Friday, 24 February 2012

Kecaman kebiadapan tentera Amerika terhadap kitab suci Al-Qur'an ( Condemning U.S army )





             
           Majma' Ahlul Bait kecam kebiadapan tentera Amerika terhadap Al-Quran

Ketika umat Islam di seluruh dunia mendekati ajaran Al-Quran yang memberi inspirasi untuk kebangkitan dan menurunkan talibarut syaitan daripada singgahsana pemerintahan mereka, pihak musuh sudah sedar bahawa umat mula menunjukkan perseteruan dan kebencian mereka akibat kebangkitan ini...


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kebiadaban tentera penceroboh Amerika terhadap Al-Quran di Afghanistan, Majma' Ahlul Bait mengeluarkan sebuah kenyataan media.

Meskipun para pegawai Afghanistan meminta mereka yang melakukan penghinaan tersebut dikeluarkan dari negara tersebut, pernyataan Majma' ini memberi amaran bahawa sebagaimana penduduk menyerbu penempatan tentera Amerika kerana tidak tahan dengan penghinaan ke atas Al-Quran, umat Islam di seluruh dunia juga akan memberikan reaksi mereka nanti.

Berikut adalah teks pernyataan majma':

بسم الله الرحمن الرحیم


ولَقَد صَرَّفْنَا فِي هَذَا القُرآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزيدُهُم إلاَّ نُفُورا - سورة الاسراء ـ 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. - Surah Al-Isra' Ayat 41

Ketika umat Islam di seluruh dunia mencipta musim baru kebangkitan Islam dan menurunkan satu persatu talibarut-talibarut syaitan dari singgahsana kekuasaan mereka dengan pendekatan baru ajaran-ajaran abadi Al-Quran, pihak musuh mula sedar bahawa umat menunjukkan perseteruan dan kebencian mereka berpunca daripada kebangkitan ini.

Dalam kes ini, pihak penjajah Amerika yang menduduki Afghanistan tidak puas dengan pencerobohan dan pembunuhan, bahkan bertindak tanpa segan silu membakar beberapa kitab agama yang di antaranya terdapat naskah-naskah Al-Quran di pengkalan Bagram.

Tindakan ini hanyalah dalam rangka konspirasi yang pernah diatur oleh seorang paderi dungu Amerika sebelum ini sehingga menyebabkan protes daripada seluruh golongan muwahhid daripada berbagai agama.

Mengenai jenayah ini, Majma' Ahlul Bait selaku organisasi antarabangsa yang mempunyai keanggotaan ratusan elit ilmuan dari berbagai negara yang berbeza, dan mempunyai rujukan pemikiran serta kebudayaan di kalangan berjuta-juta pengamal agama menyatakan beberapa noktah berikut:

1. Penghinaan terhadap simbol suci mana-mana agama dan kebudayaan adalah tindakan tidak bijak, jahil dan fanatik. Tindakan ini dikecam oleh seluruh manusia yang bebas merdeka, berpandangan jauh dan berakal. Pengikut sejati seluruh agama dan mazhab memaklumkan kebencian mereka terhadap tindakan sebegini.

2. Kes ini terjadi ketika kuasa angkuh dunia sedang meluaskan pengkalan dan askar mereka. Penghinaan terhadap kesucian dan emosi satu bilion lima ratus juta umat Islam sedunia mereka jadikan perbuatan biasa.

3. Al-Quran yang mulia adalah pesanan Allah, besar nilainya dan tinggalan Nabi di mana ia mengundang manusia kepada keimanan, persaudaraan, perdamaian, dialog, akhlak mulia, membela golongan fakir dan tidak bernasib baik, pengajaran ilmu, kemajuan, ibadah kepada Allah, membina peribadi, ketaqwaan, kesabaran serta memerangi kerosakan. Oleh itu apakah akal dan suara hati dapat menerima penghinaan terhadap kitab yang mempunyai ciri-ciri dan pengetahuan ini? Tidakkah semua peraturan ini dikongsi oleh seluruh agama-agama Ilahi?

4.Sebagaimana penduduk Kabul dan beberapa negeri Afghanistan lain yang berani menyerang tempat pengkalan tentera Amerika demi menunjukkan bahawa mereka tidak dapat bersabar terhadap penghinaan ke atas Al-Quran, maka penduduk Islam di seluruh dunia juga memberi amaran andainya tindakan yang menyakitkan ini terjadi lagi, mereka juga akan bertindak balas.

5. Para pegawai negara Afghanistan jelas mempunyai tanggungjawab menghalang penghinaan ini dari berulang. Tidak syak lagi langkah paling penting menghalang penghinaan ini ialah berusaha mengeluarkan tentera penjajah dari negara tersebut; sebagaimana yang diusahakan oleh para pegawai Iraq disamping mengambil tanggungjawab menjaga keamanan negara mereka.

6. Kami juga berharap masyarakat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), UNESCO, OIC serta negara-negara Islam mengambil langkah pencegahan kes ini daripada berulang melalui undang-undang. Kes ini boleh menyebabkan jurang yang luas dan ketegangan antara umat Islam dan bukan Islam.

7 . Akhir sekali, kami menegaskan fakta penting ini iaitu jikalau kaum muslimin benar-benar bersatu, pihak musuh dan kuasa angkuh dunia tidak ada jalan yang lain kecuali mengalah.

وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلَّا أَن آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا ؛ رَبَّنَا أَفرِغْ عَلَيْنَا صَبراً وَتَوَفَّنَا مُسلِمين. الاعراف ـ 126

"Dan tidaklah engkau marah kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam". 

SOLAWAT

No comments:

Post a Comment