Sunday, 14 September 2014

Syiah dan Sunni mengecam ISIS


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kenyataan media Majma' Ahlul Bait tentang jenayah pengganas ISIL di Iraq

  • News Code : 623428
Brief
Majma' Jahani Ahlul Bait minta ulama bangkit menghadapi pengganas ISIL
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pertubuhan bukan kerajaan Majma' Ahlul Bait (a.s) telah mengeluarkan kecaman terhadap tindakan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pengganas ISIL di Iraq. Jenayah kejam yang dilakukan kumpulan ini dianggap terkeluar dari norma-norma ajaran Islam dan nilai kemanusiaan serta akhlak yang menjadi objektif pengikut agama Islam atau Kristian, Sunni mahupun Syiah.
Teks kenyataan Majma' Ahlul Bait adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh, atau dipalang, atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. - Surah al-Maidah ayat 33.
Umat Islam merasa terluka dan dukacita akibat perkembangan yang mengecewakan di bumi risalah wahyu dan negara yang dihuni para Imam suci di mana kumpulan pengganas telah menjalankan kempen pengkhianat dan pengecut di ibu pertiwi tamadun kemanusiaan serta tanah air Iraq yang dikasihi.
Beberapa negara Arab pula amat berkait rapat dengan kuasa angkuh global dan Zionis. Kumpulan yang tidak beriman kepada Islam, tidak juga beramal dengan nilai kemanusiaan dan akhlak telah menjadikan penganut Syiah dan Sunni di berbagai wilayah Iraq sejak bertahun-tahun lamanya hingga ke hari ini sebagai sasaran korban sembelihan dan kezaliman di kalangan rakyat awam samada di rumah ibadah, pasar, perumahan penduduk dan lain-lain lagi.
Kami di Majma' Ahlul Bait menyatakan secara tegas dan telah memberi amaran sejak dua tahun yang silam di dalam surat terbuka kepada para ulama Islam, kerajaan Iraq, para pemimpin parti dan politik, ketua kabilah dan kelompok agama di Iraq mengenai konspirasi dan fitnah yang melanda Iraq dalam rangka menggugat keamanan dan kestabilan serta menyamun kekayaan rakyat Iraq. Kami telah meminta seluruh komponen masyarakat Iraq agar berkerja demi merealisasikan perpaduan dan saling berganding tangan untuk menghadapi cabaran Takfiri, komplot dan rancangan musuh asing bagi membangunkan Iraq yang makmur, stabil, aman, saling berkasih sayang dan bersaudara.
Kami di Majma' Jahani Ahlul Bait menyatakan sokongan kepada pendirian marja', pemimpin agama, politik dan sosial yang berpendirian memerangi pengganas, Takfiri, dan kumpulan ISIL. Mengenai perkara ini kami mengistiharkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada fatwa marja' agama Ayatullah Sayid Ali al-Sistani, yang mengistiharkan pengangkatan senjata di kalangan rakyat Iraq demi menghadapi kumpulan Takfiri yang sedang melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Kami juga menyokong pendirian kerajaan Iraq yang gagah dan berani dalam menghadapi kezaliman pengganas Takfiri yang diupah oleh beberapa negara Arab dan asing. Kami berharap inspirasi rakyat Iraq, penganut agama Islam dan bangsa Arab terhadap keganasan mereka menjadi realiti di samping kembalinya keamanan dan kestabilan di negara yang dikasihi ini.
Dari sini, kami menyeru seluruh masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia terutama sekali para ulama Syiah dan Sunni agar menunaikan tanggung jawab kemanusiaan dan agama masing-masing terhadap pertumpahan darah penduduk awam serta mengutuk perbuatan jenayah yang berkaitan dengan kumpulan militan pengganas Salafi dan Wahabi ini, dengan menyatakan bahawa mereka adalah penjenayah perang yang melakukan kesalahan anti kemanusiaan. Sekiranya mereka tidak bangkit menghadapi jenayah kemanusiaan ini sudah tentu akan membawa kepada akibat buruk seperti nyalaan api fitnah antara puak, mazhab, suku, perpecahan Iraq, termasuk beberaa negara jiran.
Majma' Ahlul Bait 
16 Syaban 1435
12 Julai 2014

Qaradawi istihar IS langgar hukum syariat

  • News Code : 621971
Brief
Ulama yang berpengkalan di Qatar mengistiharkan Negara Khilafah yang cuba dibentuk oleh pengganas IS melanggar hukum syariat.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Yusuf Qaradawi yang sering menimbulkan berbagai kontroversi pada hari Sabtu lalu mengumumkan pengistiharaan yang dilakukan oleh militan Negara Islam (IS) untuk menegakkan negara khilafiyah bertentangan dengan hukum hakam syariat.
Pada hari Sabtu lalu para militan IS yang menguasai beberapa wilayah di Iraq dan Syria memaksa umat Islam di seluruh dunia menyatakan taat setia mereka kepada pemimpin mereka Abu Bakar al-Baghdadi.
Sheikh Qaradawi yang sebelum ini merupakan pemimpin spiritual Ikwanul Muslimin berkata, pengistiharaan Negara Khilafiyah itu bertentangan dengan hukum hakam syariah Islam.
Abu Bakar al-Baghdadi dalam satu rakaman suara meminta umat Islam memberikan sokongan terhadap negara yang ingin dibentuknya dengan mengirim tentera dan bekalan logistik.
"Mereka yang mampu berhijrah ke Negara Islam hendaklah berhijrah, sebagaimana kewajipan hijrah ke rumah Allah," kata Abu Bakar al-Baghdadi.
Menurut sumber pengganas tersebut, permintaan ini tertakluk kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang ketenteraan, pengurusan,kedoktoran dan kejuruteraan dalam berbagai bidang.
Al-Baghdadi juga turut meyeru militan dengan berkata, "Saudara-saudara kamu di seluruh dunia sedang menunggu untuk diselamatkan."

Wawancara utusan Malaysia bersama mufti Kelantan;

Mengangkat senjata di Syria dan Iraq bukanlah jihad

  • News Code : 621767
Brief
Mufti Kelantan menerangkan istilah sebenar jihad
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam wawancara bersama akhbar Utusan Malaysia menasihatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan istilah agama seperti jihad untuk mengangkat senjata di Syria dan Iraq. Sementara itu Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula menganggap jihad perlu mendapat izin rasmi pemerintah, jika tidak pengaruh militan akan kembali ke tanahair manakala Islam dicemari dengan label pengganas kerana tidak menuruti hukum syarak yang sebenar.

Berikut adalah wawancara yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia:
Mukadimah;
ISU jihad kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila terdapat pendedahan tentang segelintir rakyat Malaysia menyertai Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang melancarkan peperangan di Syria dan Iraq bagi menubuhkan sebuah pemerintahan khilafah yang baharu.
ISIL telah berjaya mempengaruhi sebilangan kecil umat Islam termasuk ahli akademik di negara ini dan negara-negara lain di seluruh dunia untuk berjuang bersama mereka atas nama jihad.
Namun apakah tindakan mengangkat senjata memerangi sesama Islam atau melakukan serangan berani mati dengan meletupkan bom di badan di tempat awam sehingga mengorbankan nyawa orang tidak bersalah termasuk wanita dan kanak-kanak adalah sebahagian jihad yang dianjurkan oleh Islam?
MINGGUAN: Apakah pengertian jihad yang sebenar mengikut Islam?
MOHAMAD SHUKRI: Sebenarnya jihad dalam Islam mempunyai satu gagasan yang besar dan dalam kerangka besar ini ia melibatkan banyak (perkara) bukan seperti yang dilihat oleh Barat yang menterjemahkan jihad sebagai ‘holy war’ atau perang suci.
Jihad melibatkan semua aspek kehidupan maknanya ada jihad secara lisan seperti penulisan, penyebaran buku dan ceramah. Sebab itu, ulama dulu menulis sampai hari ini kita baca tidak habis.
Keduanya, jihad dari segi pendidikan, buat perancangan dalam pendidikan menyusun kurikulum, seminar, kursus dan halaqat. Buka sekolah itu juga jihad dari segi ilmu dan pendidikan.
Kemudian jihad dalam bidang siasah atau politik. Maknanya kalau kita duduk bawah pemerintahan pimpinan Islam yang adil atau pemerintahan Islam yang ada penyelewengan dan di bawah pemerintahan bukan Islam, itu semua perlu kepada jihad.
Jihad kalau di bawah kerajaan Islam yang adil, jihadnya ialah kita kena taat kepada pemerintah sepenuhnya. Kalau di bawah pemerintahan Islam yang menyeleweng kita berjihad juga tetapi kebanyakan orang kita ambil hadis mengatakan, seafdal-afdal jihad mengeluarkan kalimah yang adil dalam kalangan pemerintah yang zalim tetapi kerana disalah tafsir, jihad adalah peperangan, dia terlupa kalimah adil.
Maknanya kita perlu nasihat. Kalau perlu nasihat nasihatlah, kalau perlu berbincang, berbincanglah secara tertutup. Maknanya bukan secara melulu, ada kaedah untuk menegur pemimpin yang tidak jujur, menyeleweng dan zalim.
Satu daripada kaedahnya kita bersifat negatif, kita berdiam diri. Kalau kita tengok ada kategori menegur kemungkaran ini. Siapa yang melihat kemungkaran perbetulkanlah dengan tangan, kalau tak mampu perbetul dengan lidah, kalau tak mampu perbetul dengan hati.
Kalau dengan tangan tidak semestinya terus dengan peperangan mengangkat senjata. Dengan tangan itu apa makna, kalau dalam bentuk mengundi memangkah itu dengan tangan, tetapi tidak angkat senjata. Maknanya tafsiran kemungkaran dicegah melalui tangan kalau mampu, kalau ada kekuasaan.
Sahabat pernah bertanya kepada Nabi, boleh tak memerangi atau bunuh pemerintah yang zalim. Nabi kata jangan, selagi dia bersembahyang.
(Keempat) yang ini orang putih atau orentalis kata ‘the holy war’ adalah salah satu cabang daripada jihad, iaitu peperangan. Dalam surah ash-Shaf, ayat 4, sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang padu. Lihat Allah tidak menggunakan perkataan jihad, maknanya peperangan ini sebahagian daripada jihad.
Ayat ini banyak signifikannya, bila Tuhan kata kalau nak berperang, pertama mestilah atas niat untuk mendapat keredaan Allah. Dalam hadis disebut, siapa yang berperang kerana hendak meninggikan agama Allah maka itu perang fisabillah.
Apakah pengertian jihad ini sudah diselewengkan terutama dalam konteks peperangan yang berlaku di Iraq dan Syria yang menjurus kepada peperangan semata-mata?
MOHAMAD SHUKRI: Berhati-hati mentafsir istilah agama ini, orentalis memang sengaja menterjemah jihad sebagai peperangan suci. Allah berfirman, jangan kamu beperang sesama sendiri dan kamu akan hilang kewibawaan. Jadi kalau begitu, ini adalah peringatan daripada Allah. Kalau kita hendak berperang, pertama niat kita meninggikan agama Allah dan kena ada persiapan yang cukup rapi.
Berperang kerana matlamat dunia, hendak hidup, hendak mendapat kedudukan, bangsa dan sesama Islam, bukan jihad. Peperangan yang bukan diharuskan untuk berperang bukan jihad. Tujuan berperang mesti mendapat keredaan Allah, berperang mesti disyariatkan.
Sejak akhir-akhir ini kita melihat peperangan di negara-negara Islam seperti di Syria dan Iraq. Malah ia telah menarik rakyat negara ini untuk menyertainya. Adakah peperangan itu adalah jihad?
MOHAMAD SHUKRI: Sebenarnya Islam tidak ingin berperang. Peperangan itu seboleh-bolehnya dielak, maknanya bukan pelahap untuk berperang. Musuh jangan dicari tetapi kalau terpaksa berperang, baru berperang. Kalau kita lihat dalam sejarah sebelum berlaku peperangan, pemerintah Islam akan tawar tiga perkara, pertama, berdamai; kedua, bayar jizyah atau cukai dan ketiga barulah berperang.
Jadi apa signifikan diizinkan berperang ialah ada dua tahap. Pertama, tahap menjaga akidah dan syariah, maknanya tahap pembinaan akidah. Jadi, kalau siapa nak hancurkan akidah dan syariah, itu yang berperang.
Tahap kedua, ialah mengisi pembangunan itu. Kita bina akidah dan syariah, ada orang nak ganggu-gugat akidah dan syariah maka berperanglah.
Itu yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, tetapi kalau ancaman kepada pembinaan tidak wujud sebaliknya wujudnya pengisian dan dalam pengisian inilah kita lihat dalam sejarah berlaku peperangan saudara sesama Islam.
Siti Aisyah memimpin satu angkatan berperang dengan Khalifah Ali, bukan mempertahankan akidah atau syariah tetapi dia bertelingkah dalam soal pengisian, jadi berlaku peperangan. Ini adalah perang saudara dan tidak dipanggil jihad.
Jihad adalah peperangan antara Islam dengan bukan Islam yang mengancam akidah. Dalam soal di Syria atau Iraq, perkara itu masih tidak jelas kecuali diisytiharkan sudah jelas satu pihak itu memang bukan Islam.
Apakah nasihat Datuk kepada umat Islam yang ingin berjihad di negara-negara yang sedang bergolak itu?
MOHAMAD SHUKRI: Saya nasihat kepada anak bangsa kita, umat Islam, kita kena tahu realiti sebenarnya seperti di Iraq dan Syria. Mengikut kaedah, ahli Mekah yang tahu lorong-lorong di Mekah itu, kita di sini tak tahu lorong-lorong di sana.
Kita raikanlah realiti yang ada pada sesuatu tempat, kita tidak boleh beri fatwa secara umum untuk semua. Kita kena fatwa mengikut realiti, kalau di Malaysia realiti Malaysia, kalau di Iraq realiti di Iraq, di Syria realiti Syria. Itu dalam suasana yang kita sebut sebagai zaman fitnah ini, kita kena baca realiti.
Saya nasihatkan kepada masyarakat supaya jangan mudah terpengaruh dengan istilah agama ini, sebab dalam istilah ini banyak, kadang-kadang istilah itu betul tetapi implimentasi terhadap istilah itu tidak betul.
Orang Melayu kita kaya dengan bahasa. Paling menarik, kita hendak bunuh nyamuk kerana dia mengacau kita tidur dalam kelambu tetapi kita bakar kelambu sehingga rumah kita habis hangus. Jadi tindakan kita kena bijaksana biar nyamuk saja mati, kelambu tidak terbakar, rumah kita selamat.
Jadi apa yang berlaku di negara umat Islam hari ini ialah marahkan nyamuk, kelambu dibakar dan rumah habis musnah. Kaedah Islam bukan macam itu, kalau nak bunuh nyamuk, bunuhlah nyamuk itu tetapi kelambu dan rumah selamat. Dalam ilmu fekah disebut Fekah Muazanat iaitu satu kefahaman yang buat pertimbangan keutamaan.
Mingguan: Apakah pandangan Datuk Seri berkenaan tindakan segelintir umat Islam Malaysia yang terlibat mengangkat senjata di Asia Barat seperti di Syria dan Iraq?
Abdul Rahman: Bagi mencapai maksud jihad di jalan Allah atau fisabilillah yang disebut dalam surah Al-Baqarah ayat ke-216 adalah perlu menepati kehendak syarak yang menggariskan secara teliti perkara ini. Banyak syaratnya dengan yang utama mestilah peperangan itu bertujuan menegakkan agama akibat ditentang oleh bukan Islam. Selain itu, mestilah terdapat ketetapan fatwa berjihad dan arahan pihak berkuasa sehinggalah kepada jaminan nafkah ahli keluarga agar tidak terbiar, mendapat izin ibu bapa. Malah hendak jihad juga memerlukan seseorang itu bebas daripada hutang kerana orang yang syahid sekalipun tidak akan diampun dosa dia kalau masih mempunyai hutang.
Jika kita ambil Syria contohnya, peperangan yang berlaku di sana adakah kerana sebuah negara Islam diserang oleh orang kafir? Dan nak berperang juga kita perlu persediaan dan strategi untuk elak penduduk awam terjejas. Kita juga kena teliti apa matlamat peperangan itu. Jadi saya tidak nampak apa yang dilakukan (di Syria) boleh mencapai apa yang diharapkan iaitu berjihad di jalan Allah.
Jika begitu, apakah cara kita untuk berhadapan dengan pemerintah Islam yang didakwa zalim, menindas dan sebagainya?
Abdul Rahman: Merampas kuasa, mengangkat senjata adalah cara yang tidak betul malah boleh membawa kepada penderhakaan atau bughah jika perkara itu berlaku di sebuah negara yang kerajaannya dipilih secara rasmi. Dalam konteks ini kita tidak boleh menentang malah kita kena taat pada pemerintah sedia ada. Ramai ulama dalam mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi bersepakat mengatakan haram menentang pemerintah yang dipilih secara rasmi walaupun pemerintahannya zalim selagi tidak mengajak kepada maksiat kerana itu lebih baik daripada menumpahkan darah.
Ada hadis menyebut perkara ini yang mana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat, Abu Huzaifah supaya taat dan dengar biar pun pemerintah bertindak mengambil harta rakyat. Ini pandangan ulama muktabar tetapi jarang diketengahkan. Sebab itu, di Kelantan yang diperintah Pas, haram orang UMNO menentang kerajaan negeri itu, begitulah sebaliknya di negeri diterajui UMNO. Tujuannya supaya ada keamanan, dengan itu kita dapat bangunkan bersama untuk agama. Yang salah kita perlu tegur, namun ada cara yang digariskan.
Bagi Datuk Seri, apakah yang harus dilakukan umat Islam di Malaysia terutama golongan yang terlalu ingin berjihad?
Abdul Rahman: Pengertian jihad ini luas meliputi usaha meninggikan Islam. Di Malaysia wajib kita berjihad untuk kembangkan agama secara bersama (tanpa mengira fahaman) terutama dalam mengatasi kelemahan ekonomi orang Islam. Apabila umat kaya, kita boleh bantu umat Islam yang lain. Negara kita juga bagi saya perlukan ramai umat yang terlibat berdakwah.
Namun apakah jihad dalam soal ekonomi, pendidikan dan dakwah menyamai jihad mengangkat senjata yang diimpikan pihak-pihak ini sebagai jalan ke syurga?
Abdul Rahman: Saya sebut tadi untuk dianggap sebagai berperang di jalan Allah mempunyai syarat-syarat yang bukan sedikit. Jadi kalau tak penuhi syarat tersebut maka lebih baik dahulukan keutamaan yang di negara ini adalah dari sudut ekonomi. Apatah lagi Rasulullah SAW sendiri sebut kefakiran menghampiri kepada kekufuran. Sedangkan pihak sana pula mengumpan dengan kebendaan kepada generasi muda kita.
Sedar atau tidak, jika ada seorang mualaf datang meminta kerja kepada kita umat Islam, mampukah kita menjamin pekerjaan kepada mualaf tersebut? Realitinya ramai umat Islam yang bergantung pekerjaan dengan majikan bukan Islam. Jadi ini yang kita harus fikirkan. Banyak yang boleh kita lakukan untuk agama terutama dakwah jika kita dapat kuasai ekonomi. Begitu juga masalah sosial seperti dadah, kenapa kita tak fikirkan masalah ini untuk pergi berdakwah kepada mereka.
Apa pula pandangan Datuk Seri tentang cara kumpulan militan merekrut dengan menggunakan istilah mempesona seperti mengajak menubuhkan daulah Islamiah.
Abdul Rahman: Kita tengok Rasulullah SAW, apabila berhijrah ke Madinah, baginda membina masjid bertujuan memantapkan akidah dan menyebar ilmu dan selepas itu mendamaikan pula dua puak iaitu Aus dan Khazraj. Apabila Rasulullah SAW dapat menyatukan dua kumpulan itu maka terbentuklah negara Islam. Jadi kalau nak bentuk negara Islam tapi kita sesama kita berkelahi, maka itu bertentangan dengan sunnah. Sebab itu apabila ada individu yang boleh kata lebih baik berbaik dengan bukan Islam daripada Islam sendiri, itu satu kenyataan yang sangat bertentangan dengan syarak.
Bagaimana pula dengan pihak yang mempertikai langkah pihak keselamatan mengambil tindakan ke atas golongan ini yang dikategorikan sebagai militan atau pengganas?
Abdul Rahman: Seperti yang saya sebut syarat jihad tadi, perlu ada ketetapan rasmi pemerintah. Bila tak beritahu, tanpa izin pemerintah maka hal seperti ini akan timbul seperti melihat mereka akan membawa pengaruh militan kembali ke negara ini. Pada saya Islam dicemari dengan label pengganas kerana kita tak ikut hukum syarak sebenar.
Apa harapan Datuk Seri terhadap isu ini yang menyaksikan orang Melayu kini sanggup pilih jalan ke syurga dengan membunuh sesama Islam walaupun tanpa usul periksa yang jelas?
Abdul Rahman: Kalau berjuang kerana mempertahankan agama akibat digangu-gugat orang kafir, itu tak apa. Ini jadi pengebom berani mati yang menyebabkan orang Islam juga mati, kanak-kanak terlibat, itu tak boleh. Dalam Islam nak berperang perlu ada perancangan tersusun bagi elakkan ada orang awam jadi mangsa. Memang jihad di jalan Allah apabila mati dijanjikan syurga. Hadis menyebut amalan yang paling dituntut ialah solat mengikut waktu, berbuat baik kepada ibu bapa dan berjihad di jalan Allah. Ini menunjukkan kita perlu melengkapkan dulu hubungan dengan Allah dan ibu bapa sebelum berjihad.
Situasi sekarang berbeza berbanding peperangan Arab dengan Israel dahulu. Ketika itu adalah jelas mempertahankan negara Islam daripada ancaman Israel. Namun dalam situasi terbaru tidak ada ketetapan atau fatwa daripada mana-mana jawatankuasa ulama seperti dari Al-Azhar yang menyuruh umat Islam terlibat. Jadi di Malaysia, kita tengok apa keperluan, jika ada sunat dan ada wajib, utamakan yang wajib. Ibaratnya nak tarawih, kena solat isyak dulu. Malah di Palestin sendiri mereka bukan mengharapkan kehadiran kita secara fizikal tetapi lebih mahukan bantuan dari sudut lain untuk menyokong perjuangan mereka.

