SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI
MUHAMMAD(SAW) 2013
Auzubillahi………..
Bismi……….
Assalamualaikum……..
Alhamdulillahi
rabbilaalamin…………………………………………………………………………
السلا م عليك يا بنت رسو ل الله السلا م عليك يا زوجة
ولى الله السلا م وخير الخلق بعد رسول
الله السلا م عليك يا ام الحسن والحسين سيد شبا ب اهل الجنة السلام عليك يا ممتحنة
الذى خلقك فو جدك لما امتحنك صا برة اسلا م عليك يا فا طمة ورحمة الله وبركا
ته
SALAM KEATAS MU
WAHAI PUTERINYA RASULULLAH,SALAM KEATAS MU WAHAI ISTERINYA WALI ALLAH DAN
SEBAIK-BAIK CIPTAAN SELEPAS RASULULLAH SALAM KEATAS MU WAHAI BONDANYA ALHASAN
DAN ALHUSIN PENGHULU PEMUDA SYURGA SALAM
KEATAS MU WAHAI WANITA YANG TELAH DIUJI OLEH
PENCIPTA(KHALIQMU) DAN KAMU BERSABAR DIATAS UJIAN TERSEBUT SALAM KEATAS MU
WAHAI BONDA ZAHRA YANG SENTIASA DIBAWAH PAYUNG RAHMAT DAN KEBERKATAN NYA TUHAN SEMESTER ALAM.
Yang saya hormati
Puan Pengerusi Majlis,Puan Norasmahan,yang dimuliakan tetamu-tetamu yang datang
pada malam,yang pada hakikatnya adalah tetamu-tetamunya Puteri kesayangan
rasulullah Sayyidah Zahra(sa) juga secara tidak langsung juga tetamu kepada
Imam Ali Redha(as) kerana tempat majlis pada ini adalah dirumahnya Imam
Redha(as) dan saya pasti bukan kita sahaja yang sedang meraikan malam yang
penuh gilang gemilang ini malahan
diseluruk pelusuk dunia juga sedang
menyambut dan meraikan malam yang penuh gilang gemilang ini aitu malan
kelahiran wanita yang kita gelarkan sebagai
سيد نسأ العا لمين “Wanita penghulu dua
alam(dunia&akhirat),Puteri kesayangan Rasulullah(saw) Fatimah Az-Zahra(as).Selawat
Sempena hari
kelahiran Puteri Rasul ini juga bermula malam ini dan keesokan hari Para Wanita diseluruh pelosok dunia diberi
penghormatan yang istimewa kerana
dinobatkan Sebagai HARI WANITA SEDUNIA Juga HARI IBU SEDUNIA.
Saya dengan
berbesar hati dan penuh kegembiraan ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada
seluruh umat Islam Muslimin dan muslimat juga kepada Para pengikut dan pencinta
Ahlilbait(as) tidak lupa kepada Para Marajie Muslimin khasnya kepada Waliul Amri Muslimin dan sangat
istimewa ucapan tahniah ini ditujukan kepada SohibulAsri Wazzaman AL-Imamul
Mahdi(aj) .Selawat.
Setiap tahun kita
mengadakan sambutan hari kelahiran Puteri rasul ini yang dinobatkan sebagai
hari wanita dan hari ibu sedunia kita akan meletakkan tema@ tajuk yang
tertentu,jika puan-puan perhatikan pada baner dan kad jemputan yang
diedarkan tema sambutan pada tahun ini
adalah “FATIMAH AZ-ZAHRA FIGURE FEMINIS SEJAGAT”
FATIMAH AZ-ZAHRA
FIGURE FEMNIS SEGAJAT adalah bermaksud Puteri rasulullah(saw) ini adalah سيد نساء العا لمين ,wanita penghulu dua alam,saya ingin
mengambil sedikit masa dan perhatian para hadirin sekelian untuk memberi
sedikit penerangan kenapa digelar
Fatimah (sa) puteri nabi ini sebagai ‘WANITA PENGHULU ALAM’,walaupun pada
hakikatnya saya sebenar tidak ada kelayakan untuk bercerita tentang wanita
mulia ini tetapi saya berharap dengan keizinannya dapat saya ungkap beberapa
baris perkataan untuk menceritakan kemulian puteri kesayanagn rasul ini.Selawat
Sebab yang
pertama,kenapa digelar sebagai wanita penghulu dua alam adalah kerana Nutfih(tercantumnya benih) sayyidah Zahra(as)
adalah hasil daripada makanan buah dari
syurga yang suci dan bersih,tidak ada sedikitpun kotoran duniawi padanya.selawat
Yang
kedua,Keikhlasan didalam semua amalan beliau hanya kerana Allah Taala aitu
termasuklah perbuatan,makan dan minum,tutupan dan pakaian,perkahwinan,urusan
rumahtangga,pendidikan putera dan puterinya dan segalanya adalah mempunyai
warna-warna ketuhanan hanya kerana Allah sahaja.ان صلا
تى ونسكى ومحيا ى ومما تى لله رب العا لمين
‘Sesungguhnya
solat dan ibadatku,hidupku,matiku hanya kerana Allah Taala”(surah Al-anam-162)
Pernah ditanya
oleh Badil bin Ahmad kepada Hussin bin Ruh(Naib khas yang terakhir kepada Imam
Zaman )
Berapa bilangan
puterinya rasulullah
Husin bin Ruh
menjawab “ 4 orang”
Badil bertanya
lagi”Siapakah diantara puteri nabi yang paling utama”
Jawab Hussin bin
Ruh “Fatimah(sa)
Badil bertanya
lagi bagaiman Fatimah(as) adalah yang paling utama sedang beliau adalah yang
paling kecil”
Hussin bin Ruh
menjawab”Terdapat dua keistimewaan yang ada pada Fatimah Azzahra,yang
pertama ialah beliau adalah pewarisnya
rasul dan keturunan nabi Muhammad
diteruskan melalui beliau.Kedua Keikhlasanya Sayyidah Zahra(sa) sehingga beliau mengenal Allah khaliqnya dengan
hati dan pemikirannya.
Daripada jawapan
Hussin bin Ruh(naib kepada Imam Zaman) ini dapat kita simpulkan bahawa
keistimewaan Sayyidah Zahra(as) berbanding dengan wanita lain adalah kerana
keikhlasan dan dalamnya keimanan dan aqidah beliau terhadap Allah.selawat
Yang
Ketiga,Keutamaan Sayyidah Zahra(as) adalah kerana ketaatan yang mutlak terhadap
segala perintah Islam dan Rasulnya.Segala perintah allah dan Rasulnya dilaksanakan
dan diberi keutamaan daripada segala yang lain,ketaatan itu jelas terpancar
dan terpamer didalam tingkah laku dan perbuatannya.
Telah
diriwayatkan oleh Imam Baqir(as) :Setelah Rasulullah membahagikan tugasan
kepasa Sayyidah Zahra(as) dan Imam Ali(as) aitu urusan dirumah adalah dibawah
tanggungjawab Sayyidah Zahra(as) dan urusan diluar adalah di pikul oleh Imam
Ali(as) .Suatu hari ketika Imam Ali Pulang kerumah dan Bertanya”adakah adakah
kita mempunyai makanan hari ini ?
Jawab Sayyidah
Zahra(as) Tidak wahai suamiku sudah tiga hari rumah ini tidak mempunyai
makanan”
Imam Ali berkata”kenapa
tidak dikhabarkan kepada ku”
Jawab Sayyidah
Zahra(as): Ayahku rasulullah SAW menghalangku daripada meminta-minta darimu dengan
berkata”wahai puteriku engkau jangan sesekali meminta-minta dari suamimu,jika
suamimu membawakan sesuatu terimalah jika tidak janganlah engkau meminta-minta
darinya”
Ini adalah tanda
yang cukup jelas betapa taatnya Sayyidah Zahra(as) terhadap perintah
ayahandanya Rasulullah(saw).Ketaatan Sayyidah Zahra(as) bukan sahaja pada
kata-kata dan ungkapan ayahandanya
Rasulullah(saw) bahkan segala kelakuan dan perbuatanyan dan berusaha
supaya tidak menyalahi perintah Allah dan Rasul.
Yang
keempat,Keistimewaan wanita ini jika dibanding kan dengan wanita-wanita lain
adalah ibadat beliau Tuhannya yang luar biasa,yang mana boleh juga dikatakan
Sayyidah Zahra(as) adalah wanita begitu
asyik beribadat kepada Tuhannya Allah
Taala.selawatز
Ketika berdiri beribadat di Mihrab “ كا نت فا طمة (ع) تنهج فى صلا تها من خو ف الله تعا لى
Fatimah(sa) ketika solat kerana ketakutanya pada Allah
sehingga hatinya/jantungnya berdegup kencang.
Telah
diriwayatkan oleh Imam Hasan(as): Aku melihat Ibuku berdiri beribadat pada setiap malam jumaat di
mihrab ruku dan sujud dan akau terdengar ibuku mendoakan kepada semua orang
mukmin.
Aku bertanya “Wahai
ibu kenapa ibu begitu sekali mendoakan orang lain sedangkan aku tidak pernah
mendengar ibu mendoakan untuk ibu sendiri”
Jawab ibuku” يا بنى الجا ر ثم
الدار
“Wahai anak ku
Jiran tetangga didahulukan kemudian ahli keluarga”
Inilah keutamaan
yang ada pada sayyidah Zahra(sa) yang mana gelaran wanita penghulu dua alam itu
adalah milik beliau .Didalam ziarahnya kita membaca
السلام عليك يا ممتحنة الذى خلقك فو جدك لما امتحنك صا
برة
SALAM KEATAS MU
WAHAI WANITA YANG TELAH DIUJI OLEH
PENCIPTA(KHALIQMU) DAN KAMU BERSABAR DIATAS UJIAN TERSEBUT
Hadirin
sekelian,disamping kegembiran yang raikan pada malam ini kita jangan sesekali
merlupakan musibah dan penderitaan yan ditanggung oleh Bonda Zahra(as),musibah dan penderitaan yang membawa kepada
kesyahidan beliau.
Firman Allah Taala ‘Aku tidak meminta sesuatu upah pun
daripada apa yang aku lakukan kecuali kecintaan kepada ahli keluarga ku.
Sambutan dan
majlis kita pada malam ini adalah tanda kecintaan kita kepada Puteri rasulullah Sayyidah Zahra(sa),rasa
cinta dan mahabbahnya inilah yang menjadikan kita bersatu dan bersama-sama
untuk menjayakan majlis pada malam ini,walaupun apa yang kita lakukan pada
malam ini hanya setitik sahaja YA ZAHRA jika dibandingkan dengan keberkatan
yang diberi oleh mu YA ZAHRA tapi kami amat mengharap supaya apa kami usahakan
ini mendapat perhatian dariMU.
Sebelum
mengakhiri ucapan saya,saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua ahlijawatankuasa
pelaksana sambutan Wiladah 2013,semua
petugas-petugas dan urusetia-urusetia,semua warga HAR juga kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program malam
ini aitu PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMA(AS) pada tahun ini 2013
semuga semua usaha yang dilakukan oleh kalian akan mendapat keberkatan dan
perhatian daripada Sohibulasri Wazzaman Al Imamul Mahdi (aj) .
Saya sudahi
dengan lafaz Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
Ustazah Azlina Abd Aziz
Pengerusi Sambutan
Kelahiran Puteri nabi Sayyidah Zahra(as) 2013
SYARAT-SYARAT PAKAIAN BAGI WANITA
Pakaian
yang mahu dipakai oleh seseorang
wanita walaupun didalam solat sekalipun
mempunyai syarat-syarat yangmana jika
para wanita menjaga syarat-syarat ini akan mendapat keberkatan dan kebahagian didalam kehidupan dunia maupun
akhirat.
Terdapat
empat syarat pakaian bagi wanita:
1.
Pakaian hendaklah samada milik dan kepunyaannya sendiri atau jika
milik orang lain hendaklah mendapat keizinan daripada pemiliknyaa,oleh itu jika
seseorang wanita membeli pakaian dan tidak membayar harga pakaian tersebut atau
membeli pakaian dengan wang tidak dikeluarka khumus maka pakaian tersebut tidak
boleh dipakai dan jika dipakai ketika
solat solatnya akan batal.
2.
Wanita tidak boleh memakai pakaian yang
terlampau glamor yang tidak dipakai oleh penduduk setempat samada dari segi jenis
kain atau cara jahitan dan fesyennya yangmana menimbulkan perhatian bagi
masyarakat setempat.
3.
Wanita hendaklah memakai pakaian wanita dan
lelaki hendaklah memakai pakaian lelaki.Islam tidak membenarkan kaum wanita
memakai pakaian lelaki dan kaum lelaki memakai pakaian wanita samada dihadapan
orang ramai ataupun diluar penglihatan orang ramai.Larangan ini melibatkan
pakian yang khusus untuk lelaki dan pakaian yang khusus untuk wanita tetapi jika lelaki atau wanita memakai pakaian
yang tidak dikhususkan untuk lelaki atau wanita contohnya t-shirt,selipar jepun
dan lain tidaklah menjadi masalah.
4.
Wanita tidak boleh memakai pakaian yang menarik
perhatian lelaki bukan mahram atau
pakaian yang menimbulkan syahwat dan membuka syahway bagi kaum lelaki.
TIPS
HARIAN
Bagi
mengelakkan semut bacalah ayat dibawah didalam air dan renjis ketempat yang
banyak semut atau sarang semut.
حتى اذا اتو على واد النمل قا لت نملة يا ايها النمل ادخلوا مسا كنكم لا
يحطمنكم سليما ن وجنوده وهم لا يشعرون
TEKA
–TEKI WANITA DIDALAM AL-QURAN
(SEMPENA
SAMBUTAN WILADAH SAYYIDAH ZAHRA AS 2013)
SOALAN
1.Wanita
manakah yang diturunkan makanan oleh Allah ketika sedang beliau beribadat di
mihrab?
2.Namakan
dua wanita contoh didalam Al-Quran?
3.Dua
wanita yang dipanggil dengan panggilan yang buruk dan hina didalam Al-quran?
4.Surah
manakah yang yang bermaksud seorang wanita dan surah manakah yang membawa
maksud wanita-wanita?
5.Nyatkan
nama tiga orang nabi yang telah mengenal tuhan semenjak kecil lagi?
6.Siapakah
wanita yang lahir kedunia tanpa ayah dan ibu?
7.Surah
yang bermaksud ‘Wanita yang telah diuji”nyatakan nama surah tersebut?
8.Siapakah
nama bayi yang berkata-kata-kata di dalam buaian?
9.Siapakah lelaki yang ditolak oleh saudaranya kedalam
perigi?
10.Siapakah
lelaki yang mengingkari perintah ayahnya dan telah tenggelam dan mati lemas?
JAWAPAN
1.Maryam(ibu
nabi Isa)
2.Asiah(isteri
Firaun) dan Maryam(ibu nabi Isa)
3.Isteri
nabi Nuh(as) dan isteri nabi Luth(as)
4.Surah
Maryam-nama seorang wanita dan surah An-nisa’-wanita-wanita.
5.Nabi
Isa(as),nabi Ibrahim(as) dan nabi Muhammad(saw)
6.Hawa(isteri
nabi Adam)
7.Surah
Al-Mumtahanah
8.Nabi
Isa (as)
9.Nabi
Yussuf(as)
10.Anak
nabi Nuh(as)
Azlina Abdul Aziz
Wiladah Sayyidah zahra as 2013
SAYEMBARA KERANDA
MALAM
(Sempena Wiladah
Fatimah Az-zahra a.s 2013)
Tanggal 13 Jamadil Awal,wanita yang sejak
beberapa hari lalu terbaring gering terpanggil bangun dari tidurnya…dia gagahi
daya yang bersisa, pintas bangun menguruskan rumah tangga, yang sejak beberapa hari terbiar saja, menyapu,memasak
dan menguruskan anak-anaknya yang masih kecil.
Betapa gembiranya si suami tatkala memasuki
rumah dan melihat isterinya sibuk menguruskan putra dan putrinya.
“Wahai isteri ku,kau kelihatan sihat hari
ini”.sapa sang suami
Sang isteri terdiam sejenak dan sambil
tersenyum berkata”wahai suamiku ketahuilah bahawa ini adalah tugasanku yang
terakhir di rumah ini sebentar lagi aku akan meninggalkan mu bersama anak-anak
sendirian.
Semalam ayahanda ku Rasulullah telah datang
didalam mimpiku,aku mengadu tentang apa yang telah diperlakukan oleh umat
terhadapku selepas kewafatan ayahanda ku,ayahanda ku lalu berbisik’wahai putri
ku engkau akan segera datang kepada ayah”
Sang suami tunduk lalu titisan air mata
mangalir membasahi mukanya.
“Duduklah disampingku wahai suamiku “
Kelihatan sepasang suami isteri duduk
berdampingan seolah-olah itulah detik terakhir bagi mereka berdua………
Sang Isteri berkata”Wahai suamiku
sesungguhnya engkau tahu aku tidak pernah berbohong padamu selama hidup bersama
mu,tidak pernah mengkhianati mu dan tidak pernah melanggar perintah mu…”
Sang suami mengusap kepala isteri dan
berkata”Sesungguhnya kamu adalah wanita yang paling takut dan bertaqwa kepada
Allah.”
Wahai suamiku, aku akan pergi meninggalkan
mu buat selamanya sebentar lagi,aku ingin mewasiatkan kepada mu apa yang selama
ini terpendam dalam hatiku,sudikah kau melaksanakannya wahai suamiku”
Kedua-duanya
menangis seketika inilah tangisan bersama suami dan isteri yang
terakhir,kemudian sang suami memegang kepala isteri dan menyandarkannya
kedadanya dan berkata “wasiatkanlah kepadaku apa yang ingin kau wasiatkan.
Didalam
suasana yang hiba sang isteri berkata………
Wasiatku yang pertama selepas ketiadaan ku
engkau berkahwinlah dengan Umamah,putri saudari ku Zainab sebab dia sangat
menyanyangi anak-anakku dan sememangnya lelaki memerlukan seorang isteri
disisinya .
Sesungguh bergetar dinding sanubari sang
suami mendengar ungkapan cinta dewinya……
Kedua, siapa pun diantara mereka yang menzalimiku dan
merampas hakku tidak boleh mengahadiri upacara pemakamanku,jangan kau biarkan
walau salah seorang daripada mereka mengsalati jenazahku,wahai suamiku kuburkan
jenazahku dimalam hari saat semua mata tertidur…..
Detik-detik perpisahan kian hampir……kedua-dua
mereka berpelukan erat, lama, seolah-olah mereka seakan telah lama menyimpan perasaan bergelora
sebesar ini
Dia meminta kepada pembantunya Asma Binti
Umais dan Fidahh, memindahkan peraduannya ke ruangan tengah…
Tidak lama kemudian, sambil bertatih dia
menuju ke kamar mandi. Pelawaan daripada kedua pembantu wanitanya untuk
mengiringinya ditolak dengan isyarat tangan…….
Dia ingin membersihkan luka-luka darah dan
menyembunyikan luka lama ditubuhnya daripada suaminya yang akan memandikannya
nanti.
Sejenak berlalu dia keluar dari kamar
mandi, cahaya memancar dari arah busana putih yang baru dikenakannya menuju ke
ruangan tengah
Dia terbaring di sana..wajahnya mendongak
ke lelangit rumah dan layu lirik matanya seakan menambus ruang angkasa raya
lalu berkata “Salam ke atasmu wahai Jibril, Salam ke atasmu wahai Rasulullah…Ya
ALLAH bersama rasulmu di dalam keredhaan dan syurga yang penuh dengan
kedamaian…
Sesaat kemudian dia memejamkan kedua
matanya serta menjulur tubuhnya dan kedua kaki serta tangan nya…..dan roh harum
semerbak malakuti itupun terbang di iring para malaikat suci menembus
cakerawala….Innalillahi wainnailaihirajiun…….
Tinggallah suami yang kehilangan….serta
tinggallah putera puteri menjadi yatim….
Azlina Abdul Aziz
Wiladah Sayyidah
Zahra(as) 2013
No comments:
Post a Comment