwanul Muslimin
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kebanyakan khutbah Jumaat di seluruh Iran hari ini menceritakan tentang pergolakan politik di Mesir. Ada di antara mereka menganggap penggulingan Mursi sebagai kemurkaan Allah (s.w.t) akibat penumpahan darah Syiah Mesir dan kedhaifan pemerintahan Mursi serta Ikhawanul Muslimin.
Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah kedua di Universiti Tehran berkata, "Orang yang meraih tampuk kekuasaan bersandar dengan kebangkitan Islam. Apa yang mereka lakukan sehingga mencetuskan rampasan kuasa ialah sikap yang tidak baik, bertindak seperti kata-kata yang pernah dilaungkan dalam rampasan pertama. Sebagai ganti perpaduan dunia Islam, mereka telah mendukung seruan golongan pembunuh takfiri, atau mendiamkan diri apabila berdepan dengan golongan ini."
Tambah beliau lagi, "Slogan mereka sebelum bergerak ialah memerangi rejim. Namun setelah mencapai kekuasaan, bukan sahaja kita tidak melihat realiti slogan-slogan ini, bahkan perjanjian Camp David sekali lagi diperkukuhkan; Surat kepada Shimon Peres diutuskan, memanggilnya sebagai saudara dan mengirim duta kepada regim Zionis.
"Mereka ini tersalah dalam memilih kawan dan lawan, mereka terjebak dalam Iran fobia dan Syiah fobia sehingga hati mereka terpikat dengan musuh. Presiden Mesir berkata saya bermesyuarat dengan Obama. Beliau berteriak dalam media tentang kerjanya. Perbuatan ini menyeret 10 juta masyarakat turun ke lapangan dan berakhir dengan rampasan kuasa.
"Rakyat Mesir yang cerdik pandai menyebabkan mereka menjaga nilai kebangkitan Islam. Mereka tidak biarkan regim Mubarak Mesir yang sudah pencen menghidupkan regim Zionis sekali lagi."
Khatib Jumaat ini turut menyentuh tentang pembunuhan Syiah di Mesir pada 15 Syaban lalu dengan berkata, "Pembunuhan keji terhadap Syiah dalam perayaan nisfu Syaban terjadi sepanjang 3 kilometer telah menyebabkan kesyahidan ulama besar Syeikh Hasan Shehata. Tindakan golongan Takfiri tidak mempunyai aroma kemanusiaan sedikitpun. Hampir seribu orang menyerang rumah yang diadakan perayaan tersebut. Ulama besar ini syahid bersama 5 orang."
Ayatullah Khatami menambah, "Mereka ini berkait rapat dengan Wahabi. Wahabi merupakan sebuah kumpulan politik yang sengaja direka cipta dan dibayar oleh Britain. Kumpulan politik ini sejak zaman awal kemunculannya sehingga sekarang lebih maju ke hadapan dalam kerja membunuh dan menjarah."
Di akhir khutbah beliau berkata, "Kita harap para ulama Ahlusunnah di dalam dan luar negara ini agar memerangi kesan-kesannya sebagaimana mereka memerangi punca-puncanya. Mereka hendaklah menjelaskan bahawa Wahabi tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Ini disebabkan kita menganggap bahawa saudara kita Ahlusunnah tidak sependapat dengan Wahabi."
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment