Saturday, 17 March 2012

Penghargaan kepada JAKIM



                                                           Raja Adil Rakyat Sejahtera
                                                        Dilimpahi Berkah Tuhan Yang Esa




Berita Harian 17 March 2012( m/s 6)
About the ban of Shiite teachings Othman said, National Fatwa Council allows only two of them those are not extreme from Shiite doctrine to be practiced in this country, Syiah Zaidiyah and Jaafariah

 Dari Arkib Delegasi Komuniti Ahlul Bait Malaysia ke Persidangan ke5 ABWA

Terjemahan Teks Ucapan Perwakilan Malaysia Di Persidangan Antara Bangsa World General Assembly  Of AhlulBait AS Yang Ke 5 Di Tehran, RI.


                                                               

                                 

Terjemahan Teks Ucapan Perwakilan Malaysia Di Persidangan Antara Bangsa World General Assembly  Of AhlulBait AS Yang Ke 5 Di Tehran, RI.
                                                               
                             A’uzubillahi mina sy-Syaitani r Rajim . Bismillahir Rahmanir Rahim

        “Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang terpilih.
        Allah SWT berfirman: Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan ni’mat Allah (yang diberikanNya) kepadamu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukanNya hatimu sehingga kamu jadi bersaudara dengan ni’matNya dan adalah kamu di atas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu mudah-mudahan kamu menerima petunjuk” (Surah Ali ‘Imran (3): 103)
        Yang dihormati pengurusi  majlis dan Setiausaha Majma’ AhlulBait SeDunia Ayatullah Hasan Akhtari, anggota-anggota Majma’, delagasi dan  hadirin yang dihormati. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
        Sebagai mewakili Majma’ AhlulBait di Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Majma’ AhlulBait SeDunia Ayatullah Hasan Akhatari yang telah menjemput kami ke persidangan ini.
 Tuan-tuan yang dihormati.
        Saya mengucapkan tahniah kepada Ayatullah al-‘Uzma Imam al-Khomenie sebagai penaung Majma’ AhlulBait SeDunia. Setiap orang yang mencintai keadilan mencintainya.
        Kami di Malaysia hidup di bawah kerajaan Federal yang mana penduduk-penduduknya mempunyai  berbagai agama dan mazhab yang mereka anuti. Bilangan penduduk Malaysia sekitar 28 juta di mana 60 peratus daripada mereka adalah muslimun. Dan yang lainnya beragama Budha, Hindu, Kristian dan yang tidak mempunyai agama.
Tuan-tuan yang dihormati.
         Selepas revolusi Islam di Iran, di bawah pimpinan Imam Khomini (ra), orang-orang Islam di Malaysia telah melihat kepada revolusi  yang berkat ini dengan penglihatan yang  menghairankan pada permulaannya, terutamanya di kalangan para ulama mereka. Sebahagian mereka berkata: Kami bersama revolusi Islam Iran meskipun kami di kalangan Ahlus Sunnah kerana kami benci kepada penguasa-penguasa zalim dan kami mencintai Imam Khominie (ra). Maka ini adalah pendirian mereka secara umum.
Tuan-tuan yang dihormati.
 Aktiviti –aktiviti  dan dakwah AhlulBait di Malaysia secara ringkas:
        Sesungguhnya bilangan Husainiyyah (pusat ilmu) di Malaysia adalah 73 dengan berbagai nama, tetapi khidmatnya adalah untuk memberi penjelasan tentang mazhab AhlulBait Rasulullah  saw. Dan bilangan Syiah di Malaysia sekitar 300 ribu orang lebih. Kebanyakan mereka terdiri dari pedagang-pedagang (businesmen) yang masyhor, pegawai-pegawai kerajaan, professionals, para akademik, mahasiswa dan mahasiswi di pusat-pusat pengajian tinggi.
Tuan-tuan yang dihormati.
        Sesungguhnya kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sederhana dalam mengamalkan sistem demokrasi dan mencintai  toleransi. Justeru kami mengambil peluang ini untuk menerangkan kedudukan mazhab AhlulBait as (mazhab Syiah Ja’fariyyah) kepada orang ramai dengan penulisan, penerjemahan dan dakwah secara hikmah, tetapi tekanan-tekanan luar telah memainkan peranan yang penting  dalam melambatkan pemahaman tentang mazhab yang mulia ini (mazhab Syiah Ja’fariyyah), terutamanya  daripada pergerakan Wahabi  Telok Parsi dan Barat yang rakus.
Tuan-tuan yang dihormati.
        Kami di Malaysia adalah di kalangan mustadh’afin (golongan yang tertindas) tetapi kami bukanlah sebagaimana keadaan saudara-saudara kami di Bahrain kerana mereka menuntut hak-hak mereka melalui  perjuangan   berdarah (pembunuhan) yang dilakukan oleh kerajaan mereka. Kami di Malaysia, kami berjuang menuntut hak -hak kami secara undang-undang melalui mahkamah yang adil.
       Justeru kami perlu kepada doa kalian dan makrifat ketuhanan kalian yang tinggi untuk mencapai  falsafah mazhab AhlulBait Rasulullah saw (mazhab Syiah Ja’fariyyah atau mazhab imam 12 AS) dan  menyeru orang ramai untuk memahaminya-baik dari segi hak-hak, akhlak, ilmiah dan politik.
        Pasti kita  sedang menuju ke  arah penyatuan Islam yang menyeluruh di dunia ini setelah hilangnya “konsep tidak campur tangan dalam hal ehwal  dalam negeri” (non-interference) di negara lain kerana konsep ini adalah tidak digalakkan (dalam Islam) apatah lagi ketika ada kemampuan. Muslimun adalah seperti satu tubuh (kal-jasadi al-wahid). Dari segi yang lain pula ia menggalakkan mustakbirin ( penguasa-penguasa zalim) bagi melenyapkan  mustadh’afin (mereka yang tertindas).
        Dan akhir sekali, saya memperbaharui terima kasih saya kepada Majma’ AhlulBait Sedunia. Wa ssalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh”.

Ucapan perwakilan Malaysia di The  5th World General  Assembly of AhlulBait, Tehran pada hari Ahad 11 September 2011.Terjemahan dari teks Arab.


Nota : Setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu,Majlis Fatwa Kebangsaan,JAKIM
dan istimewa sekali Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan para pejuang Perpaduan Ummah.
                                                                     SOLAWAT
                                                            













                      

No comments:

Post a Comment