Ayatullah Alawi Gorgani;
Al Saud berada di puncak kehinaan kerana menjadi hamba Amerika
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Alawi Gorgani hari ini dalam pertemuan bersama para pegawai tentera udara menegaskan pihak musuh sedang berusaha memisahkan masyarakat dari acara spiritual. Kata beliau, "Salah satu kemahuan musuh ialah: orang ramai tidak mempunyai hubungan dengan kerohanian. Namun masyarakat berulang kali menunjukkan bahawa mereka berada di garisan wilayah, marji' dan kerohanian."
Beliau turut menceritakan kesetiaan kerajaan Saudi terhadap Amerika, "Stok minyak asalnya kepunyaan rakyat Saudi, namun disebabkan perhambaan dan ketaatan kepada Amerika, pemerintah mempergunakannya sebagai upah untuk membunuh umat Islam Syria."
Ayatullah Alawi Gorgani menjelaskan, "Orang yang duduk bersama dengan Amerika akan dipaksa melaksanakan misi-misi mereka yang mana hal ini merupakan kemuncak kehinaan."
IRIB Indonesia:
Senjata-senjata Teroris Suriah Ternyata Produk Israel
|
Menurut Kantor Berita ABNA, TV Suriah seperti dikutip Mehr News, Kamis (20/12) melaporkan, unit-unit tempur pasukan Suriah terlibat baku tembak di sekitar Daraa. Mereka berhasil menumpas sebagian anggota teroris dan menyita sejumlah banyak persenjataan milik mereka.
Salah satu sumber yang berafiliasi ke pasukan Suriah mengatakan, "Di antara senjata-senjata milik kelompok teroris itu ditemukan sejumlah senjata produk Israel."
Pada saat yang sama, kantor berita Suriah, Sana melaporkan, dalam bentrokan yang terjadi antara pasukan Suriah dengan kelompok teroris di sekitar Idlib, sejumlah teroris tewas dan luka-luka.
Dikabarkan juga, pasukan pemerintah Suriah berhasil menewaskan beberapa pemimpin kelompok teroris seperti, Amir Ibrahim Abdulrahman al-Nayef, Wail Bakri, Adnan Muhammad al-Abrash dan Issa Zainuddin.
Sementara itu, rakyat Suriah di Aleppo terus menggelar demonstrasi menuntut keluarnya kelompok bersenjata anti-pemerintah dari wilayah itu.
Sebelumnya warga Aleppo juga menggelar demonstrasi mendukung pasukan pemerintah mengusir kelompok teroris dari kotanya.
Di wilayah sekitar kota Hama, Suriah pasukan pemerintah berhasil memukul mundur kelompok bersenjata. Dalam operasi ini, tiga kendaraan tempur milik kelompok itu berhasil dihancurkan dan sejumlah teroris tewas serta luka-luka.
Sana juga melaporkan, kelompok teroris menyerang menara-menara dan jaringan distribusi listrik tegangan tinggi yang menyuplai aliran listrik untuk kota Hama dan propinsi Aleppo, sehingga aliran listrik ke kota-kota itu terputus.
88888888888888888888888888888888888888888888
Dr. Husaini Qazwini
Isu laknat dan penghinaan sahabat alat untuk menumpahkan darah Syiah
|
Salah satu tuduhan yang sering dilontarkan terhadap Syiah ialah cerita-cerita penghinaan dan laknat terhadap beberapa orang sahabat Nabi (s.a.w). Kisah-kisah ini telah menyebabkan perseteruan dan perbalahan antara kedua-dua kelompok ini di sepanjang sejarah. Bagi menerangkan dan menjawab tohmahan yang tidak berasas ini, kami memilih beberapa perkara yang ringkas untuk menerangkan pemikiran-pemikiran dan ide-ide tertentu supaya golongan yang insaf dapat mengadili sejumlah perkara-perkara yang dijelaskan berikut:
1. Penghinaan khulafa dieksploitasi untuk pengeluaran fatwa-fatwa pembunuhan Syiah
A: Menurut kesaksian sejarah dan penulis-penulisnya, para penguasa dan perampas kuasa sentiasa mengeksploitasi perkara ini untuk membunuh ramai Syiah sebagaimana pengarang kitab al-Muntazham telah menceritakan perkara ini dan berkata:
Setiapkali penguasa dan pemerintah ingin menyeksa dan menangkap pengikut mazhab Syiah, maka mereka akan menghukumnya dengan mempergunakan alasan menghina Abu Bakar dan Umar, bukan kerana ia adalah pengikut Ali atau membela Ali. - Al-Muntazam, jilid 2 halaman 36
B: Ibnu Athir dalam peristiwa 407 Hijrah menulis:
وفي هذه السنة قتلت الشيعة الذين ببلاد إفريقية
Di dalam tahun ini Shiʻah di negara Afrika telah dibunuh. (atas alasan kononnya menghina dan melaknat Abu Bakar dan Umar). - Al-Kamil jilid 9 halaman 110.
C: Al-Sarkhasi salah seorang ulama Ahlusunnah mengeluarkan fatwa begini:
فمن طعن فيهم فهو ملحد منابذ للاسلام دواؤه السيف إن لم يتب.
Barangsiapa yang mencela Abu Bakar maka ia telah kafir dan terkeluar dari golongan umat Islam. Rawatannya ialah: Jika tidak bertaubat maka ia dihukum dengan pedang (bunuh). - Ushul al-Sarkhasi jilid 2 halaman 134.
D: Firyabi, salah seorang tokoh Ahlusunnah berkata:
وَقَالَ الْفِرْيَابِيُّ : مَنْ شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ فَهُوَ كَافِرٌ ، لَا يُصَلَّى عَلَيْهِ .
قِيلَ لَهُ : فَكَيْفَ نَصْنَعُ بِهِ ، وَهُوَ يَقُولُ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ؟ قَالَ : لَا تَمَسُّوهُ بِأَيْدِيكُمْ ، ارْفَعُوهُ بِالْخَشَبِ حَتَّى تُوَارُوهُ فِي حُفْرَتِهِ .
Barangsiapa yang menghina Abu Bakar maka ia telah kafir, jangan solat ke atas janazahnya. Orang pun bertanya: Apa yang harus kami lakukan terhadap jenazahnya jikalau individu ini berkata “Tiada Tuhan melainkan Allah?” jawabnya: Jangan sentuh tubuhnya, alihkannya dengan kayu dan tutupilah ia dalam tanah. - Al-Mughni jilid 5 halaman 62; al-Syarh al-Kabir jilid 10 halaman 64; al-Sharim al-Maslul Ibnu Taimiyah halaman 575
أخرج الخطيب عن أبى هريرة قال : سمعت رسول اللّه ( ص ) يقول : إنّ للّه تعالى فى السماء سبعين ألف ملك يلعنون من شتم أبا بكر وعمر
تاريخ بغداد : 5 / 280 . .
Abu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya tujuh puluh ribu malaikat Allah di langit melaknat orang yang mencerca Abu Bakar. - Tarikh Baghdad, jilid 5 halaman 280.
Pengeluaran fatwa-fatwa kasar anti-Syiah berasaskan pemalsuan hadis-hadis yang memperalatkan nama Nabi (s.a.w). Lebih parah lagi setelah kamu mengikuti kata-kata Sarkhasi yang berkata: “Barangsiapa yang mencerca mereka, maka ia telah kafir, rawatannya ialah pedang sekira tidak bertaubat,” kemudian mengambil fatwa yang lebih keras lagi iaitu:
«وأنّه إذا تاب لا تقبل توبته بل يجب قتله »
رسائل ابن عابدين : 1 / 364 . .
“Sekiranya ia bertaubat, jangan terima taubatnya malah wajib dibunuh”
- al-Rasail ibnu Abidin, jilid 1 halaman 364
Kesimpulannya kata-kata ini secara umumnya adalah pembohongan tentang keutamaan individu-individu tertentu yang telah ditulis di dalam kitab-kitab hadis, tafsir dan sejarah oleh orang yang mengaku alim. Tidak lain tidak bukan semuanya untuk menumpahkan darah insan yang tidak berdosa.
Berikut adalah salah satu contoh daripada jenayah-jenayah yang tersimpan dalam sejarah sebagai akibat dari pembohongan ini, yang mana kami serahkan kepada pembaca yang budiman untuk mengadilinya.
Sultan Murad IV kerajaan Uthmaniyah telah mencari dalih untuk meningkatkan serangan ke atas Iran. Oleh itu mereka memperalatkan beberapa tokoh Ahlusunnah supaya mengeluarkan fatwa untuk menyulut fitnah perang saudara antara umat Islam. Namun tidak seorang pun ulama dan cendiakawan muslim berani melakukan kerja ini dan tidak mahu dirinya menjadi sebab pembunuhan dan pertumpahan darah. Akan tetapi seorang pemuda yang menjual agama bernama Nuh Affendi yang tidak pernah mencium bau aroma fiqh dan kemanusiaan, tanpa segan silu sedikitpun mengeluarkan fatwa. Pada mulanya ia menetapkan kekafiran Syiah, setelah itu mewajibkan pembunuhan Syiah. Teks fatwanya adalah seperti berikut:
«من قتل رافضيّاً واحداً وجبت له الجنّة » .
Barangsiapa yang membunuh seorang Syiah, wajiblah baginya syurga.
Dengan mengeluarkan fatwa begini, puluhan ribu Syiah dibunuh. Di kota Halab «حلب » sahaja empat puluh ribu Syiah dibunuh. Sila rujuk majalah Turathuna, jilid 6 halaman 32 (موقف الشيعة من هجمات الحضومى).
2. Dua hukum berbeza dalam menghina dan melaknat.
Untuk melanjutkan perbahasan ini, mari kita perhatikan dua hadis palsu dari kitab-kitab Ahlusunnah yang menukilkan keutamaan terhadap khalifah pertama dan kedua untuk renungan bagi mereka yang insaf.
Hadis pertama dinukilkan daripada Anas bin Malik iaitu Rasulullah (s.a.w) bersabda:
من سبّ أبا بكر قتل ولا يستتاب
Dibolehkan membunuh orang yang menghina Abu Bakar, tidak perlu dipaksa bertaubat.
ومن سبّ عمر قتل ولا يستتاب
Dibolehkan membunuh orang yang menghina Umar, tidak perlu dipaksa bertaubat.
ومن سب عثمان جلد الحد ومن سب عليا جلد الحد
Barangsiapa yang menghina Uthman atau Ali, maka ia dihukum hudud sebatan
Perbezaan ini berasal dari mana? dan kenapa? Sepatutnya kita masih bergembira dan ridha kerana paling kurang nama Ali diletakkan bersama Uthman dan beliau berkongsi hukum dengan Uthman.
Mari kita perhatikan falsafah dan sebab yang membezakan dua hukum itu:
قيل يا رسول الله لم فرقت بين أبي بكر وعمر وعثمان وعلي ؟ قال لأن الله خلقني وخلق أبا بكر وعمر من تربة واحدة وفيها ندفن
تاريخ مدينة دمشق : 44 / 122
Di katakan: Wahai Rasulullah, mengapakah engkau bezakan antara Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali? Jawab baginda: Kerana Allah menciptakan aku, Abu Bakar dan Umar daripada tanah yang satu, dan kami ditanam di dalamnya.
Tidak perlu dibahaskan lagi kepalsuan hadis ini, bahkan ayat dipenghujung hadis ini menjadi saksi betapa tidak ada seni pembikinannya. Selain itu ulama rijal terkemuka Ahlusunnah turut menjelaskan kepalsuan hadis ini. Zahabi berkata:
هذا حديث موضوع.
Hadis ini adalah palsu.
فقال ابن عدى: البلاء فيه من يعقوب.
Maka Ibnu ʻAdi berkata: Musibahnya (yang dituduh memalsukannya) ialah Yaʻqub bin al-Jahm al-Himshi. - Mizan Iʻtidal jilid 4 halaman nombor 9809, terjemah perihal Yaʻqub bin al-Jahm; al-Kamil fi Dhuʻadfa al-Rijal, jilid 7 halaman 150; begitu juga Ibnu al-Jawzi di dalam al-Maudhuʻat, jilid 1 halaman 328; daripada Ibnu Hajar dalam Lkisan al-Mizan: jilid 6 halaman 306 nombor 1096.
Hadis ke-dua: Khatib Baghdadi menukilkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: Semua orang akan menyeberangi titi Siratul Mustaqim di hari kiamat. Terdapat jurang dan laluan yang sukar. Tidak ada seorang pun yang dapat menyeberanginya tanpa izin daripada Ali. (Hadis ini sampailah ditulis kata-kata Ali):
سمعته من رسول الله صلى الله عليه و سلم
Aku mendengarkannya daripada Rasulullah (s.a.w)…
قال لي يا علي لا تكتب جوازا لمن سب أبا بكر وعمر فإنهما سيدا كهول أهل الجنة بعد النبيين
Baginda bersabda: Wahai Ali, janganlah engkau tulis keizinan untuk orang yang menghina Abu Bakar dan Umar, sesungguhnya mereka berdua adalah ketua orang tua bagi penghuni syurga. - Tarikh Baghdad jilid 10 halaman 356.
Setelah menukilkan hadis ini, Khatib Baghdadi berkata:
هذا الحديث موضوع من عمل القصاص وضعه عمر بن واصل أو وضع عليه والله أعلم
Hadis ini palsu, dipalsukan oleh Umar bin Washil, atau orang memalsukan dengan menggunakan namanya. - Tarikh Baghdad jilid 10 halaman 356.
Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam ialah berkenaan di zaman pemerintahan khalifah ke-tiga dan kekhalifahan Ali bin Abi Talib. Kritikan dan penelitian sejarah para penulis Ahlusunnah, atau sebab-sebab kisah pembunuhan Uthman dan kesyahidan Ali dapat dibaca dan didengarkan. Mula-mula bacalah ucapan tokoh Ahlusunnah tentang para pembunuh Uthman dan perhatikan apa yang mereka katakan tentang Abdul Rahman Ibnu Muljam, pembunuh Ali bin Abi Talib.
Ibnu Hazm al-Andalusi berkata:
كقتلة عثمان رضي الله عنه لأنهم لا مجال للاجتهاد في قتله لأنه لم يقتل أحدا ولا حارب ولا قاتل ولا دافع ولا زنى بعد إحسان ولا ارتد فيسوغ المحاربة تأويل بل هم فساق محاربون سافكون دما حراما عمدا بلا تأويل على سبيل الظلم والعدوان فهم فساق ملعون
الفِصَل : 4 / 161 . .
Sebagaimana pembunuhan Uthman… bahkan mereka itu fasiq, golongan yang diperangi, menumpahkan darah yang haram secara sengaja tanpa takwil, berada di atas jalan yang zalim dan jalan permusuhan, maka mereka itu adalah fasiq dan dilaknat.
Ibnu Taimiyah berkata:
فقوم خوارج مفسدون في الأرض...
فإنه لم يقتله إلا طائفة قليلة باغية ظالمة...
وأما الساعون في قتله فكلهم مخطئون بل ظالمون باغون معتدون...
منهاج السنّة : 6 / 245 ، 296 ، 297 .
Mereka adalah kaum Khawarij yang melakukan kerosakan di muka bumi, tidaklah ia dibunuh melainkan golongan yang sedikit, penderhaka, zalim, adapun mereka yang berusaha dalam pembunuhannya, mereka semua melakukan kesilapan, bahkan melakukan kezaliman, penderhakaan dan penganiayaan. - Minhaj al-Sunnah, jilid 6 halaman 245, 296 dan 297.
Ibnu Katsir berkata:
أن هؤلاء الذين خرجوا على أمير المؤمنين عثمان رضي الله عنه من جملة المفسدين في الأرض ولا شك أنهم كذلك...
Sesungguhnya mereka yang keluar menentang Uthman merupakan daripada golongan yang melakukan kerosakan di atas muka bumi, tiada keraguan lagi mereka adalah demikian rupa…
البغاة الخارجين على الإمام
Penderhaka yang keluar menentang imam…
وإنما هؤلاء الجهلة البغاة متعنتون خونة ظلمة مفترون....
البداية والنهاية : 7 / 208 ، حوادث سنة 35 هـ .
Hanyasanya mereka itu adalah jahil, penderhaka… - Al-Bidayah Wan Nihayah, jilid 7 halaman 208
Oleh itu, menurut kata-kata tiga orang tokoh masyhur penganalisa sejarah dan peristiwa, kesimpulan ialah: golongan perusuh yang menentang dan membunuh Uthman diperkenalkan sebagai orang yang terkeluar daripada agama, melakukan kezaliman, penumpah darah.
Sebaliknya bacalah dan lihatlah kata-kata mereka ini tentang individu yang membunuh Ali bin Abi Talib.
Ibnu Hazm al-Andalusi berkata tentang Abdul Rahman Ibnu Muljam:
ولا خلاف بين أحد من الامة في أن عبد الرحمن ابن ملجم لم يقتل عليا رضى الله عنه الا متأولا مجتهدا مقدرا انه على صواب، وفى ذلك يقول
Tidak di kalangan umat yang berselisih pendapat bahawa Abdul Rahman ibnu Muljam membunuh Ali bin Abi Talib dengan takwil, ijtihad, menaksirkan bahawa ia beroleh pahala.
Kemudian Ibnu Hazm pun membawa Syair Imran ibnu Hattan yang memuji Ibnu Muljam:
يا ضربة من تقى ما أراد بها * الا ليبلغ من ذى العرش رضوانا انى لاذكره حينا فاحسبه * أو في البرية عند الله ميزانا
المحلى لابن حزم : 10 / 484 ، مختصر المزنى : 256 ، المجموع للنورى : 19 / 197 ، الجوهر النقى : 8 / 58 ، مغنى المحتاج : 4 / 124 .
Wahai yang menetak orang yang bertakwa, tidaklah ia mencita-citakan apa pun melainkan keridhaan Allah pemilik arasyh. Tiap kali aku mengingatinya, aku bayangkan timbangan amalannya di sisi tuhan lebih berat daripada semua ciptaan - Al-Mahlla Ibnu Hazm, jilid 10 halaman 484; Al-Mukhtasar al-Mizani halaman 256; al-Majmu’ li al-Nuri jilid 19 halaman 197; al-Jawhar al-Naqi jilid 8 halaman 58; al-Mughni al-Muhtaj jilid 4 halaman 124.
Ibnu Taimiyah berkata:
الذي قتل عليا كان يصلى ويصوم ويقرأ القران وقتله معتقدا أن الله ورسوله يحب قتل على وفعل ذلك محبة لله ورسول في زعمه وان كان في ذلك مبتدعا ضالا
Pembunuh Ali bin Abi Talib adalah orang yang menunaikan solat, berpuasa, membaca al-Qur’an, pembunuhan yang dilakukannya dengan berkeyakinan bahawa Allah dan RasulNya suka akan pembunuhan Ali, dia melakukannya kerana kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya menurut keyakinannya, meskipun pembunuhan itu adalah bid’ah dan sesat. -Minhaj al-Sunnah, jilid 7 halaman 153.
Di tempat lain Ibnu Taimiyah menulis:
قتله واحد منهم وهو عبدالرحمن بن ملجم المرادي مع كونه كان من أعبد الناس وأهل العلم
منهاج السنّة : 5 / 47
Pembunuhan Ali adalah salah seorang daripada mereka iaitu Abdul Rahman Ibnu Mulham al-Muradi, iaitu seorang manusia yang paling banyak beribadah, dan seorang ilmuan. - Minhaj al-Sunnah, jilid 5 halaman 47.
Ini adalah antara contoh-contoh pengertian dan pujian terhadap pembunuh seorang khalifah pengganti Rasul (s.a.w) Ali bin Abi Talib (a.s). Kami tidaklah membawakan perbandingan ini secara panjang lebar melainkan sekadar ringkas sahaja. Kami cuma ingin menarik perhatian pembaca kepada sebuah hadis Sahih yang dinukilkan oleh kitab-kitab hadis Ahlusunnah. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya menukilkan daripada Abdullah bin Numair, daripada Ammar bin Yasir iaitu Nabi bersabda ketika perang Dzat al-ʻUsyairah sedangkan di tepi aku ialah Ali bin Abi Talib:
الا أحدثكما بأشقى الناس رجلين قلنا بلى يا رسول الله قال أحيمر ثمود الذي عقر الناقة والذي يضربك يا علي على هذه يعنى قرنه حتى تبل منه هذه يعنى لحيته
مسند أحمد : 4 / 263 ، طبع دار الصادر - بيروت
Mahukah aku ceritakan kepada kamu berdua tentang dua lelaki yang paling celaka? Kami pun berkata: Bahkan iya wahai Rasulullah. (pertamanya) Orang yang menyembelih unta Nabi Soleh dan (keduanya) orang yang menetak engkau wahai Ali! Sehingga darah mewarnai janggut - Musnah Ahmad bin Hanbal, jilid 4 halaman 263.
4. Laknat dan cercaan terhadap Amirul Mukminin Ali
Salah satu kezaliman yang besar terhadap Ali bin Abi Talib ialah terlalu banyak perseteruan dan maki hamun terhadap beliau. Pengasas perbuatan keji dan anti-agama ini tidak lain tidak bukan, ia adalah Muawiyah bin Abi Sufyan sedangkan terdapat tokoh-tokoh muslim jahil yang masih memujinya.
Dia adalah seorang yang menyudahkan solat Jumaat atau solat-solat yang lain dengan mencerca Ali di atas minbar sehinggakan mengeluarkan arahan kepada setiap khatib agar melaknat Ali di setiap pelusuk kota.
Hamawi, yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah berkata:
وأجل من هذا كله أنه لعن علي بن أبي طالب رضي الله عنه على منابر الشرق والغرب...
وهو يلعن على منابر الحرَمين مكة والمدينة،...
Ali bin Abi talib dilaknat di atas minbar-minbar Timur dan Barat…sehingga di atas minbar-minbar Haramain Makkah dan Madinah… Muʻjam al-Buldan jilid 2 halaman 432.
Zamakhshari dan Suyuthi yang merupakan cendiakawan besar Ahlusunnah berkata sepanjang zaman pemerintahan Bani Umayyah, Ali telah dilaknat di atas lebih seribu minbar dan pengasas sunnah ini ialah Muawiyah. - Rabiul Abrar Zamakhshari, jilid 2 halaman 186, al-Nishaʻ al-Kafiyah Muhammad bin ʻAqil halaman 79, al-Nash wal Ijtihad halaman 496
Apakah sebab penghinaan ini? Sampai ke hari ini soalan berakar umbi dengan keanehan di dalam spiritual dan psikologi umat Islam yang disusuli dengan persoalan berikut:
Tidakkah Ali bin Abi Talib salah seorang sahabat Nabi?
Tidakkan beliau termasuk sebagai khalifah dan pengganti Rasulullah?
Tidakkah menantu Nabi dan isteri beliau merupakan sebahagian daripada diri baginda?
Apakah beliau bukan seorang muslim sampai diperlakukan begini? Tidakkah Nabi bersabda: Penghinaan terhadap sesorang muslim adalah fasik? (سباب المسلم فسوق) - Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 94, Sahih Muslim jilid 1 halaman 58, bab sabda Nabi tentang menghina seorang muslim adalah fasik.
Oleh itu, mengapakah mencerca dan melaknat Ali tidak ada hukumnya dari sisi syariat dan hukum hakam?
Bagaimana mungkin pembentukan kerajaan Muawiyah tidak menjadi utuh tanpa cercaan terhadap Ali? Berasaskan nukilan Ibnu Asakir, Marwan berkata kepada Imam Ali Zainul Abidin:
ما كان في القوم أحد أدفع عن صاحبنا من صاحبكم يعني عليا عن عثمان قال قلت فما لكم تسبونه على المنبر قال لا يستقيم الأمر إلا بذلك
تاريخ مدينة دمشق لابن عساكر : 42 / 438 ، الصواعق المحرقة ص 33 ، النصائح الكافية ص 114 عن الدار قطنى ، شرح نهج البلاغة : 13 / 220 .
Ketika Uthman dikepung, tidak ada orang yang membelanya seperti Ali.
Imam Ali Zainul Abidin pun bertanya: Oleh itu, kenapa kalian mencercanya di atas minbar? Jawab Marwan: Pengasasan kerajaan kami tidak menjadi utuh tanpa cercaan itu. - Tarikh Dimasyq Ibnu Asakir, jilid 42 halaman 438; al-Shawaiq al-Muhriqah halaman 33; al-Nashaish al-Kafiah halaman 114; Syarh Nahj Balaghah jilid 13 halaman 220.
Apakah yang terjadi? dalam sejarah Islam apabila Umar bin Abdul Aziz membuat keputusan menghalang laknat ke atas Ali, maka orang ramai dari sudut dan tepi masjid menjerit:
السنة السنة تركت السنة
Sunnah! Sunnah! engkau meninggalkan sunnah Nabi! - Al-Itb al-Jamil, halaman 74-75; Nashaih al-Kafiah halaman 116; Tahni’ah al-Siddiq al-Mahbub Hasan al-Saqqof halaman 59; Syarh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jilid 13 halaman 222.
Penyeksaan orang yang enggan mencerca Ali
Dari sini terdapat pula kisah hak orang ramai yang perlu diketahui oleh para pembaca, iaitu ʻAtiyah bin Sa’ad yang merupakan perawi hadis Sahih Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Sunan Abi Daud. Hajjaj bin Yusuf mengeluarkan arahan agar beliau disebat 400 kali manakala kepala serta janggutnya dicukur.
فكتب الحجاج إلى محمد بن القاسم الثقفي أن ادع عطية فإن لعن علي بن أبي طالب وإلا فاضربه أربعمائة سوط واحلق رأسه ولحيته، فدعاه فأقرأه كتاب الحجاج فأبى عطية أن يفعل، فضربه أربعمائة وحلق رأسه ولحيته... توفي سنة أحدى عشرة ومائة. وكان ثقة إن شاء الله
الطبقات الكبرى : 6 / 304 ، ترجمة عطيّة بن سعد بن جنادة العوفى ، باب الطبقة الثانية ممن روى عن عبد اللّه بن عمر . تهذيب التهذيب 7 / 226 ( 7 / 201 ) ط .
Maka al-Hajjaj pun menulis kepada Muhammad bin al-Qasim al-Tsaqafi untuk memanggil ʻAthiyyah. Jikalau enggan melaknat Ali maka beliau akan disebat sebanyak empat ratus, kepala dan jambangnya dicukur. Apabila beliau dipanggil, tulisan al-Hajjaj dibaca namun ʻAthiyyah enggan melakukannya. Maka beliau pun dipukul empat ratus manakala kepala dan jambangnya dicukur… beliau wafat tahun 111 Hijrah. Beliau adalah tsiqah insyaallah. - al-Tabaqat al-Kubra, jilid 6 halaman 304; Tahzibul Tahzib jilid 7 halaman 226.
Begitu juga Abu Yahya Aʻraj yang merupakan perawi hadis sahih sittah. Urat keting beliau dipotong atas arahan Hajjaj sehingga mendapat gelaran al-Muʻarqab.
قلت: إنما قيل له المعرقب لان الحجاج أو بشر بن مروان عرض عليه سب علي فأبى فقطع عرقوبه.
قال ابن المديني قلت لسفيان في أي شئ عرقب قال في التشيع
تهذيب التهذيب : 10 / 134 ترجمة أبو يحيى الأعرج المعرقب .
Ibnu Hajar al-ʻAsqalani berkata: Beliau digelar al-Muʻarqab kerana al-Hajjaj atau Bashar bin Marwan memerintahkannya mencerca Ali. Apabila beliau enggan melakukannya, urat ketingnya dipotong. Ibnu al-Madani bertanya kepada Sufyan kenapa beliau degelar ʻArqab. Jawabnya: Kerana beliau Syiah. - Tahzib al-Tahzib, jilid 10 halaman 134.
Mengapa mereka berdendam dengan Ali?
Tak ada siapapun yang bertanya apakah kesalahan Ali sampai menerima akibat kebencian yang tidak berperi kemanusiaan dan anti-Islam?
Apakah berperang bersama Rasulullah (s.a.w) merupakan dosa?
Apakah usaha meninggikan kalimah Islam merupakan jenayah?
Apakah menghapuskan musuh Islam dan golongan yang memerangi al-Qur’an merupakan maksiat?
Tidakkah mereka ini bermusuhan dengan Rasulullah (s.a.w), kemudian melepaskan dendam sebagaimana yang dikatakan oleh Ali:
كل حقد حقدته قريش على رسول الله ص أظهرته في و ستظهره في ولدي من بعدي ما لي و لقريش إنما وترتهم بأمر الله و أمر رسوله أ فهذا جزاء من أطاع الله و رسوله إن كانوا مسلمين
شرح نهج البلاغة : 20 / 328 .
Semua dendam Quraysh terhadap Rasulullah (s.a.w) akan ditunjukkan padaku, kemudian akan ditunjukkan kepada anakku setelah kewafatanku. Apa hubunganku dengan Qurasyh? Sekiranya aku memerangi mereka di atas arahan Allah dan RasulNya, apakah ini balasan daripada seseorang yang menaati Allah dan RasulNya? andainya mereka itu umat Islam? - Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 20 halaman 328.
Fatimah al-Zahra di dalam khutbahnya berkata:
و ما الذي نقموا من أبي حسن نقموا و الله نكير سيفه
بلاغات النساء لابن طيفور : 20 ، السقيفة وفدك للجوهرى : 120 ، شرح نهج البلاغة لابن أبى الحديد : 16 / 233 ، معانى الأخبار للصدوق : 355 ، الأمالى للشيخ الطوسى : 375 ، .
Apakah yang mereka dendamkan daripada Abu al-Hasan (Ali)! Demi Allah ini adalah dendam terhadap pedangnya yang memerangi musyrikin dan kuffar! - Balaghat al-Nisa halaman 20; al-Saqifah wal Fadak lil Jauhari halaman 120; Syarh Nahjul Balaghah ibnu Abil Hadid jilid 16 halaman 233; Maʻanil Akhbar Lil Shaduq halaman 355; Al-Amali Li Syaikh al-Tusi halaman 375.
Pembunuhan bayi bernama Ali
Salah satu tanda kemuncak kekejian Bani Umayah dapat dilihat dalam ilmu Rijal; syarah perihal Ali bin Rabah:
كانت بنو أمية إذا سمعوا بمولود اسمه علي قتلوه، فبلغ ذلك رباحا، فغير اسم ابنه.
سير أعلام النبلاء : 5 / 102 ، 7 / 413 ، تهذيب الكمال : 20 / 429 ، تهذيب التهذيب : 7 / 281 ، ترجمة على بن رباح .
Bani Umayyah ketika mendengar kelahiran bayi yang bernama Ali, mereka akan membunuhnya. Apabila berita ini sampai kepada Rabah, beliau menukar nama anaknya. - Siyar Aʻlam al-Nubala, jilid 5 halaman 102; Tahzibul Kamal jilid 20 halaman 429; Tahzibul Tahzib jilid 7 halaman 281 terjemah perihal Ali bin Rabah.
Apakah sebab pembunuhan Syiah?
Memang benar, salah satu noda keji sejarah Bani Umayah ialah seperti mana yang dinukilkan oleh Ibnu Abil Hadid Sunni Muktazilah, iaitu atas arahan Muawiyah, Syiah diburu walaupun di bawah setiap batu dan lumpur, tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka dicucuk dengan besi panas dan digantung atas pelepah kurma:
فقتلهم تحت كل حجر و مدر و أخافهم و قطع الأيدي و الأرجل و سمل العيون و صلبهم على جذوع النخل و طرفهم و شردهم عن العراق فلم يبق بها معروف منهم
شرح نهج البلاغة لابن أبى الحديد : 11 / 44 ، النصايح الكافية : 72 .
- Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 11 halaman 44
Seperti yang dinukilkan daripada Imam Baqir:
«فقتلت شيعتنا بكلّ بلدة ، وقطعت الأيدى والأرجل على الظنّة ، وكان من يذكر بحبّنا والانقطاع إلينا ، سجن ، أو نهب ماله ، أو هدمت داره » .
Syiah kami dibunuh di seluruh pelusuk negara, tangan dan kaki mereka dipotong, mereka yang menyatakan kecintaan kepada kami telah dipenjarakan, harta benda dirampas, atau rumahnya diruntuhkan.
حتى أن الرجل ليقال له زنديق أو كافر أحب إليه من أن يقال شيعة علي
شرح نهج البلاغة : 11 / 43 .
Sehinggakan lebih baik bagi seseorang individu itu mengaku Zindiq, atau kafir daripada mengaku Syiah Ali. - Syarah Nahjul Balaghah jilid 11 halaman 43:
Ali dianiaya sepanjang sejarah.
Sekiranya bahagian ini dilanjutkan, saya memohon maaf kepada pembaca kerana tidak mampu mengawal pena dan menahan titisan air mata. Untuk menerangkan semua kezaliman tidak terbatas di sepanjang sejarah, saya tidak dapat menahan emosi.
Bagaimana mungkin rintihan suara Ali yang bergema di sepanjang sejarah dapat didengarkan?
ما زلت مظلوما منذ قبض الله نبيه صلى الله عليه وآله إلى يوم الناس هذا
«ما زلت مظلوماً منذ قبض اللّه نبيه صلى اللّه عليه واله والى يوم الناس هذا »
الشافى فى الإمامة ج 3 ص 110 ، شرح نهج البلاغة ابن ابى الحديد ج 20 ص 283 ، الامامة والسياسة ، تحقيق الشيرى ج 1 ص 68 ، تحقيق الزينى ج 1ص 49 ، بحار الأنوار ج 29 ص628 .
Kezaliman tidak pernah luntur setelah kewafatan Rasulullah. - Al-Shafi fil Imamah, jilid 3 halaman 110; Syarh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jilid 20 halaman 283; al-Imamah wal Siyasah, jilid 1 halaman 68; Biharul Anwar jilid 29 halaman 628.
Tidakkah Ali melaungkan suara “وا مظلمتاه” ketika berkhutbah:
«بينا على - عليه السلام - يخطب إذ قام أعرابى ، فصاح وامظلمتاه ! فاستدناه على - عليه السلام - ، فلمّا دنا ، قال له : إنّما لك مظلمة واحدة ، وأنا قد ظلمت عدد المدر والوبر ، قال : وفى رواية عباد بن يعقوب ، أنّه دعاه ، فقال له : ويحك ! وأنا واللّه مظلوم أيضا ، هات فلندع على من ظلمنا »
شرح نهج البلاغه ابن ابى الحديد ج 4 ص 106 . الغارات ج 2 ص 768 ، كتاب الأربعين محمد طاهر القمى الشيرازى ص 191 .
Tidakkah teriakan yang menghiris emosi ini berpunca dari kenangan yang lalu di mana beliau berkata:
فَصَبَرْتُ وَ فِي اَلْعَيْنِ قَذًى وَ فِي اَلْحَلْقِ شَجًا أَرَى تُرَاثِي نَهْباً
نهج البلاغه ، خطبه 3 .
Maka aku mengambil kesabaran walaupun ia menusuk di mata dan mencekik di kerongkong, aku melihat warisan disamun. - Nahjul Balaghah, khutbah ke-3.
5. Riwayat-riwayat dan hadis-hadis Syiah yang melarang cercaan dan laknat.
Setelah melihat tuduhan Ahlusunnah tentang penghinaan dan laknat seluruh sahabat Nabi, dalam bahagian ini kami tumpukan perhatian terhadap penerangan dan tafsiran terhadap perbahasan dari riwayat-riwayat dan ucapan-ucapan para Imam Ahlul Bait. Selain itu kami akan tunjukkan berbagai contoh yang berbeza.
A: Antara hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang telah ditulis daripada para imam maksum, terdapat satu bahagian yang melarang dan menghindar dari cercaan serta laknat, atau melemparkan kata-kata keji dan penghinaan terhadap seseorang individu muslim. Hadis seperti ini telah dinukilkan daripada Nabi oleh Syeikh Tusi di dalam kitabnya yang sangat bernilai berjudul Amali. Baginda telah memberikan nasihat kepada Abu Zar dengan bersabda:
يا أبا ذر، سباب المسلم فسوق، و قتاله كفر،
أمالى طوسى : 537 ، وسائل الشيعة : 12 / 281 .
Wahai Abu Zar, mencerca seorang muslim adalah fasik dan membunuhnya kufur
B: Sebahagian hadis-hadis Ahlul Bait yang lain menggolongkan penghinaan terhadap orang mukmin sebagai haram sebagaimana yang Syeikh Anshari telah menyandarkan fatwa pengharamannya dan berkata:
«سبّ المؤمن حرام فى الجملة بالأدلّة الأربعة ، لأنّه ظلم وإيذاء وإذلال »
Menghina seorang mukmin adalah haram kerana ia adalah kezaliman, menyakitkan hati.
Abu Bashir menukilkan daripada Imam Baqir yang mengambil daripada datuknya Rasulullah (s.a.w) yang bersabda:
«سباب المؤمن فسوق وقتاله كفر ، وأكل لحمه معصية ، وحرمة ماله كحرمة دمه »
كافى : 2 / 36 ح 2 ، ومن لا يحضره الفقيه : 3 / 569 ، و4 / 377 .
Mencerca seorang mukmin adalah fasik, memeranginya adalah kufur, memakan dagingnya adalah maksiat, pengharaman hartanya sama seperti pengharaman darahnya. - Al-Kafi jilid 2 halaman 36; Man La Yahduruhul Faqih jilid 3 halaman 569, jilid 4 halaman 377.
C: di dalam riwayat yang lain, penghinaan telah dicela sebagaimana di dalam hadis daripada Imam Baqir yang berkata:
إن الله يبغض الفاحش المتفحش.
كافى : 2 / 324 .
Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang mencerca. - Al-Kafi jilid 2 halaman 324
D: Sebuah riwayat menceritakan bahawa para imam maksum menganggap Syiah dan para pengikutnya bersih dari mengeluarkan kata-kata keji. Misalannya hadis daripada Imam Sajjad dan Baqir sepertimana wasiat yang dinukilkan daripada Ali bin Abi Talib:
«ولا تتكلّموا بالفحش فإنّه لا يليق بنا ولا بشيعتنا ، وإنّ الفاحش لإ؛ يكون صديقاً »
مستدرك الوسائل : 12 / 82 ح 13575 ، دعائم الاسلام : 2 / 352 .
Janganlah mengeluarkan kata-kata keji kerana ia bukanlah kedudukan yang layak bagi kami dan Syiah kami, sesungguhnya pencerca tidak menjadikannya seorang yang berbicara jujur. - Mustadrak al-Wasail jilid 12 halaman 82; Daʻaim al-Islam jilid 2 halaman 352.
Imam Sodiq menasihati kawan-kawannya dan memberikan arahan: Janganlah berkata-kata keji kepada sesiapa pun dan jauhilah cercaan sehingga ketika berjumpa, maka orang berkata:
رحم الله جعفرا قد أدب أصحابه فأحسن تأديبهم .
مأساة الزهراء ( س ) : 1 / 368 .
Semoga Allah merahmati Jaafar, sesungguhnya beliau mendidik kesantunan kepada sahabat-sahabatnya. - Ma’satul Zahra, jilid 1 halaman 368
E: Imam Ali bin Abi Talib memberi amaran kepada pengikutnya agar tidak mencerca askar Muawiyah dan berkata:
إِنِّي أَكْرَهُ لَكُمْ أَنْ تَكُونُوا سَبَّابِينَ وَ لَكِنَّكُمْ لَوْ وَصَفْتُمْ أَعْمَالَهُمْ وَ ذَكَرْتُمْ حَالَهُمْ كَانَ أَصْوَبَ فِي اَلْقَوْلِ
نهج البلاغه : خ 206 ، شرح ابن ابى الحديد : 11 / 21 .
Sesungguhnya aku tidak suka kalian menjadi tukang cerca, namun kalau kalian menerangkan kegiatan mereka dan mengingatkan keadaan mereka, maka ianya lebih baik. - Nahjul Balaghah, khutbah 206; Syarah Ibnu Abil Hadid jilid 11 halaman 21.
Apabila Imam Jaafar Sodiq mendengar salah seorang daripada sahabatnya mencerca musuh-musuh Ahlul Bait dengan suara yang lantang, maka imam pun berkata:
ما له لعنه الله تعرض بنا قال الله " ولا تسبوا الذين يدعون " بحار الانوار : 71 / 217 .
Apakah yang menyebabkab dia dilaknat tuhan? Mengapa kita membuka mulut terhadap mereka yang memerangi kita (mencerca)? Tidakkah wahyu di dalam al-Qur’an berbicara “Janganlah mencerca orang yang menyeru selain Allah” ini disebabkan mereka ini menyeru tanpa ilmu.
6. Larangan mencerca dalam kitab-kitab Ahlusunnah:
Abdullah bin Mas’ud menukilkan daripada Nabi (s.a.w) bahawa baginda bersabda:
«سباب المسلم فسوق »
صحيح بخارى : 171 ح 48 ، كتاب الايمان - باب خوف المؤمن من أن يحبط عمله . صحيح مسلم : 1 / 58 ، باب قول النبى ( ص ) : «سباب المسلم فسوق » .
Mencerca seorang muslim adalah fasik - Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 94 hadis 48; Sahih Muslim jilid 1 halaman 58.
B:Abu Hurairah menukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersadbda:
إياكم والفحش والتفحش فإن الله تعالى لا يحب الفاحش المتفحش
مسند الحميدى : 2 / 490 ، صحيح ابن حبّان : 12 / 507 ، الجامع الصغير للسيوطى : 1 / 283 ح 1853 ، كنز العمال : 3 / 598 ح 8088 .
Jauhilah cercaan, ini disebabkan Allah tidak suka kepada golongan yang mencerca. - Musnad al-Humaidi jilid 2 halaman 490; Sahih Ibnu Hibban jilid 12 halaman 507; al-Jamiʻ al-Saghir al-Suyuthi jilid 1 halaman 283; Kanzul Ummal jilid 3 halaman 598.
C: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada ʻAisyah:
يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْفَاحِشَ الْمُتَفَحِّشَ
سنن أبى داود : 2 / 435 ، المستدرك : 1 / 12 ، سنن نسائى : 6 / 482 .
Wahai ʻAisyah, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang mencerca. - Sunan Abi Daud, jilid 2 halaman 435; al-Mustadrak jilid 1 halaman 12; Sunan Nasa’i jilid 6 halaman 482.
7. Laknat kembali kepada orangnya
A: Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku mendengar daripada Baqir al-Ulum berkata:
إن اللعنة إذا خرجت من في صاحبها ترددت فإن وجدت مساغا وإلا رجعت على صاحبها.
كافى : 2 / 360 ، وسائل الشيعة : 12 / 301 .
Sesungguhnya apabila laknat keluar daripada mulut seseorang individu, sekirannya laknat tersebut tidak menemui sasarannya maka ia akan kembali kepada individu itu. - Al-Kafi al-Kulaini jilid 2 halaman 360; Wasail Syiah jilid 12 halaman 301.
B: Ibnu Hajar al-ʻAsqalani menukilkan daripada Abu Daud dan Abu Darda’ dengan sanad yang bagus, bahawa:
إِنَّ الْعَبْد إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتْ اللَّعْنَة إِلَى السَّمَاء ، فَتُغْلَق أَبْوَاب السَّمَاء دُونهَا ، ثُمَّ تَهْبِط إِلَى الْأَرْض فَتَأْخُذ يَمْنَة وَيَسْرَة ، فَإِنْ لَمْ تَجِد مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لَعَنَ ،
فتح البارى : 10 / 389 ، مسند احمد : 1 / 408 ، كنز العمّال : 3 / 617 ح 8193 .
Sesungguhnya apabila seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit. Pintu-pintu langit tertutup baginya, kemudian ia turun kembali ke bumi bukan lagi ke kanan dan ke kiri. Sekiranya ia tidak jumpa orang yang dilaknat, maka ia akan kembali kepada orang yang melaknat.
8. Cercaan dan laknat dalam al-Qur’an
Sebelum kita menumpukan perhatian terhadap perbahasan dan dialog dalam al-Qur’an, hendaklah kita ketahui terlebih dahulu apakah makna laknat dan penghinaan dari segi bahasa.
«السبّ فى اللغة هو الشتم أو قبيح الكلام » .
Cercaan dari segi bahasa ialah maki hamun atau kata-kata yang kesat
Raghib berkata:
«أنّ السبّ : الشتم الوجيع »
Cercaan ialah kata-kata maki hamun.
«وأمّا اللعن : فهو إن كان من اللّه سبحانه فمعناه الطرد من الرحمة ، وإن كان من الناس فمعناه الدعاء بالطرد »
المفردات : 471 ، مجمع البحرين : 6 / 309 ، الصحاح : 4 / 2196 ، النهاية : 4 / 330 ، لسان العرب : 1 / 455 ، و12 / 318
Adapun laknat: Sekiranya daripada Allah (s.w.t) maka maknanya ialah jauh daripada rahmatNya, sekiranya daripada manusia maka maknanya ialah doa untuk dijauhkan daripada rahmat. - Sila rujuk al-Mufradat halaman 471; Majma’ al-Bahrain jilid 6 halaman 309; al-Shihah jilid 4 halaman 2196; al-Nihayah jilid 4 halaman 330; Lisan al-ʻArab jilid 1 halaman 455 dan jilid 12 halaman 318.
Oleh kerana cercaan dan laknat mempunyai definisi masing-masing, maka perbezaan ini dapat dilihat jelas di dalam al-Qur’an di mana kalimah laknat telah digunakan olah Allah sebanyak 37 kali, dan digunakan 1 kali oleh manusia. Namun kalimah cercaan “سبّ” telah digunakan satu kali di dalam surah al-Anʻam ayat 108:
( وَلَاتَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوَا )
Janganlah kamu mencerca orang yang menyeru selain Allah kerana mereka akan kembali mencerca Tuhan kamu tanpa ilmu.
Oleh itu dalam penelitian ayat-ayat al-Qur’an didapati terdapat beberapa golongan yang dilaknat dan dikeji:
A: Golongan pertama ayat yang melaknat Syaitan atau Iblis:
( وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ ) ص / 78 .
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!" - Surah Shad ayat 78
B: Kedua ayat yang melaknat golongan musuh-musuh Islam dan kuffar misalannya:
( إِنَّ اللَّهَ لَعَنَ الْكَفِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا ) أحزاب / 64 .
Sesungguhnya Allah melaknat golongan kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala. - Surah al-Ahzab ayat 64
Begitu juga laknat terhadap Ahli Kitab terutamanya Yahudi:
( لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِى إِسْرَءِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ) مائدة / 78 .
Telah dilaknati orang kafir daripada Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa bin Maryam. - Surah al-Maidah ayat 78.
Begitu juga musuh-musuh Islam, iaitu mereka yang memakai pakaian agama sebagai kaum munafik:
( وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَفِقِينَ وَالْمُنَفِقَتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَلِدِينَ فِيهَا هِىَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ ) توبة / 68 .
Allah mengancam orang munafik lelaki dan perempuan, dan orang kafir dengan neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. - Surah al-Taubah ayat 68
Begitu juga mereka yang melakukan sesuatu sehingga menyakiti Allah dan RasulNya:
( إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ ) أحزاب / 57 .
Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang hina. - Al-Ahzab ayat 57
Selain itu, mereka yang berakhlak buruk dan melakukan kerosakan sehingga sistem sosial Islam menjadi kacau bilau serta hak-hak muslim yang lain diinjak-injak. Misalannya:
A: Mereka yang memutuskan silatul rahim dan menyingkirkan interaksi baik antara sesama keluarga:
( فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُواْ فِى الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُواْ أَرْحَامَكُمْ* أُوْلَل-ِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَرَهُمْ ) محمّد / 23 و 22 .
Maka apakah kiranya kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinga mereka, dan dibutakan-Nya penglihatan mereka - Surah Muhammad ayat 22-23.
B: Mereka yang melakukan kezaliman tanpa mencegah diri dari dari menganiaya orang lain:
( أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّلِمِينَ ) هود / 18 .
Tidakkah laknat Allah ke atas orang yang zalim. - Surah Hud ayat 18
C: Mereka yang menuduh perempuan soleh dan beriman melakukan kenistaan serta menjatuhkan maruah suci mereka dengan kata-kata kesat:
( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَتِ الْغَفِلَتِ الْمُؤْمِنَتِ لُعِنُواْ فِى الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ ) نور / 23 .
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Surah Nur ayat 23.
D: Mereka yang menumpahkan darah orang beriman:
( وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُو جَهَنَّمُ خَلِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُو وَأَعَدَّ لَهُو عَذَابًا عَظِيمًا ) نساء / 93 .
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka Jahannam, kekallah ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatinya serta menyediakan azab yang besar baginya. Surah al-Nisa ayat 93.
E: Pohon yang dilaknati dalam al-Qur’an
( وَمَا جَعَلْنَا الرُّءْيَا الَّتِى أَرَيْنَكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِى الْقُرْءَانِ ) إسراء / 60 .
Dan ingatlah ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan pohon yang dilaknati dalam al-Qur'an. Dan kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kederhakaan mereka. Surah al-Isra ayat 60.
Para ulama tafsir menulis bahawa pohon yang dilaknat ialah Hakam bin Abi al-ʻAsh, manakala mimpi yang dialami Rasulullah ialah anak-anaknya yang menaiki minbar baginda. Sila rujuk Tafsir al-Kabir, jilid 20 halaman 237; al-Jami’ al-Ahkam al-Quran jilid 10 halaman 281 dan 286; Ruhul Maʻani jilid 5 halaman 105 dan 107; tafsir al-Qurtubi jilid 10 halaman 286.
9. Laknat dalam sunnah nabi.
Pakar-pakar hadis nabi yang membuat penyelidikan terhadap ucapan Nabi (s.a.w) akan mendapati kira-kira tiga ratus tajuk yang menggunakan kalimah laknat. Ini semua jelas menunjukkan betapa pentingnya subjuk-subjek dalam sirah Nabawiyah. Dalam ensiklopedia Mausuʻah Atraf al-Hadis al-Nabawi jilid 6 halaman 594, terdapat judul perkataan laknat.
Perhatikan beberapa contoh laknat:
A: Laknat nabi (s.a.w) terhadap Bani Umayah.
Di antara ucapan dan sabda Rasulullah (s.a.w), baginda didapati tidak hanya melarang cercaan dan laknat terhadap insan yang beriman secara khusus, malah terdapat beberapa tempat yang mana baginda melaknat dan mengecam beberapa golongan. Contohnya Hakam bin al-ʻAsh di mana Jubair bin Muthʻim berkata:
6856 - حدثنا محمد بن الحسن بن قتيبة العسقلاني ، ثنا عيسى بن عبد الله بن سليمان الأموي العسقلاني ، ثنا معاذ بن خالد ، ثنا زهير بن محمد ، حدثني صالح بن أبي صالح ، أنه سمع نافع بن جبير بن مطعم يحدث ، عن أبيه قال : بينا أنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحجر ، إذ مر الحكم بن أبي العاص ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : « ويل لأمتي مما في صلب هذا »
المعجم الأوسط للطبرانى : 2 / 144
Ketika aku bersama Rasulullah (s.a.w) di pinggir batu, tiba-tiba al-Hakam bin Abi al-ʻAsh melaluinya. Maka Rasulullah (s.a.w) pun bersabda: Celakalah umatku daripada apa yang terkandung di dalam tulang sulbi orang ini. - Al-Muʻjam al-Awshat Thabrani, jilid 2 halaman 144.
Ketika Muawiyah memaksa orang ramai memberikan bai’at kepada anaknya yang bernama Yazid, Marwan berkata:
وأخرج عبد بن حميد والنسائي وابن المنذر والحاكم وصححه ، وابن مردويه عن محمد بن زياد قال : لما بايع معاوية لابنه قال مروان : سنة أبي بكر وعمر فقال عبد الرحمن : سنة هرقل وقيصر . فقال مروان : هذا الذي أنزل الله فيه { والذي قال لوالديه أف لكما } الآية فبلغ ذلك عائشة رضي الله عنها فقالت : كذب مروان كذب مروان والله ما هو به ولو شئت أن أسمي الذي أنزلت فيه لسميته ، ولكن رسول الله صلى الله عليه وسلم لعن أبا مروان في صلبه فمروان فضفض من لعنة الله .
در المنثور سيوطى : 6 / 41 ، أسد الغابة : 2 / 34 ، سنن الكبرى نسائى : 6 / 459 ، تفسير ابن كثير : 4 / 172 ، المستدرك على الصحيحين للحاكم : 4 / 481 .
Ini adalah sunnah Abu Bakar dan Umar. Abdul Rahman bin Abu Bakar menjawab: Sunnah Herqal dan Qaishar. Marwan berkata: Inilah yang diturunkan Allah di dalam al-Qur’an: Dan orang yang berkata kepada kedua ibu dan ayahnya: Ah!... (sehingga ke akhir ayat). Apabila perbualan ini sampai kepada Aisyah, beliau berkata: Marwan berdusta, Marwan berdusta, demi Allah… namun Rasulullah (s.a.w) melaknat ayah Marwan sedangkan Marwan masih berada di dalam tulang sulbinya. Durr Mantsur Al-Suyuthi, jilid 6 halaman 41; Usudul Ghabah jilid 2 halaman 34; Sunan al-Kubra Nasa’i jilid 6 halaman 459; Tafsir Ibnu Katsir jilid 4 halaman 172; Al-Mustadrak ʻAla Sahihain al-Hakim jilid 4 halaman 481.
Fakhrul Razi menganggap hadis ini sebagai dalil yang sahih tentang penafsiran pohon yang dilaknat dan kaitannya dengan Hakam serta anak-anaknya. Fakhrul Razi berkata:
ومما يؤكد هذا التأويل قول عائشة لمروان لعن الله أباك وأنت في صلبه فأنت بعض من لعنه الله .
التفسير الكبير : 20 / 237 .
Apa yang ditegaskan oleh takwil ini ialah kata-kata Aisyah kepada Marwan “Laknat Allah ke atas ayahmu dan ke atasmu di dalam tulang sulbinya, maka sesungguhnya engkau termasuk daripada orang yang dilaknat Allah. - Tafsir al-Kabir jilid 20 halaman 237.
Pengarang kitab Tafsir al-Durr al-Mantsur menukilkan bahawa Aisyah berkata kepada Marwan: Aku mendengar bahawa Rasulullah berkata kepada ayahmu, dan datukmu Abu al-ʻAsh bin Umayyah:
إنكم الشجرة الملعونة في القرآن
الدرّ المنثور : 4 / 191 .
Sesungguhnya engkau adalah pohon yang dilaknat di dalam al-Qur’an. - Tafsir Durr al-Manthur jilid 4 halaman 191.
Imam Hasan al-Mujtaba berkata kepada Marwan:
وقال له الحسن بن على لقد لعن الله أباك الحكم وأنت فى صلبه على لسان نبيه فقال لعن الله الحكم وما ولد والله أعلم
البداية والنهاية : 8 / 284 ، كنز العمال : 11 / 257 ، تاريخ مدينة دمشق : 57 / 244 ، سير أعلام النبلاء : 3 / 478 .
Sesungguhnya Allah melaknat ayahmu wahai al-Hakam sedangkan engkau masih berada di dalam tulang sulbinya, dengan lisan Nabi-Nya. Maka beliau pun berkata Allah melaknat al-Hakam dan anaknya. - Al-Bidayah Wa al-Nihayah Ibnu Katsir, jilid 8 halaman 284; Kanzul Ummal jilid 11 halaman 257; Tarikh Dimasyq jilid 57 halaman 244; Siyar al-Aʻlam al-Nubala jilid 3 halaman 478.
B: Laknat Nabi (s.a.w) terhadap Abu Sufyan dan Muawiyah.
Di zaman permulaan Islam, Nabi tidak menyembunyikan rasa tidak senang dan tidak reda baginda terhadap beberapa orang yang terkenal atas sebab penyimpangan mereka terhadap sunnah baginda. Rasa tidak reda ini menjadi lebih ketara dengan laknat dan kecaman. Antara mereka yang menerima padah laknat ini ialah Muawiyah dan Abu Sufyan. Kedua-dua beranak ini merupakan punca kebanyakan fitnah, kekacauan dan peristiwa yang sangat bahaya buat Islam dan umatnya.
Abdullah bin Umar berkada: Ketika Nabi (s.a.w) sedang melalui sebuah tempat, mata baginda terpandang pada Abu Sufyan yang sedang bergerak dalam keadaan menunggang unta sedangkan Muawiyah dan saudaranya yang lain berada di hadapan dan belakang unta itu. Baginda pun bersabda:
«اللّهمّ العن القائد والسائق والراكب » .
تاريخ الامم والملوك : 10 / 58 ، حوادث عام 284 هـ ، كتاب صفين : 247 ، طبع مصر .
Ya Allah, laknatilah yang membimbing (unta), yang mendorong di belakang dan yang menunggang.
Seseorang yang mendengar hadis ini bertanya kepada Abdullah bin Umar: Apakah engkau sendiri yang mendengarnya daripada Nabi atau daripada orang lain? Abdullah bin Umar pun menjawab: iya, aku mendengarnya sendiri, jikalau aku berbohong telingaku akan tuli dan mataku akan buta. - Tarikh al-Umam Wal Muluk, jilid 10 halaman 58, peristiwa tahun 284 Hijrah; Kitab al-Siffin halaman 247, cetakan Mesir.
Peristiwa yang mirip seperti ini ada di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah dengan berbagai nukilan. Pembaca yang budiman bolehlah merujuk pada kitab-kitab ini dan mengkajinya:
وتعة صيفى : 217 ، معانى الاخبار : 345 ، الغدير : 3 / 252 ، عن تاريخ الطبرى : 11 / 357 .
Apabila tersebar hadis-hadis begini, terdapat tangan-tangan dari Bani Umayah memulakan kegiatan mereka dengan merekacipta dan menyembunyikan hadis-hadis. Untuk mencegah kesan-kesan yang boleh merosakkan maruah pohon keturunan ini, timbullah banyak hadis dan takwil seperti: Nabi telah melakukan kesilapan. Kadang-kadang Nabi terlalu murka sehingga sabdanya saling bertentangan dengan ucapan baginda yang lain. Contohnya hadis ini:
إنّى لم أبعث لعّاناً
Tidak aku dibangkitkan melainkan untuk melaknat
Atau hadis ini:
سباب المسلم فسق
Mencerca seorang muslim adalah kefasikan.
Oleh itu mereka menukilkan hadis daripada baginda yang bersabda:
Ya Allah menjadikan setiap orang yang beriman yang telah aku sakiti, aku laknat dan aku maki hamunnya sebagai wasilah untuk mendekatkan diri di hari kiamat:
: أن النبي صلى الله عليه و سلم قال اللهم إني أتخذ عندك عهدا لن تخلفنيه فإنما أنا بشر فأي المؤمنين آذيته شتمته لعنته جلدته فاجعلها له صلاة وزكاة وقربة تقربه بها إليك يوم القيامة
صحيح مسلم : 7 / 157
Sahih Muslim jilid 7 halaman 157
Atau hadis yang lain bahawasanya Nabi berdoa supaya Allah jadikan orang yang baginda cerca atau laknat sebagai kafarah terhadap dosa-dosa yang mereka lakukan:
: سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول اللهم إنما محمد بشر يغضب كما يغضب البشر وإني قد اتخذت عندك عهدا لن تخلفنيه فأيما مؤمن آذيته أو سببته أو جلدته فاجعلها له كفارة وقربة تقربه بها إليك يوم القيامة
Sahih Muslim jilid 8 halaman 26; Tazkiratul Huffaz jilid 2 halaman 699.
Sedangkan ini semua tidak sesuai sama sekali dengan mantik al-Qur’an, Allah (s.w.t) berfirman:
وَمَا يَنْطِقُ عَنْ الْهَوى
iaitu Rasulullah (s.a.w) tidak akan berbicara berdasarkan hawa nafsu!
Begitu juga hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-ʻAsh yang berkata:
عن عبد الله بن عمرو قال: كنت أكتب كل شيء أسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم أريد حفظه، فنهتني قريش فقالوا: إنك تكتب كل شيء تسمعه من رسول الله، ورسول الله صلى الله عليه وسلم بشر، يتكلم في الغضب. فأمسكتُ عن الكتاب، فذكرت ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: "اكتب، فوالذي نفسي بيده، ما خرج مني إلا حق".
تفسير ابن كثير : 4 / 264 ، تاريخ مدينة دمشق : 31 / 260، مسند احمد : 2 / 162 ، المستدرك على الصحيحين : 1 / 105
Aku menulis apa yang Rasulullah sabdakan. Aku ingin menghafalnya namun kaum Qurasyh menghalangku. Mereka berkata: Sesungguhnya engkau menulis semua apa yang engkau dengar daripada Rasulullah, dan Rasulullah adalah manusia biasa, yang berbicara ketika marah. Setelah itu aku menahan diri dari menulis, maka akupun menceritakannya kepada Rasulullah. Maka baginda pun bersabda: Tulislah, demi jiwaku di tanganNya, tidak ada keluar daripadaku kecuali kebenaran. - Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 halaman 264; Tarikh Dimasyq jilid 31 halaman 260; Musnad Ahmad jilid 2 halaman 162; Mustadrak ʻAla Sahihain jilid 1 halaman 105
C: Laknat sebahagian sahabat sesama sahabat.
1. Abu Bakar dilaknat di hadapan Rasulullah.
وعن أبي هريرة أن رجلا شتم أبا بكر والنبي صلى الله عليه و سلم جالس فجعل النبي صلى الله عليه و سلم يعجب ويبسم
تفسير ابن كثير : 4 / 129 ، مسند احمد : 2 / 436 ، الدر المنثور : 6 / 11 .
Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki mencaci Abu Bakar ketika Nabi (s.a.w) sedang duduk. Baginda terkejut dan tersenyum. - Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 halaman 129; Musnad Ahmad jilid 2 halaman 436; Al-Durr al-Manthur jilid 6 halaman 11
Dalam hadis yang lain pula:
أَنَّ رَجُلًا سَبَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِحَضْرَتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَسَكَتَ أَبُو بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ
تاريخ النمازى : 2 / 102 ، سبل السلام : 4 / 197
Seorang lelaki mencerca Abu Bakar ketika hadirnya Rasulullah (s.a.w). Abu Bakar berdiam diri manakala Nabi (s.a.w) sedang duduk. - Tarikh al-Namazi jilid 2 halaman 102; Subulu Salam jilid 4 halaman 197.
عَنْ أَبِى بَرْزَةَ الأَسْلَمِىِّ قَالَ أَغْلَظَ رَجُلٌ لأَبِى بَكْرٍ الصِّدِّيقِ فَقُلْتُ أَقْتُلُهُ فَانْتَهَرَنِى وَقَالَ لَيْسَ هَذَا لأَحَدٍ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.
Daripada Abu Barzah al-Aslami yang berkata: Seorang lelaki berbicara kasar terhadap Abu Bakar. Aku bertanya kepada Abu Bakar: Bolehkah aku membunuhnya? Ia berkata: Tidak seorang pun berhak membunuh kecuali penghina Rasulullah (s.a.w). - Sunan Nasa’i jilid 7 halaman 110
2. Penghinaan dan maki hamun antara Ammar bin Yasir dan Khalid bin Walid.
واستب عمار وخالد بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم فأغلظ عمار لخالد، فغضب خالد وقال: يارسول الله أتدع هذا العبد يشتمني، فوالله لولا أنت ما شتمني، وكان عمار مولى لهاشم بن المغيرة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا خالد كف عن عمار فإنه من يسب عمارا يسبه الله، ومن يبغض عمارا يبغضه الله
أسباب نزول الآيات- الواحدي النيسابوري
Ammar dan Khalid bin Walid saling mencerca sedangkan Rasulullah ada bersama mereka. Ammar berkata kasar terhadap Khalid, maka Khalid pun marah dan berkata: Wahai Rasulullah apakah engkau membiarkan hamba ini mencerca aku? Demi Allah jika engkau tidak ada, maka dia tidak beranni menghina aku. Rasulullah pun bersabda: Wahai Khalid. Lepaskan Ammar, barangsiapa yang mencerca Ammar maka Allah pun mencercanya, barangsiapa yang membuatkan Ammar marah, maka Allah pun murka kepadanya. - Asbabul Nuzul al-Ayat, halaman 118.
3. ʻIyadh bin Himar
عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ قُلْتُ يا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِى يَشْتُمُنِى وَهُوَ دُونِى عَلَىَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ قَالَ « الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاذَيَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح على شرط مسلم
ʻIyadh bin Himar berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki daripada kaumku yang mencercaku sedangkan martabat keturunannya lebih rendah daripadaku. Maka baginda bersabda: Apabila dua orang saling mencerca, maka kedua-duanya adalah syaitan. Kedua-duanya meracau dan berdusta. - Musnad Ahmad jilid 4 halaman 162; Sunan al-Kubra jilid 10 halaman 135.
Pada suatu hari, beberapa orang sahabat berkata kesat terhadap beberapa sahabat yang sudah meninggal dunia sedangkan Aisyah turut berada di situ.
Cercaan dan laknat di kalangan sahabat Nabi (s.a.w) merupakan sebuah perkara biasa. Perkara ini terjadi walaupun di hadapan Rasulullah (s.a.w) di samping reaksi yang diberikan baginda sama sekali berbeza dengan apa yang dilaporkan. Contohnya silkap Umar dengan seorang munafik yang terkenal bernama Abdullah bin Ubai:
فَقَامَ عُمَرُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دَعْنِى أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا الْمُنَافِقِ . فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « دَعْهُ لاَ يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ
صحيح بخارى : 6 / 66 ، و67 ، صحيح مسلم : 8 / 19 ، باب نصر الأخ ظالماً أو مظلوماً ، سنن الترمذى : 5 / 90 ، ومسند احمد : 3 / 393 .
Umar pun bangun dan berkata: Wahai Rasulullah, biarkan aku pukul tengkuk munafik ini. Maka Rasulullah pun bersabda: Biarkan dia, jangan sampai orang berkata Muhammad membunuh sahabatnya. - Sahih al-Bukhari jilid 6 halaman 66 dan 67; Sahih Muslim jilid 8 halaman 19; Sunan Tarmizi jilid 5 halaman 90; Musnad Ahmad jilid 3 halaman 393.
Begitu juga dalam peristiwa Zul Khuwaishirah (ذُو الْخُوَيْصِرَةِ) iaitu:
فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رضى الله عنه يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِى فِيهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « دَعْهُ فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ
Sahih Muslim, jilid 3 halaman 109
Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah, apakah engkau izinkan aku memukul tengkuknya (membunuhnya)? Baginda menjawab: Biarkan dia, sesungguhnya ia mempunyai kawan yang mana setiap seorang daripada kalian meremehkan solatnya dibandingkan dengan solat mereka, begitu juga puasanya dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Qur’an walaupun tidak naik ke kerongkong, mereka keluar dari agama Islam seperti anak panah keluar dari busurnya.
Begitu juga dalam kisah Hathib (حاطب) di mana Umar berkata kepada Rasulullah (s.a.w):
يا رسول الله ، إنه قد خان الله ورسوله والمؤمنين ، فدعني حتى أضرب عنقه ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أوليس من أهل بدر ؟
و در داستان «حاطب » كه عمر به پيامبر گفت : اجازه بده تا گردن اين منافق را بزنم مسند ابو يعلى : 1 / 321 ، سبل السلام : 4 / 188 ، تاريخ ابن خلدون : 2 / 42 .
Wahai Rasulullah, sesungguhnya beliau mengkhianati Allah, RasulNya dan orang beriman, biarkan aku pukul tengkuknya (membunuhnya). Namun Rasulullah menjawab: Tidakkah dia daripada golongan ahli Badar? - Musnad Abi Yaʻla jilid 1 halaman 321; Subulu Salam jilid 4 halaman 188; Tarikh Ibnu Khaldun jilid 2 halaman 42.
Begitu juga kata-kata Umar kepada Abu Hurairah:
عدوا لله ولكتابه سرقت مال الله
طبقات ابن سعد : 4 / 335 ، معجم البلدان : 1 / 348
Wahai musuh Allah dan al-Qur’an, engkau mencuri harta Allah! - Tabaqat Ibnu Saʻad jilid 4 halaman 335; Muʻjam al-Buldan jilid 1 halaman 348.
Sedangkan ahi fikah Ahlusunnah memberikan fatwa bahawa barangsiapa yang berkata kepada orang lain “Wahai munafik, wahai musuh Allah”, maka orang itu perlu dihukum sebat - Kasyf al-Qinaʻ Bahuti, jilid 6 halaman 143.
Ibnu Abil Hadid berkata:
يا عدو الله عدوت على رجل من المسلمين فقتلته و نكحت امرأته أما و الله إن أمكنني الله منك لأرجمنك
Wahai musuh Allah, engkau menganiaya seorang lelaki muslim dan membunuhnya, kemudian engkau memperkosa isterinya, demi Allah, sekiranya Allah memberikan aku kesempatan, aku akan merejam engkau.- Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid jilid 1 halaman 178.
10. Kesan-kesan penulisan tentang keburukan dua Syeikh
Salah satu konspirasi untuk menghapuskan nostalgia buruk kata-kata dan kelakuan seseorang individu di sepanjang sejarah ialah dengan cara mengeksploitasi penulis tertentu. Contohnya Ibnu Khirash yang menulis dua jilid tentang keburukan khalifah pertama dan kedua. Oleh kerana beliau adalah seorang yang dapat dipercayai dan diterima umum, maka beliau tidak dituduh menukilkan peristiwa dan sejarah dengan berbohong. Namun beliau dituduh sebagai penyokong Ahlul Bait. Individu-individu seperti beliau juga diserang dengan tuduhan ini kerana menukilkan keburukan-keburukan. lihat al-Kamil Fi Dhuʻafa al-Rijal, jilid 5 halaman 519; Tahzibul Tahzib jilid 2 halaman 83.
Ada juga penulisan-penulisan yang dibakar seperti kitab Abu ʻAwanah (Waddhah bin Khalid). Ahmad bin Hanbal berkata tentang beliau:
كان أبو عوانة وضع كتابا فيه معايب أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وفيه بلايا فجاء سلام بن أبي مطيع فقال يا أبا عوانة اعطني ذاك الكتا ب فأعطاه فأخذه سلام فاحرقه قال
العلل ومعرفة الرجال لأحمد بن حنبل : 1 / 254
Abu ʻAwanah menulis sebuah kitab yeng menceritakan keburukan sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w). Kemudian datanglah Salam bin Abu Muthiʻ dan berkata: Wahai Abu ʻAwanah, berikan kitab itu. Apabila kitab itu diberikan, Salam mengambilnya dan membakarnya. - al-ʻIlal wa Maʻrifah al-Rijal, jilid 1 halaman 254.
Abul Abbas bin Uqdah merupakan salah seorang yang menulis kitab tentang keburukan para sahabat. Beliau tidak hanya dituduh berbohong, malah dianggap orang yang tidak boleh dipercayai. - Lisan al-Mizan jilid 1 halaman 263, 264 dan 265; Mizan al-Iʻtidal jilid 1 halaman 138.
11. Senarai mereka yang mencerca sahabat.
Zahabi ketika menterjemahkan perihal Abu al-Silat Harawi, beliau memujinya dan menulis bahawa beliau seorang yang baik namun ada mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada dua Syeikh.
Mengenai al-Rawajini, Zahabi memujinya dan mengakui ketsiqahannya. Namun beliau turut dikatakan sebagai orang yang mencerca sahabat - siyar al-A’lam an-Nubala jilid 11 halaman 537-538.
Ibnu Hajar al-ʻAsqalani ketika menceritakan perihal Jaafar bin Sulaiman manurut Ibnu Hibban, beliau berkata:
قال ابن حبان كان جعفر من الثقات في الروايات غير أنه ينتحل الميل إلى أهل البيت
Iaitu Jaafar merupakan seorang yang dapat dipercayakan dalam menukilkan hadis. Cuma kekurangannya ialah cenderung kepada Ahlul Bait.
وقال الازدي كان فيه تحامل على بعض السلف وكان لا يكذب في الحديث
Manakala Azdi berkata: Jaafar hanya seorang yang berbicara hal yang tidak baik tentang beberapa orang terdahulu, tetapi beliau bukanlah seorang yang berbohong dalam menukilkan hadis. - Tahzibul Tahzib jilid 2 halaman 83.
Antara mereka yang masih dikenang dalam kitab Ahlusunnah ialah Amru bin Thabit, Ismail bin Abdul Rahman al-Asadi, Talid bin Sulaiman, Amru bin Simr, Muhammad bin Abdullah Shaibani, Ziyad bin Munzir, Salim bin Abi Hafhsah, Ali bin Bazimah, Amru bin Hammad al-Qannad dan ramai lagi, padahal mereka ini mempunyai kes mencerca dan memaki hamun beberapa orang sahabat. - Sahih Muslim jilid 2 halaman 12; Tahzibul Tahzib jilid 1 halaman 273-274; Siyar Aʻlam an-Nubala jilid 18 halaman 12; Lisan al-Mizan jilid 4 halaman 366; jilid 5 halaman 231; Tahzibul Kamal jilid 10 halaman 136; jilid 21 halaman 549; al-Kamil Fi Dhuʻafa al-Rijal jilid 6 halaman 545.
No comments:
Post a Comment