Sunday, 30 October 2011

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK




جعل اللّه الكعبة البيت الحرام قياما للنّاس
                                                                        

              Fardhu Haji di Baitullah alHaram adalah salah satu dari kewajipan-kewajipan agung Islam dengan
      
        intisari yang agung insani,rohani,siasi dan sosial...dan perlu dibersihkan dari kesan-kesan Thoghut dan

        kembali kepada Islam yang sebenar dan ia hendaklah berlaku dengan intisari kerohaniannya.

                                                                
              Muslimin dan Muslimat hendaklah memberi perhatian bahawa salah satu dari kepentingan falsafah

        Haji ialah mewujudkan persefahaman dan mengukuhkan persaudaraan di kalangan umat Islam.


             Kesemua anda wahai para penziarah yang mulia Baitullah alHaram yang datang dari empat penjuru

        alam menuju rumah Allah,markaz Tauhid,tempat turunnya wahyu,tempat berdirinya Ibrahim (a.s) dan

        Muhammad (s.a.w ) dua manusia agung pemecah berhala dan pembentak mustakbirin ( orang-orang

        yang angkuh )...kenalilah syiar-syiar agung ini dan bersedialah dari markaz pemecahan berhala untuk

        memecahkan berhala-berhala besar berbentuk kuasa-kuasa Syaitan,para perampok dan peratah umat

        manusia dan janganlah gentar dengan kuasa-kuasa sepi iman dan dengan bergantung kepada Tuhan

        Maha Agung di tempat-tempat agung ini ikatlah perjanjian perpaduan dan kesepakatan berhadapan

        tentera-tentera Syirik dan kesyaitanan dan hindarkan perpecahan dan pertelingkahan

        و لا تنازعو ا فتفشلوا و تذهب ريحكم  janganlah kamu semua bertelingkah sehingga kamu lemah dan hilang

        kekuatan.Marilah dengar pesanan Tuhan : قل انّما أعظكم بواحدة أن تقوموا للّه مثنى و فرادى katakanlah (wahai

        Nabi) sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua satu perkara agar kamu bangkit kerana Allah

        berdua-dua dan bersendirian.


        Semua bangkit dan bangun kerana Allah,bangun bersendirian berhadapan tentera-tentera syaitan

        dalam dirimu dan kebangkitan beramai-ramai berhadapan kuasa-kuasa syaitan.

        Sekiranya kebangkitan itu bersifat Ilahi dan kerana Allah pastilah menang.

        ...Dan dengan keizinan Tuhan Yang Maha Berkuasa aku memberi berita gembira pertolongan

        Tuhan dan kemenangan kepada kamu semua.

                  SOLAWAT

         Nota : Keputusan Mahkamah Tinggi K.L bagi penerusan atau pengguguran kes menyaman fitnah

         Utusan,Khusrin dan JAIS besok 31 Okt 2011 jam 2 pm Mahkamah Tinggi K.L Jalan Duta.

         YA SAHIBAZZAMAN ADRIKNI                          

2 comments:

  1. Keputusan Hakim: Khusrin kata (yang diterima oleh Hakim) apa yang dia cakap tak kena kat saudara Kamil...(walhal yang dia tangkap malam tu ialah sekelompok syiah termasuk saudara Kamil)...tapi dia cakap umum maknanya kenalah kat semua syiah yang dia tangkap tu...secara tak langsung atau langsung...kalau tak apa ke jadahnya tangkap syiah tu...)...

    ReplyDelete
  2. Keputusan Khusrin untuk menangkap dan mendakwa syiah termasuk saudara Kamil adalah disebabkan oleh tuduhan (fitnah) - pengakuan yang beliau nyatakan selepas tangkapan tersebut. Bagaimanakah kemudian boleh diterima bahawa kata-kata fitnah beliau itu tidak ditujukan kepada syiah yang ditangkap pada malam itu? Kalau begitu siapakah pulak makhluk syiah yang beliau maksudkan itu?

    ReplyDelete