Thursday, 9 January 2014

USTAZ ABDULLAH ISA di mahkamah Syariah Pahang



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM








Bekas imam didakwa simpan buku Syiah
Bekas  imam  didakwa simpan buku Syiah. ROMPIN 7 Jan. - Seorang bekas imam didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.Abdullah Isa, 65, yang bekerja sebagai penyelia ladang mengaku tidak bersalah

utusan_malaysia/Mahkamah - 08/01/2014

SINAR HARIAN Imam mengaku tak bersalah miliki buku Syiah
MUADZAM SHAH - Seorang imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahu lalu.

Tertuduh Abdullah Isa, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya  di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)September lalu menahan seorang imam yang dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun yang lalu di kuarters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini.

Dalam operasi yang diadakan pukul 2 petang itu, pihak JAIP turut merampas beberapa buah buku yang disyaki berkaitan Syiah, tasbih daripada tanah


Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu Karbala dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut Syiah.


Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pendekatan antara Mazhab;
 Syiah dan Sunni sepakat dengan perpaduan yang dicetuskan Imam Husain (a.s)

Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab menekankan betapa pentingnya melihat jauh ke depan implikasi perpecahan dunia Islam dan bagaimanakah caranya untuk memperdekatkannya melalui program-program yang dianjurkan oleh institusinya. 

 Syiah dan Sunni sepakat dengan perpaduan yang dicetuskan Imam Husain (a.s)
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tokoh Ahlulsunnah Molavi Ishaq Madani dalam temubual bersama Taghrib News Agency (TNA) menjelaskan pandangannya tentang maknapendekatan Islam yang dapat mencegah perpecahan berasaskan pandangan Islam dan tema bagi Persidangan Perpaduan menurut pandangan Imam Husain (a.s) selaku Imam ke-tiga Syiah dan cucunda Nabi Muhammad (s.a.w).

TNA: Apakah makna 'pendekatan' dalam pandangan anda dan bagaimana temanya dapat diterapkan dalam hidup manusia?

Molavi: Pendekatan ialah membawa hati ke arah matlamat yang sama, ia memelukan kajian tentang elemen-elemen yang menjauhkan hati samada perselisihan dalam sebuah agama atau beberapa tuduhan yang dikenakan ke atas kita.

Meskipun ulama Syiah dan Sunni mempunyai pernyataan-pernyataan agama yang tersendiri, mereka saling mendekati antara satu sama lain walaupun kenyataannya mereka saling tidak bersetuju dalam pandangan agama, namun apa yang penting ialah unsur-unsur dari luar agama yang boleh menjauhkan mereka.

Terdapat beberapa gerakan pelampau yang tidak dipersetujui oleh mana-mana umat. Walau apa jua tuduhan yang terjadi terhadap kita dan kebencian antara satu sama lain sudah mula meledak, namun sekiranya kita mengambil pendekatan dialog dan saling mendengar suara pihak yang lain, maka tuduhan-tuduhan ini tidak memberikan kesan.

Apabila kita berbicara tentang pendekatan, tidaklah bermaksud kelompok yang lain harus menerima pandangan saya sedangkan masih terdapat pandangan yang lain. Kita masih boleh hidup bersama, saling mendengar antara satu sama lain dan tidak ada yang dapat merosakkan persaudaraan kita. Kenyataannya ialah unsur-unsur yang membawa kepada perselisihan dan konspirasi ialah sikap fanatik, pengabaian prinsip-perinsip Islam yang sebenar, dan tidak berfikir terhadap isu-isu ini.

TNA: Apakah pandangan Islam tentang salah faham dan bagaimana ia dapat memberikan pengaruh terhadap solidariti sesama muslim?

Molavi: Pertamanya ialah, hanya golongan yang pakar kelas pertama yang membimbing sebuah umat atau kelompok sahaja yang perlu mengeluarkan fatwa (kenyataan) terhadap sesuatu isu. Apa yang kita dengar sebagai salah faham ialah suara yang datang kelas bawahan dan bukannya pemimpin atasan.

Kita perlu tahu pandangan ulama Sunni dan Syiah tentang Islam dan bagaimana mereka menentukan seseorang muslim. Misalannya menurut Imam Abu Hanifah, barangsiapa yang solat mengadap ke arah kiblat maka dia adalah seorang muslim dan ia tidak boleh dipencilkan. Sekarang persoalannya ialah muslim yang manakah dipencilkan kerana tidak percaya kepada kiblat?

Para pemimpin muslim yang lain tidak sepatutnya memencilkan mazhab-mazhab Islam yang lain, jika tidak ianya adalah kumpulan gerakan ekstremis yang berpunca dari pengabaian kepentingan Islam.

TNA: Dalam pandangan anda, apakah unsur-unsur yang paling penting untuk menghadapi komplot perseteruan yang didalangi musuh?

Molavi: Pihak musuh memanfaatkan sepenuhnya kesempatan dengan cara terbaik untuk mencetuskan peperangan antara umat Islam. Sebagai contoh, menipu orang yang berfikiran terbuka, mereka menekankan dan meluaskan kesilapan kecil yang dilakukan oleh Syiah di kalangan masyarakat Sunni. Sekarang noktah penting di sini ialah individu yang melakukan kesalahan itu bukanlah ulama Syiah atau personaliti terkenal dalam umat.

Dalam nafas yang sama, sekiranya individu Sunni berkata sesuatu tentang Syiah, pertama sekali hendaklah kamu lihat siapakah yang membicarakannya.

Taktik musuh ialah memanfaatkan sebaik-baiknya kejahilan umat Islam. Sekiranya kita tidak menangani isu ini, dengan wujudnya kabar angin yang remeh, sebuah umat akan saling menyerang dengan fatwa-fatwa. Dengan itu kita hendaklah meneliti sesuatu isu, apakah ianya sebuah tuduhan atau apakah orang beriman benar-benar berada di belakang mereka, ataupun ianya merupakan individu kepercayaan kelompok terbabit.

Sekiranya para pengikut mazhab-mazhab Islam mengambil pandangan sebenar daripada ulama terkemuka mazhab lain, maka pihak musuh tidak dapat mengambil kesempatan terhadap mereka.

TNA: Pesidangan Perpaduan Islam tahun ini akan mengambil tema berasaskan al-Quranul Karim, sejauh manakah anda berfikir bahawa persidangan tahun ini dapat membantu pendekatan Islam?

Molavi: Persidangan Perpaduan Islam merupakan misi penting Lembaga Pendekatan Antara Mazhab, tapi ini bukan bermakna semua masalah akan diselesaikan oleh agenda tersebut.

Ulama Islam dari berbagai mazhab di seluruh dunia akan bersidang dan mendengar suara antara satu sama lain. Usaha ini amat bermanfaat bagi umat Islam dan ianya akan memberikan kesan positif  apabila hati insan saling mendekati. Tidak diragukan bahawa agenda ini telah mencapai kemajuan yang besar. Namun kita tidak boleh mendakwa bahawa semua isu dunia Islam telah diselesaikan melalui persidangan tahunan ini.

Kitab suci Islam (Al-Qur'an) dimiliki dan dikongsi oleh semua peserta umat Islam. Apa yang cuba dikatakan oleh pihak musuh adalah sia-sia. Tidak ada seorang pun individu daripada kalangan umat yang menolak Al-Qur'an. Semua mazhab sebulat suara menerima Al-Qur'an dan tempat terbaik untuk memulakan perpaduan ialah kitab suci Islam tersebut.

TNA: Hari perkabungan terhadap Imam Husain (a.s) sedang disambut secara tahunan. Bagaimanakah pandangan masyarakat Sunni terhadap Imam Syiah ke-tiga ini? Apakah peranan Imam Husain (a.s) dalam kebangkitan perpaduan umat?.

Molavi: Sunni tidak ragu-ragu menyatakan kecintaan dan kesetiaan mereka terhadap Ahlul Bait Nabi Muhammad (a.s), begitu juga kecintaan terhadap Imam Hasan (a.s) dan Husain (a.s) yang sentiasa menjadi penekanan dalam ucapan Sunni.

Selain memiliki persamaan wajah dengan Nabi Muhammad (s.a.w), mereka tidak meragukan pendirian dan kecintaan yang mereka ada terhadap Nabi Muhammad (s.a.w). Kecintaan terhadap kedua-dua Imam Syiah (a.s) merupakan cita-cita Syiah dan Sunni.

Peperangan Karbala dan kesyahidan Imam Husain (a.s) merupakan salah satu isu yang aneh dalam sejarah Islam sementara kebangkitan beliau merupakan kebangkitan yang berani dalam menentang penindasan.

Noktah penting di sini ialah peperangan Karbala merupakan peristiwa yang unik di mana perlawanan dan pendedahan kelemahan musuh-musuh beliau telah disahkan oleh kedua-dua pihak Syiah dan Sunni.




Jibril memberitakan kepada Nabi saw tentang terbunuhnya Al-Husein (as) dan membawa tanah Karbala

Ummul Fadhl binti Harits berkata bahwa ia datang kepada Rasulullah saw dan bertanya: Ya Rasulullah, tadi malam aku bermimpi yang menakutkan. Rasulullah saw bertanya: Mimpi apa? Ia berkata: Mimpiku sangat menakutkan. Mimpi apa? Tanya Rasulullah saw. Ia berkata: Aku mimpi seakan-akan bagian tubuhmu kuletakkan di pangkuanku. Rasulullah saw bersabda: Kamu mimpi baik, Fatimah akan melahirkan, dan insya Allah anak itu akan berada dalam pangkuanmu. Lalu Fatimah (as) melahirkan Al-Husein (as) dan ia berada dalam pangkuanku sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

 
Pada suatu hari aku datang kepada Rasulullah saw lalu kuletakkan Al-Husein di pangkuannya, kemudian Rasulullah saw menangis. Aku bertanya: Mengapa engkau menangis? Rasulullah saw bersabda: “Baru saja Jibril datang memberitakan kepadaku bahwa ummatku akan membunuh puteraku ini.”

Aku bertanya: Ini (Al-Husein)? Rasulullah saw menjawab: “Ya.., baru saja Jibril datang kepadaku dengan membawa turbah (tanah) Al-Husein yang berwarna merah.”

Al-Hakim berkata: hadis ini shahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim.

Hadis ini dan yang semakna juga terdapat dalam:

1. Mustadrak Al-Hakim, jilid 4 halaman 398. Diriwayatkan oleh Ummu Salamah. Al-Hakim berkata: hadis ini shahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim, tetapi mereka berdua tidak meriwayatkan dalam kitabnya.
2. Dzakhair Al-Uqba, halaman 148.
3. Musnad Ahmad bin Hambal, jilid 3 halaman 242, hadis ke 13127 dan 13383.
4. Kanzul Ummal, jilid 7 halaman 106, hd 37669.
5. Majmaj Az-Zawaid, jilid 9 halaman 187.
6. Ash-Shawa’iq Al-Muhriqah, Ibnu hajar, halaman 115, hadis ke 30.


No comments:

Post a Comment