Tuesday, 2 April 2013

SHAHADAH FATIMAH ZAHRA a.s



BERSEMPENA HARI-HARI KESHAHIDAN FATIMAH ZAHRA a.s 13 JamadilAwwal-3JamadilAkhir
Wawancara bersama ABNA;
 Syubhat penting Wahabi tentang Fathimah (a.s)
 Syubhat penting Wahabi tentang Fathimah (a.s)
Agensi Berita Ahlul Bait (ABN.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Dr. Sayid Husaini Qazwini berkata, "Nabi (s.a.w) mempunyai beberapa orang anak. Yang masyhur ialah 4 perempuan dan 4 lelaki, antara anak perempuan baginda ialah Zainab, isteri Abul 'Ash bin al-Rabi', Ummu Kulthum dan Ruqayyah yang menjadi isteri Utbah dan Utaibah yang juga menantu Abu Lahab (bercerai setelah turun ayat "Tabbat"), kemudian Fathimah Az-Zahra.
Antara anak-anak lelaki baginda termasuklah Qosim, Tayyib dan Thahir yang mana ketiga-tiga mereka telah meninggal dunia. Pusara mereka terletak di permakaman Abu Thalib. Anak ke-empat baginda yang lahir daripada Mariah Qibtiyah juga lahir di Madinah, beliau wafat di kota tersebut dan dipusarakan di permakaman Baqi'.
Kedudukan Fathimah al-Zahra (a.s)
Di antara lapan orang anak-anak Nabi, Fathimah Az-Zahra mempunyai kedudukan yang istimewa; ini disebabkan hadis-hadis Nabi menyatakan bahawa beliau berada di peringkat Shiddiqah Thahirah, tidak seorang pun anak-anak nabi yang lain memiliki kedudukan ini. Perhatikan hadis di sini bukanlah mengenai nisbah seorang bapa dan anak perempuan, bahkan menerangkan kedudukan Zahra Mardhiyyah (a.s) di sisi Allah (s.w.t).
Hadis kedudukan Fathimah az-Zahra (a.s) di dalam kitab-kitab Ahlusunnah
Di antara hadis-hadis kelebihan Fathimah az-Zahra yang banyak terdapat di dalam kitab non-Syiah boleh dihitung seperti berikut:

- Sahih al-Bukhari, jilid 4 muka surat 209, hadis 3711. Nabi (s.a.w) bersabda: 
فاطمة سيدة نساء اهل الجنة

Fathimah adalah penghulu wanita ahli syurga.
- Dalam kitab yang sama, jilid 4, halaman 210, hadis 3714, Nabi (s.a.w) bersabda:

فمن أغضبها فقد أغضبني
iaitu: Barangsiapa yang menyebabkan Fathimah marah, maka ia menyebabkan aku marah.
Kesyahidan Fathimah membuktikan kebenaran Syiah
Selain Syiah, seluruh mazhab-mazhab Islam terutamanya firqah Wahabi mempunyai pendirian dalam masalah ini, iaitu kesyahidan Fathimah (a.s) adalah bukti kebenaran Syiah; oleh itu golongan Wahabi membawa masalah ini dalam pertikaian, mereka memasukkan syubhat tentang kesyahidan Fathimah az-Zahra.
Syubhat pertama, mengenai hadis "Fathimah sebahagian daripadaku"
Wahhabi mencanangkan syubhat palsu berasaskan hadis "Fathimah sebahagian daripadaku" yang dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) untuk menghina Ali bin Abi Talib (a.s)!
Terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari hadis 3110 yang mana Nabi (s.a.w) bersabda, "فاطمة بضعة مني, iaitu Fathimah sebahagian daripadaku. Kemudian sebuah hadis palsu dinukilkan daripada Miswar bin Makhramah yang lahir pada tahun ke-dua Hijrah. Berkenaan dengan perkara ini, tokoh seperti Abu Ilm salah seorang ulama besar Universiti al-Azhar dalam kitab Fathimah al-Zahra muka surat 170 telah menulis bahawa hadis Ali melamar Juwirah telah terjadi di dalam tahun kedua Hijrah. Di zaman itu samada Miswar belum lahir atau masih berada memakai lampin.
Kedua, Juwirah masih kafir sehingga tahun ke-lapan Hijrah
Ketiga, ketika Nabi masih hidup, gadis ini tidak pernah ke Madinah sehingga tahun ke-sepuluh Hijrah,
Syubhat kedua; menjadikan kesyahidan Fathimah az-Zahra (a.s) sebagai cerita dongeng.
Terbaru, ulama Wahabi menjadikan kisah lucu iaitu: Kesyahidan Fathimah az-Zahra dari tahun 1374 Shamsiyyah telah ditambah dalam taqwim sehingga masalah tidak muncul sebelum peristiwa tersebut.
Namun sebagai jawapan kepada syubhat ini:
Pertama, Ibnu Taimiyah selaku pemimpin Wahabi -atau lebih baik kita panggil sebagai tuhan dan nabi Wahabi- di dalam kitab Minhaj al-Sunnah jilid 4 halaman 220 telah menulis bahawa: كبس البيت , iaitu: ketika ejen-ejen khalifah memasuki rumah Fathimah dengan kekerasan..."
Kedua,  guru Zahabi Juwaini, di dalam kitab Fara'id Simthain membawa sabda Nabi (s.a.w): "Kalian akan melihat anak perempuanku akan terbunuh secara menyedihkan (مغمومة مغصوبة مقتولة)."
Ketiga, al-Marhum Kulaini meriwayatkan daripada Imam Ja'afar al-Sodiq: "Bonda kami Fathimah Az-Zahra telah syahid."
Keempat, Shahrestani di dalam jilid pertama kitab al-Milal wan Nihal halaman 67 menukilkan daripada Nazzam bahawa khalifah kedua menendang perut Fathimah Az-Zahra dan janinnya keguguran.
Kelima, subjek tersebut telah ditulis oleh Ibnu Hajar di dalam Mizan al-I'tidal dan Lisan al-Mizan.
Syubhat ketiga; mengapa Ali (a.s) tidak membuka pintu rumah?
Syubhat yang lain menegaskan bahawa: Sekiranya Ali bin Abi Thalib di dalam rumah Fathimah Az-Zahra, mengapa pula Fathimah yang membuka pintu sehingga kejadian tersebut terjadi sedangkan pembukaan pintu sepatutnya dilakukan oleh lelaki yang berada di dalam rumah, ini bertentangan dengan kemuliaan lelaki terutamanya lelaki Arab.
Jawapan:
Pertama, Ibnu Asakir di dalam Kitab Tarikh Dimashq, jilid 42 menyatakan: "Nabi (s.a.w) duduk di dalam rumah di mana pintu rumah sedang diketuk. Baginda bersabda kepada Ummu Salamah:
 «یا ام السلمه قومي فافتحي له»
Wahai Ummu Salamah! bangunlah dan bukalah pintu untuknya."
Kedua, di dalam kitab ini juga, jilid 44, halaman 35: Umar bin al-Khattab datang dan mengetuk pintu sedangkan Nabi berada di dalam rumah. Namun baginda bersabda kepada Khadijah (a.s):
«افتحي يا خديجة»
iaitu wahai Khadijah, bukalah pintu.
Ketiga: di dalam jilid pertama kitab Ihtijaj Thabarsi, jilid 292: Pada suatu hari, Nabi (s.a.w) duduk di dalam rumah di mana Amirul Mukminin Ali (a.s) mengetuk pintu. Baginda bersabda kepada Aisyah:
 «افتحي له الباب»
iaitu: Bukakan pintu untuknya. Sekarang apakah Wahabi lebih mulia berbanding Nabi?
Keempat, Ibnu Taimiyah menulis di dalam kitab Minhaj al-Sunnah, tidak ada sesiapapun yang membuka pintu rumah; bahkan para penyerang memenyerbu masuk ke dalam rumah dengan pantas.
Kelima, menurut ayat 27 dari surah Nur, di dalam al-Quran:
یا ایها الذین آمنوا لا تدخلوا بیوتا غیر بیوتکم حتی تستانسوا
iaitu tidak boleh masuk ke dalam rumah sehingga diberi izin. Di tempat laini juga terdapat ayat:
یا ایها الذین آمنوا لاتدخلوا بیوت النبي الا ان یؤذن لکم
Dari perspektif lain, Suyuthi telah menulis dalam jilid ke 5 Kitab al-Durr al-Manthur, halaman 50: Rumah Zahra adalah rumah kenabian. Oleh itu Fathimah az-Zahra dan Ali (a.s) berdiri di atas kepercayaan bahawa para penyerang rumah kenabian sekurang-kurangnya menghormati rumah orang yang beriman, bukan mengabaikan perintah Allah dan RasulNya sehingga membakar rumah Ahlul Bait dan masuk ke dalam rumah secara kekerasan.
Syubhat ke-empat, rumah-rumah di Madinah tidak berpintu?
Syubhat yang lain dinyatakan sebagai: Rumah-rumah Madinah di zaman tersebut tidak berpintu, cuma ditutupi tirai atau tikar kayu! Mereka mencanangkan syubhat ini sehingga mendustakan peristiwa Fathimah az-Zahra berada di belakang pintu.
Namun sebagai jawapan:
Pertama, al-Quran di dalam Surah Nur menerangakan:
ولا عَلَی أَنفُسِکُمْ أَن تَأْکُلُوا مِن بُیُوتِکُم أَو بُیُوتِ آبَائِکُم أَو بُیُوتِ أُمَّهَاتِکُم أَو بُیُوتِ إِخوَانِکُم أَوْ بُیُوتِ أَخَوَاتِکُم أَو بُیُوتِ أَعمامِکُم أَوْ بُیُوتِ عَمَّاتِکُم أَوْ بُیُوتِ أَخوالِکُم أَوْ بُیُوتِ خَالاتِکُمْ أَوْمَا مَلَکتُم مَّفَاتِحَهُ أَو صَدِیقِکُم لَیسَ عَلَیْکُم جُنَاحٌ أَن تَأْکُلُوا جَمِیعًا أَوْ أَشْتَاتًا
iaitu: dan juga tidak ada salah bagi kamu makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu, atau di rumah emak saudara kamu, atau di rumah bapa saudara kamu, atau di rumah emak saudara kamu, atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing.
Sekarang, sekiranya rumah tidak mempunyai pintu dan selak, apakah mereka akan memasang kunci pada tirai dan tikar kayu? Atau - Na'uzubillah - Al-Quran tersalah dalam perkara ini? maka kita perlu berkata bahawa mereka yang mencanangkan syubhat ini tidak kenal al-Quran.
Kedua, di dalam kitab Sahih Muslim - antara kitab paling muktabar setelah al-Quran di kalangan Ahlusunnah - dalam jilid ke 6 halaman 105, hadis 5136, dinyatakan bahawa Nabi (s.a.w) memerintahkan: Tutuplah pintu di waktu malam. Apakah mereka menutup tikar kayu atau tirai? Apakah mereka meyebut tirai sebagai pintu?
Ketiga, Bukhari telah menulis di dalam jilid pertama, Kitab Al-Adab al-Mufrad, muka surat 272:
فسألته عن بيت عائشة فقال كان بابه من وجهة الشام فقلت مصراعا كان أو مصراعين قال كان بابا واحدا قلت من أي شيء كان قال من عرعر أو ساج
Perawi bertanya: Pintu rumah Aisyah mempunyai satu daun pintu atau dua? jawabnya: satu pintu, aku bertanya jenis apakah ia? jawabnya: dari pohon juniper atau saj.
Sekarang, bagaimana mungkin rumah Aisyah mempunyai pintu yang diperbuat dari kayu juniper, namun rumah Fathimah anak Nabi pula tidak mempunyai pintu seperti yang telah diperincikan?
Wahabi memenui jalan buntu dalam topik kesyahidan Fathimah az-Zahra.
Saya pernah berdebat dengan salah seorang syeikh Wahabi di Dubai. Saya tunjukkan kepadanya Sahih Bukhari dan bertanya, apakah anda terima hadis ini; iaitu Nabi (s.a.w) bersabda Fathimah (a.s) adalah bahagian daripadaku, barangsiapa yang menyakiti beliau maka ia telah menyakitiku? Jawabnya saya terima. Saya berkata, apakah kamu juga terima bahawa Fathimah (a.s) telah murka kepada kedua-dua Syeikh? Jawabnya: ini adalah pembohongan yang dicipta oleh Syiah. Lantas saya buka kitab Sahih al-Bukhari dan menunjukkan hadis ini kepadanya. Beliau melihat tulisan pada kulit kitab tersebut dan berkata: Kitab ini telah dicetak di Beirut, dan saya tidak menerimanya, bawakan kitab yang telah dicetak di Arab Saudi! Saya berkata: Percetakan kitab ini bukanlah kepunyaan Syiah. Lagipun di Lubnan majoritinya bukanlah Syiah, sekiranya satu hadis dalam kitab mereka diubah, sudah pasti percetakannya dibakar, apa lagi sekiranya hadis ini dicetak dengan pembohongan!
Setelah itu saya tunjukkan kepadanya sebuah riwayat dari kitab Shahrestani dan Ibnu Qutaibah Dainuri yang menegaskan kesyahidan Fathimah Zahra (a.s). Apabila hadis-hadis dari kitab-kitabnya ini dibacakan, beliau menunjukkan kepalanya seraya berkata: Esok malam saya akan membawakan jawapan kepada anda.
Malam esok, walau apa caranya saya menunggu, dia tetap tidak datang. Saya menelefon kepada tuan rumahnya dan bertanya: Kenapa Syeikh tidak datang untuk meneruskan perdebatan? Tuan rumahnya berkata: Syeikh Wahhabi itu sedang menulis sepucuk surat kepada salah seorang ulama besar Arab Saudi dan berkata: Saya telah menemui jalan buntu dalam perdebatan mengenai Fathimah az-Zahra, dan secara zahirnya seluruh bukti-bukti adalah sahih. Tolong kirimkan saya jawapan yang menghancurkan gigi.
Menarik perhatian di sini, setelah seminnggu barulah jawapan tiba iaitu: Hadis-hadis ini memang sahih dan terdapat di dalam kitab-kitab kita, namun janganlah sekali-kali kamu berbahas mengenainya dengan ulama Syiah!
Betapa pentingnya perpaduan Islam dengan memelihara syiar-syiar Fathimah.
Topik perpaduan Islam sangatlah penting, Fathimah az-Zahra (a.s) juga mempunyai kedudukan yang tinggi seperti mana kata-kata al-Marhum Ayatullah Fadhil Lankarani, kedudukan Fathimah tidaklah bertentangan dengan masalah perpaduan.
Dari satu sisi yang lain, kekaburan isu Fathimah menyebabkan kebenaran Syiah juga diselaputi kekaburan. Oleh itu perpaduan kita hendaklah beridiri di atas prinsipnya, namun dalam masa yang sama kita tidaklah menyerang simbol suci Ahlusunnah.
Imam Khomeini selaku orang yang menyeru perpaduan tidak sekali-kali mengabaikan perbahasan Fathimah. Pemimpin tertinggi revolusi juga menegaskan seluruh perbahasan perpaduan, namun tidak juga meminggirkan masalah Fathimah dan kesyahidannya; sehinggalah setiap tahun dianjurkan majlis kedukaan selama beberapa malam di rumahnya.
 
ALLAHUMMA SOLLI ALA FATIMATA WAABIIHA WABA'LIHA WABANIIHA BIADADI MAA AHAATHA BIHI ILMUK


No comments:

Post a Comment