Prof Abdul Shukor;

Kegiatan militan bukanlah jihad

  • News Code : 622624
Brief
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kesal pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan terrorisme/ Syiah masih berada dalam kelompok Islam
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Selepas mufti Kelantan, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan turut memberikan reaksi terhadap isu terrorisme yang mengancam keselamatan negara. Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin menyatakan rasa kesal beliau terhadap rakyat Malaysia yang terpesong dalam memahami erti jihad sehingga sanggup bersabung nyawa untuk mencederakan umat Islam. 

Tindakan militan yang disifatkan beliau sebagai dosa itu menurut beliau amat bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya adalah dosa.

"Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah.

"Ramai yang menyalah erti fahaman jihad itu sendiri, malah kita tidak pasti peperangan itu bertujuan untuk apa," katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu campur tangan rakyat Malaysia dalam gerakan militan Wahabi di negara yang bergolak di Timur Tengah itu bukanlah sebuah kewajipan kerana negara berkenaan mempunyai kedaulatan dan pertikaian yang boleh diselesaikan tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Pada minggu lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mendedahkan lima rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan militan dan kini bersembunyi di Selatan Filipina.

Tiga orang daripada mereka dipercayai bersubahat dalam merekrut serta mengatur anggota baru pengganas Malaysia untuk diutus ke Syria bagi menyertai aktiviti keganasan di sana.

Sejak 28 April lalu, pihak polis berjaya menahan 19 orang atas tuduhan militan.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Shukor berkata, sebaiknya rakyat Malaysia berusaha membantu menyelesaikan konflik di negara berkenaan secara aman.

"Kita seharusnya menolong mengislahkan mereka, membaikpulihkan keadaan, bukannya kita kena sokong mana-mana pihak dan mengeruhkan lagi suasana dengan berperang," katanya. 

Mengenai fitnah yang sentiasa dicanang oleh militan dalam memerangi pengikut mazhab Syiah, beliau berkata penganut Syiah masih dalam kelompok Islam, cuma mereka berbeza dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

Beliau berkata pihaknya masih mengkaji untuk mengeluarkan fatwa rasmi tentang kegiatan militan di luar negara.

Abdul Shukor turut mengesyorkan kepada umat Islam yang ingin menyertai jihad agar melancarkannya di Palestin seperti menyumbangkan tenaga dan kewangan.

