(Ahlul Bayt News Agency) - “The anniversary of Imam Mahdi’s birth day is a good opportunity for Muslims to know their Imam better and deal with issues related to him,” said grand Ayatollah Naser Makarem Shirazi.
The grand Ayatollah sent a message to the participant of Mahdism Doctrine conference held on the Occasion of Imam Mahdi’s birthday anniversary.
Ayatollah Makarem Shirazi in the message pointed to one of the most conspicuous differences between Muslims and Materialists and said, “Materialists see the end of the world very dark and scary.”
“They anticipate that one day all countries will fight for plundering each other’s resources,” the grand Ayatollah mentioned.
The senior cleric went on, “At first they use weapons and are likely to resort to non-conventional weapons.”
“From their perspectives, after using the weapons, everybody dies and those who survive will wrestle with the post-war affects and live in agony,” the ayatollah added.
Qom seminary instructor underscored, “but we believers see the future of the world so promising.”
However, the cleric concluded, “Muslims and other divine religions’ followers see the future of the world full of justice and peace.”

Berita Malaysiakini 6 Julai 2012
Jakim timbang haram novel dilancar Najib
Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.
Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakuiPerempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.
''Ada... adalah itu (proses perbincangan). Saya tak boleh beri apa-apa kenyataan sebab ia berkaitan dengan jabatan. Tengok sahajalah nanti.
"Ada aduan, sekarang Jakim dalam proses tindakan. Tunggu sahajalah dua tiga hari nanti," kata Aizam kepadaMalaysiakini semalam ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan ke arah itu.
Mohd Aizam berkata, perkara itu dipertimbangkan setelah menerima aduan terhadapnya
Malaysiakini difahamkan, Ura-ura pengharaman itu mula diperkatakan sejak 6 Jun lalu dalam wacana isu-isu akidah anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Shah Alam apabila terdapat pegawai Jakim dikatakan tampil menyeru orang ramai membuat laporan polis.
Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa diselubungi pelbagai kontroversi apabila sering menghadapi pelbagai 'tekanan' ekoran penerbitan karya-karyanya.
Disember tahun lalu, novelnya Sebongkah Batu di Kuala Berangdiharamkan Jakim. Jalan sukar juga menimpa skrip drama televisyen tulisannya Pelangi Ada Tujuh Warna arahan Erma Fatima yang menghadapi 'gangguan' sebelum dibenarkan penyiaran bermula 4 Februari lalu.
Sebongkah Batu di Kuala Berang dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. Ia antaranya membentangkan teori lain kemasukan Islam di Asia Tenggara.
Penulis yakin 'jangka hayat' tinggi
Penerima Anugerah Seni Negara itu juga pada Jun 2008 ditamatkan kontrak penulisan novel bersirinya Ketupat Cinta di Harian Metro setelah mendapat bantahan keras daripada mufti Perlis ketika itu Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Sementara itu, Faisal (bawah) dalam reaksinya kepada Malaysiakiniberkata, beliau yakin novelnya kali ini akan mempunyai "jangka hayat yang tinggi" memandangkan perdana menteri baru sahaja menjamin kebebasan berkarya kepada penulis.
"Perdana menteri malah merujuk kepada visi Syed Jamaluddin el Afghani sebagai tanda aras. NovelPerempuan Nan Bercinta turut dilancarkan oleh beliau kemudiannya," kata Faisal merujuk kepada pelancaran novelnya bersama 29 lagi karya judul asli penulis di Putrajaya pada 3 Julai.
Buat masa ini, beliau akan terus menulis dan meneruskan kajian serta kerja akademiknya seperti biasa, kata pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Perempuan Nan Bercinta mula beredar dalam pasaran minggu ini dan dijual dengan harga RM35 senaskhah.
Buku setebal 410 halaman itu mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.
Dalam novel ini, watak Dr Ali Taqi kemudiannya menjadi sasaran dan buruan pihak berkuasa agama.
Faisal dijangka menyentuh ura-ura pengharaman itu dalam sidang medianya di Shah Alam petang ini sempena penyertaannya dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan - satu-satunya persatuan untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu - pimpinan penulis Uthaya Sankar SB.

Kavyan sedia bantu ‘minoriti tertindas’
Akan hantar surat dan bertemu PM berhubung isu
novel Faisal Tehrani mahu diharamkan.
COMMENT
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KAVYAN,UTHAYA SANKAR
KERANA MEMBELA GOLONGAN TERTINDAS
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengalu-alukan kemasukan Faisal Tehrani sebagai Ahli Kehormat Kavyan seperti diumumkannya secara rasmi pada sidang media di Shah Alam pada 6 Julai 2012, selepas acara “Baca Cerpen Pelbagai Bahasa”. Beliau sekali gus ahli “Bukan Kaum India” pertama sejak keahlian dibuka kepada umum pada November 2011.
Seperti diketahui umum, sejak diasaskan pada 22 Ogos 1999, Kavyan diterajui penulis dan peminat sastera kaum India tetapi ia tidak bersifat perkauman. Semua aktiviti Kavyan terbuka kepada umum (pelbagai kaum). Malah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) ialah Penasihat Agung Kavyan. Allahyarham Dr Othman Puteh dan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan juga pernah menjadi Penasihat Kehormat Kavyan.
Kavyan turut terlibat secara langsung dan terbuka sejak Ogos 2011 dalam memperjuangkan hak sekumpulan penulis (kebetulan “kaum Melayu”) yang dinafikan hak mereka terhadap royalti teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas). Walaupun dihalang pelbagai pihak dengan pelbagai cara, Kavyan tetap lantang bersuara mewakili kelompok minoriti terbabit yang memerlukan ruang untuk bersuara.
Terdahulu, apabila Kavyan terlibat dalam usaha “memurnikan” novel Interlok Edisi Murid serta saya dilantik oleh Menteri Pelajaran pada Februari 2011 ke dalam Panel Bebas Meminda Interlok, ramai yang melabel saya dan Kavyan sebagai “anti-Melayu” dan “anti-Islam”. Malah, terdapat puak tertentu yang cuba menghasut Pak Samad supaya tidak menjadi Penasihat Agung Kavyan.
Ada juga puak yang “menghasut” penerbit-penerbit supaya tidak menyiarkan karya para ahli Kavyan. Kerja-kerja hasutan itu masih berlaku hingga hari ini. Mujurlah penerbit berwibawa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Media Karangkraf tidak mungkin tunduk kepada puak penghasut yang tidak beretika itu.
Antara lain fitnah yang disebarkan puak tertentu adalah bahawa tindak-tanduk Kavyan “didalangi pembangkang”. (Siapakah “pembangkang” di Selangor?) Sebenarnya, segala usaha dan perjuangan Kavyan demi penulis dan penulisan (tanpa mengira kaum dan agama) tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik atau politikus. Demikian pendirian tegas Kavyan sejak 1999. Kami tidak mahu “bernaung” di bawah sesiapa kerana kami mahu bebas “bersuara” – termasuk mewakili golongan minoriti dan kumpulan yang tertindas.
Dalam isu terkini mengenai kemungkinan novel Faisal, Perempuan Nan Bercinta (2012) diharamkan, Kavyan tidak mahu masuk campur dalam urusan mana-mana jabatan agama. Bagaimanapun, Kavyan berpegang pada “janji” Perdana Menteri pada 3 Julai 2012 – semasa turut melancarkan Perempuan Nan Bercinta – bahawa hak kreatif penulis tidak akan disekat.
Bernama melaporkan Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata: “Kita akan sentiasa memberikan ruang yang secukupnya kepada para penulis untuk berkarya. Kita akan membantu golongan penulis terutama generasi muda untuk mengembangkan bakat mereka.”
Kavyan turut berpegang pada kenyataan media bersama yang dilakukan empat Sasterawan Negara pada 8 Mac 2011; di mana petikannya adalah seperti berikut:
“Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. … Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik. Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan. … Benarkanlah penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu. Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis, berfikir dan berpendirian.”
Surat kepada PM
Walaupun kenyataan bersama itu dikeluarkan semasa kontroversi novel Interlok Edisi Murid, tentulah pendirian para Sasterawan Negara terbabit masih sesuai dan boleh diguna pakai. Pandangan dan perkara yang ditegaskan oleh mereka perlu dihormati dalam isu Perempuan Nan Bercinta juga.
Semasa kontroversi Interlok Edisi Murid, beberapa badan penulis pula tampil bersuara lantang dan membuat resolusi mempertahankan hak pengarang. Malah, beberapa badan penulis berjuang atas dasar “demi maruah penulis Melayu”.
Saya percaya bahawa badan-badan penulis terbabit tetap dengan pendirian “demi maruah penulis Melayu” dalam isu novel-novel Faisal mahu diharamkan. Sedangkan pihak tertentu “tidak rela walau sepatah perkataan dipinda”, inikan pula mahu mengharamkan keseluruhan buku! Tentulah mereka akan berhimpun beramai-ramai mempertahankan karya Faisal.
Namun, masing-masing mempunyai hak dan pilihan untuk sama ada tampil menyokong Faisal dalam isu terbaru ini atau – meminjam perkataan diperkenalkan Pak Samad pada Jun 2011 – memikirkan soal “carma” iaitu “cari makan”. Yakni, memilih untuk berdiam diri asalkan “sumber pendapatan” mereka tidak terjejas.
Saya mengenali Pak Samad sejak 1991 dan Faisal sejak 1993. Mereka berdua pula mengenali hati-budi Kavyan sejak 1999.
Sebagai “badan kecil yang bersuara mewakili golongan penulis yang sukar untuk bersuara” maka Kavyan sedia bersuara mewakili Faisal dalam isu novel Perempuan Nan Bercinta. Kavyan bercadang menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan pengesahan memandangkan pegawai Jakim pada 6 Julai 2012 mengesahkan bahawa pihaknya sekarang dalam proses tindakan pengharaman novel itu.
Tentulah aneh bahawa tiga hari sahaja selepas sebuah novel dilancarkan oleh Perdana Menteri, ada pula langkah diambil untuk mengharamkan novel berkenaan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlu dibincangkan secara “hati-ke-hati” bersama-sama Perdana Menteri.
Sebagai pemilik tunggal ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan’ serta presiden Kavyan, saya sudah membincangkan perkara ini bersama-sama Faisal. Kami berpendapat bahawa langkah terbaik dalam menyelesaikan kemelut ini adalah dengan mengirim surat serta bertemu Perdana Menteri.
Uthaya Sankar SB adalah penulis bebas dan kolumnis FMT sejak Januari 2011.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment