Thursday, 17 May 2012

SEKAPUR SIREH SAMBUTAN EKSKLUSIF MAULID SAYYIDAH ZAHRA a.s


  




SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI MUHAMMAD(SAW)
Auzubillahi………..
Bismi……….
Assalamualaikum……..
Alhamdulillahi rabbilaalamin...


السلا م عليك يا بنت رسو ل الله السلا م عليك يا زوجة ولى الله   وخير الخلق بعد رسول الله السلا م عليك يا ام الحسن والحسين سيد شبا ب اهل الجنة السلام عليك يا فا طمة ورحمة الله وبركا ته                                   

SALAM KEATAS MU WAHAI PUTERINYA RASULULLAH,SALAM KEATAS MU WAHAI ISTERINYA WALI ULLAH  SEBAIK-BAIK CIPTAAN SELEPAS RASULULLAH, SALAM KEATAS MU WAHAI BONDANYA ALHASAN DAN ALHUSIN  PENGHULU PEMUDA SYURGA ,SALAM KEATAS MU WAHAI FATIMAH YANG SENTIASA DIBAWAH PAYUNG RAHMAT DAN KEBERKATAN NYA  TUHAN SEMESTA ALAM.

 WAHAI BONDA ZAHRA  MALAM INI KAMI BERADA DISINI,BERKUMPUL DISINI DIRUMAH ANAKNDAMU AL IMAMUL REDHA AS BAGI MERAIKAN DAN…..BAGI MENYAMBUT HARI  KELAHIRAN MU……

WAHAI BONDA ZAHRA… PANDANGLAH WAJAH-WAJAH KAMI YANG HITAM PENUH DOSA DAN NODA INI WAHAI BONDA YANG KAMI RINDUI ……BERILAH PERHATIAN  MU KEPADA KAMI SEMUA….. .YA ZAHRA…...

Betapa indahnya malam ini ….malam kelahiran wanita mulia….,malam kelahiran wanita yang disucikan Allah baginya dan keluarganya…,malam kelahiran ummu abiha(ibu kepada ayahandanya) …malam kelahiran jantung hatinya rasulullahsaw… malam kelahiran SAIDATI NISAILALAMIN …malam kelahiran ummul aimmah… malam kelahiran Sayyidah Fatimah(sa) .Pancaran cahaya-cahaya kegembiraan terpancar   jelas dan ketara dimata-mata dan dihati-hati pengikut-pengikut dan pencinta-pencintanya  malam ini bukan sahaja diraikan  bagi penghuni di muka bumi malah diraikan bersama oleh penghuni dilangit dengan penuh gilang gemilang,betapa bertuah kita pada malam ini dapat berada didalam majlis yang penuh barakah ini yang saya yakin bonda Zahra(sa) sudah pasti ada bersama-sama  kita pada malam ini.
Didalam mengambil keberkatan hari kelahiran puteri rasulullah(saw)  hari ini juga telah dinobatkan sebagai hari IBU DAN HARI WANITA SEDUNIA ,Penghormatann yang istimewa ini telah diberikan kepada kita semua yang bergelar wanita dan ibu yangmana saya ingin mengambil kesempatan  pada malam ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI WANITA kepada semua  para ibu dan wanita sekelian..
 Saya  juga dengan berbesar hati dan penuh kegembiraan ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh umat Islam Muslimin dan muslimat juga kepada Para pengikut dan pencinta Ahlilbait(as) tidak lupa kepada Para Marajie Muslimin khasnya  kepada Waliul Amri Muslimin Ayatullah Syed Ali Khamenei dan sangat istimewa ucapan tahniah ini ditujukan kepada SohibulAsri Wazzaman AL-Imamul Mahdi(aj) .Selawat.
Kepada Para Wanita dan ibu-ibu serta para muslimin  SELAMAT DATANG (AHLAN WASAHLAN)diucapkan kerana telah sudi bersama-sama hadir pada malam ini bagi sama-sama mengambil keberkatan wanita Penghulu dua  Alam Sayyidah Fatimah Az-Zahra(as),semuga kehadiran kita pada malam ini  akan mendapat perhatian daripada Allah Subhanahuwataala,Rasulullah dan Ahlulbait(as).
PUAN-PUAN HADIRIN DAN HADHIRAT YANG SAYA MULIAKAN
Saya rasa ibu-ibu dan para mukminat dan mukminin juga telah maklum  bahawa hari ini juga adalah hari kelahiran  insan besar yang bernama Syed  Ruhullah Khomeini(ra)  tokoh yang  telah menggegarkan dunia dengan  kejayaan menjatuhkan regim Shah Pahlavi yang telah menguasai rakyat Iran dibawah telunjuknya SYAITAN BESAR AMERIKA.
Jasa Almarhum Imam Khomaini(ra) semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau amat besar kepada kita , kebangkitan rakyat serata dunia hari ini di Libya diMesir dan dimerata tempat dunia adalah sebenar diambil daripada inpirasinya kebangkitan rakyat Iran menggulingkan kerajaan Shah dibawah pimpinan Almarhum Imam Khomaini(ra).Almarhum Imam Khomaini(ra) yang telah mengembalikan semula Islam yang sebenar kepada umat ISLAM MUHAMMADI SAW yang lama dilupakan oleh umat,beliau  juga telah membawa kembali kehormatan dan kedudukan Wanita yang sebenar didalam Islam dengan meletakkan keperibadian Puteri Nabi(saw) Sayyidah Fatimah Az-Zahra sebagai contoh dan ikutan yang patut dicontohi oleh setiap wanita,
Saya masih teringat kata- kata Almarhum Imam ketika sebelum berlakunya revolusi Iran beliau melaungkan kata-kata dengan penuh semangat  dengan berkata WAHAI WANITA SEKELIAN MEREKA YANG AKAN MENJATUHKAN  MENGGULINGKAN KEZALIMAN  DINEGARA INI ADALAH BAYI-BAYI YANG DIKANDUNG OLEH KAMU SEMUA …….
Dan kata-kata Almarhum Imam ternyata terbukti dengan kebangkitan yang telah dilakukan oleh pemuda dan pemudi Iran ketika.
Betapa besar dan pentingnya peranannya yang dimainkan oleh seorang wanita kuasa yang ada pada mereka sehingga boleh menggegarkan dunia dan menjatuhkan kemungkaran dan kezaliman dan kejahatan.
Dari Sepanjang sejarah kehidupan  dari zaman permulaan manusia bermula dengan nabi Adam(as) sehingga kini kita dapat melihat kehebatan-kehebatan wanita dunia,malah didalam Al-quran telah disebut berulang kali tentang wanita-wanita yang hebat dan mulia malah Allah juga telah menamakan salah satu surah didalam Al-quran sempena nama seorang wanita SURAH  MARYAM ibu kepada nabi Isa(as) juga telah dinamakan salah surah dengan nama SURAH AN-NISA’ yang bermaksud  wanita.
Datangnya rasulullah saw  dengan membawa Agama Islam telah menyelamatkan kaum wanita daripada penindasan dan penganiayaan yang dilakukan oleh masyarakat jahiliyyah
Rasulullah saw   yang sudah tentunya dengan perintah Allah telah meletakkan Puteri Fatimah Azzahra(as) sebagai idola dan ikutan kaum wanita,keperibadian yang ada didalam dirinya puteri nabi ini adalah keperibadian wanita yang sempurna menjadi contoh tauladan bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi juga kaum lelaki.

HADHIRIN DAN HADHIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN
Tajuk @Tema sambutan hari wanita kita tahun ini aadalah
 PENDIDIKAN DAN ILMU PEMANGKIN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UMMAH’.
Setiap tahun kita akan meletakkan Tema pada hari sambutan wanita dan tema-tema yang diletakkan sudah pastilah melambangkan atau menunjukkan sesuatu yang berkaitan dengan wanita.

Jika tahun lepas tema kita adalah berkaitan dengan peranan wanita didalam masyarakat global tahun ini kita meletakkan peranan wanita didalam pendidikan.selawat
Semalam saya telah diundang untuk menghadiri sambutan hari ibu yang dianjurkan oleh pihak ICC  (ISLAMIC CULTURAL CENTER) Kedutaan Islam Iran .
Seorang  wanita yang juga seorang PROFESSOR telah diundang untuk menyampaikan ucapan dengan tajuk WANITA IRAN HARI INI,apa yang menarik perhatian saya ialah apabila beliau menceritakan bahawasanya peningkatan wanita didalam menceburi pelbagai bidang meningkat dengan begitu mendadak sejak selepas berlaku revolusi  di Iran,malah beliau juga telah membuat stastistik peningkatan,bermula  dengan bidang pendidikan,wanita  yang mengambil ijazah,master malah sehingga keperingkat PHD naik mendadak bermula dengan selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1979.
Wanita telah mula menguasai bidang-bidang Profesional malah wanita juga telah berada dibarisan hadapan didalam Parlimen bersama-sama membangunkan negara bersama-sama memakmurkan negara  dan….diakhir ucapanya beliau berkata “Rahsian Kejayaan wanita-wanita ini semua adalah kerana …..    mereka  telah meletakkan Puteri nabi Fatimah Azzahra (as) sebagai IDOLA dan IKUTAN mereka. Selawat.
PARA HADHIRIN DAN HADHIRAT YANG DIMULIAKAN
Puteri kesayangan Nabi saw Fatimah Azzahra dikenali sebagai ‘Sayyidati nisail alamin”,salah satu sebab gelaran tersebut ada pada beliau adalah kerana ketinggian ilmu yang ada pada beliau.Satu ketika Rasulullah bertanya kepada para sahabat:
ما خير للنسأ ؟
Apakah yang paling baik bagi seorang wanita?
Sahabat tidak dapat menjawab soalan tersebut lantas Imam Ali(as) telah pulang dan bertanyakan isterinya Fatimah(as) dan jawapanya Fatimah (as) ialah:
خير لهن ان لا يرين الرجا ل ولا يرونهن
Wanita yang paling baik adalah mereka yang tidak memandang lelaki yang bukan mahram  dan lelaki yang bukan mahram juga  tidak memandangnya(aitu tidak mengadakan pertemuan yang khusus)
Imam Ali terus menyampaikan jawapan Fatimah Azzahra(as) kepada baginda rasul lantas rasul bertanya “siapakah yang mengajar kamu wahai Ali?
Imam Ali menjawab:Puterinu Fatimah
Rasul terus bersabda:
Fatimah adalah sebahagian daripada kewujudan ku.
Hadis ini menggambarkan bahawa walaupun Imam Ali yang merupakan ‘PINTU ILMU  dan mempunyai kedudukan yang tinggi juga mengambil dan menggunakan ilmu yang diberi oleh isterinya Fatimah as.
Daripada ungkapan rasul:Fatimah adalah sebahagian daripada kewujudan ku “ banyak penafsiran didalam hadis menyatakan bahawa Fatimah(sa) bukan sahaja sebahagian daripada ruhnya Nabi Muhammad saw tetapi juga sebahagian daripada ilmu,akhlak,iman dan fadhilat ayahandanya  baginda rasul(saw).

Disini saya ingin memetik beberapa ungkapan  kata-kata dari Almarhum Imam Khomaini berkenaan Puteri nabi Fatimah Azzahra,Almarhum Imam Khomaini berkata
FatimahAzzahra(S.A) bukanlah seorang manusia biasa,bahkan seorang wanita yang mempunyai nilai-nilai spiritual dan kerohanian yang tinggi,seorang wanita alam malakut,seorang wanita yang mempunyai makna insani yang sebenar,pengertian sebenarnya seorang wanita dan pengertian sebenarnya seorang manusia.
Saya juga ingin memetik kata-kata dari Waliulamri muslimin Syed Ali Khamenei didala ucapannya kepada wanita sempena Hari Wiladah Puteri Rasul Fatimah Azzahra(a.s),Beliau berkata:
Ibadahnya,kefasihanya,kebijaksaan dan pengetahuannya,makrifat dan hikmahnya,jihad dan perjuangannya,peranannya sebagai seorang ibu,keperihatinannya kepada orang-orang yang memerlukan,keperibadiannya yang sempurna dari semua segi adalah Fatimah Azzahra,beliau adalah contoh dan ikutan,inilah contoh wanita Islam yan sebenar.
Sebagai kesimpulan daripada petikan kata-kata Almarhum Imam dan Ayatullah Syed Ali Khamenei tadi,dengan menjadikan wanita suci ini sebagai idola,kita manfaatkan kaedah beliau untuk membangun,memperbaiki dan memperkukuhkan sakhsiyah diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan yang ada,lebih peka kepada pendidikan anak-anak kerana wanitalah yang menjadi tonggak di dalam membangunkan sesebuah masyarakat.
Akhir kata saya  ingin menyeru kepada semua wanita termasuklah diri saya marilah sama-sama kita jadikan malam ini malam sambutan kelahiran bonda Zahra(as) sebagai satu titik tolak untuk membuat perubahan didalam diri kita,keluarga kita dan seterusnya membuat perubahan didalam masyarakat dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek  1-pembaikan akhlak  2-memperkukuhkan sakhsiah diri  3-menambahkan ilmu pengetahuan yang ada  4-lebih peka kepada pendidikan anak-anak(akedamik dan agama) dan dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada marilah kita sama-sama pada malam ini bertawassul kepada diri yang suci ini.
Sebelum mengakhiri ucapan saya,saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang  tidak terhingga kepada semua ahlijawatankuasa pelaksana  sambutan Wiladah 2012,semua petugas-petugas dan urusetia-urusetia,semua warga HAR juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program malam ini aitu PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMA(AS) pada tahun ini 2012 semuga semua usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan perhatian daripada Sohibulasri Wazzaman Al Imamul Mahdi (aj)  dan yang terakhirnya Saya sudahi dengan lafaz Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI WANITA UNTUK  SEMUA IBU-IBU KHUSUSNYA UNTUK BONDA ZAHRA( SA)

SELAWAT
ustzh AZLINA ABDUL AZIZ
14 Mei 2012
100_4889.JPG100_4880.JPG100_4900.JPG

100_4927.JPG100_4870.JPG100_4898.JPG

TAHNIAH KEPADA MUKMINAT DAN ANAK-ANAK KERANA MENJAYAKAN


SAMBUTAN EKSLUSIF WILADAH  PUTERI NABI FATIMAH ZAHRA A.S



SOLAWAT

No comments:

Post a Comment