ISIS plot Israel berkuasa di Timur Tengah

  • News Code : 629842
  • Source : ABNA.ir
Sebuah akhbar Amerika melaporkan kepala pengganas ISIS merupakan anggota perisikan Mossad.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Portal "Veteran Today" yang berpengkalan di Amerika melaporkan kepala pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria), Abu Bakar al-Baghdadi merupakan salah seorang ejen perisikan Mossad yang dikenal dengan nama samaran "Simon Elliott" atau "Elliott Shimon" dan telah menjalani latihan bagi mencetuskan huru hara di Timur Tengah.
Laporan tersebut mendakwa Abu Bakar al-Baghdadi lahir daripada keluarga Yahudi dan diambil oleh badan perisikan Israel untuk menjalani latihan mengintip bagimemimpin sebuah kumpulan pengganas dalam salah satu negara Arab.
Portal tersebut turut memetik pendedahan daripada Edward Snowden (warga Amerika yang membocorkan fakta risikan untuk Agensi Keselamatan Negara Amerika) bulan lepas kepada sebuah akhbar. Dakwanya, ISIS tidak sekadar produk Amerika, Israel dan Britain, bahkan ia merupakan koleksi ekstrimis di seluruh dunia untuk meluaskan kekacauan dan kemusnahan di Timur Tengah demi menjaga kelestarian riwayat hidup Israel dan dunia Barat, selain mencari peluang menguasai rantau terbabit.

Mufti Arab Saudi;

ISIS sesat dan harus diperangi

  • News Code : 636297
  • Source : ابنا
Brief
Mufti Arab Saudi cuba mengalih perhatian dunia mengenai hubungan negaranya dengan pengganas ISIS.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Meskipun Arab Saudi amat berkait rapat dalam memberikan bantuan kepada kumpulan ISIS, mufti negara tersebut cuba mengalih perhatian masyarakat antarabangsa dengan mengeluarkan fatwa anti pengganas.
Abdul Aziz Al Sheikh dalam fatwa terbarunya menyatakan bahawa ISIS merupakan kumpulan sesat dan memerangi kumpulan ini adalah wajib.
Beliau menegaskan, "Umat Islam hendaklah menjauhi dari segala kejahatannya kerana ISIS telah menjatuhkan maruah Islam."
Berkata kepada rakyat Saudi, beliau menekankan, "Golongan yang menghina negara anda tidak mempunyai sebarang faedah, pemikiran Takfiri hendaklah dijauhi dan janganlah bekerjasama dengan kumpulan ini.


Bai'at kepada ISIL, mufti Saudi menyesal

  • News Code : 624589
Brief
Seorang mufti Saudi menyesal dan bertaubat setelah mengetahu hakikat pengganas ISIL.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang  mufti yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengistiharkan bertaubat setelah kembali ke tanahairnya.

Menurut beberapa sumber berita, Mani' al-Mani' telah kembali ke negara asalnya, Arab Saudi setelah pergi ke Syria untuk memberi bai'at kepada ISIL serta merekrut relawan untuk kumpulan pengganas tersebut.

Anggota Majlis Syura Arab Saudi, Isa al-Ghays memaklumkan, "Mani' al-Mani pernah mengumumkan pengambilan relawan dan berbai'at kepada ISIL, selepas mengetahui siapakah sebenarnya ISIL, dia bertaubat dan menyerah diri kepada kerajaan Arab Saudi."

Mufti tersebut dikatakan telah memasuki Arab Saudi semalam (Rabu). Mani' al-Mani' turut meminta mereka yang menyokong ISIL bertaubat di bulan Ramadhan ini dan menyerah diri.

Sumber-sumber berita tersebut turut memaklumkan anak mufti ini telah kembali ke Arab Saudi setelah memberi bai'at kepada pengganas ISIL dan sekarang berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Isa al-Ghays menegaskan bahawa pengganas ISIL telah dilahirkan oleh Arab Saudi dan anggotanya direkrut oleh Saudi.

Pengganas ISIL telah melakukan banyak keganasan seperti pembunuhan, pemerkosaan dan pemunahan masjid serta makam para nabi dalam peperangan di Syria dan Iraq.

3 comments:

  1. Bassar Assad kau tak kata ganas pulak ,Mcm babi kau ni hehe.

    ReplyDelete
  2. Perangai orang syiah ni memang mcm babi bro, dgn emak sendiri pun boleh mutaah .

    ReplyDelete
  3. Kamil kembali lah ke jln yg benar...tinggalknlh syiah yg sesat itu sblm tiba hari yg tiada guna penyesalan lg...

    ReplyDelete