Sunday, 9 March 2014

Sambut Maulid Siti Zainab Kubra cucu Nabi Muhammad s.a.w dikira jenayah Syariah di negeri Perak????!!!! Baby umur 3 bulan juga dilokap disyaki Syiah menyambut Maulid Siti Zainab ???


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

https://fbcdn-photos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/t1/1175474_727057324005872_1826085691_n.jpg

https://fbcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/t1/1920038_727057527339185_282398722_n.jpg


300 Syiah ditangkap JAIPk di hari ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab

Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah ditangkap Jabatan Agama Islam Perak ketika menyambut ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s) di negeri Perak sebentar tadi.
 

 
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah Imamiyah termasuk wanita dan kanak-kanak telah ditahan ketika menyambut ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s) di negeri Perak. Antara mereka yang ditahan ialah seorang penceramah dari Kedah, Syeikh Abdullah bin Hasan.

Berasaskan laporan ini, lebih 100 anggota polis dan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) terlibat dalam operasi tersebut. Pihak polis bertugas di Ibupejabat Polis Selama ini menyatakan mereka tidak tahu menahu tentang operasi ini dan hanya diperalatkan oleh JAIP bagi menahan pengikut mazhab Syiah.

Kesemua yang ditahan di bawa ke ibupejabat polis dengan trak dan dilaporkan sedang meringkuk dalam lokap di mana kanak-kanak dibenarkan bermalam bersama ibu masing-masing manakala warga emas diasingkan dari tahanan lain. Pihak polis juga menyediakan makanan kepada tahanan tersebut kira-kira pukul 10 malam waktu Malaysia.

JAIP sebelum ini mengalami kekalahan dalam perbicaraan 2 kes penangkapan atas tuduhan memiliki bahan berunsur mazhab Syiah di negeri tersebut. 

Pihak ABNA sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang penangkapan tersebut dari lokasi insiden.

https://fbcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/1932406_727057174005887_2019404563_n.jpg


Insiden penangkapan Syiah di Perak;
 Wanita dan kanak-kanak kelihatan di perkarangan ibupejabat polis

Kira-kira 100 wanita dan kanak-kanak yang ditahan dalam lokap kelihatan di perkarangan Ibupejabat Polis Daerah Selama Perak 
 

 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan terkini dari Malaysia, kira-kira 100 orang wanita dan kanak-kanak sudah kelihatan di perkarangan Ibupejabat Polis Daerah Selama Perak.

Tidak ada jemaah yang diizinkan masuk ke dalam kompleks ibupejabat polis tersebut dan pintu pagar juga ditutup rapat.



Pejabat ABNA difahamkan kira-kira 300 orang jemaah Syiah telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak ketika menyambut hari ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s) semalam. Dalam insiden ini, kesemua mereka termasuk wanita dan kanak-kanak telah disumbat dalam lokap malam tadi dan hingga kini masih belum dibebaskan.


Beberapa orang tokoh Syiah terkenal seperti Syeikh Abdullah Hasan dari Kedah dan Haji Kamil Zuhairi dari Kuala Lumpur dilaporkan turut ditahan.

Abdul Wahid Ahamed Ibrahim's photo.Abdul Wahid Ahamed Ibrahim's photo.
Abdul Wahid Ahamed Ibrahim's photo.Abdul Wahid Ahamed Ibrahim's photo.


MALAYSIA   

Over 100 people arrested in latest crackdown on Shia Muslims

MARCH 09, 2014
Islamic authorities on Saturday arrested 114 people believed to be Shia Muslims in Perak, in the latest crackdown against followers of the second largest Islamic school of thought.
The arrest took place while they were attending a celebration to commemorare the birth of Siti Zainab, daughter of Islam's fourth caliph Ali, according to reports. Women and children were also among those arrested.
Shia Muslims consider Ali to be the rightful heir to the Muslim leadership following the death of Prophet Muhammad.
The latest operation, carried out by Perak Islamic Religious Affairs Department (Jaip) and the police, saw detainees taken to Selama police headquarters before being released a few hours later.
News portal Malaysiakini reported that police, in confirming the arrests, said they were only assisting Jaip.

It said Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, leader of the Malaysian Shiite Association, and its secretary Mohd Nasir Sahari, were among those nabbed.

"Everyone have been asked to present themselves at Jaip at different dates. For me, it's March 24," said Nasir, adding that they were detained under the Syariah Criminal Procedure (Perak) Enactment 2004.
Shia Muslims have been targeted in a campaign spearheaded by the government's religious officers as well as Umno leaders, with state television channels and mosques preaching to Malaysia's mainly Sunni Muslims on the danger of Shiism.
At Umno's general assembly last year, senior leaders urged stern action against Shia followers, in what observers said was an attempt to link Shia Islam with PAS, and even suggested that only Sunni Islam be recognised in the constitution.
The Malaysian Insider recently reported that the anti-Shia campaign has backfired after businesses in predominantly Shia Iran reacted by shunning Malaysian goods. – March 9, 2014.
The Perak Islamic Religious Affairs Department (Jaip) and the police arrested 114 individuals in Selama, Perak last night for alleged involvment in the Shiite sect.

Pemimpin Syiah, 114 ditahan di Perak


Seramai 114 individu, dipercayai penganut ajaran Syiah ditahan di Selama Perak, malam tadi dalam operasi bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersama polis setempat malam tadi.

Perkara itu disahkan sumber polis kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, polis menegaskan mereka hanya membantu JAIP dalam operasi itu.

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz yang turut ditahan berkata, tangkapan dibuat dalam majlis sambutan hari kelahiran cucu Nabi Muhammad dan adik kepada Saidina Husin, Siti Zainab.

“Turut ditahan kanak-kanak dan kaum wanita,” kata pemimpin Persatuan Syiah Malaysia itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, selepas ditahan mereka semua dibawa dari tempat serbuan di Bukit Ijok, Selama ke ibu pejabat polis (IPD) Selama sebelum dibebaskan selepas itu.

Penahanan mereka dibuat bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, menurut setiausaha persatuan itu Mohd Nasir Sahari.

“Kesemua yang ditahan diminta hadir ke JAIP pada bulan depan pada tarikh yang berbeza-beza.

"Macam saya diminta hadir pada 24 Mac,” kata Mohd Nasir yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Cubaan Malaysiakini menghubungi pejabat JAIP gagal lantaran cuti Ahad di Perak.
Tahanan Syiah dibebaskan secara berperingkat

Beberapa tahanan Syiah kelihatan keluar dari Ibupejabat Polis Selama. 

 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa orang pengikut mazhab Syiah yang ditahan untuk soal siasat di Ibupejabat Polis Daerah Selama kelihatan sudah dibebaskan atas jaminan polis.

Antara yang sudah berada diluar ibupejabat polis ialah kira-kira 50 orang wanita dan kanak-kanak dan Syeikh Abdullah Hasan, manakala tahanan yang lain akan dibebaskan secara berperingkat.


Selain itu terdapat laporan bahawa para tahanan tidak diberi makan sejak tadi malam. Sementara itu seorang kanak-kanak dilaporkan demam dan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tidak mengizinkannya keluar dari lokap.


Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Perak dalam satu lagi siri penindasan Jabatan Agama Islam Perak terhadap minoriti pengikut mazhab Syiah Imamiyah.


1 comment: