Thursday, 5 September 2013

VIRUS SYIAH ?? SATU JUTA SYIAH ?? BERMUAFAKAT UNTUK MEMECAHKAN UMMAT ??


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Logo
SEMINAR MENDEPANI VIRUS SYIAH - SENARAI PEMBENTANG DAN TAJUK KERTAS
KERJA

Senarai Pembentang dan Tajuk Kertas Kerja:
1) Ustaz Mohamad Ismail
    Pengerusi Pengkaderan ISMA &
    Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia
    Kertas Kerja:
    Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah.
 
2) Ustaz Hamidi Ismail
    Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya
    Kertas Kerja:
    Konsep Imam dan Imamiyah Syiah Dan percanggahanya Dari Islam.
 
3) Datuk Nakhaie Haji  Ahmad
     Presiden
     Dakwah Global Friendship Society
     Mantan YDP YADIM
     Kertas kerja
     Akidah Khumayni Berdasarkan Karyanya – Kasyful Asrar,
     Al-Hukumah Al-Islamiyyah dan Wasiyat.
 
4) Penampilan Khas Dua Orang Mangsa Syi’ah.
 
5) Dr. Zamihan Md Zain Al-Ghari
     Kementerian Dalam Negeri (KDN)
     Kertas Kerja:
     Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan
     Negara.
 
    
 


ARKIB

Pegawai Jakim:Wahabi dan Syiah
sumber ancaman utama, perlu dibendung



OLEH G MANIMARAN
JULY 3 1 , 2 0 1 1
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata
Wahabi dan Syiah merupakan ancaman utama kepada keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu
memberi perhatian secara menyeluruh untuk membendung kedua-dua fahaman itu agar tidak membawa
kepada pemikiran radikal.
“Ancaman pemikiran terbesar di negara kita sekarang ialah Wahabi dan Syiah... pemikiran yang
ekstrem... (kerajaan) perlu bendung bagi mengharmonikan amalan fahaman Sunah Waljamaah di
Malaysia,” kata Zamihan Mat Zin, yang kini merupakan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu
Teras di Institut Latihan Islam Malaysia, agensi di bawah penyeliaan Jakim.
Zamihan, yang menjadi perhatian di sebalik polemik fahaman Wahabi sejak tahun lalu berkata,jika

