Friday 12 July 2013

jemput ceramah tak mai tiba-tiba pi balai


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


KUALA LUMPUR: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang bimbang terhadap penyebaran fahaman Syiah melalui laman sesawang hari ini membuat laporan polis untuk menyekat penyebarannya. Ketua Unit Kajian Syiah Isma, Mohamad Ismail membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di Shah Alam petang tadi. “Terdapat lebih 200 akaun dalam laman rangkaian sosial Facebook yang menyebarkan fahaman Syiah. Kami telah pun mengenalpasti profil akaun Facebook mereka. “Antaranya yang bernama Al-Hadhari, Al-Jafari, Al-Mahdi. Terdapat juga satu blog bernama kamilzuhairi.blogspot.com,” katanya ketika dihubungi FMT. Beliau mendakwa akaun Facebook tersebut digunakan untuk menyebar hadith-hadith yang mencaci para sahabat Nabi Muhammad saw. Tambahnya penyebaran fahaman Syiah adalah bertentangan dengan fatwa kebangsaan yang hanya membenarkan penyebaran pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia, isu mazhab Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan isu yang sensitif kerana Malaysia tidak mengiktiraf penyebaran fahaman Syiah di kalangan umat Islam. Walaupun fahaman Syiah mengakui Rasulullah saw sebagai Nabi terakhir tetapi tidak mengiktiraf para sahabat Nabi sebagai penggantinya atau pewaris risalah kenabian maupun kepimpinan. Mereka sebaliknya mengiktiraf Khalifah Islam yang keempat, Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pengganti Rasulullah saw dan kepimpinan umat diwarisi oleh susur galur dari keluarga Rasulullah saw (ahlul bait). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharum ketika menjawab soalan parlimen pada Mac 2012 menyebut fahaman Syiah boleh diamalkan oleh para pengikutnya tetapi tidak boleh disebarkan kepada umat Islam yang lain, di mana majoritinya mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/04/facebook-jadi-medan-sebar-syiah/#sthash.ehas81qP.dpuf

solawat

No comments:

Post a Comment