Hindun anak perempuan Abdullah bin Amer telah lahir di dalam sebuah keluarga Yahudi.Ia telah lumpuh
disebabkan penyakit yang dihidapi sejak lahir lagi.Ayahnya telah membawanya berjumpa tabib-tabib yang
ramai untuk berubat tetapi malang sekali tidak berhasil dan akhir sekali seperti kebiasaan penduduk Madinah
anaknya dibawa ke rumah Imam Ali a.s dengan niat sekiranya sembuh akan dijadikan pembantu di rumah
beliau.Hindun akhir sekali mendapat kesembuhan dengan keberkatan Imam Hussein a.s lalu tinggal di rumah
tersebut sehinggalah setelah Imam Ali a.s syahid ia menjadi pembantu rumah Imam Hasan a.s.Pada zaman
Muawiyah ia telah mendapat penghargaan lalu berkahwin dengan Yazid bin Muawiyah dan meninggalkan kota
Madinah tetapi disebabkan semasa kecil dan zaman remajanya kesemuanya dihabiskan di Madinah dan rumahnya Ahlul Bait Nabi s.a.w maka hatinya telah terpaut di sana.
Hindun yang berada di kota Syam dan tiada khabar tentang apa yang terjadi di Karbala pada suatu hari pada suatu hari telah keluar bersama perempuan-perempuan untuk melihat para tawanan yang baru
diheret ke Syam dari Karbala.Bibi Zainab dan Ummu Kalthum mengenali Hindun apabila melihatnya tetapi
Hindun tidak mengenali puteri-puteri Fatimah Zahra dan Ali bin Abi Talib a.s ketika itu lalu ia bertanya
kepada ahli rombongan tawanan ketika itu,dari manakah gerangannya kamu kesini ? tiada yang menjawab
pada mulanya lalu ditanya lagi ; Bibi Zainab menjawab : Dari Madinah.Terperanjat Hindun mendengar
jawapan lalu berkata : Sebaik-baik Salam ke atas ahli Madinah..aku ingin bertanyakan tentang sebuah rumah
di Madinah.Kenalkah anda sesiapa di sini dari rumah dan keluarganya Hadrat Ali ? Bibi Zainab bertanya,
yang mana satukah dari keluarga ini yang anda bertanya ?
Hindun menjawab : Aku ingin tahu tentang Hussein,saudara-saudaranya,anak-anaknya dan Bibi Zainab dan
adik-adiknya Ummu Kalthum dan wanita-wanita lain : Zainab dengan sebak menjawab : Jika engkau berta-
nya tentang rumahnya Ali,kami telah meninggalkannya di Madinah dan kami tertunggu-tunggu untuk mem-
bawa khabar berita kematian penghuni-penghuninya kepadanya.Tetapi jika engkau bertanyakan Hussein,
kepala yang dipenggal yang diletakkan di hadapan Yazid,itulah Hussein.Jika engkau bertanyakan Abbas dan
lain-lain anaknya Ali a.s,kami telah meninggalkan mereka,tubuh-tubuh yang dicincang berserakan di atas
tanah Karbala lalu kami datang kesini.Jika engkau ingin tahu tentang Zainab dan Ummu Kalthum,aku lah
Zainab puteri Ali dan inilah adikku Ummu Kalthum.
Hindun terus berteriak tangis mendengarkan kata-kata ini dan melolong-lolong : Oh Imamku, Tuan ku Hussein ,alangkah baiknya aku mati dahulu,tidak aku lihat puteri-puteri Fatimah berkeadaan begini ! lalu
jatuh tidak sedarkan diri.
Apabila ia sedar,ia dibawa pulang tetapi ia bersumpah tidak mahu pulang kecuali dengan berkabung
kepada Aba Abdillah Hussein dan dibawa bersama-sama para wanita Bani Hashim.Ia telah mengecam dan
menyerang suaminya Yazid bin Muawiyah di majlis khalayak ramai lalu Yazid berdalih dengan menyalahkan Ubaidillah Ibnu Ziyad dan melaknatnya...
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment