Friday, 2 December 2011

INTERNATIONAL STRATEGIC DISCOURSE


                          


Bersama Penganalisis Antarabangsa En.Zaini Zainal Abidin.


        Apakah benar Republik Islam Iran akan diserang oleh negara haram Zionis dan Amerika Syarikat dalam
masa terdekat?


Jawapan : Pada hemat saya negara haram Zionis dan Amerika Syarikat serta para penyokong mereka iaitu
NATO,blok Eropah dan hampir kesemua negara Arab telah merancang menyerang Republik Islam Iran secara
besar-besaran setelah Hizbullah dihapuskan dalam peperangan musim panas yang berlaku pada bulan Jun 2006 apabila tentera haram Zionis menyerang selatan Lubnan yang menjadi kubu kuat Hizbullah.Hizbullah adalah sek-
utu terkuat Republik Islam Iran di dunia Arab.Tujuan utama peperangan musim panas yang dicetuskan oleh tentera haram Zionis pada bulan Jun 2006 adalah untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hizbullah dan me-
nakluk wilayah selatan Lubnan.Seperti yang pernah dilakukan oleh tentera haram Zionis dengan sokongan 
ketenteraan oleh AS,Perancis dan Itali pada tahun 1982 dengan menceroboh selatan Lubnan sehingga menyeberangi Sungai Litany dan menjelajah Selatan Lubnan.Hizbullah berjaya menumpaskan dan menghalau
tentera haram Zionis pada tahun 2000.Peristiwa di Selatan Lubnan ini mengakibatkan Zionis mendapat aib yang begitu besar kerana untuk julung-julung kalinya mereka  (Zionis) telah dikalahkan oleh satu entiti Islam
/ Arab ( Hizbullah ).
        Semenjak mereka menjajah bumi Palestin pada tahun 1948 dan peperangan besar di antara Zionis de-
ngan negara-negara Arab pada tahun 1967 dan 1973 semua kejayaan memihak kepada negara haram Zionis.
Walaupun tenteras haram Zionis melakukan serangan udara dan pengeboman besar-besaran secara yang amat kejam melebihi tempoh satu bulan ( Jun-Julai 2006 ) terhadap kubu-kubu Hizbullah tetapi sebaik sahaja
tentera darat mereka cuba menyeberangi Sungai Litany mereka telah diserang secara terbuka oleh pejuang-
pejuang Hizbullah yang mengakibatkan lebih 200 tentera Zionis terbunuh dalam massa sehari ( satu rekod yang tidak pernah dialami oleh tentera Zionis sejak tertubuhnya negara haram Zionis di bumi Palestin ).
Zionis dan AS serta sekutu-sekutu mereka telah merancang untuk menyerang Republik Islam Iran apabila
Hizbullah berjaya dihapuskan tetapi perencanaan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kekalahan yang di-
tanggung oleh negara haram Zionis.Kerana Zionis dan Amerika Syarikat amat faham risiko yang pasti terjadi
iaitu apabila mereka menyerang Republik Islam Iran sudah semestinya Hizbullah yang dipimpin oleh Sayyed
Hassan Nasrullah akan menyerang negara  haram Zionis.Yang jelas sejak  tertubuhnya Republik Islam Iran
pada tahun 1979,AS dan Soviet Union ( Rusia ),Zionis serta semua sekutu mereka ( negara Eropah dan Arab
kecuali Syria ) memberikan sokongan terhadap Saddam Hussein ( Iraq ) memerangi Republik Islam Iran yang
tercetus pada 22 September 1980 sehingga 1988.Dan AS pada tahun 1980 semasa era Presiden Jimmy 
Carter telah menyerang Republik Islam Iran dalam misi yang diberi nama 'Operation Desert Claw' ( sila rujuk
majallah Newsweek' special edition' Nov 2011.Operasi serangan yang telah diatur dengan cukup teliti oleh
Pentagon dan Zionis disertakan dengan bantuan Turki,Mesir dan Arab Saudi tetapi ia berakhir dengan kega-
galan  apabila kesemua helikopter yang menceroboh ruang udara Republik Islam Iran telah berlanggar sesama
sendiri.Peristiwa ini mengakibatkan Amerika dan sekutunya menanggung malu yang amat besar.Dan semenjak
1979 segala wang dan harta Iran yang disimpan oleh Reza Pahlavi ( Shah Iran ) di bank-bank Amerika yang
berjumlah puluhan Billion Dollar telah dibekukan oleh Washington.Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Ber-
satu ( yang juga dianggotai Rusia dan China ) sudah 4 kali mengenakan pelbagai sekatan terhadap Tehran.
Moscow dan Beijing tanpa segan silu 'bermain wayang' kononnya tidak akan bersetuju / menentang usul
Washington di Majlis Keselamatan PBB terhadap Tehran tetapi apabila pengundian dijalankan Moscow dan
Beijing menyokong sekatan yang dikenakan terhadap Tehran.Dan sejak 1979 AS telah membelanjakan
berbillion Dollar terhadap kumpulan-kumpulan pengganas Iran seperti MKO ( Mujahideen Khalq Org ),Parti
Komunis Tudeh,Mujahideen Baluchistan dan kumpulan pengedar dadah Iran untuk menjatuhkan kerajaan
Islam Iran.Akhbar New York Times Julai 2008 melapurkan White House telah meluluskan ribuan Billion Dollar setahun untuk disalurkan kepada Al-Qaeda dan rangkaian pengedar dadah Iran supaya Republik Islam Iran dapat ditumbangkan.
        Semoga pihak yang yang benar mendapat bantuan Allah SWT dan pihak yang zalim mengalami sebesar-
besar kehancuran...

SOLAWAT

No comments:

Post a Comment