KENYATAAN MEDIA
Pada 14 Januari 2013 Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Tuan Haji Mohd Kamilzuhairi Bin Abd Aziz dan Tuan Haji Mohamed Mohsen Radmard dari tuduhan membantu mengembangkan ajaran Syiah yang bercanggah dengan fatwa yang diwartakan di Selangor dan bersubahat membantu mengembangkan ajaran Syiah. Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 12 (c) dan 46 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Keputusan itu dibuat dan dibacakan oleh Hakim Syariah Tuan Kamarulzaman Bin Ali. Dalam perbicaraan kes, pihak pendakwaan telah memanggil 18 orang saksi yang terdiri daripada pegawai-pegawai penyiasat yang terlibat secara langsung dengan serbuan pada malam kejadian, pegawai yang menyelia barang rampasan, seorang saksi awam dan seorang saksi pakar. Sebanyak 335 bahan bukti dikemukakan di mahkamah yang mana telah diterima sebagai keterangan sepanjang perbicaraan ini dijalankan. Perbicaraan ini telah berlangsung selama setahun bermula pada 5 Januari 2012 hingga 12 Disember 2012. Dalam kes ini Dr Kamaluddin Nordin telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pakar. Beliau telah membuat kajian tentang Syiah selama 15 tahun dan membuat tesis PHD di Cairo Universiti tentang Syiah telah menyatakan bahawa Syiah sebagi sebahagian dari Islam dan saudara kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut beliau Syiah hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hakim semasa membaca keputusan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pertuduhan seperti yang dinyatakan terhadap kedua-dua tertuduh. Dua elemen penting dalam kes ini yang gagal dibuktikan adalah membantu mengembangkan ajaran Syiah dan menyampaikan ceramah.
Kenyataan Peguam Abdul Halim Bin Bahari
“Hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa tertuduh pertama Tuan Haji Mohd Kamilzuhairi Bin Abd Aziz dan tertuduh kedua Tuan Haji Mohamed Mohsen Radmard dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri sebagaimana alasan penghakiman, mahkamah telah mendapati bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan setiap satu elemen yang terdapat dalam pertuduhan.”
NOTA : SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA TUAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH
GOMBAK BARAT,YANG ARIF TUAN KAMARULZAMAN BIN ALI,PEGUAMBELA SYARIE TUAN ABDUL HALIM BIN BAHARI,TUAN HAJI MUHAMMAD BIN BUROK DAN PIHAK KESELAMATAN,PIHAK BERKUASA DAN SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN SOKONGAN YANG BERBAGAI BENTUK YANG GANJARAN MEREKA HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA YANG MAMPU MEMBALASNYA KHASNYA KEDUA IBU BAPA,ISTERI DAN KELUARGA DAN ISTIMEWA SEKALI IMAM SOHIBUZZAMAN a.f ,WALI AMRIL MUSLIMIN DAN PARA MARAJI' DAN ROHANIYYIN,TALABAH,MUKMININ-MUKMINAT,MUSLIMIN-MUSLIMAT DAN MUSTADH'AFIN DI SELURUH PELUSUK DUNIA TIDAK LUPA BADAN-BADAN DUNIA YANG TERLIBAT SEPANJANG DUA TAHUN PENYELENGGARAAN KES INI
DAN AKHIR SEKALI PENGHARGAAN KEPADA WARGA HAUZAH AR RIDHA A.S YANG BERSABAR MENEMPUH DUGAAN DAN PENGHARGAAN KEPADA YANG TERLIBAT DENGAN HAL-EHWAL PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN.WASSALAM
ALLAHUMMAJ ALNI FI DIR IKAL HASEENAH ALLATI TAJ ALU FIIHAA MAN TUDIID
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN WAALI MUHAMMAD WAAJJILFARAJAHUM
ALFAATIHAH
No comments:
Post a Comment