Thursday, 29 December 2011

Petikan komentar buku '' Kenapa Aku Keluar Dari Syiah ''





Sepintas lalu buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”

Oleh: Dr. Abu Mahdi

بسم اللّه الرحمن الرحيم‏

Mukadimah.
Menurut
salah satu pusat penyelidikan yang berpengkalan di Hawzah (pusat 
pengajian agama) di Qom, lambakan buku-buku yang ditulis untuk memerangi
Syiah di sepanjang sejarah telah melebihi dari 5000 judul dan secara 
keseluruhan hampir 7000 bab-bab dan syubhat yang yang berada di dalam 
600 tajuk di dalam buku-buku tersebut.

Namun di antara buku-buku ini, naskah yang berjudul “Lillāh thumma littārikh” (للّه . . . ثمّ للتاريخ)
atau terjemahannya “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” mempunyai ciri-ciri 
tersendiri sehingga dapat dikatakan: Kitab anti-Syiah yang tergolong 
sebagai paling merosakkan. Buku ini sarat dengan syubhat yang didapati 
dari dalam buku-buku anti-Syiah lain dengan huraian menurut citarasa 
aqidah mereka dan cuba membuatkan pembaca terpengaruh dengan ajaran 
mereka.Tidak pernah terjadi seperti sebelumnya, kerajaan Arab Saudi 
terlalu menekankan betapa pentingnya penyebaran dan pengedaran buku ini di kalangan remaja-remaja Syiah.

Saya
pernah berada dalam sebuah majlis ilmu bersama dengan salah seorang 
ulama terkenal Syiah di wilayah Qatif, negara Arab Saudi, malam 12 
Rejab, pada tahun (1382 kalendar Syamsi) di Makkah Al-Mukarramah. Beliau
mengatakan buku “Lillāh thumma lit-tārīkh” telah mereka edarkan secara 
percuma kepada Syiah di kawasan Qaṭīf dan Aḥsā’. Buku ini juga dicetak 
sebanyak ratusan ribu dan diedarkan di negara Kuwait pada tahun 1380 di 
mana wakil Wilāyatul Faqīh, yang berbahagia encik Mehrī telah 
memaklumkan kepada kerajaan Kuwait: Andainya penyebaran dan pengedaran 
kitab yang menghina dan anti-Syiah tidak dibendung, adalah dikhuatirkan 
negara Kuwait akan bertukar menjadi sebuah lagi wilayah Lubnan. - Surat 
Khabar Al-Rā’y Al-ʽĀm Al-Kuwaytiyyah (الرأي العام الكويتيّة) dengan tarikh 30-6-2001, surat tersebut disiarkan dalam berbagai laman web.

Salah
seorang ulama yang disegani memaklumkan kepada jemaah haji di Makkah, 
terjemahan (bahasa Parsi) kitab ini dalam beberapa malam sahaja, 300 
hingga 400 naskah diedarkan ke beberapa hotel yang didiami oleh pemuda 
dan mahasiswa Iran.

Ayatullah
Subhani pergi menunaikan umrah, beliau berkata: Sebaik sahaja memasuki 
kawasan Baqiʽ, salah seorang mahasiswa Iran datang mendekati saya dan 
menyatakan bahawa sistem pemikirannya kusut dengan membaca buku ini.

Sepintas lalu ciri-ciri buku tersebut.
1.
Penulis kitab memperkenalkan dirinya sebagai seorang ulama dan mujtahid
Syiah. Setelah menukilkan beberapa kelemahan dan keraguan tentang 
mazhab Syiah, akhirnya beliau menunjukkan kecenderungannya ke arah 
mazhab Ahlusunnah. Beliau menukilkan beberapa perkara daripada 
pemimpin-pemimpin mazhab dan marji’ taqlid agama dengan tujuan 
memburuk-burukkannya.

2.
Beliau mengeluarkan hadis-hadis para Imam daripada sumber Syiah, supaya
pembaca merasakan bahawa mazhab tersebut tidak sah menurut Ahlul Bait. 
Bahkan Ahlul Bait dikatakan tidak ada hubungan sama sekali dan 
bertentangan dengan mazhab Syiah dan yang lebih dahsyat lagi dari semua 
perkara ialah menyebut sejarah dongeng kononnya golongan ini berkait 
rapat dengan pembunuh para Imam Syiah.

3.
Penulis mendakwa bahawa pengikut mazhab Syiah mencipta hadis untuk 
mencapai matlamat mereka dan mengesahkan mazhab tersebut dengan 
mengaitkan pembohongan kepada para Imam (a.s) sementara imam-imam 
berlepas diri dari golongan ini.

4.
Yang lebih penting dari semua isi ialah beliau menukilkan daripada 
kitab-kitab Syiah perkara-perkara yang menunjukkan kebencian dan 
perseteruan Syiah terhadap Ahlusunnah seterusnya boleh mencetuskan 
prasangka buruk pembaca terhadap mazhab Syiah. Semua ini menyebabkan 
kebencian mereka terhadap Syiah.
Jawapan untuk syubhat buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”.
Telah
dikatakan bahawa salah satu dalil yang menyebabkan buku ini menjadi 
rosak ialah penulis memperkenalkan dirinya sebagai seorang mujtahid 
Syiah. Setelah menukilkan beberapa perkara yang lemah dan syubhat 
daripada mazhab Syiah, beliau cuba menunjukkan dirinya cenderung kepada 
mazhab Ahlusunnah.
Dalam bahagian ini, kita hendaklah mengamati perbahasan dan penelitian berikut:
Pertama: Penulis merupakan seorang individu yang diragui, tokoh khayalan dan hakikatnya tidak pernah wujud.

Kedua: Penulis seorang individu Ahlusunnah sehingga beliau tidak kenal dengan istilah-istilah umum Syiah dan Hawzah Ilmiyah.

Ketiga:
Beliau menukilkan pembohongan-pembohongan yang kononnya diambil 
daripada sumber hadis Syiah di mana riwayat-riwayat tersebut sedikitpun 
tidak memberi kesan.

Keempat: Beliau mengaitkan kerosakan pemikirannya dengan kisah rekaannya tentang marji’ taqlid.

Kelima:
Demi mengesahkan perbuatan haram yang dilakukannya, beliau mengagungkan
individu-individu yang telah murtad dan yang bertentangan dengan agama 
di mana tidak seorang pun orang yang waras dan umat Islam dapat 
menerimanya.

1. Pembohongan pengarang.

Setelah
buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” disebarkan di mana pengarangnya 
memperkenalkan diri sebagai salah seorang daripada fuqahā’ dan marjiʽ 
Najaf dan beliau juga mendakwa telah memperolehi ijazah sebagai mujtahid
daripada Syaikh Muhammad Husain Al Kāshif Al-Ghiṭā’, para ulama dan 
tokoh hawzah ilmiyah Najaf dan Karbala secara rasmi mengistiharkan 
bahawa mereka tidak pernah kenal individu seperti ini. Begitu juga Bayt 
AyatuLlah Kāshif Al-Ghiṭā’ turut mengeluarkan pernyataan rasmi yang 
menerangkan bahawa mereka tidak pernah memberikan sebarang ijazah 
mujtahid kepada individu yang tidak dikenali seperti ini. Untuk 
penelitian lebih lanjut sila rujuk kepada laman web Markaz Al-Ibhāth 
Al-ʽAqā’idiyyah (
مركز الابحاث العقايدية) di alamat www.aqaed.com.

Manusia berusia 200 tahun.

Dengan
melihat sepintas lalu, jelaslah bahawa individu yang dicurigakan ini 
telah menerangkan dalam beberapa bahagian buku tersebut tentang fakta 
dirinya sendiri yang saling bertentangan. Contohnya penulis didapati 
hidup selama 200 tahun, sila rujuk pada halaman 114:

في زيارتي للهند التقيت السيد دلدار علي فأهداني نسخة من كتابه «أساس الأصول»

Semasa
aku menziarahi India, aku bertemu dengan As-Sayid Dildar Ali. Beliau 
menghadiahkan kepada ku sebuah kitab hasil karangan beliau sendiri iaitu
“ 
أساس الأصول ” - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 220.

Sedangkan Sayid Dildar Naqavi meninggal dunia pada tahun 1235 Hijrah, sebagaimana yang ditulis oleh Āghā Buzurg Ṭehrānī:

«أساس
الأصول : في الرد على الفوائد المدنيّة الاستراباديّة، للعلامة السيد 
دلدار علي بن محمد معين النقوي النصير آبادي اللكهنوي، المجاز من آية الله 
بحر العلوم، والمتوفى سنة 1235» . 
الذريعة إلى تصانيف الشيعة 4 / 2 .

Peristiwa ini juga disebut juga oleh Sayyid Aʽjāz Ḥusayn di dalam kitab Kashful Ḥijab Wal Astār (كشف الحجب والأستار), halaman 41, Ismāʽīl Bashā Al-Baghdādī di dalam Hadiyyah Al-ʽĀrifīn (هدية العارفين), jilid 1 halaman 772 dan Khayruddīn Zarkālī Wahhābī di dalam kitab Al-Aʽlām (الأعلام), jilid 2 halaman 340.

Nota:
Buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” versi pdf yang disebarkan di dalam
internet mengakui perkara ini dalam nota kakinya seperti berikut:

- As-Sayid Dildar Ali al-Nasirabadi (1753 hingga 1820M). Juga dikenali dengan Sayid An-Naqawi. - halaman 220

-
As Sayid Dildar Ali bin Muhammad Mu’in An Naqawi An Nasir Abadi Ar 
Ridhawi Al Mujtahid. Beliau merupakan di antara ulama’ besar Syiah 
Imamiah pada zamannya dan ulama’ hebat di India. Bertanggungjawab dalam 
menyebarkan Syiah di sana. Menghadiri majlis al-Wahid Al-Bahbahani dan 
Al-Mirza As-Shahrastani di Karbala’, Iraq ketika berhijrah ke sana. 
Kemudian pulang ke India dengan membawa ijazah-ijazah dan 
syahadah-syahadah yang
banyak. Merupakan 
ulama’ yang banyak memberi kesan dalam bidang feqah, usul, falsafah dan 
ilmu kalam. Dilahirkan pada tahun 1166H bersamaan 1753M dan meninggal 
pada tahun 1235H bersamaan 1820M. - halaman 111

Jikalaulah
pertemuan ini terjadi di penghujung usia Sayyid Dildār ʽAlī, dan 
penulis mengunjungi beliau ketika berumur 15 tahun, maka sudah tentu ia 
dilahirkan pada tahun 1220 Hijrah.

Di halaman 93 beliau menulis:

«قال الإمام الخوئي في وصيته لنا وهو على فراش الموت» . 
Al-Imam
Al-Khu’i juga turut mewasiatkan kepada kami semasa sudah hampir kepada 
saat kematian dengan wasiat… Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, 
halaman 176.

Dengan mengamati bahawa kematian Ayatullah Al-Khū’ī pada tahun 1414, maka penulis sudah tentu berusia 185 tahun ketika itu!.

Jikalau penulis masih hidup ketika penyebaran buku tersebut iaitu pada tahun 1422 Hijrah di mana pada halaman ke-8, ia mengatakan:

أما أنا فما زلت داخل العراق وفى النجف بالذات

Adapun aku sendiri masih lagi menetap di Iraq betul-betul di Najaf. - Mengapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 26.

Oleh itu penulis hendaklah berusia lebih 200 tahun.

3. Mencapai martabat ijtihad pada usia 109 tahun.

Di halaman 10 beliau menulis:

المهمّ
أنّي أنهيت الدراسة بتفوّق، حتى حصلتُ على إجازتي العلميّة في نيل درجة 
الاجتهاد من أوحد زمانه سماحة السيد محمد الحسين آل كاشف الغطاء زعيم 
الحوزة

Apa
yang penting, aku menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat 
Ijazah Akademik bagi mencapai tahap Ijtihad daripada ulama ulung zaman 
ini daripada Samahah al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito’ yang 
merupakan Ketua Al-Hauzah… - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, 
halaman 21.

(Nota
kaki buku tersebut di halaman 15 penerjemah menyatakan: Al-Syeikh 
Muhammad al-Husain Al-Kasyif Al-Ghito’ bin Ali bin Muhammad Redha 
Al-Najafi. Seorang ulama Islam bermazhab Syiah yang amat masyhur. 
1294-1373H)

Telah sedia maklum bahawa
Al-Marhum Syaikh Muḥammad Kāshif Al-Ghiṭā’ lahir pada tahun 1294 Hijrah
(1877 M). - Al-‘Abaqāt Al-ʽAnbariyyah fī Al-Ṭabaqāt Al-Jaʽfariyyah: 15,
ta’līf Kāshif Al-Ghiṭā’ (
العبقات العنبريّة في الطبقات الجعفريّة : 15 تأليف كاشف الغطاء).

Jikalau
Al-Marhum mula mengajar pada usia 30 tahun, maka sekurang-kurangnya 
penulis telah belajar selama 5 tahun dan berjaya meraih tahap ijtihad 
pada usia 109 tahun.

4. Seorang yang beberapa kali lahir ke dunia.

Di halaman 81 beliau menulis bahawa penyair terkenal di zaman ini berusia lebih tua 30 tahun daripadanya:

صديقي
المناضل الشاعر البارع المجيد أحمد الصافي النجفي رحمه اللّه والذي تعرّفت
عليه بعد حصولي على درجة الاجتهاد، فصرنا صديقين حميمين رغم فارق السن 
بيني وبينه إذ كان يكبرنى بنحو ثلاثين سنة أو أكثر

sahabat ku seorang penyair yang hebat iaitu Ahmad Shofi al-Najafi. Aku 
mengenalinya sebaik sahaja mendapat pangkat Ijtihad dan kami berdua 
menjadi sahabat yang rapat walaupun beza umur di antara kami cukup 
jelas. Beliau lebih tua daripada ku 30 tahun atau lebih. - Kenapa Aku 
Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 160.

(Nota kaki menyatakan: Ahmad al-Sofi al-Najafi (1897-1977M). Dilahirkan di Najaf. Seorang penyair Iraq yang hebat.)

Denurut
nukilan Al-Dhariīʽah (25/221) tahun kelahiran Ahmad Sofi ialah 1313 
Hijrah, manakala Muʽjam Rijāl Al-Fikr Wal Adab Fi Al-Najaf (2/793) ialah
tahun 1314 Hijrah.

Penterjemah buku tersebut dalam bahasa Parsi yang berjudul Ahl Bayt Az Khoud Difāʽ Mi Kounad (اهل بيت ازخود دفاع مى‏كند) di halaman 26 menulis:
سن ايشان اكنون نزديك به نود سال است .
Usia beliau sekarang hampir 90 tahun.

Oleh
kerana perterjemahan dan percetakan buku tersebut terjadi pada tahun 
1423 Hijrah, maka penulisnya hendaklah lahir kira-kira pada tahun 1330.

Dengan mengamati lawatan penulis dengan Sayid Dildār ʽAlī, maka sudah tentu beliau lahir pada tahun 1220.

Maka melalui 3 penerangan ini, beliau telah lahir ke dunia sebanyak tiga kali (1220 - 1330 - 1344) dengan jarak waktu 124 tahun.

5. Pengarang dalam dua wajah, yang asli dan samaran.

Pengarang di halaman 101 menulis:
«توفّي
أحد السادة المدرسين في الحوزة النجفية، فغسلّتُ جثمانَه مُبْتَغياً بذلك 
وجهَ الله، وساعدني في غسله بعض أولاده، فاكتشفت أثناء الغسل أن الفقيد 
الراحل غير مختون!! ولا أستطيع الآن أن أذكر اسم هذا (الفقيد) لأن أولاده 
يعرفون من الذي غسّل أباهم، فإذا ذكرته عرفوني، وعرفوا بالتالي أنّي مؤلف 
هذا الكتاب، واكتُشِفَ أمري، ويحصل ما لا تُحْمَدُ عقباه» .
Ketika
meninggalnya seorang Sayid tenaga pengajar di Al-Hauzah An-Najafiah. 
Aku juga turut memandikan jenazah beliau bertujuan mencari keredaan 
Allah. Aku dibantu oleh beberapa orang daripada ahli keluarganya, apa 
yang menyedihkan ketika sedang memandikan jenazah tersebut aku dapati 
al-Faqih itu tidak berkhatan !!! Aku tidak mahu menyebutkan namanya 
dibimbangkan anak-anaknya mengenali siapa aku. Sekiranya aku 
menceritakan kejadian ini, nescaya mereka akan mengenali ku dan 
mengetahui aku adalah pengarang kitab ini. Akibatnya akan berlaku 
perkara-perkara yang tidak diingini. Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi
pdf, halaman 215.
Menurut
apa yang disebutkannya itu, mereka tidak mengenali beliau dengan nama 
Sayid Husain Musawi sedangkan penerjemah buku ini (dalam bahasa Parsi) 
menyatakan:

مؤلف
از بزرگترين چهره‏هاى علمى معاصر در حوزه علميه نجف اشرف است اما متأسفانه
شرايط دشوار محيط به ايشان اجازه نداده كه اسم اصلى خود را بر ملا كنند، 
بنا بر اين اسم روى جلد و همچنين در داخل كتاب اسم مستعار است . 
Penulis
merupakan salah seorang tokoh besar pemuka ilmu di zaman ini di Hawzah 
Ilmiyah Najaf Al-Asyraf, namun malangnya disebabkan situasi 
persekitarannya memaksa beliau tidak mendedahkan nama sebenarnya 
dimullahkan. Oleh itu nama di atas kulit dan di dalam kitab adalah nama 
samaran.

…maka
sebab itulah beliau tidak menyebutkan nama yang sebenar takut perkara 
ini tersingkap dan terjadi benda yang tidak diingini ke atas diri 
beliau. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 17, dibawah 
Mukadimah Peratuan Kebajikan Salahuddin.

Walau bagaimana pun di halaman 81 beliau menukilkan daripada penyair Ahmad Sofi yang memanggil namanya sebagai Husain:

«إذ كان يكبرنى بنحو ثلاثين سنة أو أكثر عند ما قال لي : ولدي حسين» . 
Beliau
lebih tua daripada ku 30 tahun atau lebih. Beliau berpesan kepada ku: 
Wahai anak ku Husain. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman
160.

Di 
halaman 104, beliau menukilkan kata-kata Imam Khomeini bahawa sebaik 
sahaja beliau melawatnya setelah kemenangan revolusi Islam Iran di 
Tehran. Imam Khomeini memanggil beliau sebagai Sayid Husain:

«وفي جلسة خاصة مع الإمام قال لي : سيد حسين، آن الأوان لتنفيذ وصايا الأئمة صلوات الله عليهم» .
Ketika
sedang duduk berbual bersama Imam Khomeini secara perseorangan, beliau 
berkata kepada ku: Sayid Husain, sampailah waktunya untuk kita 
melaksanakan segala wasiat para Imam sebelum ini. - Kenapa Aku 
Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 198.

Setelah dua lawatan ini, jelaslah bahawa beliau sudah dikenali dengan nama Sayid Husain.

6. Syiah berusia 200 tahun ini jahil istilah-istilah Syiah.

Dengan
telaah buku ini dapatlah kita temui bahawa penulisnya seorang yang 
jahil, meskipun tentang peristilahan hawzah yang paling istilah 
contohnya di halaman 15, 19, 21, 30 dan 80, Al-Marhum Syaikh Muhammad 
Husain Āl Kāshif Al-Ghitā’ dipanggil dengan gelaran Sayid. Sangat jelas 
di kalangan masyarakat Syiah, seorang yang bukan daripada anak cucu nabi
tidak akan dirujuk dengan kalimah Sayid. Perkara ini terang sekali, 
meskipun anak kecil Syiah pun tahu tentangnya, namun bagaimanakah 
seorang yang mendakwa dirinya sebagai mujtahid Hawzah Ilmiyah jahil 
tentang masalah ini?.

Beliau
juga merujuk perkataan Sayid kepada Mirzā ʽAli di halaman 25 dan 60, 
Syaikh Muḥammad Jawād Al-Mughniyah di halaman 32 dan 40 serta Ayatullah 
Syaikh LutfuLlah Al-Ṣāfī di halaman 112 (Kenapa Aku Meninggalkan Syiah 
versi pdf). Sedangkan tidak seorang pun tokoh-tokoh ini adalah Sayid dan
bukan terhitung daripada zuriat Rasulullah. Tidak ada penutur, penulis 
dan khatib walaupun orang awam Syiah sejak dari zaman dahulu yang 
memanggil mereka ini sebagai Sayid.

Dengan
ini terbuktilah bahawa penulis merupakan seorang Sunni ekstrim dan 
fanatik di samping jahil tentang istilah asasi masyarakat Syiah.

7. Mujtahid yang jahil tentang istilah-istilah hawzah ilmiyah.

Penulis di halaman 25 mengatakan bahawa beliau membaca kitab Al-Kāfī dengan bergurukan Ayatullah Al-Khū’ī:

كنا نقرأ أصول الكافي مرة مع بعض طلبة الحوزة في النجف على الإمام الخوئي فرد الإمام الخوئي

Pernah sekali kami membaca “ أصول الكافي
” bersama sebahagian penuntut Al-Hauzah Al-Ilmiah di Najaf bergurukan 
Al-Imam Al-Khu’i… - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 57.

Jelas
sekali, walaupun seseorang yang kurang dari sebulan belajar di hawzah 
ilmiyah pun tahu bahawa kitab Al-Kāfī bukanlah kitab pelajaran yang 
diajar oleh guru-guru.

Ini
jelas menununjukkan bahawa penulis buku tersebut adalah seorang Sunni 
dan ia berkhayal bahawa kitab Al-Kāfī seperti kitab Ṣaḥīḥ Al-Bukhārī dan
Muslim yang menjadi modul pelajaran yang diajar bersama guru.

Di
halaman 115, penulis mengatakan kitab Jāmiʽ Al-Rawāt telah dikarang 
oleh Muqaddas Ardebīlī sedangkan semua orang tahu bahawa ditulis oleh 
Muḥaqqiq Ardebīlī yang bernama Muḥammad bin ʽAlī. Beliau meninggal 
setelah 1100 Hijrah.

Muqaddas
Ardebīlī pula bernama Aḥmad bin Muḥammad dan meninggal pada tahun 993 
Hijrah. Beliau tidak mempunyai kitab Rijāl, namun kitab beliau yang 
masyhur adalah bidang Fiqh iaitu Majmaʽ Al-Fā’idah Wal Burhān (مجمع الفائدة والبرهان).

8. Pengkhianatan ilmu.

Penulis mengaitkan beberapa hadis dengan kitab-kitab Syiah sedangkan hakikatnya ia tidak pernah wujud dalam sumber-sumber Syiah.

Contohnya di halaman 39, beliau menulis:

مَنْ تَمَتَّعَ بامرأة مؤمنة كأنما زارَ الكعبةَ سبعين مرة

“Sesiapa
yang bermut’ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi 
Kaabah sebanyak 70 kali” - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, 
halaman 87.

Sedangkan tidak ada satu pun kitab-kitab Syiah yang mempunyai kesan-kesan seperti ini.

Di halaman 39, beliau menukilkan dari kitab Man Lā Yaḥḍuruhul Faqīh, jilid 3 halaman 366 sebagai berikut:

«قال
الصادق عليه السلام إنَّ المتعةَ ديني ودينُ آبائي فَمن عَمِل بها عَمِلَ 
بديننا، ومَن أنكرها أنكر ديننا، واعتقد بغيرِ ديننا» . 
"Sesungguhnya
mut'ah agama ku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal 
dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang 
mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad 
dengan selain daripada agama kami". - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 87.

«قال النبي( ص ) من تمتّع مرّة أمن من سخط الجبار ومن تمتّع مرّتين حشر مع الأبرار»
"Sesiapa
yang bermut'ah sekali akan selamat dari kemarahan Allah terhadapnya, 
sesiapa yang bermut'ah dua kali, akan dikumpulkan dengan orang-orang 
yang baik”.

Hadis ini tidak pernah wujud di dalam mana-mana Kutub Al-Arbaʽah, Wasā’īl, Mustadrak dan Biḥārul Anwār.

Di halaman 52, beliau menukilkan daripada Imam Aṣ-ṣādiq (a.s) yang berkata:


قد حرمت عليكما المتعة

"Telah diharamkan kepada kamu berdua Mut'ah" - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 107.


Namun sambungan daripada hadis ini tidak ditunjukkan di mana Imam berkata:

قد حرمت عليكما المتعة مِنْ قِبَلى ما دمتما بالمدينة، لأنّكما تكثران الدخول عليَّ، فأخاف ان تؤخَذا، فيقال : هؤلاء اصحاب جعفر
الكافي - الشيخ الكليني - ج 5 - ص 467

Telah
diharamkan ke atas kamu berdua Mutʽah selama kamu menetap di Madinah, 
kerana kamu berdua selalu bertemu denganku dan aku khuatir kalian berdua
diambil dan dikatakan bahawa ini adalah sahabat Ka’far. - Al-Kāfī 
Al-Kulaynī, jilid 5 halaman 476.

