Monday 24 December 2012

KEBANGKITAN ISLAM





Pemimpin revolusi Islam;
 Musuh gentar dengan perkataan "Kebangkitan Islam"

Ayatullah Sayid Ali Khamenei menegaskan salah satu masalah penting dalam revolusi-revolusi serantau ialah memberikan sokongan kepada rakyat. "Kudrat yang sebenar ada di tangan rakyat, jikalau rakyat bersatu hati dan sebulat suara walau di mana sahaja mereka berada, Amerika dan apa sahaja yang lebih besar daripadanya tidak mempu melakukan kesilapan.

 Musuh gentar dengan perkataan "Kebangkitan Islam"

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ali Khamenei menerangkan betapa pentingnya kebangkitan Islam yang mencerminkan pendirian agama dan syariat dalam masyarakat di negara-negara revolusi. Beliau berkata demikian kepada ratusan rakyat Iran yang terdiri daripada golongan elit, guru dan pakar dalam satu persidangan yang dinamakan "Pensyarah Dunia Islam  dan Kebangkitan Islam" pagi semalam.

Sambil menerangkan peranan cendiakawan Islam dalam kesejahteraan sosial, Khamenei berkata, "Dari perspektif ini, persidangan "Pensyarah Dunia Islam  dan Kebangkitan Islam" amat berkait rapat dengan kepentingan yang khusus (kesejahteraan sosial)."

Menurut beliau lagi, syarat-syarat utama untuk para cendiakawan ini membimbing masyarakat ke arah kesejahteraan ialah keikhlasan, keberanian, kepekaan, praktikal dan mengikis sikap tamak. "Kebangkitan Islam dan penerapannya dalam umat merupakan peristiwa besar yang mana dunia hari ini sedang menghadapinya, beberapa negara turut menuruti jejak-jejak revolusi dan penggulingan regim yang korupsi," ujar beliau.

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa kebangkitan Islam telah tersebar secara meluas sehingga pihak musuh menzahirkan ketakutan mereka. Tambah beliau, "Mereka banyak berusaha supaya tema "Kebangkitan Islam" tidak menjadi sebuah kegiatan. Ini disebabkan musuh terlalu gentar dengan Islam yang hakiki.

"Mereka tidak takut dengan Islam yang menjadi hamba kepada dollar dan tenggelam dalam kerosakan, namun mereka gentar dengan Islam praktikal dan bergerak, Islam yang bertawakkal kepada Allah dan RasulNya, serta Islam yang berbaik sangka dengan janji Allah.

"Kami percaya pergerakan besar yang ada sekarang benar-benar sebuah kebangkitan Islam dan mempunyai arah tujuan. Ini semua tidak akan terpesong dengan mudah," tambah beliau lagi.

Mengenai revolusi yang dinamakan sebagai "Kebangkitan Islam" ini, beliau berkata, "Slogan-slogan Islam yang dilaungkan rakyat dalam revolusi serantau dan peranan mereka yang berakidah Islam telah berkembang dalam bentuk kemasyarakatan dan berupa kejatuhan regim korupsi. Semua orang percaya bahawa gerakan ini adalah gerakan Islam."

Antara sebab lain keislaman gerakan ini adalah cenderungnya rakyat terhadap agama dalam pilihanraya negara-negara revolusi. "Hari ini, sekiranya di kebanyakan rantau dunia Islam mengadakan pilihanraya bebas dengan baik, dan para pemimpin politik Islam juga turut berada di tengah-tengahnya, maka rakyat akan memilih Islam."

"Beliau turut menerangkan kepentingan mengenal pasti bahaya terhadap gerakan dan revolusi terutamanya di Mesir, Tunia dan Libya dengan berkata, "Ketika mengenal pasti bahaya, hendaklah matlamat-matlamat revolusi ini diterangkan, sekiranya matlamat tidak dikenal pasti, maka kebingungan akan wujud."

Salah satu matlamat kebangkitan Islam yang dikemukan beliau ialah "Bebas dari kejahatan kuasa dunia". Tegasnya "Perkara ini hendaklah diumumkan secara jelas kerana sebarang gambaran pendirian pemimpin kuasa angkuh dunia yang ingin menyingkirkan gerakan Islam adalah tidak benar.

"Amerika berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan Islam walau di mana pun ia berada," tutur beliau.

Tegas Ayatullah Khamenei lagi, revolusi serantau hendaklah menetapkan hadnya dengan kuasa angkuh dunia. Ujar beliau lagi "Kita tidak mengatakan bahawa mereka  sedang berperang dengan kuasa angkuh, namun seandainya mereka tidak menentukan had, mereka pasti akan diperdayakan."

Mengenai kuasa angkuh dunia yang mengeksploitasi dana dan ilmu demi menakluki dunia, beliau berkata, "Dengan adanya kelengkapan ini, salah satu masalah besar dunia Barat hari ini ialah tidak mempunyai fikiran baru yang disediakan untuk kemanusiaan sedangkan dunia Islam mempunyai ide baru dan format hala tuju.

"Perkara ini merupakan titik kekuatan dunia Islam, iaitu dengan melakar matlamat-matlamat berasaskan pemikiran-pemikiran ini, maka senjata, wang dan ilmu Barat tidak memberikan pengaruh seperti masa lampau."

“Terdapat usaha yang meluas untuk menghalang Syariat islam mencapai kemajuan dalam reformasi dan pembinaan tamadun sedangkan Islam menjawab banyak keperluan insan dan mencapai kemajuan yang pesat dalam setiap kurun dan zaman.”

Menurut beliau lagi, matlamat lain kebangkitan Islam ialah pembinaan sistem. Sambil menceritakan pengalaman Afrika Utara yang menghadapi kekalahan akibat tiada pembinaan sistem, beliau berkata, “Sekiranya di negara-negara revolusi tidak mempunyai pembinaan sistem, maka ia tidak mempunyai prinsip yang utuh dan sentiasa dirundung bahaya.”

Mengenai masalah dalam revolusi pula, beliau menekankan betapa pentingnya menyokong dan membela rakyat. Tegas beliau, “Kudrat yang sebenar ada pada tangan rakyat, di mana-mana pun rakyat yang bersatu hati dan sebulat suara, dengan sokongan pemimpinnya, maka Amerika dan kuasa yang lebih besar daripadanya tidak akan mampu melakukan kesilapan.”

“Para pemikir, penulis, penyair, terutamanya ulama mempunyai peranan penting. Mereka hendaklah menjaga komunitinya dengan menjelaskan matlamat revolusi, halangan  dan musuh-musuh mereka,” ujar beliau.

Pemimpin revolusi ini menganggap pendidikan ilmu di kalangan golongan muda, kemajuan ilmu serta teknologi merupakan masalah yang sangat penting untuk negara-negara Islam terutama sekali negara-negara revolusi.  Tegas beliau lagi, “Kerja-kerja ini tidaklah mustahil dan telah menjadi pengalaman ilmu serta kejayaan Republik Islam Iran.”

Ayatullah Khamenei menambah, “Sebelum revolusi Islam, Iran berada di tahap ilmu yang sangat rendah. Namun sekarang dengan berkatnya revolusi Islam, tahap ilmunya berada di peringkat yang tinggi di mata dunia. Pertumbuhan pusat-pusat ilmu dan pengiktirafannya di peringkat global menunjukkan kepesatan ilmu.”

Beliau menegaskan, “Hendaklah pengalaman dan kejayaan ini dilanjutkan dalam negara-negara Islam. Dunia Islam hendaklah mencapai suatu kedudukan yang menjadi pusat tujukan ilmu dunia.”

Pemimpin revolusi Islam menambah, “Kerajaan Islam di Iran telah membuktikan kemampuannya dalam kepesatan ilmu dengan berlandaskan Islam.”

Menurut beliau lagi, perpaduan juga merupakan salah satu masalah asasi dan keperluan dunia Islam. 

Walau bagaimanapun  dunia Islam semakin maju meskipun terdapat usaha dan konspirasi kuasa asing. “Salah satu tanda kemajuan ini ialah perang lapan hari, terjadi di kawasan yang penduduk Palestin sangat kecil bernama Gaza. Pemerintah Zionis mendakwa mempunyai askar paling kuat di dunia telah melakukan gencatan senjata padahal sebelum ini rakyat Palestin Gaza yang melakukannya.

“Apakah sepuluh tahun lalu terjadi begini?” soal beliau.

“Tahniah untuk Palestin, Hamas, Jihad Islam dan batalion pejuang Palestin yang menunjukkan keberanian mereka di Gaza.

“Dari pihak saya sendiri, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang Palestin kerana berkorban, berusaha dan bersabar.,” tambah beliau lagi.

Menurutnya lagi, peperangan lapan hari itu merupakan pengajaran penting untuk Palestin termasuklah juga seluruh umat Islam. Beliau menegaskan, “Perang di Gaza menunjukkan jikalau semua orang bersatu, dan bersabar dalam setiap kesusahan, maka janji Allah akan menjadi realiti selepas segala kesulitan.”

Beliau turut menyentuh masalah Bahrain dengan mengatakan, “Malangnya dalam krisis di Bahrain, kita melihat dunia Islam berdiam diri akibat pandangan yang salah tentangnya.

“Pandangan yang benar terhadap sesatu peristiwa di rantau ialah dengan melihat rancangan musuh, pendedahan-pendedahan dan tipu daya mereka.”

Mengenai Masalah Syria pula, beliau berkata, “Republik Islam Iran menentang setiap penumpahan walau setitis darah umat Islam. Namun penjenayah dalam situasi terbaru di Syria ialah mereka yang dikerahkan untuk perang saudara, pemusnahan dan pembunuhan sesama umat.”

Di akhirnya beliau berkata, “Semua permintaan rakyat hendaklah ditunaikan dengan kaedah-kaedah standard dan bukan dengan cara keganasan.”

Di awal pertemuan ini, 7 orang cendiakawan dan pensyarah negara-negara Islam telah menerangkan pandangan mereka sendiri tentang transformasi terbaru serantan, kebangkitan Islam dan bahaya yang sedang dihadapi mereka. Nama-nama mereka ialah:


Dr. Munir Syafiq - cendiakawan dan pemikir Palestin
Dr. Majdi Husain - Pejuang revolusi dan pemimpin Parti Rakyat Mesir
Dr. Rashad al-Rashad - Penyelidik dan penggiat politik Bahrain
Dr. Baba Inuyayi - Penyelidik dan bekas Menteri Agama Sinegal
Dr. Ali Fayyad wakil kabinet Lubnan.
Dr. Umar al-Syahid - Pensyarah Universiti dan penggiat politik Tunisia
Pn. Dr. Abid Ali - Kutua bahagian hubungan antarabangsa Qaed A’zham Pakistan

Khatib Jum'at Teheran:
 Bangsa Iran Lebih Memilih Kesulitan Daripada Tunduk Kepada Musuh

"Namun Iran adalah negara Ahlul Bait as. Bangsa Iran lebih memilih bersama dengan pemerintah menghadapi kesulitan namun tidak tunduk kepada musuh, serta terus menunjung tinggi Islam, al-Quran dan ajaran Ahlul Bait as." 

 Bangsa Iran Lebih Memilih Kesulitan Daripada Tunduk Kepada Musuh
Menurut Kantor Berita ABNA, Sayyid Ayatullah Ahmad Khatami, khatib shalat Jumat (14/12) Tehran dalam khutbahnya  menyatakan, berbagai peristiwa yang terjadi di Suriah adalah kejahatan perang dan pengakuan resmi kepada para pemberontak sebagai aliansi oposisi merupakan pelanggaran nyata HAM.

Ayatullah Khatami mengatakan, "Hal ini membuktikan bahwa Amerika Serikat telah terjun ke kancah sebagai ‘preman'dengan mengatakan; harus kami yang menentukan sehingga kalian (oposisi) dapat bertahan hidup."

Khatib shalat Jumat Tehran menekankan bahwa muqawama bangsa Suriah akan terus berlanjut karena mereka mengetahui bahwa era imperialisme telah berakhir.

Menyinggung pelengkapan senjata kimia untuk kelompok teroris di Suriah, Ayatullah Ahmad Khatami mengatakan, "Kepemilikan senjata kimia oleh kelompok teroris Suriah adalah pelanggaran nyata terhadap hak asasi manusia."

Di bagian lain pernyataannya, Ayatullah Khatami menyinggunggung sanksi musuh terhadap Republik Islam dan mengatakan, "Pada hari ketika musuh-musuh Republik Islam menjatuhkan sanksi, mereka berharap dalam waktu dekat akan menyala lampu hijau di antara masyarakat Iran yang menantikan agresi dari musuh."

"Namun Iran adalah negara Ahlul Bait as. Bangsa Iran lebih memilih bersama dengan pemerintah menghadapi kesulitan namun tidak tunduk kepada musuh, serta terus menunjung tinggi Islam, al-Quran dan ajaran Ahlul Bait as," tegasnya.

Dikatakannya, "Bangsa yang selalu berdiri tegak dan gagah berani akan diberi pertolongan dari Allah Swt."(IRIB)



2 comments:

  1. Sila follow blog ni http://musamahmudzaim.blogspot.com/2012/12/kedudukan-nabi-muhammad-saw.html untuk pecinta ahlu bait a.s

    ReplyDelete
  2. kekuatan islam bukan pada senjata tapi pd iman .. syiah sama sekali x akan menang .. syiah menhina sahabat nabi .. sudah jauh terpesong dr islam ..

    ReplyDelete