Apabila Imam Redha a.s dari Madinah sampai ke kota Naishabur sebelah timur
Iran,orang ramai berpusu-pusu menunggu kedatangan Imam a.s.Para wakil dan ketua-ketua
masyarakat meminta Imam memberikan sebuah hadits kepada mereka yang Imam warisi dari
ayah-ayah beliau a.s.Imam berkata : Ayahku Imam Musa ibni Ja'far telah memberitahu kepada
ku yang ayahnya Imam Ja'far Sadiq a.s telah menukilkan dari ayahnya Imam Muhammad Baqir
a.s dan dari ayahnya Imam Zainal Abidin dan dari ayahnya Imam Hussein a.s dan dari ayahnya
Imam Ali bin Abi Talib a.s yang beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Jibrail
a.s berkata yang Allah berfirman كلمة لا اله الّا اللّه حصني فمن دخل حصني امن من عذابي ( kalimat La ilaaha
illallah bentengku barangsiapa yang memasuki bentengku terselamat dari azabku ) ketika itu
Imam berdiam diri seketika lalu berkata بشروطها و انا من شروطها ( tetapi dengan syaratnya dan aku
adalah syaratnya.Yakni iman kepada Tuhan yang menyelamatkan seseorang dari azab mempunyai
syarat-syaratnya dan salah satunya ialah kewujudan dan berpegang kepada pemimpin Ilahi dan
dengan kata lain tanpa kepimpinan Ilahi tidak mungkin untuk sampai kepada Tauhid yang tulen.
(Hadits Silsilatuz Zahab )
tidak menziarahinya orang beriman kecuali Allah mewajibkan Syurga baginya dan
mengharamkan jasadnya dari api neraka.
Berkata Imam Redha a.s : Bukanlah mukmin yang sejati orang yang tidak memiliki
tiga sifat : Satu ciri dari Tuhannya,satu ciri dari Nabinya dan satu ciri dari Imamnya ;Adapun
ciri dari Tuhannya ialah menyimpan rahsia dirinya,dan adapun ciri dari Nabinya ialah bertingkah
laku yang baik dengan orang ramai,dan adapun ciri Imamnya ialah bersabar menanggung kesus
-ahan dan kemusykilan.
Al-Quran dengan khat Imam Redha a.s
Setiap tiga hari Imam Redha a.s mengkhatamkan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an
berserta tadabbur dan tafakkur akan ayat-ayat
Imam Redha a.s ketika hendak meninggalkan Madinah menuju
Khorasan dengan paksaan Khalifah Al-Makmun Abbasiyyah dengan helah menjadikan
Imam sebagai Putera Mahkota,telah menziarahi maqam Rasulullah s.a.w dan mengucap
kan selamat tinggal dan setelah menghimpunkan kaum kerabat beliau berkata : Tangisi lah
daku...perjalanan ini tiada kembalinya ( yakni Imam telah memberi bayangan yang beliau
akan disyahidkan oleh Al-Makmun )
Salam ke atas mu wahai Gharibal Ghuraba' ( Imam yang terasing ) !
YA WAJIIHAN INDALLAH..ISHFA' LANAA INDALLAH
Oh The Guarantor of The Gazelle be our Guarantor by the
right of your dearest Sister Hazrat Fatimah Ma'sumah !
Takziah Shahadah Imam Ali Ibni Musa Ar-Redha a.s
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment