Bicara 17 Okt 2011 dibatalkan oleh Mahkamah
Bicara 18,19 Okt 2011 ditunda ke 5,6 dan 9,10 Jan 2012
atas sebab kesihatan peguam Tuan Hj Muhammad bin Burok
( semoga beliau cepat sembuh )
dan urusan haji defendan pertama.
Tarikh 8,9,10 Nov juga dibatalkan kerana Aidil Adha dan lain-lain.
Bergambar kenangan dengan sebuah kenderaan yang jikalau
semua orang mengingatinya tiada siapa berani menganiaya orang lain
apa lagi merosakkan majlis anak cucu Nabi s.a.w.
Sungai Kota
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Membawa bersamanya
Segala peningglan rencah hidup
Segala bebanan emosi bercelaru
Mengangkut bencana moral tak keruan
Kekadang melupuskan kasih dan sayang
Dalam kemelut tak berperasaan
Pada sebuah tangisan malang
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Tak sanggup untuk terjun kedalamnya
Air limpah berdanuk
Dari parit longkang
Jiwa perjuangan berbagai rupa
Khayalan dan kenyataan
Pada saat jiwa bercelaru
Menghambat pencarian suci
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Dalam ia mengheret hiba
Masih ada kelibat melabuhkan pancing
Walau sudah tiada seberau
Tiada Tengas tiada Lampam
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Dalam lenggok senyum tersendiri
Menyirna sebuah igauan
Membuat rumusan tersendiri
Mampu menghanyutkan jiwa longlai
Pada dekad berlalu
Kerana;
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Tanpa belas kasihan
Hati-hatilah hati
Untuk pelajari kerenahnya
Terima kasih kepada Pemadah Ahlul Bait Cikgu DinSarapan berjamaah kat Warung Selera Ria,Kuang lepas
meninggalkan mahkamah walaupun nak tengahari dah
sambil dengar puisi Cikgu Din.
Tengah jalan nampak nama anak cucu Nabi pada kedai
daerah Kuang...jumpa lagi!
(gambar sekadar hiasan sambil promote kedai bumiputra)
Jangan lupa besok 19 Okt 2011 Mahkamah Tinggi
Jalan Duta kes saman Datuk Khusrin,JAIS dan
Utusan Malaysia kerana fitnah-fitnah terhadap
orang Islam Syiah jam 9 pagi.
Lawyer Harapan Tuan Hj Hanipa
Bin Maidin
Datuk Khusrin
see you tomorrow !
SOLAWAT
"Pada saat jiwa bercelaru
ReplyDeleteMenghambat pencarian suci
Sungai Kota ini masih mengalir deras
Dalam ia mengheret hiba
Masih ada kelibat melabuhkan pancing
Walau sudah tiada seberau
Tiada Tengas tiada Lampam"
Rupa-rupanya dalam kecelaruan, masih menaruh harapan.
Untuk memancing di Sungai Kota yang bukan sekadar deras malah kelumpuran..
Yang sudah tiada lagi Tengas mahupun Tampan
Demi menghambat sebuah harapan kesucian..
Meskipun adakalanya seperti hampir kelemasan..
Apabila Pancingan lemah melawan kederasan
NAMUN.
Apabila..
Berbekalkan Keikhlasan serta Keyakinan
Diiringi sekelumit kekuatan
Disaluti keberanian
MAKA
Nyahkanlah kerisauan
Hindarkanlah kekecewaan
Buangkanlah kedukaan
KERANA
Janji ALLAH penuh Kebenaran
Pertolongan ALLAH tetap kan Kesampaian
Dari arah-arah yang tidak ketahuan
Dari setiap penjuru ruangan
Apabila manusia mencari Keredhaan Tuhan
Melenyapkan zarah-zarah kesombongan
Yang kukuh teguh terpahat di badan..
INGATLAH..
Kehidupan hanyalah ujian yang di sengajakan
Walau di mana jua tempat kedudukkan
Tiada tempat pengecualian
Buat kita yang bernama insan..
.
Pelarian bukanlah jalan penyelesaian
Dalam mencari erti kehidupan
Redahlah di mana jua keadaan
kerana di situ menguji KEIMANAN.
Hatta di Sungai Kota yang penuh kekotoran
ASALKAN
Al Quran menjadi panduan
Rasulullah jadi ikutan
Ahlulbait jadi pegangan.