Wednesday 12 October 2011

Religious Tourism


                                    


             Ayatullah Makarim Syirazi : Di dalam sistem Republik Islam hendaklah diperhatikan perkara-perkara keIslaman di dalam pelancungan dan janganlah dikorbankan nilai-nilai agama kerana hasil keuntungan.

Bukan sahaja nilai-nilai agama tidak dikorbankan semata-mata kerana keuntungan malah ada keadaan di mana
hasil keuntungan dikorbankan demi nilai-nilai.

Setiap negara berkecenderungan untuk memperkenalkan kebudayaannya melalui pelancungan dan negara kita
juga kaya dengan sumber-sumber dan berbagai pusat kebudayaan yang menarik bagi dunia yang tidak dimiliki negara-negara lain.

Pembentukan firqah Wahhabiyah adalah berbentuk politik.Melalui Wahhabiyyah telah terbentuk satu pecahan
di dalam dunia Islam untuk memburukkan wajah Islam.Wahhabiyyah mahu menampilkan Islam sebagai agama
keganasan dan penumpahan darah dan tugas kita ialah memahamkan orang lain bahawa Wahhabiyyah bukan kepunyaan kita dan bukan kepunyaan Islam.



          Ayatullah Uzma Nuri Hamedani : Hendaklah dibentuk badan-badan pengkaji dan pemerhati perjalanan-perjalanan Ziarah dan pelancungan di dalam dan luar negeri supaya dapat kita perkenalkan mantik dan logika kesedaran kepada negara-negara Islam.

Islam menggalakkan perjalanan dan pelancungan,pemerhatian kesan-kesan orang terdahulu dan mengatakan bahawa ianya berfaedah untuk diambil pengajaran .

Manusia dibentuk ketika ziarah dan bersiap sedia untuk menentang Istikbar( pihak yang angkuh ) dan kezaliman dan di antara kesan ziarah ialah perpaduan.

                   Ayatullah Javadi Amuli : Pelancung agama dan spiritual hendaklah dengan melihat dan menyaksikan ayat-ayat Ilahi (tanda-tanda kekuasaan Tuhan) menyeberang dari kebatilan kepada kebenaran,kepalsuan kepada ketulusan dan kekurangan kepada kesempurnaan.Jika hanya semata-mata melawat sesuatu tempat ia hanyalah seorang penonton dan pelancungan agama bukanlah terhad kepada tempat-tempat yang suci sahaja bahkan semua perjalanan hendaklah menjadi pelancungan agama kerana di dalam perjalanan ini disaksikan kekuasaan Tuhan.

SOLAWAT   

No comments:

Post a Comment