Nota : Dinasihatkan supaya usaha-usaha ilmu dilakukan secara rasmi dan bertanggungjawab sepenuhnya begitu juga usaha-usaha penguatkuasaan kerana ia melibatkan banyak pihak,jika tidak
setiap orang boleh sahaja melakukan tindakan-tindakan bagi menjaga kepentingan masing-masing.
Adalah wajib ke atas semua untuk memelihara perpaduan dan kepentingan umat Islam secara
keseluruhannya dan menjaga keharmonian umat manusia dari pelbagai bangsa dan agama apatah
lagi sesama umat Islam.Maka semua individu umat perlu menjaga kehormatan satu sama lain.
2.Sebahagian anasir juga berkecenderungan untuk menghina dan menghenyak umat Islam bermazhab Syiah
walaupun setiap tindakan peribadi yang bermazhab Syiah tidak boleh dijadikan alasan bagi menghentam
Syiah sepertimana setiap tindakan pihak lain walaupun atas nama agama tidak boleh dijadikan alasan untuk
tidak menghiraukan agenda perpaduan ummah.
3.Di sini dimuatkan petikan kajian sejarah Institusi Pengajian Tinggi yang menunjukkan bahawa Syiah bukanlah satu fenomena yang tiada asal usul keturunannya di Tanah Melayu dan Nusantara ini.Penghargaan
kepada IPT dan Tuan pengkaji yang ilmuan.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment