''Doa-doa ini adalah kenangan peninggalan Ahlul Bait a.s yang kebiasaannya kita tidak memanfaatkannya.Insya Allah semoga Tuhan memberi taufik agar kita memanfaatkannya.Imam Khomeini berkata : ''Kita berbangga yang doa-doa yang menghidupkan yang dipanggil Qur'an So'id ( Qur'an yang naik ke atas ) adalah dari para ma'sumin''.Al-Qur'an adalah kalimat-kalimat Allah yang telah turun manakala kalimat-kalimat para Imam Athar juga adalah seperti kalimat-kalimat Al-Qur'an yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang telah zahir dalam bentuk, huruf dan acuan kalimat-kalimat ini.Al-Qur'an berkata bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang tidak berkata-kata mengikut hawa nafsunya,apa yang baginda sabdakan adalah wahyu; maka
doa-doa adalah Qur'an yang So'id ''-Ayatullah Uzma Behjat R.A
Nota : Masyarakat pencinta Ahlul Bait a.s di Gombak semalam 24 Okt 2011 bersamaan 26 Zulkaedah 1432 telah bermunajat kepada Allah yang Maha Kuasa memohon perlindungan sekiranya terdapat agenda negatif pihak tertentu di negeri-negeri utara kebelakangan ini melibatkan gangguan kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama, keutuhan dan perpaduan umat Islam di tanah air, hak dan kepentingan masyarakat pencinta Nabi s.a.w dan Ahlul Bait a.s khasnya keRajaan berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang di negara yang ber-tamaddun dan undang-undang ini. Doa Jaushan ( Perisai )yang telah berlangsung kira-kira satu jam ini telah bersambung secara individu dengan doa khas sebanyak 400 kali dengan memohon inayah Allah dan perhatian Imam Zaman Al-Mahdi ajf .
اللّهمّ اجعلني في درعك الحصينة الّتي تجعل فيها من تريد
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment