Bismillahirrahmanirrahim
Ijtihad,Ihtiath,Taqlid
Ijtihad,Ihtiath,Taqlid
Jalan kedua ialah beramal secara ‘Ithiath’ yakni begitu ia beramal sehingga yakin telah mengerjakan tanggungjawabnya dan perkara ini boleh dilakukan dengan dua bentuk.
Pertama Ithtiyath Penuh @ Ihtiyath Tam yakni di dalam setiap masalah di samping ia beramal dengan apa yang ia yakin sebagai tanggungjawabnya, ia juga beramal dengan tanggungjawab yang muhtamal (yang ada kemungkinan) atau tanggungjawab/wazifah yang disyaki sebagai sebagai tanggungjawabnya.
Contohnya di dalam solat perlunya sabahagian dari juzuk dan syarat-syarat adalah jelas/musallam dan bagi perlunya bahagian yang lain dari juzuk-juzuk dan syarat-syarat juga terdapat riwayat-riwyat yang sahih dan muktabar tetapi walaubagaimanapun mungkin seseorang itu syak pada sesuatu samada perlu atau tidak atau ia memberi kemungkinan/ihtimal yang lemah bahawa sesuatu itu sebahagian dari solat atau syarat sah solat.
Contohnya ia memberi kemungkinan bahawa bacaan أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ setelah takbiratul ihram adalah perlu maka orang ini jika mahu beramal dengan ihtiath penuh (احتيط تام) bukan sahaja ia perlu beramal dengan apa yang ia yakin atau yang mempunyai dalil muktabar akan perlunya bahkan hendaklah ia beramal dengan apa yang ia syak atau beri kemungkinan (ihtimal) yang lainnya adalah juzuk ataupun syarat.
Tetapi beramal dengan ihtiyath jenis ini hanyalah mungkin bagi seseorang yang sekurang-kurangnya mujtahid di dalam sebahagian masalah sehingga ia mampu untuk mengenal pasti perkara-perkara tersebut dan pada tempat yang mana boleh beramal dengan ihtiyath ini maka bolehlah diamal kerana jika sekiranya sesuatu itu ada kemungkinan/ihtimal wajib dan haram sudah pasti tidak dapat diihtiathkan untuk beramal dengan kedua-duanya dan di dalam perkara-perkara lainpun jika sekiranya secara keseluruhan (di dalam semua ibadat, muamalat dan perkara-perkara biasa yang lain) hendak dihtiathkan ianya akan menyebabkan kesusahan dan kepayahan (usr dan haraj) dan pasti tidak dikehendaki Allah Taala orang ramai berada di dalam kesulitan:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Allah tidak meletakkan kesulitan keatas kamu di dalam agama.” (Al-Hajj 78)
Dan apabila semua masyarakat di dalam semua amalan ibadat dan bukan ibadat hendak berihtiath sebegini, seitem (Nazm) msayarakat akan tergendala dan asas kehidupan akan bercelaru.
Jalan kedua ialah Ihtiyath Noqis/tidak sempurna yakni seseorang itu beramal dengan apa yang ia tahu sebagai keawjipannya dan juga beramal dengan apa-apa yang ia syak (mashkuk) sebagai kewajibannya tetapi tidak memberi perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan (ihtimal) yang lemah.
Walaupun Ihtiath jenis ini lebih mudah dari Ihtiath Tam, tetapi ia juga mempunyai banyak kemusykilan dan membawa kepada kesulitan dan kepayahan.
Manakala jalan ketiga untuk ihtiath ialah ‘Ihtiath di antara fatwa-fatwa para Mujtahid, yakni ia beramal dengan sesuatu yang menepati ihtiath di kalangan fatwa-fatwa para mujtahid dan sekiranya perlu ia beramal dengan menghimpunkan di antara dua fatwa atau lebih contohnya jika seseorang Mujtahid berfatwa untuk mengerjakan solat secara qasar pada syarat-syarat tertentu manakala mujtahid lain mengatakan solat penuh/tamam, maka orang yang berihtiath itu akan mengerjakan kedua-duanya secara secara penuh dan qasar. Jalan ini lebih mudah dari dua jalan sebelumnya dan tidak perlu seseorang itu mujtahid tetapi tidaklah mudah bagi orang ramai.
No comments:
Post a Comment