Tuesday, 6 December 2011

Sejarah berulang kembali ( History Repeats Itself )


                                                            

                                                                


ألعلماء ورثة الأنبياء
علماء أمّتي كانبياء بني اسراءيل
علماء أمّتي أفضل من أنبياْ بني أسراءيل
Rasulullah s.a.w bersabda Ulama itu adalah para pewaris Nabi-Nabi
Ulama Ummatku seperti Nabi-Nabi Bani Israel
Ulama Ummatku lebih afdhal dari Nabi-Nabi Bani Israel
صدق رسول الله ص
Soalan : Siapakah AL-ULAMA' tersebut ?
Jawapannya boleh ditemui di dalam Ziarat Warithah di atas



Ikutilah sepintas lalu pandangan Strategik Penganalisis Antarabangsa En.Zaini ZainalAbidin tentang perkaitan
ehwal semasa dengan sejarah : 

       ' History repeats itself ',itulah ungkapan yang saya gunakan bagi menjelaskan peristiwa yang berlaku
pada hari ini.Apa yang berlaku sejak Allah s.w.t utuskan Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad s.a.w
adalah pertembungan antara Haq dan Bathil.Habil dibunuh oleh Qabil,Nabi Ibrahim a.s dizalimi Namrud,
Nabi Musa a.s diperangi oleh Firaun dan Nabi Penghulu kepada segala Nabi dan Rasul ( Sayyidul Mursalin
/ The Chief of all Prophets ),Nabi penutup kepada segala Nabi dan Rasul ( Khatamun Nabiyyin / The Seal
of all Prophets ) iaitu Nabi Muhammad s.a.w diperangi oleh Abu Lahab,Abu Jahal dan Abu Sufyan serta
kuncu-kuncu mereka dan setelah wafatnya Rasulullah s.a.w sepupu yang juga menantunya Nabi Muhammad
s.a.w iaitu Sayyidina Ali k.w diperangi oleh anak kepada Hindun dan Abu Sufyan iaitu Muawiyah.Cucu kesa
-yangan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hassan juga diperangi oleh Muawiyah dan seorang lagi cucu kesaya
-ngan Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hussein r.a serta kaum keluarga dan para sahabat yang berjumlah 72
orang telah dibunuh dengan amat kejam oleh 30,000 tentera Yazid ( anak Muawiyah ) dan kemuncak kekejaman tersebut cucu Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidina Hussein telah dipenggal kepalanya dengan belati
tumpul dari arah tengkuk hingga ke leher yang mana peristiwa hitam ini berlaku pada 10 Muharram atau di-
kenali hari Asyura dan tempatnya di padang pasir Karbala.Dalam hadith sohih Rasulullah s.a.w bahawa Say
-yidina Hassan dan Sayyidina Hussein adalah ketua pemuda syurga.Sayyidina Hussein syahid di padang
Karbala bersama dengan kaum keluarga dan para sahabat yang setia semata-mata untuk mempertahankan
kesucian Agama Islam yang telah dibawa dengan penuh pengorbanan oleh Datuk beliau iaitu Nabi Muhammad s.a.w di mana Yazid telah mencemarkan nama baik Islam dengan membuat pelbagai kemung-
karan.Di hari ini Republik Islam Iran yang mana kerajaannya telah diasaskan oleh cicit Rasulullah s.a.w iaitu
Khomeini dan sekarang Sayyid Ali Khamenei yang begitu mencintai Rasulullah s.a.w dan keluarga Rasulullah s.a.w serta para sahabat yang setia kepada Rasulullah s.a.w telah diperangi oleh Zionis,Amerika,Eropah dan sekutu-sekutu mereka sejak tertubuhnya Republik Islam pada tahun 1979.
Almarhum Imam Khomeini menyatakan bahawa kelahiran Republik Islam Iran adalah berasaskan kepada
perjuangan Sayyidina Hussein r.a yang sanggup mengorbankan diri serta kaum keluarga dan para sahabat
yang setia.AS,Zionis dan sekutu baratnya menguasai segala-galanya seperti media,ekonomi,ketenteraan dan
kekayaan.Mereka juga menguasai PBB dan apa sahaja pertubuhan.Sebab itu apa sahaja kedurjanaan yang dilakukan terhadap Republik Islam Iran tiada siapa yang berani bersuara untuk membela mereka.Seandainya
kerajaan Iran mengiktiraf negara haram Yahudi sudah pasti kesemua kuasa besar akan mengiktiraf Iran sep-
erti di zaman Shah.Begitu juga dengan Sayyidina Hussein,seandainya beliau menerima tawaran pangkat dan
kekayaan dari Yazid dengan syarat menerima segala kemungkaran dan kerosakan oleh Yazid terhadap Islam
sudah pasti Islam yang ada pada kita di hari ini adalah Islam buatan Abu Sufyan dan isterinya Hindun ( yang melapah dada dan memamah jantung Sayyidina Hamzah ) dan anak mereka Muawiyah dan cucu mereka iaitu Yazid.
        Rumusan tentang apa yang berlaku pada hari ini di antara Amerika dan Zionis serta kuncu-kuncunya terhadap Islam bukanlah pertembungan politik atau budaya tetapi ianya merupakan pertembungan antara
Agama Allah yang telah disampaikan kepada kita dengan penuh pengorbanan oleh Rasulullah s.a.w dan
dipertahankan oleh zuriat Baginda s.a.w dengan mereka yang bernaung dengan Iblis dan Syaitan-Zaini
 ' The Lover and the beloved of Olive Oil '

Nota : Penghargaan kepada En.Zaini.
Petua : sabda Nabi s.a.w : Sesiapa yang bersolawat ke atasku sekali Allah  Taala membuka pintu keafiatan
           baginya.SOLAWAT

No comments:

Post a Comment