جعل اللّه الكعبة البيت الحرام قياما للنّاس
Fardhu Haji di Baitullah alHaram adalah salah satu dari kewajipan-kewajipan agung Islam dengan
intisari yang agung insani,rohani,siasi dan sosial...dan perlu dibersihkan dari kesan-kesan Thoghut dan
kembali kepada Islam yang sebenar dan ia hendaklah berlaku dengan intisari kerohaniannya.
Muslimin dan Muslimat hendaklah memberi perhatian bahawa salah satu dari kepentingan falsafah
Haji ialah mewujudkan persefahaman dan mengukuhkan persaudaraan di kalangan umat Islam.
Kesemua anda wahai para penziarah yang mulia Baitullah alHaram yang datang dari empat penjuru
alam menuju rumah Allah,markaz Tauhid,tempat turunnya wahyu,tempat berdirinya Ibrahim (a.s) dan
Muhammad (s.a.w ) dua manusia agung pemecah berhala dan pembentak mustakbirin ( orang-orang
yang angkuh )...kenalilah syiar-syiar agung ini dan bersedialah dari markaz pemecahan berhala untuk
memecahkan berhala-berhala besar berbentuk kuasa-kuasa Syaitan,para perampok dan peratah umat
manusia dan janganlah gentar dengan kuasa-kuasa sepi iman dan dengan bergantung kepada Tuhan
Maha Agung di tempat-tempat agung ini ikatlah perjanjian perpaduan dan kesepakatan berhadapan
tentera-tentera Syirik dan kesyaitanan dan hindarkan perpecahan dan pertelingkahan
و لا تنازعو ا فتفشلوا و تذهب ريحكم janganlah kamu semua bertelingkah sehingga kamu lemah dan hilang
kekuatan.Marilah dengar pesanan Tuhan : قل انّما أعظكم بواحدة أن تقوموا للّه مثنى و فرادى katakanlah (wahai
Nabi) sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua satu perkara agar kamu bangkit kerana Allah
berdua-dua dan bersendirian.
Semua bangkit dan bangun kerana Allah,bangun bersendirian berhadapan tentera-tentera syaitan
dalam dirimu dan kebangkitan beramai-ramai berhadapan kuasa-kuasa syaitan.
Sekiranya kebangkitan itu bersifat Ilahi dan kerana Allah pastilah menang.
...Dan dengan keizinan Tuhan Yang Maha Berkuasa aku memberi berita gembira pertolongan
Tuhan dan kemenangan kepada kamu semua.
SOLAWAT
Nota : Keputusan Mahkamah Tinggi K.L bagi penerusan atau pengguguran kes menyaman fitnah
Utusan,Khusrin dan JAIS besok 31 Okt 2011 jam 2 pm Mahkamah Tinggi K.L Jalan Duta.
YA SAHIBAZZAMAN ADRIKNI