Galeri Video ABNA:
Ulama dan Cendikiawan Islam Sunni-Syiah Bertekad Ciptakan Persatuan
|
Menurut Kantor Berita ABNA, dalam rangka memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Saw dan keturunan suci beliau Imam Ja'far Shadiq as, Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran Sayyid Ali Khamanei menyampaikan ceramahnya didepan para pejabat Negara Iran, panitia penyelanggara Konferensi Internasional Persatuan Islam ke-26 dan para tamu besar Negara yang menjadi peserta Konferensi. Rahbar dalam ceramahnya menekankan pentingnya persatuan umat Islam dan menghindari segala bentuk perselisihan dan perpecahan dikalangan umat. Setelah menyampaikan ceramah, Rahbar Iran tersebut melakukan ramah tamah dan saling bersalaman dengan ulama-ulama besar dan cendekiawan Islam Sunni-Syiah dari berbagai Negara.
Ayatullah Mohammad Ali Taskhiri;
Taqrib antara mesej utama Revolusi Islam
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama Syiah memuji prestasi pencapaian Revolusi Islam dalam berbagai arena di peringkat dalam dan luar negara disamping memainkan peranannya dalam menyatukan umat Islam (Taqrib).
Ayatullah Mohammad Ali Taskhiri berkata demikian ketika berucap dalam demonstrasi ulangtahun Revolusi Islam Iran ke-34.
Tambah beliau lagi, "Menurut fakta Revolusi Islam Iran dikenal sebagai ikrar kesedaran bagi menubuhkan kerajaan al-Qur'an dan menjadi model untuk pergerakan-pergerakan revolusi negara-negara Islam yang lain."
Ayatullah Taskhiri menegaskan, "Mesej Revolusi Islam di Iran menjanjikan masa depan yang cerah untuk seluruh umat dan kita adalah saksi pencapaian besar revolusi ini di seluruh dunia."
Ayatullah Taskhiri menambah, "Tidak diragukan lagi bahawa perpaduan dan taqrib merupakan mesej utama Revolusi Islam Iran, dan kita turut menjadi saksi perpaduan di kalangan umat yang berbagai mazhab dan puak."
"Sepanjang 34 tahun lalu, musuh Revolusi Islam berputus harapan dalam usaha melemahkan tonggak Revolusi Islam. Namun dengan kerjasama yang meluas di kalangan rakyat maka komplot mereka telah menemui kegagalan," ujar beliau.
Penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Iran ini berkata, pihak musuh dijangka akan menemui banyak lagi kegagalan dan mereka perlu tahu bahawa ilham revolusi ini akan memusnahkan semua keangkuhan mereka. Selain itu pendominasian Islam bakal menjadi realiti.
Syeikh al-Azhar seru penyelesaian konflik Syria
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun penganut ajaran Wahabi di seluruh dunia membiayai pemberontakan dan pembunuhan umat Islam di Syria, namun Syeikh al-Azhar mempunyai pendirian sebaliknya.
Dalam kenyataan terbaru Dr. Ahmad Tayyib, beliau menegaskan betapa pentingnya penyelesaian konflik di Syria berasaskan persaudaraan, suasana damai dan dialog yang membangun serta pemberhentian segera semua keganasan.
Beliau berkata demikian hari ini sempena menjelang Persidangan Kemuncak OIC yang akan dilangsungkan di Kaherah dengan menyatakan, "Sesungguhnya umat Islam dianjurkan bertoleransi dan melaksanakan keamanan. Kita prihatin terhadap seluruh organisasi dan persidangan yang kita ikuti demi menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Untuk menyelesaikan masalah pertamanya hendaklah berasaskan persaudaraan, semangat perdamaian, dialog yang membangun terutama sekali tentang Syria, seterusnya pemberhentian segera pertumpahan darah di negara saudara kita ini."
Tambah beliau lagi, tragedi yang menimpa saudara kita di Palestin dieksploitasi dengan kepentingan antarabangsa dan matlamat yang tidak sah. Oleh itu wajiblah bagi kita, bahkan ke atas seluruh pencinta kebenaran serta kebebasan agar membantunya.
Syeikh al-Azhar juga menegaskan tanggungjawab kita menghadapi fenomena Islam-fobia, beramal dengan tolerasi agama serta menyampaikan mesej al-Quran kepada seluruh manusia.
Selain itu beliau turut menceritakan bahawa al-Azhar merupakan hati kepada seluruh penganut agama Islam, pemikiran dan suara hatinya adalah denyut nadi yang menghidupkan harapan umat dalam membela syariat Islam, perkembangannya dan penyelidikannya.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment