BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
(Ahlul Bayt News Agency) - After the Fatwa (religious decree) issued by controversial Egyptian-born cleric based in Qatar, who is a vocal supporter of insurgency in Syria, 'Yusuf al-Qaradawi', rebels killed and celebrated the killing of some 60 innocent Shia villagers, and burned their homes in eastern Syria, according to video distributed by a group monitoring the civil war.
The Syrian Observatory for Human Rights said that at least 60 people, including ordinary villagers, were killed by the powerful Islamist faction, the al-Nusra Front. A government official yesterday said the rebels were responsible for a "massacre against villagers in which older people and children were killed".
The videos emerged on Wednesday, a day after a major clash in a village in Deir Ezzor province.
"The Sadeq al-Amin (rebel) brigade is getting ready to assault the houses of Shias who support the regime of (President Bashar al-) Assad in the village of Hatlah," an unidentified cameraman who filmed one of the videos says.
A dozen men can be seen in the courtyard of a house, showing off a man's disfigured corpse.
"Look Shias, this is how you will end up, you dogs," said one of the terrorists.
"Sunnis, help your community," says another man, wearing a black bandana inscribed with the Islamic profession of faith.
The video was distributed by the Britain-based Syrian Observatory for human rights.
A second video also distributed by the Observatory showed a dozen armed men standing in what appears to be the outskirts of the village, while towers of grey smoke rise in the background.
"All the Shia houses have been burned down... Look at the fighters of the jihad (holy war) celebrating their entry into the Shia infidels' houses," says the man filming the video.
Egyptian-born cleric 'Yusuf al-Qaradawi' is notorious for his divisive comments that have helped spur militancy in Syria.
The Qatar-based cleric has urged ‘every Sunni capable of fighting’ to take up arms and engage in the conflict in Syria.
The radical cleric has called Syria’s alawites Takfiris who are even “more infidels than Jews and Christians.”
He also recently attacked Iran and the Lebanese resistance movement Hezbollah, claiming that they seek to exterminate Sunnis.
It is worth to mention that Supreme Leader of Iran, Ayatollah Khamenei, said that: "anybody who calls Muslims to unity is a divine voice and anybody who calls on Muslims and Islamic denominations to fight one another is the voice of Satan".
Ayatollah Khamenei stressed the need for further familiarity of Muslims with the Holy Quran and its auspicious teachings, adding: "One of the Quranic commands to Muslims is that they should stick to the covenant of Allah all together and avoid disunity. In contrast to this command, there is the colonial method and school of thought, whose aim is to create discord among members of the Islamic Ummah and intensify sectarian prejudices."
His Eminence said that certain Muslim governments have been deceived and that they are playing into the enemy's hands. He reiterated: "Unity among Muslims is an urgent necessity."
The Supreme Leader of the Islamic Revolution said that bloodshed, blind terrorism and the resulting tragedies, and creating opportunities for the usurping Zionist regime are among the consequences of discord among members of the Islamic Ummah. He added: "Today is the day of a great test for Muslims and Islamic governments, and Muslim nations should be completely vigilant."
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Bashar al-Assad semalam telah meluangkan masa untuk diwawancara bersama televisyen al-Manar Lubnan. Berikut adalah teks penuh temubual tesebut:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Assalamualaikum, Pertumpahan darah di Syria terus berlangsung tanpa berhenti. Ini hanya disebabkan berlanjutan sedikit salah faham antara mereka yang setia dengan negara Syria dan mereka yang menentangnya. Namun tidak ada kesefahaman untuk penerusan perkara yang lain dan tidak ada perincian jelas sejak krisis dua tahun tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang menduga kejatuhan rejim. Tarikh akhir yang ditetapkan telah meleset. Hari ini kita di sini, di ibu kota Damsyik, mendapat layanan presiden yang menjadi punca keresahan kepada banyak pihak lawan, yang masih tidak memahami persamaan permainan malapetaka, bersama perhitungan mereka dan batu penghalan dari penyingkiran beliau dari senario politik Syria.
Ini keputusan yang tidak menyenangkan dan akibat yang tidak diduga buat lawannya, yang kecewa dengan skim dan komplot mereka, ini disebabkan mereka tidak mengambil kira satu persoalan yang jelas: Apa yang berlaku sekiranya presiden tidak jatuh? Bagaimana sekiranya presiden Assad tidak meninggalkan latar Syria? Sudah tentu tidak ada jawapan yang jelas; dan hasilnya adalah kerosakan yang lebih parah, pembunuhan dan pertumpahan darah. Hari ini terdapat perbualan mengenai titik waktu kritikal untuk Syria. Askar Syria telah berpindah dari peringkat mempertahankan diri kepada penyerangan, sehingga mencapai kejayaan satu demi satu.
Pada peringkat yang sama, air diplomatik yang bertakung telah berkocak dengan lebih dua persidangan di Geneva, yang menjadi tema dalam kenyataan semua pihak. Terdapat banyak soalan yang perlukan jawapannya: Penyelesaian politik, usaha terhadap pilihan ketenteraan untuk menentukan hasil, campur tangan secara langsung Israel bersama kejadian-kejadian krisis terbaru, kesamaan baru di bukit Golan, hubungan bersama musuh dan rakan. Apakah rancangan kepimpinan Syria untuk jalan keluar dari krisis yang kompleks dan berbahaya, yaman mana kesannya telah melimpah ke negara-negara jiran? Malam ini kami sangan senang untuk mengajukan soalan-soalan kepada Yang Mulia Presiden Bashar al-Assad, Assalamualaikum Tuan Presiden.
Presiden Assad: Assalamualaikum, kedatangan anda di Damsyik amat dialu-alukan.
Al-Manar: Tuan Presiden, kita berada di tengah-tengah Istana Rakyat, selama dua tahun setengah berada dalam krisis. Dalam masa yang sama, pertaruhannya ialah presiden dan rejimnya akan digulingkan dalam beberapa minggu. Bagaimanakah caranya anda menggagalkan rancangan lawan dan musuh-musuh anda? Apa rahsia di sebalik ketabahan ini?
Presiden Assad: Terdapat banyak faktor yang terlibat. Salah satunya adalah faktor rakyat Syria, yang menggagalkan niat mereka; selain itu faktor yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi dalang terhadap senario ini, dan berakhir dengan kekalahan mereka kerana mereka tidak tahu tentang Syria dan situasinya secara terperinci. Mereka mulakan dengan revolusi, namun revolusi memerlukan elemen-elemen yang nyata; kamu tidak boleh mencipta revolusi hanya dengan membayar sejumlah wang. Apabila pendekatan ini gagal, mereka beralih dengan memperalatkan slogan mazhab agar tercipta pecah belah dalam masyarakat kita. Walaupun mereka mampu untuk menyusupkannya ke dalam beberapa saku rakyat Syria tertentu, iaitu saku kejahilan dan kekurangan kesedaran yang terdapat dalam mana-mana masyarakat, mereka tidak mampu mencipta perpecahan mazhab ini. Jika mereka berjaya, pasti Syria dapat dipecahkan sejak awal lagi. Mereka juga jatuh dalam perangkap sendiri dengan percubaan mempromosikan kepada rakyat bahawa ini adalah perjuangan untuk mengekalkan kekuasaan, berbanding dari perjuangan untuk kedaulatan negara. Tidak ada sesiapapun yang akan berperang dan mensyahidkan diri sendiri untuk memelihara kuasa orang lain.
Al-Manar: Dalam perjuangan untuk tanah air, seolah-olah kepimpinan Syria melakukan kemajuan dalam medan perang setelah dua tahun setengah. Di sini sekiranya saya dapat bertanya, kenapa anda memilih pergerakan dari mempertahankan diri kepara penyerangan? Tidakkah anda terfikir bahawa anda telah lewat dalam mengambil keputusan untuk serangan itu, dan kerugian besar yang ditanggung akibat mengambil Al-Qusair sebagai contoh?
Presiden Assad: Samada mempertahankan atau menyerang, ini bukanlah sebuah pertanyaan. Setiap peperangan mempunyai taktiknya sendiri. Sejak awal lagi, kita tidak berurusan dengan setiap situasi dari perspektif ketenteraan semata-mata. Kami juga mengambil kira aspek-aspek sosial dan politik juga, banyak rakyat Syria telah terkeliru sejak awal, dan terdapat banyak negara jiran yang tidak faham isu domestik secara dinamik. Tindakan anda akan menjadi berbeza menurut berapa banyak persetujuan umum yang mengatasi isu tertentu. Tidak syak lagi bahawa banyak peristiwa-peristiwa telah memberikan pendedahan kepada rakyat Syria agar lebih memahami situasi dan apa yang sebenarnya telah dipertaruhkan. Ini menyebabkan pasukan askar dapat menjalankan tenggungjawab mereka dan mencapai banyak keputusan dengan lebih baik. jadi apa yang berlaku sekarang adalah pertukaran taktik pertahanan kepada serangan, namun imbangan kuasa telah berpihak kepada angkatan tentera.
Al-Manar: Tuan presiden, bagaimana keseimbangan ini berjaya dilaksanakan? Syria telah dikritik apabila dikatakan mengundang bantuan militan asing, dan berterus terang mendakwa pejuang Hizbullah telah menghulurkan bantuan. Dalam wawancara sebelum ini, anda berkata Syria mempunyai 23 juta rakyat; kita tidak perlukan bantuan daripada sesiapapun. Apa yang Hizbullah lakukan di Syria?
Presiden Assad: Alasan utama untuk mensaksamakan keseimbangan pertukaran pandangan rakyat dalam kawasan yang menetaskan kumpulan-kumpulan militan tidaklah diperlukan atas alasan kekurangan semangat patriotik dalam kawasan mereka, namun ia disebabkan mereka telah terpedaya. Mereka telah didorong untuk percaya bahawa terdapat revolusi menentang kegagalan negara ini. Ini semua sudah berubah; banyak individu-individu telah meninggalkan kumpulan pengganas ini dan kembali kepada kehidupan normal mereka. Seperti mana dakwaan tentang Hizbullah dan penyertaan pejuang asing di kalangan askar Syria, ini adalah isu yang amat besar kepentingannya, dan menjadi beberapa faktor. Setiap faktor ini hendaklah difahami dengan jelas. Hizbullah, peperangan di al-Qushair dan serangan udara Israel baru-baru ini - Ketiga-tiga faktor ini hendaklah tidak dilihat secara terpencil antara satu sama lain, ini semua adalah sebahagian dari isu yang sama. Biar lebih jujur, dalam beberapa minggu ini, terutamanya setelah ucapan Hasan Nasrullah, media Arab dan media asing berkata bahawa pejuang Hizbullah sedang bertempur di Syria dan mempertahankan negara Syria, atau mempergunakan perkataan "rejim itu". Kata-kata yang logiknya ialah, sekiranya Hizbullah atau pejuang ingin mempertahankan Syria dengan mengirim pasukannya, berapa ramai yang dapat mereka kirim? beratus-ratuskah? atau seribu? atau dua ribu? Kita sedang berbicara dengan ratusan ribu askar Syria yang terlibat dalam menentang puluhan ribu pengganas sekiranya tidak lebih dari itu kerana terdapat aliran masuk militan dari negara jiran dan negara asing yang mendukung pengganas tersebut. Jadi jelaslah, jumlah pejuang Hizbullah yang dapat memberikan sumbangan untuk mempertahankan negara Syria dalam peperangan bagaikan setitis air dalam lautan berbanding dengan jumlah askar Syria yang memerangi pengganas. Apabila berbicara di dalam perhitungan keluasan Syria, jumlah ini tidak dapat mempertahankan negara dan pemerintah. Ini dari satu perspektif, dari sisi lain, jika mereka berkata bahawa jumlah ini mempertahankan negara, mengapa sekarang? Pertempuran bermula setelah Ramadhan 2011, meningkat dalam tahun 2012, dalam musim panas 2012 menjadi benar-benar sebuah peperangan. Mereka memulakan peperangan untuk "membebaskan Damsyik" dan meletakkan tempoh yang kosong untuk pertama kalinya, kali kedua dan ketiga; empat general telah dibunuh, sejumlah individu telah meninggalkan Syria, ramai yang percaya bahawa tibalah waktu kejatuhan rejim. Ia tidak terjadi. Meskipun sepanjang waktu itu Hizbullah tidak masuk campur, mengapa pula Hizbullah perlu masuk campur sekarang? Lebih penting lagi mengapa kita tidak pernah melihat Hibullah bertempur di Damsyik dan Aleppo? Pertempuran yang lebih signifikan ialah di Damsyik dan di Aleppo, bukan di Qushair. Al-Qushair merupakan kota yang kecil di Homs, mengapa kita tidak melihat Hizbullah di kota Homs? Jelas sekali andaian ini tidak benar. Mereka mendakwa bahawa al-Qushair merupakan kota sempadan yang strategik, namun semua sempadan cukup strategik untuk para pengganas menyeludup senjata mereka. Jadi semua posisi tidak ada apa-apa untuk Hizbullah. Sekiranya kita mengambil kira teriakan dan rintihan media Arab, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pegawai Arab dan pegawai asing - termasuklan Ban Ki Moon yang menyatakan kegelisahannya dengan Hizbullah di Al-Qushair- semua ini hanyalah mempunyai objektif untuk menekan dan melumpuhkan perjuangan moqawama. Tidak ada apa yang dapat ia lakukan untuk mempertahankan negara Syria. Askar Syria telah mencapai kejayaan yang gemilang di Damsyik, Aleppo, pendalaman Damsyik dan banyak lagi kawasan; namun, kita tidak mendengar teriakan seperti teriakan di al-Qushair.
Al-Manar: Tetapi tuan presiden, secara dasarnya, kelihatan tuduhan peperangan yang anda dan Hizbullah sedang langsungkan di Al-Qushair seperti yang telah anda kritik, ianya bertujuan mendapatkan keamanan sepanjang pantai di rantau Damsyik. Akibatnya jika Syria telah dipecahkan, atau pertukaran geografi diubah secara paksa, ini akan meratakan jalan negara Alawi. Oleh itu apakah dasar sebenar peperangan ini, dan apakah ia berkaitan dengan konflik dengan Israel?
Presiden Assad: Pertama, kawasan Syria dan pantai Lubnan tidaklah bersambung melalui al-Qushair. Secara geografinya ia adalah mustahil. Kedua, tidak ada siapa yang berperang untuk mencetuskan perpecahan. Sekiranya kamu memilih perpecahan, kamu bergerak ke arah objektif itu tanpa berperang di seluruh negara agar dapat menekan kepada pembahagian wilayah. Dasar peperangan tidak menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah perpecahan, sebaliknya kita memastikan kekal dalam sebuah negara yang satu. Nenek moyang kita menolak idea pembahagian wilayah apabila Perancis mengajukannya ketika menjajah Syria kerana pada masa itu mereka benar-benar sedar akibatnya. Adalah tidak mustahil atau dapat diukur bahawa generasi berikutnya, kami sebagai anak cucu mereka kurang kesedaran atau tidak berotak. Satu lagi, peperangan di al-Qushair dan seluruh rintihan tersebut berkaitan dengan Israel. Jangka masa peperangan di al-Qushair telah disamakan dengan serangan udara Israel. Objektif mereka ialah untuk melemahkan perjuangan. Ini adalah kempen lama yang diambil dalam bentuk yang berbeza. Sekarang, apa yang penting ialah bukanlah al-Qushair sebagai sebuah kota, namun sempadannya; mereka mahu melemahkan perjuangan berbentuk daratan dan lautan. Di sini terdapat soalan yang timbul sendiri - Sebahagian menyatakan bahawa pejuang hendaklah berdepan dengan musuh dan akibatnya ia akan bertahan di Selatan. Ini telah diutarakan pada 7 Mei 2008, apabila beberapa ejen Israel di Lubnan cuba merosakkan sistem komunikasi pihak pejuang; mereka mendakwa bahawa perjuangan mengalihkan senjatanya ke arah dalam. Mereka mengajukan kata-kata yang sama terhadap askar Syria; bahawa askar Syria hendaklah berperangan dengan Israel di sempadan. Kami katakan dengan jelas bahawa askar kita akan berperang dengan musuh walau di manapun mereka berada. Ketika musuh berada di Utara kita akan bergerak ke Utara, perlaksanaan yang sama akan diambil sekiranya musuh datang dari Timur atau Barat. Inilah kes yang terjadi pada Hizbullah. Sekarang pertanyaannya ialah mengapakah Hizbullah perlu mengambil tempat sempadan dalam Lubnan atau di dalam Syria? Jawapannya ialah pertempuran kita menentang musuh iaitu Israel dan paksinya berada dalam Syria atau di luar Lubnan.
Al-Manar: Tuan Presiden, jika boleh saya ingin bertanya tentang penglibatan Israel dalam krisis Syria melalui serangan udara terhadap Damsyik baru-baru ini. Israel segera menyematkan mesej tertentu dalam serangan udara ini dengan berkata: ia tidak berhasrat untuk meningkatkan atau berniat untuk masuk campur dalam krisis Syria. Pertanyaannya ialah: Apa yang Israel inginkan dan apa jenis campur tangan?
Presiden Assad: Ini adalah pandangan saya. Semua yang berlaku pada masa ini bertujuan, pertama dan ianya adalah penting, menyekat perjuangan. Sokongan Israel untuk pengganas adalah untuk dua tujuan. Yang pertama ialah untuk menyekat pejuangan Moqawama, kedua adalah untuk menyerang sistem pertahanan udara Syria. Ia tidak ada minat yang lain lagi.
Al-Manar: Tuan Presiden, oleh kerana matlamat Israel amat jelas, negara Syria dikritik kerana memberikan reaksi secara berdiam diri. Semua orang menjangka adanya reaksi balas, sebaliknya kerajaan Syria berkata bahawa ia berhak untuk memberikan tindak balas dalam masa dan tempat yang sesuai. Kenapa tidak bertindak serta merta? Apakah cukup apabila sumber senior menyatakan bahawa pelancar roket telah diarahkan kepada musuh iaitu Israel, dan sebarang serangan akan dibalas serta merta tanpa arahan daripada pihak tentera?
Presiden Assad: Kami telah memaklumkan kepada semua pihak Arab - kebanyakannya pihak asing - yang telah menghubungi kami, bahawa kami akan memberikan tindak balas di waktu lain. Sudah tentu terdapat lebih dari satu tindak balas. terdapat beberapa tindakan Israel yang mendapat balasan serta merta. Namun ini adalah tindakan jangka pendek yang tidak ada nilai sebenar. Ia hanyalah bersifat dasar politik. Jika kita ingin memberikan tindak balas, maka tindak balas tersebut akan menjadi kepentingan yang strategik.
Al-Manar: Bagaimanakah caranya? apakah dengan membuka medan Golan sebagai contohnya?
Presiden AssadL Ini bergantung dengan pandangan umum rakyat, samada terdapat persetujuan yang menyokong Moqawama atau tidak. Itulah persoalannya.
Al-Manar: Bagaimana dengan keadaan di Syria sekarang?
Presiden Assad: Sebenarnya, jelas sekali terdapat tekanan untuk membuka medan perang di Golan untuk Moqawama. Semangat ini berada pada peringkat bangsa Arab. Kita menerima ramai delegasi Arab yang ingin mengetahui betapa mudanya rakyat untuk mendaftar supaya tampil berperang dengan Israel.Sudah tentu Moqawama tidaklah mudah. Ia bukan semata-mata membuka barisan geografi. Ia adalah politik, ideologi dan isu sosial yang memberikan hasil bersihnya dengan tindakan ketenteraan.
Al-Manar: Tuan Presiden, jika kita mengambil kira kejadian di Bukit Golan, dan tindak balas Syria pada kenderaan Israel yang melintasi garis pertempuran, apakah ini bermakna bahawa kaedah-kaedah pembabitan telah berubah? Dan sekiranya peraturan dalam permainan telah berubah, apakah persamaan yang dapat dikatakan?
Presiden Assad: Perubahan sebenar dalam kaedah-kaedah pembabitan akan terjadi apabila terdapat satu keadaan yang popular untuk membawa kepada Moqawama. Sebarang perubahan dalam terma yang singkat tidak berguna untuk kita bawa kepada peperangan. Sebarang tindak balas hanyalah muncul dalam kaedah-kaedah pembabitan.Tetapi saya tidak fikir ianya benar-benar menjadi kenyataan. Perubahan yang sebenar terjadi apabila rakyat bergerak ke arah Moqawama; inilah perubahan yang benar-benar dramatik.
Al-Manar: Tidakkah anda fikir ini agak terlambat sedikit? Setelah 40 tahun bertenang dan negara dalam keadaan gencatan senjata terhadap bukit Golan, sekarang terdapat perbindahan tentang pergerakan ke arah medan tersebut, agaknya apakah ini merupakan persamaan dan mengenai kaedah-kaedah permainan terbaru?
Presiden Assad: Mereka hanyalah berbicara tentang Syria membuka medan atau menutup medan. Mereka tidak mencipta Moqawama. Moqawama hanya dapat menyeru perkara tersebut. Apabila ia menjadi popular dan spontan, maka ia tidak lagi dicipta. Negara tersebut hanyalah mampu memilih untuk menyokong atau menentang Moqawama (perjuangan melawan Israel), - atau membuat halangan sebagaimana yang telah dilakukan oleh beberapa negara Arab. Saya percaya bahawa negara yang menentang kehendak rakyat itu adalah bertindak melulu. Isu tersebut bukanlah keputusan Syria yang bergerak ke arah haluan ini setelah 40 tahun. Minda rakyat ialah askar negara menjalankan tanggungjawabnya untuk pertahanan dan kebebasan tanah air kita. Seandainya tidak ada askar seperti yang terjadi di Lubnan akibat tentera dan negara dipecahkan semasa perang saudara, maka Moqawama telah terjadi beberapa ketika dahulu. Hari ini keadaan semasa terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah haluan tersebut. Pertama apabila Israel melakukan keganasan berulang kali yang merupakan satu faktor utama pembentukan kehendak ini dan mewujudkan insentif yang diperlukan. Kedua, penglibatan askar dalam peperangan dalam beberapa tempat di seluruh Syria telah mencipta sentimen terhadap kebanyakan penduduk, yang mana tanggung jawab mereka ialah bergerak ke arah haluan ini untuk menyokong pasukan askar terhadap bukit Golan.
Al-Manar: Tuan Presiden, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel tidak akan teragak-agak untuk menyerang Syria jika ia mengesan terdapat pengiriman senjata kepada Hizbullah di Lubnan. Jika Israel melaksanakan ancamannya, saya ingin jawapan langsung daripada anda: Apa Syria akan lakukan?
Presiden Assad: Seperti yang saya katakan, kita telah memaklumkan kepada negera-negera yang berkaitan bahawa kita akan bertindak balas dalam bentuk tertentu. Sudah tentu, ia adalah sukar untuk menentukan cara ketenteraan yang akan digunakan, iaitu keputusan untuk kerahan tentera. Kami merancang untuk senario yang berbeza, bergantung pada keadaan dan masa yang akan menentukan kaedah atau senjata apa dalam serangan tersebut.
Al-Manar: Tuan Presiden, selepas serangan udara yang disasarkan ke atas Damsyik, ada yang berkata bahawa peluru berpandu S300 dan sistem peluru berpandu ini akan mengimbangi kesaksamaan. Berdasarkan hujah ini, Netanyahu telah melawat Moscow. Soalan langsung saya adalah: Adalah peluru berpandu ini sedang berada dalam perjalanan ke Damsyik? atau Syria kini telah memiliki peluru berpandu ini?
Presiden Assad: Bukan dasar kita untuk bercakap secara terbuka tentang isu-isu ketenteraan dari segi apa yang kita miliki atau apa yang kita terima. Setakat apa yang berkaitan dengan Rusia hanyalah kontrak-kontrak yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan krisis. Kami telah berunding dengan mereka mengenai pelbagai jenis senjata selama beberapa tahun sebelum ini, dan Rusia begitu komited untuk menghormati kontrak ini. Apa yang ingin saya katakan adalah bahawa lawatan Netanyahu tidak ada pengaruh samada terhadap krisis dan import senjata. Semua perjanjian kami dengan Rusia akan dilaksanakan, ada yang telah dilaksanakan dalam tempoh yang lalu ia juga masih bersama-sama dengan Rusia, kita juga akan terus melaksanakan kontrak-kontrak pada masa hadapan.
Al-Manar: Tuan Presiden, kita telah bercakap tentang ketabahan pemimpin dan kerajaan Syria. Kita telah membincangkan kemajuan yang dicapai di medan perang, dan mengukuhkan pakatan antara Syria dan Moqawama. Ini semua sama-sama berada di barisan hadapan. Dari perspektif lain, terdapat aktiviti diplomatik mengalirkan air yang telah bertakung selama dua setengah tahun. Sebelum kita bercakap tentang perkara ini, mengenai persidangan Geneva dan garis merah yang telah menyeret Syria ke dalamnya, terdapat satu cadangan yang mudah atau satu penyelesaian yang mudah yang dicadangkan oleh bekas ketua gabungan itu, Muaz al-Khatib. Beliau berkata bahawa presiden, bersama-sama dengan 500 orang kenamaan lain akan dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 20 hari, dan krisis akan berakhir. Mengapa anda tidak memenuhi permintaan ini dan menamatkan krisis?
Presiden Assad: Saya sentiasa bercakap tentang prinsip asas: bahawa rakyat Syria sahaja mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada presiden harus kekal atau meninggalkan. Jadi, sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini perlu menyatakan dari bahagian mereka ini mewakili rakyat Syria, dan siapa yang memberikan mereka hak untuk bercakap di pihak mereka. Sebagai inisiatif ini, saya tidak membacanya, tetapi saya amat gembira apabila mereka membolehkan saya dan 500 orang dalam tempoh 20 hari! Saya tidak tahu siapa yang mencadangkan inisiatif, saya tidak peduli banyak nama-nama.
Al-Manar: Dia sebenarnya mengatakan bahawa anda akan diberikan tempoh 20 hari, seramai 500 orang, dan tidak ada jaminan. Anda,diizinkan keluar, tetapi tiada jaminan apa jua tindakan undang-undang akan diambil terhadap anda atau tidak. Tuan Presiden, ini membawa kita kepada rundingan, saya merujuk kepada Geneva 2. Kerajaan Syria dan barisan kepimpinannya telah mengumumkan persetujuan awal untuk mengambil bahagian dalam persidangan ini. Jika persidangan ini diadakan, akan ada meja dengan bendera Syria sementara di satu pihak bendera kumpulan pembangkang yang lain. Bagaimana anda boleh meyakinkan rakyat Syria selepas dua setengah tahun krisis terjadi, yang anda akan duduk bersemuka di satu meja berunding dengan kumpulan-kumpulan ini?
Presiden Assad: Pertama sekali, berkenaan dengan bendera, ia tidak mempunyai makna tanpa rakyat yang diwakilinya. Apabila kita meletakkan bendera di atas meja atau di mana sahaja, kita bercakap mengenai orang-orang yang diwakili oleh bendera itu. Soalan ini boleh diletakkan kepada mereka yang menaikkan bendera yang mereka memanggil Syria tetapi berbeza daripada bendera rasmi Syria. Jadi, bendera ini tidak mempunyai apa-apa nilai apabila ia tidak mewakili rakyat. Kedua, kita akan menghadiri persidangan ini sebagai delegasi rasmi dan wakil-wakil sah rakyat Syria. Tetapi, siapakah yang mereka wakili? Apabila persidangan itu selesai, kita kembali ke Syria, kami pulang untuk rakyat kita. Tetapi apabila persidangan berakhir, kepada siapakah mereka akan kembali - ke hotel lima bintang? Atau kepada kementerian luar negeri dari negara yang mereka wakili, -yang sudah tentu sama sekali tidak termasuk Syria di dalamnya- untuk mengemukakan laporan mereka? Atau adakah mereka kembali kepada perkhidmatan perisikan negara-negara? Jadi, apabila kita menghadiri persidangan ini, kita perlu tahu dengan jelas kedudukan beberapa orang duduk di meja - dan saya katakan sesetengah, kerana format persidangan tidak jelas lagi dan sampai sekarang itu kita tidak mempunyai maklumat terperinci tentang sejauh mana patriotik dari pihak pembangkang Syria akan mempertimbangkannya, mahupun dari pihak parti-parti pembangkang lain di Syria. Bagi kumpulan pembangkang di luar negara dan bendera mereka, kita tahu bahawa kita menghadiri persidangan itu untuk tidak berunding dengan mereka, tetapi dengan negeri-negeri yang akan mereka kembali kepadanya, yang akan kelihatan ialah seolah-olah kita sedang berunding dengan hamba sahaya (negara itu), tetapi pada dasarnya kita sedang berunding dengan tuan-tuan mereka. Ini adalah kebenaran, jangan kita menipu diri kita sendiri.
Al-Manar: Apakah anda yang berada dalam kepimpinan Syria yakin bahawa rundingan akan diadakan bulan depan?
Presiden Assad: Kami harap mereka melaksanakannya, melainkan jika mereka dihalang oleh negera-negera lain. Setakat yang kita beri perhatian di Syria, kita telah mengumumkan beberapa hari lalu bahawa kita bersetuju pada dasarnya untuk hadir.
Al-Manar: Apabila kamu berkata pada dasarnya, ia seolah-olah bahawa anda sedang mempertimbangkan pilihan lain.
Presiden Assad: Pada dasarnya, kita memihak kepada persidangan itu sebagai sebuah bangsa, tetapi sampai sekarang tidak ada butiran. Sebagai contoh, apakah akan ada syarat-syarat yang diletakkan di sebelum persidangan itu? Jika demikian, keadaan ini tidak mungkin boleh diterima dan kita tidak akan hadir. Jadi idea persidangan, mesyuarat, pada dasarnya adalah baik. Kita perlu tunggu dan lihat.
Al-Manar: Tuan Presiden, katakan syarat-syarat apa yang bakal dikemukakan oleh kepimpinan Syria. Apakah keadaan Syria?
Presiden Assad: Jelasnya, keadaan hanya kami adalah bahawa apa-apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat di dalam atau di luar negara, termasuk persidangan itu, adalah tertakluk kepada kelulusan rakyat Syria melalui referendum. Ini adalah satu-satunya keadaan. Yang lain tidak akan memberikan nilai. Itulah sebabnya kita selesa dengan pergi ke persidangan itu. Kita tidak terlalu kompleks. Mana-mana pihak boleh mencadangkan apa-apa, tetapi tiada apa yang boleh dilaksanakan tanpa kelulusan rakyat Syria. Dan selagi kita menjadi wakil-wakil sah rakyat, tidak ada apa yang perlu kita takut.
Al-Manar: Tuan Presiden jelaskan lagi. Terdapat banyak kekaburan di Geneva Geneva 1 dan 2 mengenai tempoh peralihan dan peranan Presiden Bashar al-Assad dalam jangkamasa peralihan itu. Adakah anda bersedia untuk menyerahkan semua kuasa anda untuk kerajaan peralihan ini? Dan bagaimana anda memahami istilah samar-samar ini?
Presiden Assad: Inilah yang saya jelaskan dalam inisiatif yang telah saya ajukan dalam Januari tahun ini. Mereka berkata, mereka mahu kerajaan peralihan yang mana presiden tidak mempunyai sebarang peranan. Di Syria kita mempunyai sistem presiden, di mana presiden merupakan ketua republik sementara perdana menteri pula menjadi ketua kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang mempunyai kuasa luas. Perlembagaan Syria memberikan autoriti yang penuh kepada kerajaan. Presiden merupakan ketua komander dalam askar, pasukan pertahanan, dan ketua majlis kehakiman tertinggi. Semua institusi lain harus melaporkannya kepada kerajaan. Menukar autoriti presiden bererti menukar perlembagaan; Presiden tidak hanya boleh melepaskan autoritinya, dia tidak mempunyai hak terhadap perlembagaan. Menukar perlembagaan memerlukan referendum popular. Apabila kita ingin mengemukakan isu seperti itu, ia hendaklah disidangkan dalam persidangan, sekiranya kita setuju terhadap sesuatu - itupun kalau kita setuju, maka kita akan pulang ke rumah dan serahkannya kepada referendum popular, setelah itu barulah dilaksanakan. Namun mereka meminta pindaan terhadap kemajuan perlembagaan, ini tidak dapat dilakukan oleh presiden ataupun kerajaan.
Al-Manar: Terus terang, Tuan Presiden, semua kedudukan di peringkat antarabangsa telah diambil untuk bertindak terhadap anda dan semua musuh-musuh politik anda berkata bahawa mereka tidak mahu peranan al-Assad untuk masa depan Syria. Inilah apa yang Menteri Luar Arab Saud al-Faisal katakan, dan ini adalah apa dikatakan oleh Turki dan Qatar, termasuk juga pembangkang Syria. Apakah Presiden Assad akan dicalonkan untuk pilihan raya presiden akan datang pada tahun 2014?
Presiden Assad: Apa yang saya tahu Saud al-Faisal merupakan seorang yang pakar dalam urusan Amerika, saya tidak perasan apa yang diketahuinya tentang usuran Syria. Jika dia ingin belajar, baiklah! Melaksanakan kehendak orang lain, saya ulangi lagi apa yang telah saya katakan dari awal: Kehendak yang relevan hanyalah bersama dengan rakyat Syria. Berkenaan dengan penamaan, beberapa parti berkata, adalah lebih baik presiden tidak dicalonkan dalam penamaan pilihanraya presiden 2014. Isu ini akan diteliti lebih mendalam pada waktunya; ianya terlalu awal untuk membicarakannya. Apabila tiba masanya, saya rasa dalam mesyuarat dan interaksi bersama rakyat Syria, masih ada keperluan rakyat untuk menamakan saya. Saya tidak meragukannya. Bagaimanapun jika saya rasa rakyat Syria tidak perlukan saya memimpin mereka, maka secara secara semulajadi saya tidak meletakkan diri saya ke hadapan. Ini membuang waktu mereka untuk berkata demikian.
Al-Manar: Tuan Presiden, anda menyebut Menteri Luar Arab Saud al-Faisal. Ini membuatkan saya bertanya mengenai hubungan Syria dengan Arab Saudi, Qatar, Turki, terutamanya jika kita mengambil kira bahawa kedudukan terkini mereka dalam jawatankuasa menteri Arab agak sederhana. Mereka tidak langsung dan secara umum menyeru untuk penyingkiran Presiden Assad. Adakah anda merasa terdapat apa-apa perubahan atau sokongan di pihak negara-negara ini untuk penyelesaian politik untuk krisis Syria? Dan apakah Syria bersedia untuk berhadapan sekali lagi dengan Liga Arab, dengan mengambil kira bahawa kerajaan Syria perlu memohon maaf dari Liga Arab?
Presiden Assad: Mengenai negeri-negeri Arab, kita melihat perubahan ringkas dalam retorik mereka, tetapi tidak dalam tindakan mereka. Negara-negara yang menyokong pengganas masih tidak berubah, mereka masih terus menyokong keganasan dalam tahap yang sama. Turki juga tidak membuat apa-apa langkah yang positif. Bagi Qatar, peranan mereka adalah juga yang sama, peranan pelopor - bank yang membiayai pengganas dan menyokong mereka melalui Turki. Jadi, secara keseluruhan, tiada perubahan. Bagi Liga Arab, di Syria kita tidak pernah menyematkan harapan kami pada Liga Arab. Malah, dalam beberapa dekad yang lalu, kita hampir tidak dapat menghapuskan periuk api yang dipasang untuk kita dalam mesyuarat-mesyuarat yang berbeza, sama ada dalam sidang kemuncak atau dalam mesyuarat menteri-menteri luar. Jadi, dalam keterangan ini dan tindakan baru-baru ini, apakah kita masih boleh benar-benar mengharapkanya untuk memainkan peranan? Kami terbuka kepada semua orang, kita tidak pernah menutup pintu. Tetapi kita juga perlu realistik dan menghadapi kebenaran bahawa mereka tidak dapat menawarkan apa-apa, terutama sejak sebilangan besar negara-negara Arab yang tidak bebas. Mereka menerima arahan dari luar. Sebahagian daripada mereka bersimpati kepada kita di dalam hati mereka, tetapi mereka tidak boleh bertindak menurut perasaan kerana mereka tidak memiliki keputusan. Jadi, tidak, kita tidak menyemat apa-apa harapan pada Liga Arab.
Al-Manar: Tuan Presiden, ini mendorong kita untuk bertanya: Jika persekitaran Arab adalah seperti itu, dan dengan mengambil kira perkembangan di peringkat bawah dan ketabahan, persidangan Geneva dan rundingan, persoalan asas adalah: Apa yang terjadi andainya rundingan politik gagal? Apakah akibat daripada kegagalan rundingan politik?
Presiden Assad: Kemungkinan ini tidak mustahil, kerana pada dasarnya terdapat negera-negera yang menghalang mesyuarat, dan mereka hanya berhasrat untuk mengelakkan rasa malu. Mereka menentang mana-mana dialog sama ada di dalam atau di luar Syria. Malah Rusia, dalam beberapa kenyataan, telah memperkecilkan jangkaan daripada persidangan ini. Tetapi kita juga perlu mengandaikan dengan tepat dalam ketentuan dialog ini, terutamanya yang berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di peringkat bawah. Kebanyakan kumpulan yang terlibat dalam persidangan mengenai apa yang sedang berlaku di Syria sama sekali tidak mempunyai pengaruh di peringkat bawah, mereka tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pengganas. Dalam keadaan tertentu pengganas ini amat berkaitan secara langsung dengan negera-negera yang menyokong mereka, dalam kes-kes lain, mereka adalah kumpulan yang hanya dibayar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengganas. Jadi, kegagalan persidangan itu akan tidak terlalu ketara mengubah realiti di dalam Syria, kerana negara-negara ini tidak akan berhenti menyokong pengganas - samada persidangan terjadi atau tidak ada persidangan, kumpulan-kumpulan itu tidak akan menghentikan aktiviti subversif mereka. Jadi, ia tidak memberi kesan kepada mereka.
Al-Manar: Tuan Presiden, peristiwa-peristiwa di Syria akan merebak ke negara-negara jiran. Kita melihat apa yang berlaku di Iraq, letupan di Al-Rihaniye, di Turki dan juga di Lubnan. Di Ersal, Tripoli, Hezbollah mengambil bahagian dalam pertempuran di Al-Qushair. Bagaimanakah pendekatan Syria mengenai keadaan di Lubnan, dan yang anda fikir dasar Lubnan memisahkan diri masih digunakan atau diterima?
Presiden Assad: Biar saya timbulkan beberapa soalan berdasarkan realiti di Syria dan di Lubnan mengenai dasar tidak melibatkan diri agar tidak dituduh membuat penilaian sama ada polisi ini adalah betul atau salah. Mari kita mulakan dengan beberapa soalan mudah: Adakah Lebanon dapat mengelak campur tangan rakyat Lubnan di Syria? Adakah ia mampu mencegah penyeludupan pengganas atau senjata ke Syria, atau menyediakan tempat selamat untuk mereka di Lubnan? Ia berdaya, bahkan, semua orang tahu bahawa Lubnan telah menyumbangkan kesan negatif kepada krisis Syria. Baru-baru ini, Lubnan dapat melindungi dirinya daripada kesan krisis Syria, yang paling ketara di Tripoli dan peluru berpandu telah jatuh ke atas kawasan-kawasan yang berlainan di Beirut atau kawasan sekitarnya? Ia tidak mempunyai keupayaan. Jadi jenis pemisahan apa yang kita ingin bicarakan? Untuk Lebanon, demi memisahkan dirinya daripada krisis adalah satu perkara, dan bagi kerajaan untuk memisahkan diri adalah satu lagi parkara lain. Apabila kerajaan memisahkan dirinya daripada isu tertentu yang memberi kesan terhadap kepentingan rakyat Lubnan, ia sebenarnya memisahkan dirinya daripada rakyat Lubnan. Saya tidak mengkritik kerajaan Lubnan - Saya bercakap tentang prinsip-prinsip umum. Saya tidak mahu dikatakan mengkritik kerajaan ini. Jika kerajaan Syria mahu memisahkan dirinya daripada isu-isu yang menjadi kebimbangan kepada rakyat Syria, ia juga akan gagal. Jadi, sebagai reaksi kepada soalan anda berkaitan dengan dasar Lubnan untuk memisahkan diri, kita tidak percaya ini akan menjadi realistik. Apabila rumah jiran saya sedang terbakar, saya tidak boleh mengatakan bahawa ia bukan urusan saya, kerana lambat laun api akan merebak ke rumah saya.
Al-Manar: Tuan Presiden, apa yang anda akan berkata kepada penyokong-penyokong paksi Moqawama? Kita baru menyambut ulang tahun kemenangan Moqawama dan pembebasan selatan Lubnan, dalam suasana "Janji-janji kemenangan", yang Hasan Nasrallah telah katakan, anda berkata anda juga memunyai keyakinan besar bahawa anda akan berjaya dari krisis ini. Apa yang akan kamu katakan kepada semua penonton ini? Adakah kita sedang menghampiri ke hujung terowong gelap ini?
Presiden Assad: Saya percaya bahawa kemenangan besar yang dicapai oleh gerakan-gerakan Moqawama Arab pada tahun-tahun lalu dan dekad lalu terutamanya kemenangan intelektual. Moqawama ini tidak akan mampu untuk berjaya secara ketenteraan jika mereka tidak mampu untuk berjaya dan berdiri teguh dalam kempen yang bertujuan untuk memesongkan konsep dan prinsip-prinsip di rantau ini. Sebelum perang saudara di Lubnan, sesetengah orang pernah berkata bahawa kekuatan Lubnan terletak pada kelemahannya, ini adalah sama dengan perkataan bahawa kecerdasan manusia terletak pada kebodohannya, atau penghormatan dikekalkan melalui rasuah. Ini adalah satu percanggahan yang tidak logik. Kemenangan Moqawama pada titik yang berbeza membuktikan bahawa konsep ini tidak benar, dan ia menunjukkan bahawa kelemahan Lubnan terletak pada kelemahannya, sementara kekuatan Lebanon terletak pada kekuatannya. Kekuatan Lebanon adalah dalam Moqawama dan inilah pejuang yang anda tunjukkan. Hari ini, lebih berbanding dengan sebelum ini, kita memerlukan idea-idea, pemikiran ini, ketabahan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pejuang. Peristiwa-peristiwa di dunia Arab sejak beberapa tahun lepas telah memutarbelitkan konsep sehingga beberapa orang-orang Arab sudah lupa bahawa musuh sebenar mereka masih Israel, dan sebagai ganti mereka mencipta masalah dalaman, perbalahan mazhab, serantau atau musuh kebangsaan. Hari ini kita menyematkan harapan ini iaitu pejuang Moqawama mengingatkan orang-orang Arab, melalui pencapaian mereka, bahawa musuh kita masih sama. Adapun keyakinan saya dalam kemenangan, jika kita tidak begitu yakin, maka kita tidak akan mampu untuk berdiri teguh atau meneruskan perjuangan ini selepas dua tahun serangan global. Ini bukan serangan tiga pihak seperti yang pada tahun 1956, sebenarnya ia adalah perang global dilancarkan terhadap Syria dan Moqawama. Kami mempunyai keyakinan yang mutlak dalam kemenangan kita, dan saya memberi jaminan kepada mereka bahawa Syria akan sentiasa lebih kekal berbanding sebelum ini, tetap menyokong Moqawama dan pejuang di mana-mana sahaja di dunia Arab.
Al-Manar: Kesimpulannya, ini adalah kehormatan besar untuk saya dalam menjalankan temu bual ini bersama Tuan Yang Terutama, Bashar al-Assad Presiden Republik Arab Syria. Terima kasih banyak-banyak.
Presiden Assad: Sama-sama. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saluran Al-Manar, saluran Moqawama, pada ulang tahun kemerdekaan dan mengucapkan tahniah kepada rakyat Lubnan dan setiap pejuang Moqawama di Lubnan.
SOLAWAT
Kesatuan Ulama Bilad Al-Sham;
Fatwa Yusuf al-Qardhawi terkeluar dari kaedah hukum syariat
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) Kesatuan Ulama Bilad Al-Sham menegaskan fatwa-fatwa berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh Yusuf al-Qardhawi al-Takifiri bagi pertumpahan darah di Syria adalah "Terkeluar dari kaedah-kaedah syariat, nas, hadis dan sunnah Nabi (s.a.w)."
Menurut kenyataan yang dikirim kepada Agensi Berita Syria (SANA) pada hari Selasa, fatwa-fatwa tersebut merosakkan kredibiliti dan menghilangkan kepercayaan terhadap beliau selaku ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Kenyataan menegaskan pengkafiran terhadap jemaah yang dilakukannya amat bertentangan dengan kaedah syariat dan sunnah sedangkan pengkafiran terhadap individu tertentu terjadi sekiranya ia mengingkari kemestian dalam beragama dengan keputusan hakim syariah dan selepas sidang mahkamah untuk mendengar pembelaan ke atas pihak tertuduh. Dengan itu pengkafiran tidak terjadi tanpa sebarang dalil. Jika tidak, ia akan menjadi jenayah yang berbahaya.
Kenyataan tersebut menekankan bahawa umat Islam amat memerlukan rawatan terhadap pertumpahan darah di kalangan penganutnya, dan mencari jalan keluar dari fitnah yang menyebabkan umat terjebak dalam kegelapan tanpa berkesudahan. Pertubuhan ini juga menyeru umat Islam mencari jalan perpaduan dan memadamkan api fitnah, pertumpahan darah sambil menumpukan perhatian terhadap mereka yang mencemarkan kesucian masjid Al-Aqsa.
Al-Azhar berhasrat lancar Saluran TV anti Salafi
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika kegiatan golongan Salafi di Mesir semakin meningkat, Universiti Al-Azhar dijangka akan melancarkan saluran satelitnya demi memerangi kumpulan pelampau tersebut sambil menyebarkan ajaran Islam yang murni.
Dr. Ahmad Tayyib berkata, "Al-Azhar sedang berusaha melancarkan saluran satelit secepat mungkin untuk meluaskan ajaran Islam yang sederhana. Program-program saluran ini akan ke udara dalam bulan Julai bersamaan dengan bulan Ramadhan yang mulia."
Menurut perancangan Al-Azhar, saluran tersebut akan menayangkan rancangan sejarah, agama, kebudayaan dan kemasyarakatan.
Berasaskan penyelidikan akhir Universiti Al-Azhar di Kaherah, 70 peratus penduduk Mesir gemar program-program agama. Selain itu mereka juga didapati mencari rancangan televisyen yang memberikan maklumat agama menerusi fatwa-fatwa bagi menyelesaikan masalah peribadi dan masyarakat.
Mesir:
Yusuf Qardawi Harus .....
|
Menurut Kantor Berita ABNA, Komando Pusat Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina di Mesir menyikapi kecaman-kecaman Yusuf Qardawi terhadap Muqawamah Lebanon dan Hizbullah dan seruannya untuk membunuhi rakyat Syiah Suriah dengan mengatakan, hal tersebut menunjukkan keberpihakan Qardawi kepada Rezim Zionis Israel. Dalam pernyataan resmi yang dikeluarkan ahad (2/6) Komando Pusat Front Rakyat untuk Pembebasan Palestina disebutkan, "Seruan Qardawi untuk menumpahkan darah di Suriah satu dengan seruan rezim Zionis."
Organisasi rakyat tersebut bahkan menggelari Yusuf Qardawi dengan sebutan ulama NATO sebab sering menyuarakan kepentingan-kepentingan AS dan Israel. Tuntutan mereka, Qardawi harus di....(sensored) karena telah menebar fitnah dan permusuhan dan menyerukan pembantaian kepada sesama muslim.
Selain itu sebagaimana dilansir dari Alalam (3/6), Doktor Majid Alawi, mantan menteri tenaga kerja Bahrain menyatakan, "Al-Qaradhawi sudah tua dan Emir Qatar harus sudah mempensiunkannya." Di lain pihak, Muna Shadzli, seorang aktivis Mesir dalam tayangan "Jumlah Mufidah" dalam jaringan televisi MBC juga meminta Al-Qaradhawi untuk merevisi perspektif dan pandangannya tentang Suriah."
Banyak tokoh yang mengomentari pernyataan Al-Qaradhawi di laman Twitternya menyatakan "Al-Qaradhawi bukan wakil saya" dan mengecam seruan ulama Qatar itu untuk membunuh kaum Syiah. Salah satu pengguna Twitter mengatakan, "Kita, sebagai seorang Muslim harus menentang seruan perang mazhab dan upaya menyulut perpecahan antara Sunni dan Syiah. Apakah Anda benar-benar menginginkan ini? Maka kita harus mengecam seruan Al-Qaradhawi!"
Disebutkan, Yusuf Qardawi Jum'at sebelumnya dalam khutbah Jum'atnya di kota Doha ibu kota Qatar, menyebut Hizbullan sebagai Partai Syaitan dan mempropaganda permusuhan terhadap Republik Islam Iran dengan mengklaim Iran kelak akan membantai ahlus sunnah.
«عراقجي»:
مكانتي "الله" تبارك وتعالى و"الشيطان" قد تبدلتا لدى «القرضاوي»
|
ابنا: أدان المتحدث باسم الخارجية الإسلامية في إيران «عباس عراقجي» التصريحات الأخيرة التي أدلى بها «الشيخ يوسف القرضاوي» حول حزب الله اللبناني قائلا يبدو أن مكانتي "الله" تبارك وتعالى و"الشيطان" قد تبدلتا لدى القرضاوي.
وأضاف عراقجي: ان المتوقع والمنتظر من القرضاوي المعروف للأسف بالأب الروحي للمجموعات التكفيرية، أن يتحرك في مسار وحدة المسلمين.
واعتبر المتحدث باسم الخارجية الإيرانية إثارة التفرقة وإطلاق تصريحات تؤدي إلى إشعال فتيل النار والصراع بين المسلمين بأنها تصب في مسار أهداف أعداء الإسلام خاصة الصهاينة وقال: نأمل بأن يعيد القرضاوي النظر في مواقفه.
يذكر أن الشيخ يوسف القرضاوي هاجم في أحدث تصريحات له حزب الله بشدة ونعته بـ"حزب الشيطان" لمجرد تصديه للمجموعات التكفيرية في سوريا.
................
Demo di kedutaan Syria oleh penyokong Qardhawi dan pendokong pemberontak Syria
Peserta himpunan termasuk pemberontak Syria yang berada di Malaysia berarak daripada bangunan Tabung Haji ke Kedutaan Syria sejauh 3 kilometer.
Turut hadir menyertai himpunan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengerusi Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Naim Jusri, pimpinan ABIM dan Syria Care.
Walau bagaimanapun, Ustaz Nasruddin menyatakan kekesalan kerana keengganan kedutaan Syria menerima memorandum bantahan tersebut.
Dr Yusuf al-Qardhawi telah mengisytiharkan 14 Jun 2013 sebagai Hari Untuk membantah kerajaan Bashar Assad.
Beliau turut menyeru supaya umat Islam mengadakan himpunan di seluruh dunia pada hari tersebut, sebagai tanda sokongan dan solidariti menjatuhkan kerajaan Bashar Assad
تجمع "العلماء المسلمين" في لبنان يستنكر الجريمة المروعة في قرية "حطلة" بسوريا
|
ابنا: أصدر تجمع "العلماء المسلمين" في لبنان بياناً بعد اجتماعه الأسبوعي يوم أمس الخميس استنكاراً على الجريمة المروعة في قرية "حطلة" الشيعية بدير الزور في سوريا والتي ارتكبت فيها الجماعات الارهابية المسلحة مجزرة مروعة ذهب ضحيتها العشرات من الشهداء من الرجال والأطفال، ودعا التجمع "القوى الأمنية في سورية إلى توفير الحماية لكل المواطنين وحمايتهم من الإرهابيين، خصوصا الأبرياء الذين لا حول لهم ولا قوة".
وفيما يلي نص هذا البيان:
بسم الله الرحمن الرحيم
توقف تجمع العلماء المسلمين أمام المجازر المتنقلة التي ترتكبها المجموعات التكفيرية في أماكن مختلفة من سوريا والتي اتخذت طابعاً طائفياً ومذهبياً ما يؤدي لانعكاسها على الأمة الإسلامية بشكل عام وزيادة أجواء الفتنة المذهبية وبالتالي صرف الأمة عن توجهها الأساسي المفترض في الصراع مع العدو الصهيوني في وقت يقوم هذا العدو بإجراءات تؤدي إلى طمس معالم فلسطين في القدس وبقية مناطق فلسطين.
إننا في تجمع العلماء المسلمين إذ نحذر من التمادي في هذه الأجواء وخاصة أبواق الفتنة التي انطلقت من بعض وعاظ السلاطين وعلى رأسهم القرضاوي الذي يُسَّخِر كل إمكاناته وتاريخه في خدمة تصعيد الفتنة المذهبية وتكفير فئة مهمة من المسلمين وندمه على العمل للتقريب بين المذاهب وهذا إن يخدم أحد فهو يخدم الكيان الصهيوني الذي كل همه تفرقة المسلمين ونشر الحروب بينهم .
إن دعوة هذا الشيخ للقتال بين المسلمين تحت عنوان مذهبي هو خروج عن أصول الدين وأحكامه التي تدعو إلى حرمة دم المسلم وماله وعرضه، وإننا في تجمع العلماء المسلمين نعتبر أن كل الدماء التي سقطت في ليبيا وتونس ومصر وسوريا الآن هي مسؤولية الفتاوى بالقتل التي أطلقها هذا وغيره، ما يجب أن نقف وقفة واحدة كعلماء مسلمين ضد النهج التكفيري الذي يتبعه البعض وعلى كل العلماء المنضوين تحت إطار ما يسمى بالاتحاد العالمي للعلماء المسلمين إعلان الانسحاب من هذا الاتحاد كما فعلنا نحن باكراً منذ أكثر من سنة ونصف، بعد أن عرفنا التوجهات المنحرفة لرئيس هذا الاتحاد الذي سعى وقتها للفتنة المذهبية والحديث بمواضيع غير صحيحة لإثارة الفرقة بين المسلمين.
إننا إذ نستنكر الجريمة المروعة في حطلة، ندعو القوى الأمنية في سوريا لتوفير الحماية لكل المواطنين في سوريا وحمايتهم من الإرهابيين خاصة الأبرياء الذين لا حول لهم ولا قوة.
تجمع العلماء المسلمين في لبنان
..............
(Ahlul Bayt News Agency) - After the Fatwa (religious decree) issued by controversial Egyptian-born cleric based in Qatar, who is a vocal supporter of insurgency in Syria, 'Yusuf al-Qaradawi', rebels killed and celebrated the killing of some 60 innocent Shia villagers, and burned their homes in eastern Syria, according to video distributed by a group monitoring the civil war.
The Syrian Observatory for Human Rights said that at least 60 people, including ordinary villagers, were killed by the powerful Islamist faction, the al-Nusra Front. A government official yesterday said the rebels were responsible for a "massacre against villagers in which older people and children were killed".
The videos emerged on Wednesday, a day after a major clash in a village in Deir Ezzor province.
"The Sadeq al-Amin (rebel) brigade is getting ready to assault the houses of Shias who support the regime of (President Bashar al-) Assad in the village of Hatlah," an unidentified cameraman who filmed one of the videos says.
A dozen men can be seen in the courtyard of a house, showing off a man's disfigured corpse.
"Look Shias, this is how you will end up, you dogs," said one of the terrorists.
"Sunnis, help your community," says another man, wearing a black bandana inscribed with the Islamic profession of faith.
The video was distributed by the Britain-based Syrian Observatory for human rights.
A second video also distributed by the Observatory showed a dozen armed men standing in what appears to be the outskirts of the village, while towers of grey smoke rise in the background.
"All the Shia houses have been burned down... Look at the fighters of the jihad (holy war) celebrating their entry into the Shia infidels' houses," says the man filming the video.
Egyptian-born cleric 'Yusuf al-Qaradawi' is notorious for his divisive comments that have helped spur militancy in Syria.
The Qatar-based cleric has urged ‘every Sunni capable of fighting’ to take up arms and engage in the conflict in Syria.
The radical cleric has called Syria’s alawites Takfiris who are even “more infidels than Jews and Christians.”
He also recently attacked Iran and the Lebanese resistance movement Hezbollah, claiming that they seek to exterminate Sunnis.
It is worth to mention that Supreme Leader of Iran, Ayatollah Khamenei, said that: "anybody who calls Muslims to unity is a divine voice and anybody who calls on Muslims and Islamic denominations to fight one another is the voice of Satan".
Ayatollah Khamenei stressed the need for further familiarity of Muslims with the Holy Quran and its auspicious teachings, adding: "One of the Quranic commands to Muslims is that they should stick to the covenant of Allah all together and avoid disunity. In contrast to this command, there is the colonial method and school of thought, whose aim is to create discord among members of the Islamic Ummah and intensify sectarian prejudices."
His Eminence said that certain Muslim governments have been deceived and that they are playing into the enemy's hands. He reiterated: "Unity among Muslims is an urgent necessity."
The Supreme Leader of the Islamic Revolution said that bloodshed, blind terrorism and the resulting tragedies, and creating opportunities for the usurping Zionist regime are among the consequences of discord among members of the Islamic Ummah. He added: "Today is the day of a great test for Muslims and Islamic governments, and Muslim nations should be completely vigilant."
Syrian army attacks militants near Aleppo International Airport
|
(Ahlul Bayt News Agency) - The militants were reportedly moving their forces to Aleppo’s northern belt when they were attacked by the Syrian army on Thursday.
The attack comes a day after the army announced it had made significant advances in Aleppo.
Meanwhile, Damascus has rejected reports that the al-Nusra Front terrorists have gained control of parts of the Minnegh military airbase in Aleppo.
Syrian troops have also reportedly killed four militant commanders in the Syrian capital’s suburbs of Harasta and Douma.
The Syrian army says its helicopters have also targeted a group of militants crossing the border into the Lebanese village of Aarsal.
On June 12, Syrian forces killed about 120 gunmen near Aleppo. The army has also regained full control of Kafar Hamra, a suburb of Aleppo. Government forces liberated the area after heavy fighting with the foreign-backed militants.
The Syrian army’s latest success comes days after it recaptured the strategic western city of Qusayr. Following the Qusayr liberation, the army pledged to crush the foreign-backed militancy across the country.
On June 5, the Syrian state TV said Qusayr, which lies near the border with Lebanon, was under full control of the Syrian army following three weeks of fighting with militants. Syrian troops were backed by forces from the Lebanese resistance movement Hezbollah during the Qusayr operation.
Many people, including large numbers of Syrian soldiers and security personnel, have been killed since the Syria crisis erupted in March 2011.
French FM: "Syrian Army Advance Should Be "Stopped" before Aleppo"
|
(Ahlul Bayt News Agency) - Frensh Foreign Minsiter Laurent Fabius said that Syrian army has gained over the past few weeks considerable ground, warning that this advance should be stopped before reaching the province of Aleppo.
"We need to re-balance things because over the past few weeks the troops of Bashar al-Assad (Syrian leader) and especially Hezbollah and the Iranians, along with Russian arms, have gained considerable ground," Fabius said on France 2 television.
"We must stop this progression before Aleppo. It is the next target of Hezbollah and of the Iranians,” he added.
However, Fabius didn’t explain how the Syrian Army should be stopped.
On Tuesday, France's foreign ministry warned that the nearly 27-month Syrian conflict was at a "turning point."
"What should we do under these conditions to reinforce the opposition armed forces? We have had these discussions with our partners, with the Americans, the Saudis, the Turks, many others," said ministry spokesman Philippe Lalliot.
"We cannot leave the opposition in the current state."
The Syrian Army recaptured the city of al-Qusayr along with its countryside last week. The area, which is near to the border with Lebanon, is considered strategic since it was a bastion for foreign-backed militants fighting the Syrian government.
Syria: 120 gunmen killed in clashes near city of Aleppo
|
(Ahlul Bayt News Agency) - On Wednesday, the foreign-backed Takfiri militants were killed in fighting in the suburbs of the city. There are no more details about this incident yet.
This follows an earlier announcement by the army that it has regained full control of Kafar Hamra near Aleppo. Government forces liberated the area after heavy fighting with insurgents.
The Syrian Army’s latest success comes days after it recaptured the strategic city of Qusayr. Following the Qusayr liberation, the Army pledged to crush the foreign-backed insurgency across the Arab country.
Syrian troops were backed by forces from the Lebanese resistance movement Hezbollah during the Qusayr operation.
The Syrian Army is now in control of most of the towns and villages near the border with Lebanon.
The Syria crisis began in March 2011, and many people, including large numbers of government forces, have been killed.
Damascus says the chaos is being orchestrated from outside the country, and there are reports that a very large number of the militants are foreign nationals.
The Syrian government says the West and its regional allies, such as Qatar, Saudi Arabia, and Turkey, are supporting the militants.
Wawancara Al-Manar bersama presiden Bashar al-Assad
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Bashar al-Assad semalam telah meluangkan masa untuk diwawancara bersama televisyen al-Manar Lubnan. Berikut adalah teks penuh temubual tesebut:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Assalamualaikum, Pertumpahan darah di Syria terus berlangsung tanpa berhenti. Ini hanya disebabkan berlanjutan sedikit salah faham antara mereka yang setia dengan negara Syria dan mereka yang menentangnya. Namun tidak ada kesefahaman untuk penerusan perkara yang lain dan tidak ada perincian jelas sejak krisis dua tahun tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang menduga kejatuhan rejim. Tarikh akhir yang ditetapkan telah meleset. Hari ini kita di sini, di ibu kota Damsyik, mendapat layanan presiden yang menjadi punca keresahan kepada banyak pihak lawan, yang masih tidak memahami persamaan permainan malapetaka, bersama perhitungan mereka dan batu penghalan dari penyingkiran beliau dari senario politik Syria.
Ini keputusan yang tidak menyenangkan dan akibat yang tidak diduga buat lawannya, yang kecewa dengan skim dan komplot mereka, ini disebabkan mereka tidak mengambil kira satu persoalan yang jelas: Apa yang berlaku sekiranya presiden tidak jatuh? Bagaimana sekiranya presiden Assad tidak meninggalkan latar Syria? Sudah tentu tidak ada jawapan yang jelas; dan hasilnya adalah kerosakan yang lebih parah, pembunuhan dan pertumpahan darah. Hari ini terdapat perbualan mengenai titik waktu kritikal untuk Syria. Askar Syria telah berpindah dari peringkat mempertahankan diri kepada penyerangan, sehingga mencapai kejayaan satu demi satu.
Pada peringkat yang sama, air diplomatik yang bertakung telah berkocak dengan lebih dua persidangan di Geneva, yang menjadi tema dalam kenyataan semua pihak. Terdapat banyak soalan yang perlukan jawapannya: Penyelesaian politik, usaha terhadap pilihan ketenteraan untuk menentukan hasil, campur tangan secara langsung Israel bersama kejadian-kejadian krisis terbaru, kesamaan baru di bukit Golan, hubungan bersama musuh dan rakan. Apakah rancangan kepimpinan Syria untuk jalan keluar dari krisis yang kompleks dan berbahaya, yaman mana kesannya telah melimpah ke negara-negara jiran? Malam ini kami sangan senang untuk mengajukan soalan-soalan kepada Yang Mulia Presiden Bashar al-Assad, Assalamualaikum Tuan Presiden.
Presiden Assad: Assalamualaikum, kedatangan anda di Damsyik amat dialu-alukan.
Al-Manar: Tuan Presiden, kita berada di tengah-tengah Istana Rakyat, selama dua tahun setengah berada dalam krisis. Dalam masa yang sama, pertaruhannya ialah presiden dan rejimnya akan digulingkan dalam beberapa minggu. Bagaimanakah caranya anda menggagalkan rancangan lawan dan musuh-musuh anda? Apa rahsia di sebalik ketabahan ini?
Presiden Assad: Terdapat banyak faktor yang terlibat. Salah satunya adalah faktor rakyat Syria, yang menggagalkan niat mereka; selain itu faktor yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi dalang terhadap senario ini, dan berakhir dengan kekalahan mereka kerana mereka tidak tahu tentang Syria dan situasinya secara terperinci. Mereka mulakan dengan revolusi, namun revolusi memerlukan elemen-elemen yang nyata; kamu tidak boleh mencipta revolusi hanya dengan membayar sejumlah wang. Apabila pendekatan ini gagal, mereka beralih dengan memperalatkan slogan mazhab agar tercipta pecah belah dalam masyarakat kita. Walaupun mereka mampu untuk menyusupkannya ke dalam beberapa saku rakyat Syria tertentu, iaitu saku kejahilan dan kekurangan kesedaran yang terdapat dalam mana-mana masyarakat, mereka tidak mampu mencipta perpecahan mazhab ini. Jika mereka berjaya, pasti Syria dapat dipecahkan sejak awal lagi. Mereka juga jatuh dalam perangkap sendiri dengan percubaan mempromosikan kepada rakyat bahawa ini adalah perjuangan untuk mengekalkan kekuasaan, berbanding dari perjuangan untuk kedaulatan negara. Tidak ada sesiapapun yang akan berperang dan mensyahidkan diri sendiri untuk memelihara kuasa orang lain.
Al-Manar: Dalam perjuangan untuk tanah air, seolah-olah kepimpinan Syria melakukan kemajuan dalam medan perang setelah dua tahun setengah. Di sini sekiranya saya dapat bertanya, kenapa anda memilih pergerakan dari mempertahankan diri kepara penyerangan? Tidakkah anda terfikir bahawa anda telah lewat dalam mengambil keputusan untuk serangan itu, dan kerugian besar yang ditanggung akibat mengambil Al-Qusair sebagai contoh?
Presiden Assad: Samada mempertahankan atau menyerang, ini bukanlah sebuah pertanyaan. Setiap peperangan mempunyai taktiknya sendiri. Sejak awal lagi, kita tidak berurusan dengan setiap situasi dari perspektif ketenteraan semata-mata. Kami juga mengambil kira aspek-aspek sosial dan politik juga, banyak rakyat Syria telah terkeliru sejak awal, dan terdapat banyak negara jiran yang tidak faham isu domestik secara dinamik. Tindakan anda akan menjadi berbeza menurut berapa banyak persetujuan umum yang mengatasi isu tertentu. Tidak syak lagi bahawa banyak peristiwa-peristiwa telah memberikan pendedahan kepada rakyat Syria agar lebih memahami situasi dan apa yang sebenarnya telah dipertaruhkan. Ini menyebabkan pasukan askar dapat menjalankan tenggungjawab mereka dan mencapai banyak keputusan dengan lebih baik. jadi apa yang berlaku sekarang adalah pertukaran taktik pertahanan kepada serangan, namun imbangan kuasa telah berpihak kepada angkatan tentera.
Al-Manar: Tuan presiden, bagaimana keseimbangan ini berjaya dilaksanakan? Syria telah dikritik apabila dikatakan mengundang bantuan militan asing, dan berterus terang mendakwa pejuang Hizbullah telah menghulurkan bantuan. Dalam wawancara sebelum ini, anda berkata Syria mempunyai 23 juta rakyat; kita tidak perlukan bantuan daripada sesiapapun. Apa yang Hizbullah lakukan di Syria?
Presiden Assad: Alasan utama untuk mensaksamakan keseimbangan pertukaran pandangan rakyat dalam kawasan yang menetaskan kumpulan-kumpulan militan tidaklah diperlukan atas alasan kekurangan semangat patriotik dalam kawasan mereka, namun ia disebabkan mereka telah terpedaya. Mereka telah didorong untuk percaya bahawa terdapat revolusi menentang kegagalan negara ini. Ini semua sudah berubah; banyak individu-individu telah meninggalkan kumpulan pengganas ini dan kembali kepada kehidupan normal mereka. Seperti mana dakwaan tentang Hizbullah dan penyertaan pejuang asing di kalangan askar Syria, ini adalah isu yang amat besar kepentingannya, dan menjadi beberapa faktor. Setiap faktor ini hendaklah difahami dengan jelas. Hizbullah, peperangan di al-Qushair dan serangan udara Israel baru-baru ini - Ketiga-tiga faktor ini hendaklah tidak dilihat secara terpencil antara satu sama lain, ini semua adalah sebahagian dari isu yang sama. Biar lebih jujur, dalam beberapa minggu ini, terutamanya setelah ucapan Hasan Nasrullah, media Arab dan media asing berkata bahawa pejuang Hizbullah sedang bertempur di Syria dan mempertahankan negara Syria, atau mempergunakan perkataan "rejim itu". Kata-kata yang logiknya ialah, sekiranya Hizbullah atau pejuang ingin mempertahankan Syria dengan mengirim pasukannya, berapa ramai yang dapat mereka kirim? beratus-ratuskah? atau seribu? atau dua ribu? Kita sedang berbicara dengan ratusan ribu askar Syria yang terlibat dalam menentang puluhan ribu pengganas sekiranya tidak lebih dari itu kerana terdapat aliran masuk militan dari negara jiran dan negara asing yang mendukung pengganas tersebut. Jadi jelaslah, jumlah pejuang Hizbullah yang dapat memberikan sumbangan untuk mempertahankan negara Syria dalam peperangan bagaikan setitis air dalam lautan berbanding dengan jumlah askar Syria yang memerangi pengganas. Apabila berbicara di dalam perhitungan keluasan Syria, jumlah ini tidak dapat mempertahankan negara dan pemerintah. Ini dari satu perspektif, dari sisi lain, jika mereka berkata bahawa jumlah ini mempertahankan negara, mengapa sekarang? Pertempuran bermula setelah Ramadhan 2011, meningkat dalam tahun 2012, dalam musim panas 2012 menjadi benar-benar sebuah peperangan. Mereka memulakan peperangan untuk "membebaskan Damsyik" dan meletakkan tempoh yang kosong untuk pertama kalinya, kali kedua dan ketiga; empat general telah dibunuh, sejumlah individu telah meninggalkan Syria, ramai yang percaya bahawa tibalah waktu kejatuhan rejim. Ia tidak terjadi. Meskipun sepanjang waktu itu Hizbullah tidak masuk campur, mengapa pula Hizbullah perlu masuk campur sekarang? Lebih penting lagi mengapa kita tidak pernah melihat Hibullah bertempur di Damsyik dan Aleppo? Pertempuran yang lebih signifikan ialah di Damsyik dan di Aleppo, bukan di Qushair. Al-Qushair merupakan kota yang kecil di Homs, mengapa kita tidak melihat Hizbullah di kota Homs? Jelas sekali andaian ini tidak benar. Mereka mendakwa bahawa al-Qushair merupakan kota sempadan yang strategik, namun semua sempadan cukup strategik untuk para pengganas menyeludup senjata mereka. Jadi semua posisi tidak ada apa-apa untuk Hizbullah. Sekiranya kita mengambil kira teriakan dan rintihan media Arab, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pegawai Arab dan pegawai asing - termasuklan Ban Ki Moon yang menyatakan kegelisahannya dengan Hizbullah di Al-Qushair- semua ini hanyalah mempunyai objektif untuk menekan dan melumpuhkan perjuangan moqawama. Tidak ada apa yang dapat ia lakukan untuk mempertahankan negara Syria. Askar Syria telah mencapai kejayaan yang gemilang di Damsyik, Aleppo, pendalaman Damsyik dan banyak lagi kawasan; namun, kita tidak mendengar teriakan seperti teriakan di al-Qushair.
Al-Manar: Tetapi tuan presiden, secara dasarnya, kelihatan tuduhan peperangan yang anda dan Hizbullah sedang langsungkan di Al-Qushair seperti yang telah anda kritik, ianya bertujuan mendapatkan keamanan sepanjang pantai di rantau Damsyik. Akibatnya jika Syria telah dipecahkan, atau pertukaran geografi diubah secara paksa, ini akan meratakan jalan negara Alawi. Oleh itu apakah dasar sebenar peperangan ini, dan apakah ia berkaitan dengan konflik dengan Israel?
Presiden Assad: Pertama, kawasan Syria dan pantai Lubnan tidaklah bersambung melalui al-Qushair. Secara geografinya ia adalah mustahil. Kedua, tidak ada siapa yang berperang untuk mencetuskan perpecahan. Sekiranya kamu memilih perpecahan, kamu bergerak ke arah objektif itu tanpa berperang di seluruh negara agar dapat menekan kepada pembahagian wilayah. Dasar peperangan tidak menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah perpecahan, sebaliknya kita memastikan kekal dalam sebuah negara yang satu. Nenek moyang kita menolak idea pembahagian wilayah apabila Perancis mengajukannya ketika menjajah Syria kerana pada masa itu mereka benar-benar sedar akibatnya. Adalah tidak mustahil atau dapat diukur bahawa generasi berikutnya, kami sebagai anak cucu mereka kurang kesedaran atau tidak berotak. Satu lagi, peperangan di al-Qushair dan seluruh rintihan tersebut berkaitan dengan Israel. Jangka masa peperangan di al-Qushair telah disamakan dengan serangan udara Israel. Objektif mereka ialah untuk melemahkan perjuangan. Ini adalah kempen lama yang diambil dalam bentuk yang berbeza. Sekarang, apa yang penting ialah bukanlah al-Qushair sebagai sebuah kota, namun sempadannya; mereka mahu melemahkan perjuangan berbentuk daratan dan lautan. Di sini terdapat soalan yang timbul sendiri - Sebahagian menyatakan bahawa pejuang hendaklah berdepan dengan musuh dan akibatnya ia akan bertahan di Selatan. Ini telah diutarakan pada 7 Mei 2008, apabila beberapa ejen Israel di Lubnan cuba merosakkan sistem komunikasi pihak pejuang; mereka mendakwa bahawa perjuangan mengalihkan senjatanya ke arah dalam. Mereka mengajukan kata-kata yang sama terhadap askar Syria; bahawa askar Syria hendaklah berperangan dengan Israel di sempadan. Kami katakan dengan jelas bahawa askar kita akan berperang dengan musuh walau di manapun mereka berada. Ketika musuh berada di Utara kita akan bergerak ke Utara, perlaksanaan yang sama akan diambil sekiranya musuh datang dari Timur atau Barat. Inilah kes yang terjadi pada Hizbullah. Sekarang pertanyaannya ialah mengapakah Hizbullah perlu mengambil tempat sempadan dalam Lubnan atau di dalam Syria? Jawapannya ialah pertempuran kita menentang musuh iaitu Israel dan paksinya berada dalam Syria atau di luar Lubnan.
Al-Manar: Tuan Presiden, jika boleh saya ingin bertanya tentang penglibatan Israel dalam krisis Syria melalui serangan udara terhadap Damsyik baru-baru ini. Israel segera menyematkan mesej tertentu dalam serangan udara ini dengan berkata: ia tidak berhasrat untuk meningkatkan atau berniat untuk masuk campur dalam krisis Syria. Pertanyaannya ialah: Apa yang Israel inginkan dan apa jenis campur tangan?
Presiden Assad: Ini adalah pandangan saya. Semua yang berlaku pada masa ini bertujuan, pertama dan ianya adalah penting, menyekat perjuangan. Sokongan Israel untuk pengganas adalah untuk dua tujuan. Yang pertama ialah untuk menyekat pejuangan Moqawama, kedua adalah untuk menyerang sistem pertahanan udara Syria. Ia tidak ada minat yang lain lagi.
Al-Manar: Tuan Presiden, oleh kerana matlamat Israel amat jelas, negara Syria dikritik kerana memberikan reaksi secara berdiam diri. Semua orang menjangka adanya reaksi balas, sebaliknya kerajaan Syria berkata bahawa ia berhak untuk memberikan tindak balas dalam masa dan tempat yang sesuai. Kenapa tidak bertindak serta merta? Apakah cukup apabila sumber senior menyatakan bahawa pelancar roket telah diarahkan kepada musuh iaitu Israel, dan sebarang serangan akan dibalas serta merta tanpa arahan daripada pihak tentera?
Presiden Assad: Kami telah memaklumkan kepada semua pihak Arab - kebanyakannya pihak asing - yang telah menghubungi kami, bahawa kami akan memberikan tindak balas di waktu lain. Sudah tentu terdapat lebih dari satu tindak balas. terdapat beberapa tindakan Israel yang mendapat balasan serta merta. Namun ini adalah tindakan jangka pendek yang tidak ada nilai sebenar. Ia hanyalah bersifat dasar politik. Jika kita ingin memberikan tindak balas, maka tindak balas tersebut akan menjadi kepentingan yang strategik.
Al-Manar: Bagaimanakah caranya? apakah dengan membuka medan Golan sebagai contohnya?
Presiden AssadL Ini bergantung dengan pandangan umum rakyat, samada terdapat persetujuan yang menyokong Moqawama atau tidak. Itulah persoalannya.
Al-Manar: Bagaimana dengan keadaan di Syria sekarang?
Presiden Assad: Sebenarnya, jelas sekali terdapat tekanan untuk membuka medan perang di Golan untuk Moqawama. Semangat ini berada pada peringkat bangsa Arab. Kita menerima ramai delegasi Arab yang ingin mengetahui betapa mudanya rakyat untuk mendaftar supaya tampil berperang dengan Israel.Sudah tentu Moqawama tidaklah mudah. Ia bukan semata-mata membuka barisan geografi. Ia adalah politik, ideologi dan isu sosial yang memberikan hasil bersihnya dengan tindakan ketenteraan.
Al-Manar: Tuan Presiden, jika kita mengambil kira kejadian di Bukit Golan, dan tindak balas Syria pada kenderaan Israel yang melintasi garis pertempuran, apakah ini bermakna bahawa kaedah-kaedah pembabitan telah berubah? Dan sekiranya peraturan dalam permainan telah berubah, apakah persamaan yang dapat dikatakan?
Presiden Assad: Perubahan sebenar dalam kaedah-kaedah pembabitan akan terjadi apabila terdapat satu keadaan yang popular untuk membawa kepada Moqawama. Sebarang perubahan dalam terma yang singkat tidak berguna untuk kita bawa kepada peperangan. Sebarang tindak balas hanyalah muncul dalam kaedah-kaedah pembabitan.Tetapi saya tidak fikir ianya benar-benar menjadi kenyataan. Perubahan yang sebenar terjadi apabila rakyat bergerak ke arah Moqawama; inilah perubahan yang benar-benar dramatik.
Al-Manar: Tidakkah anda fikir ini agak terlambat sedikit? Setelah 40 tahun bertenang dan negara dalam keadaan gencatan senjata terhadap bukit Golan, sekarang terdapat perbindahan tentang pergerakan ke arah medan tersebut, agaknya apakah ini merupakan persamaan dan mengenai kaedah-kaedah permainan terbaru?
Presiden Assad: Mereka hanyalah berbicara tentang Syria membuka medan atau menutup medan. Mereka tidak mencipta Moqawama. Moqawama hanya dapat menyeru perkara tersebut. Apabila ia menjadi popular dan spontan, maka ia tidak lagi dicipta. Negara tersebut hanyalah mampu memilih untuk menyokong atau menentang Moqawama (perjuangan melawan Israel), - atau membuat halangan sebagaimana yang telah dilakukan oleh beberapa negara Arab. Saya percaya bahawa negara yang menentang kehendak rakyat itu adalah bertindak melulu. Isu tersebut bukanlah keputusan Syria yang bergerak ke arah haluan ini setelah 40 tahun. Minda rakyat ialah askar negara menjalankan tanggungjawabnya untuk pertahanan dan kebebasan tanah air kita. Seandainya tidak ada askar seperti yang terjadi di Lubnan akibat tentera dan negara dipecahkan semasa perang saudara, maka Moqawama telah terjadi beberapa ketika dahulu. Hari ini keadaan semasa terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah haluan tersebut. Pertama apabila Israel melakukan keganasan berulang kali yang merupakan satu faktor utama pembentukan kehendak ini dan mewujudkan insentif yang diperlukan. Kedua, penglibatan askar dalam peperangan dalam beberapa tempat di seluruh Syria telah mencipta sentimen terhadap kebanyakan penduduk, yang mana tanggung jawab mereka ialah bergerak ke arah haluan ini untuk menyokong pasukan askar terhadap bukit Golan.
Al-Manar: Tuan Presiden, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel tidak akan teragak-agak untuk menyerang Syria jika ia mengesan terdapat pengiriman senjata kepada Hizbullah di Lubnan. Jika Israel melaksanakan ancamannya, saya ingin jawapan langsung daripada anda: Apa Syria akan lakukan?
Presiden Assad: Seperti yang saya katakan, kita telah memaklumkan kepada negera-negera yang berkaitan bahawa kita akan bertindak balas dalam bentuk tertentu. Sudah tentu, ia adalah sukar untuk menentukan cara ketenteraan yang akan digunakan, iaitu keputusan untuk kerahan tentera. Kami merancang untuk senario yang berbeza, bergantung pada keadaan dan masa yang akan menentukan kaedah atau senjata apa dalam serangan tersebut.
Al-Manar: Tuan Presiden, selepas serangan udara yang disasarkan ke atas Damsyik, ada yang berkata bahawa peluru berpandu S300 dan sistem peluru berpandu ini akan mengimbangi kesaksamaan. Berdasarkan hujah ini, Netanyahu telah melawat Moscow. Soalan langsung saya adalah: Adalah peluru berpandu ini sedang berada dalam perjalanan ke Damsyik? atau Syria kini telah memiliki peluru berpandu ini?
Presiden Assad: Bukan dasar kita untuk bercakap secara terbuka tentang isu-isu ketenteraan dari segi apa yang kita miliki atau apa yang kita terima. Setakat apa yang berkaitan dengan Rusia hanyalah kontrak-kontrak yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan krisis. Kami telah berunding dengan mereka mengenai pelbagai jenis senjata selama beberapa tahun sebelum ini, dan Rusia begitu komited untuk menghormati kontrak ini. Apa yang ingin saya katakan adalah bahawa lawatan Netanyahu tidak ada pengaruh samada terhadap krisis dan import senjata. Semua perjanjian kami dengan Rusia akan dilaksanakan, ada yang telah dilaksanakan dalam tempoh yang lalu ia juga masih bersama-sama dengan Rusia, kita juga akan terus melaksanakan kontrak-kontrak pada masa hadapan.
Al-Manar: Tuan Presiden, kita telah bercakap tentang ketabahan pemimpin dan kerajaan Syria. Kita telah membincangkan kemajuan yang dicapai di medan perang, dan mengukuhkan pakatan antara Syria dan Moqawama. Ini semua sama-sama berada di barisan hadapan. Dari perspektif lain, terdapat aktiviti diplomatik mengalirkan air yang telah bertakung selama dua setengah tahun. Sebelum kita bercakap tentang perkara ini, mengenai persidangan Geneva dan garis merah yang telah menyeret Syria ke dalamnya, terdapat satu cadangan yang mudah atau satu penyelesaian yang mudah yang dicadangkan oleh bekas ketua gabungan itu, Muaz al-Khatib. Beliau berkata bahawa presiden, bersama-sama dengan 500 orang kenamaan lain akan dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 20 hari, dan krisis akan berakhir. Mengapa anda tidak memenuhi permintaan ini dan menamatkan krisis?
Presiden Assad: Saya sentiasa bercakap tentang prinsip asas: bahawa rakyat Syria sahaja mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada presiden harus kekal atau meninggalkan. Jadi, sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini perlu menyatakan dari bahagian mereka ini mewakili rakyat Syria, dan siapa yang memberikan mereka hak untuk bercakap di pihak mereka. Sebagai inisiatif ini, saya tidak membacanya, tetapi saya amat gembira apabila mereka membolehkan saya dan 500 orang dalam tempoh 20 hari! Saya tidak tahu siapa yang mencadangkan inisiatif, saya tidak peduli banyak nama-nama.
Al-Manar: Dia sebenarnya mengatakan bahawa anda akan diberikan tempoh 20 hari, seramai 500 orang, dan tidak ada jaminan. Anda,diizinkan keluar, tetapi tiada jaminan apa jua tindakan undang-undang akan diambil terhadap anda atau tidak. Tuan Presiden, ini membawa kita kepada rundingan, saya merujuk kepada Geneva 2. Kerajaan Syria dan barisan kepimpinannya telah mengumumkan persetujuan awal untuk mengambil bahagian dalam persidangan ini. Jika persidangan ini diadakan, akan ada meja dengan bendera Syria sementara di satu pihak bendera kumpulan pembangkang yang lain. Bagaimana anda boleh meyakinkan rakyat Syria selepas dua setengah tahun krisis terjadi, yang anda akan duduk bersemuka di satu meja berunding dengan kumpulan-kumpulan ini?
Presiden Assad: Pertama sekali, berkenaan dengan bendera, ia tidak mempunyai makna tanpa rakyat yang diwakilinya. Apabila kita meletakkan bendera di atas meja atau di mana sahaja, kita bercakap mengenai orang-orang yang diwakili oleh bendera itu. Soalan ini boleh diletakkan kepada mereka yang menaikkan bendera yang mereka memanggil Syria tetapi berbeza daripada bendera rasmi Syria. Jadi, bendera ini tidak mempunyai apa-apa nilai apabila ia tidak mewakili rakyat. Kedua, kita akan menghadiri persidangan ini sebagai delegasi rasmi dan wakil-wakil sah rakyat Syria. Tetapi, siapakah yang mereka wakili? Apabila persidangan itu selesai, kita kembali ke Syria, kami pulang untuk rakyat kita. Tetapi apabila persidangan berakhir, kepada siapakah mereka akan kembali - ke hotel lima bintang? Atau kepada kementerian luar negeri dari negara yang mereka wakili, -yang sudah tentu sama sekali tidak termasuk Syria di dalamnya- untuk mengemukakan laporan mereka? Atau adakah mereka kembali kepada perkhidmatan perisikan negara-negara? Jadi, apabila kita menghadiri persidangan ini, kita perlu tahu dengan jelas kedudukan beberapa orang duduk di meja - dan saya katakan sesetengah, kerana format persidangan tidak jelas lagi dan sampai sekarang itu kita tidak mempunyai maklumat terperinci tentang sejauh mana patriotik dari pihak pembangkang Syria akan mempertimbangkannya, mahupun dari pihak parti-parti pembangkang lain di Syria. Bagi kumpulan pembangkang di luar negara dan bendera mereka, kita tahu bahawa kita menghadiri persidangan itu untuk tidak berunding dengan mereka, tetapi dengan negeri-negeri yang akan mereka kembali kepadanya, yang akan kelihatan ialah seolah-olah kita sedang berunding dengan hamba sahaya (negara itu), tetapi pada dasarnya kita sedang berunding dengan tuan-tuan mereka. Ini adalah kebenaran, jangan kita menipu diri kita sendiri.
Al-Manar: Apakah anda yang berada dalam kepimpinan Syria yakin bahawa rundingan akan diadakan bulan depan?
Presiden Assad: Kami harap mereka melaksanakannya, melainkan jika mereka dihalang oleh negera-negera lain. Setakat yang kita beri perhatian di Syria, kita telah mengumumkan beberapa hari lalu bahawa kita bersetuju pada dasarnya untuk hadir.
Al-Manar: Apabila kamu berkata pada dasarnya, ia seolah-olah bahawa anda sedang mempertimbangkan pilihan lain.
Presiden Assad: Pada dasarnya, kita memihak kepada persidangan itu sebagai sebuah bangsa, tetapi sampai sekarang tidak ada butiran. Sebagai contoh, apakah akan ada syarat-syarat yang diletakkan di sebelum persidangan itu? Jika demikian, keadaan ini tidak mungkin boleh diterima dan kita tidak akan hadir. Jadi idea persidangan, mesyuarat, pada dasarnya adalah baik. Kita perlu tunggu dan lihat.
Al-Manar: Tuan Presiden, katakan syarat-syarat apa yang bakal dikemukakan oleh kepimpinan Syria. Apakah keadaan Syria?
Presiden Assad: Jelasnya, keadaan hanya kami adalah bahawa apa-apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat di dalam atau di luar negara, termasuk persidangan itu, adalah tertakluk kepada kelulusan rakyat Syria melalui referendum. Ini adalah satu-satunya keadaan. Yang lain tidak akan memberikan nilai. Itulah sebabnya kita selesa dengan pergi ke persidangan itu. Kita tidak terlalu kompleks. Mana-mana pihak boleh mencadangkan apa-apa, tetapi tiada apa yang boleh dilaksanakan tanpa kelulusan rakyat Syria. Dan selagi kita menjadi wakil-wakil sah rakyat, tidak ada apa yang perlu kita takut.
Al-Manar: Tuan Presiden jelaskan lagi. Terdapat banyak kekaburan di Geneva Geneva 1 dan 2 mengenai tempoh peralihan dan peranan Presiden Bashar al-Assad dalam jangkamasa peralihan itu. Adakah anda bersedia untuk menyerahkan semua kuasa anda untuk kerajaan peralihan ini? Dan bagaimana anda memahami istilah samar-samar ini?
Presiden Assad: Inilah yang saya jelaskan dalam inisiatif yang telah saya ajukan dalam Januari tahun ini. Mereka berkata, mereka mahu kerajaan peralihan yang mana presiden tidak mempunyai sebarang peranan. Di Syria kita mempunyai sistem presiden, di mana presiden merupakan ketua republik sementara perdana menteri pula menjadi ketua kerajaan. Mereka mahukan kerajaan yang mempunyai kuasa luas. Perlembagaan Syria memberikan autoriti yang penuh kepada kerajaan. Presiden merupakan ketua komander dalam askar, pasukan pertahanan, dan ketua majlis kehakiman tertinggi. Semua institusi lain harus melaporkannya kepada kerajaan. Menukar autoriti presiden bererti menukar perlembagaan; Presiden tidak hanya boleh melepaskan autoritinya, dia tidak mempunyai hak terhadap perlembagaan. Menukar perlembagaan memerlukan referendum popular. Apabila kita ingin mengemukakan isu seperti itu, ia hendaklah disidangkan dalam persidangan, sekiranya kita setuju terhadap sesuatu - itupun kalau kita setuju, maka kita akan pulang ke rumah dan serahkannya kepada referendum popular, setelah itu barulah dilaksanakan. Namun mereka meminta pindaan terhadap kemajuan perlembagaan, ini tidak dapat dilakukan oleh presiden ataupun kerajaan.
Al-Manar: Terus terang, Tuan Presiden, semua kedudukan di peringkat antarabangsa telah diambil untuk bertindak terhadap anda dan semua musuh-musuh politik anda berkata bahawa mereka tidak mahu peranan al-Assad untuk masa depan Syria. Inilah apa yang Menteri Luar Arab Saud al-Faisal katakan, dan ini adalah apa dikatakan oleh Turki dan Qatar, termasuk juga pembangkang Syria. Apakah Presiden Assad akan dicalonkan untuk pilihan raya presiden akan datang pada tahun 2014?
Presiden Assad: Apa yang saya tahu Saud al-Faisal merupakan seorang yang pakar dalam urusan Amerika, saya tidak perasan apa yang diketahuinya tentang usuran Syria. Jika dia ingin belajar, baiklah! Melaksanakan kehendak orang lain, saya ulangi lagi apa yang telah saya katakan dari awal: Kehendak yang relevan hanyalah bersama dengan rakyat Syria. Berkenaan dengan penamaan, beberapa parti berkata, adalah lebih baik presiden tidak dicalonkan dalam penamaan pilihanraya presiden 2014. Isu ini akan diteliti lebih mendalam pada waktunya; ianya terlalu awal untuk membicarakannya. Apabila tiba masanya, saya rasa dalam mesyuarat dan interaksi bersama rakyat Syria, masih ada keperluan rakyat untuk menamakan saya. Saya tidak meragukannya. Bagaimanapun jika saya rasa rakyat Syria tidak perlukan saya memimpin mereka, maka secara secara semulajadi saya tidak meletakkan diri saya ke hadapan. Ini membuang waktu mereka untuk berkata demikian.
Al-Manar: Tuan Presiden, anda menyebut Menteri Luar Arab Saud al-Faisal. Ini membuatkan saya bertanya mengenai hubungan Syria dengan Arab Saudi, Qatar, Turki, terutamanya jika kita mengambil kira bahawa kedudukan terkini mereka dalam jawatankuasa menteri Arab agak sederhana. Mereka tidak langsung dan secara umum menyeru untuk penyingkiran Presiden Assad. Adakah anda merasa terdapat apa-apa perubahan atau sokongan di pihak negara-negara ini untuk penyelesaian politik untuk krisis Syria? Dan apakah Syria bersedia untuk berhadapan sekali lagi dengan Liga Arab, dengan mengambil kira bahawa kerajaan Syria perlu memohon maaf dari Liga Arab?
Presiden Assad: Mengenai negeri-negeri Arab, kita melihat perubahan ringkas dalam retorik mereka, tetapi tidak dalam tindakan mereka. Negara-negara yang menyokong pengganas masih tidak berubah, mereka masih terus menyokong keganasan dalam tahap yang sama. Turki juga tidak membuat apa-apa langkah yang positif. Bagi Qatar, peranan mereka adalah juga yang sama, peranan pelopor - bank yang membiayai pengganas dan menyokong mereka melalui Turki. Jadi, secara keseluruhan, tiada perubahan. Bagi Liga Arab, di Syria kita tidak pernah menyematkan harapan kami pada Liga Arab. Malah, dalam beberapa dekad yang lalu, kita hampir tidak dapat menghapuskan periuk api yang dipasang untuk kita dalam mesyuarat-mesyuarat yang berbeza, sama ada dalam sidang kemuncak atau dalam mesyuarat menteri-menteri luar. Jadi, dalam keterangan ini dan tindakan baru-baru ini, apakah kita masih boleh benar-benar mengharapkanya untuk memainkan peranan? Kami terbuka kepada semua orang, kita tidak pernah menutup pintu. Tetapi kita juga perlu realistik dan menghadapi kebenaran bahawa mereka tidak dapat menawarkan apa-apa, terutama sejak sebilangan besar negara-negara Arab yang tidak bebas. Mereka menerima arahan dari luar. Sebahagian daripada mereka bersimpati kepada kita di dalam hati mereka, tetapi mereka tidak boleh bertindak menurut perasaan kerana mereka tidak memiliki keputusan. Jadi, tidak, kita tidak menyemat apa-apa harapan pada Liga Arab.
Al-Manar: Tuan Presiden, ini mendorong kita untuk bertanya: Jika persekitaran Arab adalah seperti itu, dan dengan mengambil kira perkembangan di peringkat bawah dan ketabahan, persidangan Geneva dan rundingan, persoalan asas adalah: Apa yang terjadi andainya rundingan politik gagal? Apakah akibat daripada kegagalan rundingan politik?
Presiden Assad: Kemungkinan ini tidak mustahil, kerana pada dasarnya terdapat negera-negera yang menghalang mesyuarat, dan mereka hanya berhasrat untuk mengelakkan rasa malu. Mereka menentang mana-mana dialog sama ada di dalam atau di luar Syria. Malah Rusia, dalam beberapa kenyataan, telah memperkecilkan jangkaan daripada persidangan ini. Tetapi kita juga perlu mengandaikan dengan tepat dalam ketentuan dialog ini, terutamanya yang berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di peringkat bawah. Kebanyakan kumpulan yang terlibat dalam persidangan mengenai apa yang sedang berlaku di Syria sama sekali tidak mempunyai pengaruh di peringkat bawah, mereka tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pengganas. Dalam keadaan tertentu pengganas ini amat berkaitan secara langsung dengan negera-negera yang menyokong mereka, dalam kes-kes lain, mereka adalah kumpulan yang hanya dibayar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengganas. Jadi, kegagalan persidangan itu akan tidak terlalu ketara mengubah realiti di dalam Syria, kerana negara-negara ini tidak akan berhenti menyokong pengganas - samada persidangan terjadi atau tidak ada persidangan, kumpulan-kumpulan itu tidak akan menghentikan aktiviti subversif mereka. Jadi, ia tidak memberi kesan kepada mereka.
Al-Manar: Tuan Presiden, peristiwa-peristiwa di Syria akan merebak ke negara-negara jiran. Kita melihat apa yang berlaku di Iraq, letupan di Al-Rihaniye, di Turki dan juga di Lubnan. Di Ersal, Tripoli, Hezbollah mengambil bahagian dalam pertempuran di Al-Qushair. Bagaimanakah pendekatan Syria mengenai keadaan di Lubnan, dan yang anda fikir dasar Lubnan memisahkan diri masih digunakan atau diterima?
Presiden Assad: Biar saya timbulkan beberapa soalan berdasarkan realiti di Syria dan di Lubnan mengenai dasar tidak melibatkan diri agar tidak dituduh membuat penilaian sama ada polisi ini adalah betul atau salah. Mari kita mulakan dengan beberapa soalan mudah: Adakah Lebanon dapat mengelak campur tangan rakyat Lubnan di Syria? Adakah ia mampu mencegah penyeludupan pengganas atau senjata ke Syria, atau menyediakan tempat selamat untuk mereka di Lubnan? Ia berdaya, bahkan, semua orang tahu bahawa Lubnan telah menyumbangkan kesan negatif kepada krisis Syria. Baru-baru ini, Lubnan dapat melindungi dirinya daripada kesan krisis Syria, yang paling ketara di Tripoli dan peluru berpandu telah jatuh ke atas kawasan-kawasan yang berlainan di Beirut atau kawasan sekitarnya? Ia tidak mempunyai keupayaan. Jadi jenis pemisahan apa yang kita ingin bicarakan? Untuk Lebanon, demi memisahkan dirinya daripada krisis adalah satu perkara, dan bagi kerajaan untuk memisahkan diri adalah satu lagi parkara lain. Apabila kerajaan memisahkan dirinya daripada isu tertentu yang memberi kesan terhadap kepentingan rakyat Lubnan, ia sebenarnya memisahkan dirinya daripada rakyat Lubnan. Saya tidak mengkritik kerajaan Lubnan - Saya bercakap tentang prinsip-prinsip umum. Saya tidak mahu dikatakan mengkritik kerajaan ini. Jika kerajaan Syria mahu memisahkan dirinya daripada isu-isu yang menjadi kebimbangan kepada rakyat Syria, ia juga akan gagal. Jadi, sebagai reaksi kepada soalan anda berkaitan dengan dasar Lubnan untuk memisahkan diri, kita tidak percaya ini akan menjadi realistik. Apabila rumah jiran saya sedang terbakar, saya tidak boleh mengatakan bahawa ia bukan urusan saya, kerana lambat laun api akan merebak ke rumah saya.
Al-Manar: Tuan Presiden, apa yang anda akan berkata kepada penyokong-penyokong paksi Moqawama? Kita baru menyambut ulang tahun kemenangan Moqawama dan pembebasan selatan Lubnan, dalam suasana "Janji-janji kemenangan", yang Hasan Nasrallah telah katakan, anda berkata anda juga memunyai keyakinan besar bahawa anda akan berjaya dari krisis ini. Apa yang akan kamu katakan kepada semua penonton ini? Adakah kita sedang menghampiri ke hujung terowong gelap ini?
Presiden Assad: Saya percaya bahawa kemenangan besar yang dicapai oleh gerakan-gerakan Moqawama Arab pada tahun-tahun lalu dan dekad lalu terutamanya kemenangan intelektual. Moqawama ini tidak akan mampu untuk berjaya secara ketenteraan jika mereka tidak mampu untuk berjaya dan berdiri teguh dalam kempen yang bertujuan untuk memesongkan konsep dan prinsip-prinsip di rantau ini. Sebelum perang saudara di Lubnan, sesetengah orang pernah berkata bahawa kekuatan Lubnan terletak pada kelemahannya, ini adalah sama dengan perkataan bahawa kecerdasan manusia terletak pada kebodohannya, atau penghormatan dikekalkan melalui rasuah. Ini adalah satu percanggahan yang tidak logik. Kemenangan Moqawama pada titik yang berbeza membuktikan bahawa konsep ini tidak benar, dan ia menunjukkan bahawa kelemahan Lubnan terletak pada kelemahannya, sementara kekuatan Lebanon terletak pada kekuatannya. Kekuatan Lebanon adalah dalam Moqawama dan inilah pejuang yang anda tunjukkan. Hari ini, lebih berbanding dengan sebelum ini, kita memerlukan idea-idea, pemikiran ini, ketabahan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pejuang. Peristiwa-peristiwa di dunia Arab sejak beberapa tahun lepas telah memutarbelitkan konsep sehingga beberapa orang-orang Arab sudah lupa bahawa musuh sebenar mereka masih Israel, dan sebagai ganti mereka mencipta masalah dalaman, perbalahan mazhab, serantau atau musuh kebangsaan. Hari ini kita menyematkan harapan ini iaitu pejuang Moqawama mengingatkan orang-orang Arab, melalui pencapaian mereka, bahawa musuh kita masih sama. Adapun keyakinan saya dalam kemenangan, jika kita tidak begitu yakin, maka kita tidak akan mampu untuk berdiri teguh atau meneruskan perjuangan ini selepas dua tahun serangan global. Ini bukan serangan tiga pihak seperti yang pada tahun 1956, sebenarnya ia adalah perang global dilancarkan terhadap Syria dan Moqawama. Kami mempunyai keyakinan yang mutlak dalam kemenangan kita, dan saya memberi jaminan kepada mereka bahawa Syria akan sentiasa lebih kekal berbanding sebelum ini, tetap menyokong Moqawama dan pejuang di mana-mana sahaja di dunia Arab.
Al-Manar: Kesimpulannya, ini adalah kehormatan besar untuk saya dalam menjalankan temu bual ini bersama Tuan Yang Terutama, Bashar al-Assad Presiden Republik Arab Syria. Terima kasih banyak-banyak.
Presiden Assad: Sama-sama. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saluran Al-Manar, saluran Moqawama, pada ulang tahun kemerdekaan dan mengucapkan tahniah kepada rakyat Lubnan dan setiap pejuang Moqawama di Lubnan.
Turki:
Demonstrasi Besar-besaran di Turki, Tuntut Erdogan Mundur
|
Menurut Kantor Berita ABNA, pemerintahan Perdana Menteri Erdogan diterjang badai demonstrasi. Ribuan rakyat Turki serentak gelar aksi demonstrasi bersama yang terjadi di berbagai kota besar dan kecil di sejumlah wilayah Turki. Bentrokan dengan pihak keamanan tidak bisa dihindari. Ribuan massa yang membanjiri Taksim Square di Istanbul yang mengacuhkan peringatan pihak kepolisian akhirnya bentrok. Tercatat seratusan demonstran luka-luka akibat bentrokan tersebut. Kubu demonstran menuntut Erdogan mundur sebagai perdama menteri. Akin salah seorang demonstran Turki yang disampaikannya kepada Reuters mengatakan, "Kami akan bergerak sampai akhir. Kami tak akan pergi. Satu-satunya jawaban sekarang adalah kejatuhan pemerintah ini. Kami sudah lelah akan pemerintah opresif yang terus menekan kami."
No comments:
Post a Comment