Bismillahirrahmanirrahim
Dengan berfikir kita sampai kepada realiti benda-benda
Setelah Aristotle muncul, sekumpulan cendekiawan yang dinamakan skeptist yang percaya bahawa walaupun tidak mungkin untuk mengingkari kenyataan luaran benda-benda tetapi tiada jalan untuk membuktikan benda-benda itu sepertimana yang dikatakan oleh ahli-ahli falsafah.
Ini adalah kerana jalan untuk mendapatkan ilmu kealam luar hanyalah akal dan indera dan timbulnya kesilapan-kesilapan yang banyak pada kedua- dua ini menyebabkan kita tidak dapat bersandar kepada kedua-keduanya. Apa tidaknya sebahagian ahli-ahli ilmu telah mengira kekeliruan-kekeliruan indera sehingga 800 jenis. Sebagai contoh apakah kita tidak melihat titisan air berbentuk satu garisan yang bersambung? Apabila kita meletakkan tangan-tangan kita satunya kedalam air panas satu lagi ke dalam air sejuk lalu kita letakkan kedua-duanya kedalam air suam kita merasakan dua keadaan berbeza yakni tangan yang tadinya diletakkan di dalam air sejuk kini terasa panas manakala yang lainnya kini berasa sejuk. Apakah ini bukan kesilapan indera?
Begitu juga pertelingkahan-pertelingkahan yang banyak dikalangan para cendekiawan adalah saksi terbaik bagi wujudnya kesilapa-kesilapan akal yang tidak terkira. Jika tiada kesilapan-kesilapan akal dari mana timbulnya pertelingkahan-pertelingkahan ini?
No comments:
Post a Comment