Friday 5 October 2012

INFO SYARIAH COURT SESSION ( ASYURA NIGHT JAIS RAID ON Hauza Ar-RIDHA K.L 2010 ) EXPERT WITNESS 20.9.12




Info Perbicaraan Kes serbuan JAIS

ke atas Hauzah ar-Ridha a.s Dis 2010

sessi keterangan saksi pakar






 Ini ringkasan perbicaraan kes En.Mohd Kamilzuhairi bin Abd Aziz dan En. Mohsein Radmard

Tarikh perbicaraan : 20 September 2012
Masa     : 10.40 pagi
Lokasi  : Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Barat, Kuang

Saksi ke-17 [Saksi Pakar] 
(Sepatutnya saksi pakar yang akan dipanggil ialah dato' Dr Johari Mat, maka diganti dengan saksi pakar yang baru)

Nama saksi :  DR KAMALUDDIN NURDIN MARJUNI
Jawatan :  Pensyarah Kanan di fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Ringkasan:
- saksi menyatakan bahawa beliau telah membuat tesis PHD atas tajuk POLEMIK AKIDAH FALSAFAH PUAK-PUAK SYIAH ZAIDIAH, ISMAILIAH DAN IMAMIAH. Namun kajian tesis beliau hanya berdasarkan kajian kitab sahaja tanpa pernah bertemu mana-mana ulamak syiah untuk berbincang

- beliau mengakui bahawa peristiwa karbala merupakan satu peristiwa yang begitu tragis yang ditanggung oleh Imam Husain a.s dan beliau berpendapat bahawa selayaknya Imam Husain a.s di gelar Sayyidus Syuhada

- beliau menyatakan bahawa saudara syiah kita juga adalah Islam yang mana beliau menyebut bahawa Saudara Islam Syiah.

- Beliau pernah terdengar berkaitan dengan Deklarasi Aman namun tidak pernah melihatnya. Maka pada hari perbicaraan peguam OKT telah menunjukkan satu naskah Deklarasi Aman kepada saksi. Beliau mengesahkan intipati deklarasi persetujuan persefahaman yang menyatakan bahawa 8 mazhab yang diiktiraf oleh negara-negara OIC iaitu termasuk Syiah Ja'fariah, Syiah Zaidiyah, Ibadi dan Thahiri dan 4 Mazhab Ahli Sunnah:
"() Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable. "

- Mahkamah memutuskan tarikh Penghujahan Lisan pada 12/12/2012
dan Keputusan Kes Perbicaraan akan diumumkan pada 14 Januari 2013

Solawat.

JUMPA LAGI DI MAHKAMAH 12.12.12
dan 14.1+13

No comments:

Post a Comment