BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dokumen hubungan Dajjal Bashrah dan al-Qaeda didedahkan
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Agensi berita Buratha mendedahkan bukti bertulis yang mengaitkan pengganas al-Qaeda dengan gerakan Ahmad al-Hasan atau lebih dikenali sebagai Dajjal Bashrah. Dokumen yang masih tersimpan di Kementerian Keselamatan Nasional Iraq ini menceritakan sokongan al-Qaeda terhadap gerakan Dajjal Bashrah dalam pemberontakannya bagi membunuh pemimpin Syiah dalam tahun 2008.
Sebelum tercetus pemberontakan tersebut kerajaan Iraq kurang mengambil perhatian sehinggalah gerakan ini berkembang dengan membuka puluhan pejabat rasminya di beberapa kawasan dan mengedarkan surat kabar dengan berlandaskan hak kebebasan bersuara.
Agensi berita Buratha pernah mendedahkan dokumen ini bersama gambar Ahmad Ismail yang mendakwa bahawa dirinya adalah imam ke-13, al-Yamani yang diceritakan oleh hadis-hadis, wakil Imam Mahdi (a.s), washinya seterusnya mengaku sebagai Imam Mahdi. Sebaliknya kabilah Ahmad Ismail yang terkenal sebagai Bashrawiyah menolak seluruh dakwaan Dajjal ini dan menyatakan bahawa individu ini mempunyai hubungan rapat dengan rejim Saddam Husain dan pernah menjadi tonggak utama gerakan saudaranya Abu Zahra yang menjadi pegawai perisikan Saddam.
Berasaskan berita tersebut Dajjal Yamani ini jelas mendapat biaya daripada negara-negara teluk, menggunakan sihir dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan dan akidahnya.
Dajjal Bashrah yang menggelarkan dirinya sebagai al-Yamani Ahmad bin Ismail.
Meskipun Dajjal ini mengumumkan pemberontakannya pada tahun 2008, pihak kerajaan dilihat tidak mempedulikan aktiviti-aktivitinya yang sudah berlangsung 3 tahun sebelumnya dengan mempromosikan gerakannya dalam bentuk bahan cetak.
ALLAHUMMAJ ALNI FI DIR IKALHASEENAH ALLATI TAJ ALU FIIHAA NAN TURIID
SOLAWAT
Seorang 'pendusta' atau 'dajjal' apakah akan menjulang wasiat Nabi sebagai bukti, selok belok al-quran sebagai hujjah dan ketuanan Allah sebagai panji?
ReplyDeleteIni sebagai bukti,
http://7www.saviorofmankind.com/books