9. Kebiadaban terhadap para marji’ taqlid.

Di halaman 104 beliau menulis:

فزرت
إيران بعد شهر ونصف - وربما أكثر - من دخول الإمام طهران اثر عودته من 
منفاه باريس، فَرَحَّبَ بي كثيراً، وكانت زيارتي منفردة عن زيارة وفد علماء
الشيعة في العراق، وفي جلسة خاصة مع الإمام قال لي : سيد حسين، آن الأوان 
لتنفيذ وصايا الأئمة صلوات الله عليهم»، سنسفك دماء النواصب نقتل أبناءهم 
ونَسْتْحِيي نساءهم، ولن نترك أحداً منهم يُفْلِتُ من العقاب، وستكون 
أموالهم خالصة لشيعة أهل البيت، وسنمحو مكة والمدينة من وجه الأرض لأن 
هاتين المدينتين صارتا معقل الوهابيين، ولا بد أن تكون كربلاء أرض الله 
المباركة المقدسة، قبلة للناس في الصلاة وسنحقق بذلك حلم الأئمة عليهم 
السلام . لقد قامت دولتنا التي جاهدنا سنوات طويلة من أجل إقامتها، وما بقي
إلا التنفيذ!!

Aku
telah melawat Iran selepas sebulan setengah (atau lebih) Imam memasuki 
Tehran sebaik pulang daripada buangan dari Paris. Maka Imam menyambut ku
dengan penuh kegembiraan. Kedatangan ku pada kali ini berseorangan 
tanpa kehadiran rombongan ulama Syiah Iraq yang lain.

Ketika
sedang duduk berbual bersama Imam Khomeini secara perseorangan, beliau 
berkata kepada ku: Sayid Husain, sampailah waktunya untuk kita 
melaksanakan segala wasiat para Imam sebelum ini. Maka kita akan 
menumpahkan darah golongan An-Nawasib, membunuh anak-anak mereka dan 
menjatuhkan maruah perempuan-perempuan mereka. Jangan sekali-kali kita 
tinggalkan seorang pun daripada mereka terlepas daripada hukuman. 
Harta-harta mereka akan menjadi hak milik seratus peratus untuk Syiah 
Ahli Bait a. Kita juga akan melenyapkan Makkah dan Madinah daripada muka
bumi kerana kedua-dua tempat ini menjadi tempat perlindungan golongan 
Wahabi. Mahu tidak mahu kita mesti menjadikan Karbala’ sebagai tanah 
yang mulia dan sebagai kiblat manusia untuk mendirikan solat. Dengan itu
kita akan merealisasikan impian para Imam. Sekarang kerajaan yang kita 
impi-impikan yang bertahun kita usahakan telah terbina. Maka tidak ada 
perkara lain lagi melainkan kita perlu melaksanakannya!!! - Kenapa Aku 
Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 198-199.

Cukup untuk membuktikan pembohongan dengan fakta-fakta berikut:

Pertama: Imam Khomeini tidak tinggal di Tehran setelah kemenangan revolusi Islam Iran, namun beliau berpindah ke Qom.

Kedua: Sepanjang hayat Imam Khomeini setelah revolusi, tidak pernah ulama dari Iraq melawatnya melainkan secara berkumpulan.

Ketiga: Perkara yang disebutkan bercanggah dengan realiti, seluruh pengaruh, fatwa dan ucapan Imam Khomeini.

Di halaman 43 beliau menulis:

“Pernah
sekali aku mendapat peluang musafir bersama beliau setelah beliau 
mendapat jemputan dari bandar Tal'afir, sebuah bandar yang terletak di 
barat Mausil”

Sampailah ke perenggan:

أبصر
الإمام الخميني صبيّة بعمر أربع سنوات أو خمس ولكنّها جميلة جدّاً، فطلب 
الإمام من أبيها سيّد صاحب إحضارها للتمتع بها، فوافق أبوها بفرح بالغ، 
فبات الإمام الخميني والصبيّة في حضنه ونحن نسمع بكاءها وصريخها

Imam
Al-Khomeini melihat kanak-kanak perempuan berumur empat atau lima tahun
dan kanak-kanak tersebut sangat cantik. Imam meminta daripada ayahnya 
Sayid Shahib untuk bermut'ah dengannya dan ayahnya bersetuju dengan 
perasaan sangat gembira. Imam Al-Khomeini tidur dan kanak-kanak tersebut
berada dalam dakapannya. Kami mendengar suara tangisan dan teriakan 
kanak-kanak tersebut. - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman
91.

Saya (Dr. Abu Mahdi) bermusafir 40 hari ke Makkah (lapan tahun lalu), pada malam 16 bulan Rejab dalam
satu majlis ilmu bersama beberapa mahasiswa universiti Al-Qura, 
berhampiran dengan BaytuLlah Al-Ḥarām, salah seorang daripada mereka 
yang bernama Ḥamadī berkata, “Saya secara terus terang ada beberapa 
pertanyaan, apakah kamu menjawabnya dengan tulus?”

Saya menjawab, “Iya”.

Tanya beliau: “Bagaimanakah peristiwa mut’ah Imam Khomeini dengan anak perempuan 5 tahun dan orang yang bersamanya?”.

Saya
menjawab, “Peristiwa ini ada di dalam kitab “Lillāh thumma li Tārīkh” 
di mana penulisnya adalah watak imaginasi dan khayalan. Sudah tentu ia 
bukan realiti kerana, pertama: Apa yang terjadi ialah Ṣaddām Ḥusayn, 
presiden Iraq dan Pahlavi Shah Iran mencari titik kelemahan dan apa yang
boleh menjatuhkan Imam Khomeini. Perkara ini telah di kemukakan di 
dalam media massa dan lain-lain lagi kerana ia adalah perantara terbaik 
untuk memajukan matlamat mereka.

Kedua: Bagaimana mungkin peristiwa ini terjadi pada seorang tua berumur 70 tahun yang tiada lagi hasrat berahinya.

Ketiga:
Musuh-musuh Imam Khomeini sama sekali tidak menuduh kerosakan akhlak 
terhadap beliau meskipun bermacam-macam tuduhan dibuat seperti hubungan 
dengan barat, komunis dan lain-lain lagi. Ini disebabkan mereka tahu 
bahawa orang ramai yang mengenali reputasi beliau tidak akan menerima 
tuduhan-tuduhan tersebut. Kerana itulah setiap pemuda Iran yang membaca 
peristiwa ini di dalam buku Lillāh thumma Lit Tārīkh akhirnya memandang 
buruk terhadap kerajaan Arab Saudi sebagai ganti terhadap Imam Khomeini.

Beliau berkata: Penulis dan penyebar buku ini tidak mempunyai pemahaman politik dan akhlak yang asasi”.

Saya
berkata, “Pada bulan Ramadhan tahun lalu, saya telah berkata tentang 
perkara ini kepada Syaikh Abdul Aziz Wikālah Al-ʽĀmah Li Shu’ūn 
Al-Masjid Al-Nabawī (وكالة العامة للشئون المسجد النبوى). Ianya berkesan dan saat kehadiran saya, urusetia pejabat Dāirah Al-Amr bil Maʽrūf (دائرة الأمر بالمعروف)
Masjid Nabawī, Syaikh Ibrāhīm memberikan arahan larangan penyebaran 
terjemahan buku ini yang berjudul “Ahlul Bait Az Khud Defāʽ Mikunad” 
(terjemahan Parsi).

Pada
tahun ini saya juga telah memaklumkan perkara ini dalam pertemuan 
bersama Ayatullah Subḥānī, Syaikh Ṣāliḥ, ketua urusan umum Al-Ḥaramayn 
Al-Sharifayn.

10. Mengangkat orang yang murtad dan menyimpang dari agama.

A) Mengangkat Mūsā Mūsāwī, cucu Al-Marḥūm Esfahānī:

Penulis
di halaman 13 mengangkat darjat Dr. Mūsā Musawī dengan menyebut nama 
datuknya Sayid Abul Ḥasan Esfahānī yang cuba membuat pembaharuan di 
dalam mazhab Syiah dan anaknya disembelih seperti seekor kibas agar 
pembaharuannya dapat dihalang:

فإذا
كان هذا نصيب الدكتور الموسوي من الكذب والافتراء والإشاعات الرخيصة، فما 
هو نصيبي أنا وماذا سَيُشيعُونَ عني؟! ولعلَّهم يبحثون عني ليقتلوني كما 
قتلوا قبلي ممن [كذا] صدع بالحق، فقد قتلوا نجل مولانا الراحل آية الله 
العظمى الإمام السيد أبي الحسن الأصفهاني أكبر أئمة الشيعة من بعد عصر 
الغيبة الكبرى وإلى اليوم، وسيد علماء الشيعة بلا منازع عندما أراد تصحيح 
منهج الشيعة، ونبذ الخرافات التي دخلت عليه، فلم يَرُقْ لهم ذلك، فذبحوا 
نجله كما يُذْبَحُ الكبش ليصدوا هذا الإمام عن منهجه في تصحيح الانحراف 
الشيعي» .

Kalau
inilah nasib Dr. al-Musawi dengan segala tuduhan dusta, rekaan dan 
publisiti murahan ke atasnya, apakah pula nasib ku selepas ini dan 
apakah yang akan ditujukan kepada ku nanti? Mungkin mereka akan mencari 
dan membunuh ku sebagaimana mereka membunuh orang yang menyatakan 
kebenaran sebelum ku. Sebagaimana diketahui mereka telah membunuh anak 
lelaki Maulana Ayatullah al-‘Udzma al-Imam al-Sayid Abu Al-Hasan 
Al-Asfahani Imam terbesar Syiah selepas zaman Al-Ghaibah Al-Kubra 
sehingga sekarang. Mereka membunuh anaknya ketika beliau cuba untuk 
membetulkan manhaj Syiah dan membuang khurafat yang masuk ke dalamnya. 
Perkara tersebut tidak disenangi mereka maka mereka menyembelih anaknya 
bagaikan seekor kibas untuk menghalang beliau daripada berbuat demikian.

Perlulah diperhatikan beberapa noktah:

1.
Dr. Mūsā Mūsawī pengarang kitab Shīʽah Wa Al-Taṣḥīḥ merupakan seorang 
yang fasiq, kaki pesta, peminum arak dan ejen CIA, dan beliau lari 
sebelum kemenangan revolusi Islam Iran.

2. Di dalam kitab Al-Shīʽah Wa Al-Taṣḥīḥ (الشيعة والتصحيح)
telah membawa fitnah paling jahat dan buruk terhadap revolusi, 
pengasas-pengasasnya dan mereka yang berakidah Syiah seperti mana yang 
dinukilkan oleh Ayatullah Subḥānī bahawa Ṣaddām berkata, “Jika 
peperangan dengan Iran tidak membawa apa-apa manfaat, maka cukuplah 
penulisan kitab ini buat kami (لو لم تكن للحرب فايدة إلّا تأليف هذا الكتاب لكفينا).

3.
Penulis buku “Lillāh Thumma Lit Tārīkh” melabelkan Al-Marḥūm Sayid Abul
Ḥasan Esfahānī sebagai: Imam terbesar Syiah selepas zaman Al-Ghaibah 
Al-Kubra (أكبر أئمة الشيعة من بعد عصر الغيبة الكبرى وإلى اليوم، وسيِّد علماء الشيعة بلا منازع), di mana kata-kata tersebut sama seperti yang terdapat di dalam buku Al-Shīʽah Wal Taṣḥīḥ (الشيعة والتصحيح),
halaman ke-5. Perkara ini bertentangan dengan kebenaran kerana semua 
orang tahu bahawa Al-Marḥūm Esfahānī merupakan salah seorang marjiʽ 
besar Syiah di sepanjang sejarah, bukan imam terbesar.

4.
Sebab pembunuhan Sayid Ḥasan, anak Sayid Abul Ḥasan Esfanānī hanyalah 
masalah peribadi dan harta di mana Al-Marḥūm memberikan jawapan negatif 
terhadap permintaan bantuan dan pertolongan luar batasannya. Ini 
menyebabkan kebencian terhadapnya dan mengakibatkan anaknya dibunuh 
ketika solat Maghrib dan Isya. Untuk maklumat yang lebih, sila rujuk 
pada kitab Aʽyān Al-Shīʽah (اعيان الشيعة), cetakan Dārul Taʽāruf, jilid 3 halaman 362 dan jilid 7 halaman 391.

B) Mengagungkan Al-Kisrawī

Pengarang
di halaman ke-13 telah mengagungkan Aḥmad Kisrawī dan dan menyatakan 
bahawa beliau cuba memperbaharui manhaj-manhaj yang tidak sahih mazhab 
Syiah sehingga dibunuh dan dikerat-kerat:

كما قتلوا قبله السيد أحمد الكسروي عندما أعلن براءته من هذا الانحراف، وأراد أن يصحح المنهج الشيعي، فَقَطَّعوه إِرَباً إِرَباً

Sedangkan
semua orang tahu bahawa Kisrawī adalah seorang yang murtad, muballigh 
ideologi komunis dan materialism selain hampir dan akrab dengan 
pemikiran yang sama Iḥsān Ṭabarī. - Sila rujuk pada buku: Īrān dar dou 
sade vabastan (إيران در دو سده وابستن), halaman 263.

Beliau secara terang-terangan menghina Rasulullah (s.a.w). Di dalam kitab Hawl Al-Islām (حول الاسلام) halaman 9 menulis persoalan berikut:

زعم
المسلمون أنّ اللّه بعث بشراً وأوحى إليه بواسطة جبرائيل، يطلبون منه 
المعجزة، فإن أتى بها قُبلت دعواه، وإلّا فلا، وهذا الزعم باطل من الأساس 
نشأ من الحُمق

Umat
Islam meyakini sesungguhnya Allah mengutuskan seorang manusia dan 
mewahyukannya dengan perantara Jibrail. Mereka meminta mukjizat 
daripadanya, jikalau ia mendatangkannya maka seruannya dapat diterima. 
Jika tidak, seruan tidak akan diterima. Keyakinan ini adalah salah 
kerana terbit dari kebodohan.

Di halaman 11, beliau mengingkari penutupan para nabi dengan menulis:

إنّ المسلمين ادّعوا أنّ النبوّة قد ختمت برسالة محمد وهو جهل فاضح وفى الواقع أنّهم أنكروا قدرة اللّه على إرسال رسول بعده

Sesungguhnya
kaum muslimin mendakwa bahawa kenabian telah ditutup dengan pengutusan 
Muḥammad. Ia adalah jahil yang aib, sebenarnya mereka mengingkari kuasa 
Allah atas pengutusan rasul setelah baginda.

Di
dalam halaman 63, beliau melemparkan penghinaan paling parah terhadap 
seluruh umat Islam daripada Sunni dan Syiah dengan menulis:

نعلم كلّنا أنّ المسلمين اليوم من الشيعة وأهل السنّة هم أرذل الناس وأذلّهم

Kita semua mengetahui bahawa kaum muslimin hari ini daripada Syiah dan Ahlusunnah adalah golongan yang sangat keji.

Sebab
utama pembunuhan beliau hanyalah kerana menyambut hari pembakaran 
Mafātīḥ di mana beribu-ribu naskah Mafātīḥ termasuk Al-Qur’ān dibakar di
Tabrīz (Iran). Beliau melukakan sensitiviti orang ramai dan akibatnya 
beliau telah dipukul sehingga mati.


Abū Mahdī Al-Qazwīnī

Nota : Setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Abu Mahdi dan Abna 

                                                                               SOLAWAT

No comments:

Post a Comment