tidak dibanteras, ia berpotensi untuk mengganggu-gugat sistem etika pengurusan hal ehwal Islam di
Malaysia.”
Zamihan berkata mengikut kajiannya fahaman Wahabi dan Syiah
masing-masing mempunyai pengikut sekitar sejuta orang.
Dalam satu pertemuan di pejabatnya di Bandar Baru Bangi barubaru ini, Zamihan memberitahu The Malaysian Insider, jika dibiarkan
ia akan “menyuburkan gejala ekstremisme agama sebagaimana
berlaku di Pakistan, Afghanistan, Iraq, Indonesia dan Chechnya.”
Sambil menarik perhatian kepada tindakan sesetengah pihak
melakukan perkara itu dengan sokongan pihak luaran, beliau
menambah, ada pendakwah yang menerima bantuan kewangan
dalam bentuk elaun daripada menerusi kedutaan asing di sini untuk mengadakan aktiviti yang boleh
menyuntik fahaman.
“Ada pendakwah menerima elaun bulanan, dalam jumlah besar... memang ada bukti. Memang pihak
berkenaan akan menafikan, kalau saudara tanya mereka mesti menafikan, tetapi kami ada bukti,” kata
beliau lagi.
Dalam ulasan sebelum ini, Zamihan mempertahankan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sambil
menegaskan, isu amalan Wahabi menjadi semakin serius.
Zamihan juga mendakwa sebelum ini bahawa amalan fahaman Wahabi berleluasa dengan mendapat
perlindungan dan campur tangan ahli-ahli politik, malah menular ke agensi-agensi agama di peringkat
nasional dan negeri.
MKN telah mengadakan mesyuarat khas Isnin lalu bagi membincangkan perkara tersebut. Difahamkan
mesyuarat merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir
dengan pembabitan dalam terorisme.
Mesyuarat itu susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amalan Wahabi
di peringkat pusat pengajian tinggi dan di Bukit Aman.
Ia telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama
muda yang menyertai Umno tahun lalu.
Mereka ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan
sekumpulan 40 ulama muda yang menyertai Umno termasuk Fathul Bari Mat Jahya.
Zamihan menjadi perhatian ekoran pendedahan media tahun lalu susulan satu sesi taklimat yang
mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu Asri, Juanda, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri
Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman
wahabi dan pengganas JI.
Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider ketika itu, Zamihan menafikan dakwaan
bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan
fahaman wahabi dan pengganas JI.
Berdasarkan laporan The Malaysian Insider semalam, Juanda Jaya melahirkan rasa lega kerana
Putrajaya tampil dengan penjelasan mengenai isu Wahabi termasuk penegasan bahawa Arab Saudi
tidak mempelopori keganasan dan ajaran sesat di negara .ini menerusi fahaman itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak pernah
menganggap negara di rantau Asia Barat termasuk Arab Saudi sebagai negara yang mempelopori
keganasan dan ajaran sesat.
Sebaliknya kata Jamil Khir, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara di rantau itu
kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan mana-mana negara dengan aktiviti keganasan.
“Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa menjaga hubungan yang terjalin antara negara luar termasuk Arab
Saudi, Jordan, Iraq dan sebagainya.
“Selain itu, kita ambil pendekatan berhati-hati agar unsur-unsur keganasan tidak cuba dibawa masuk ke
negara ini kerana ia akan membawa perpecahan,” kata beliau.
Jamil Khir berkata secara umumnya keganasan pada waktu ini bukan atas nama kumpulan atau
negara tetapi ia kadang-kadang datang daripada individu-individu tertentu.
Pertemuan dengan Zamihan berlangsung sehari sebelum kenyataan rasmi Jamil Khir itu.
Ditanya mengenai dakwaan berkaitan amalan Wahabi dengan hubungan diplomatik, Zamihan berkata

ini bukan soal hubungan dua hala akan terjejas ataupun sebaliknya.
Tetapi kata beliau, ia berkaitan dengan soal membantu menjaga keselamatan dan kepentingan
bersama.
“Kalau anda datang ke sini, anda kena jaga sensitiviti kami. Begitu juga apabila kami pergi ke negara
anda, kami kena menjaga sensitiviti dengan tidak membawa fahaman kami.
“Saya pasti mana-mana negara pun akan mengambil tindakan atau menghalau keluar jika rakyat
negara lain membawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara dikunjungi,” kata beliau.
“Misalnya jika rakyat Iraq datang ke Malaysia dan membawa dadah, dan jika kita tangkap... adakah ia
akan menjejaskan hubungan dua hala, hubungan diplomatik. Saya rasa tidak, jadi begitu juga dalam
soal fahaman agama ini. Jangan bawa fahaman yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya
lagi sambil menambah, “ini bukan tuduhan, tetapi hakikat yang berlaku.”
“Mana-mana negara pun kena penyakit ini,” kata Zamihan yang turut berkata beliau telah
membangkitkan isu ini sejak tahun 2006.



Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) akan meneruskan penganjuran siri Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah
Seminar Mendepani Virus Syiah
Tarikh:
8hb September 2013 (Ahad)
Masa:
8:00 pagi – 5:30 petang
Tempat:
Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur
**************
Penyertaan dibuka kepada semua umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah
Pendaftaran adalah PERCUMA
Sila ikuti perkembangan lanjut di http://muafakatmalaysia.com/
Sila emel@sms: Nama penuh, No Kad pengenalan dan No h/p:
Ke
emel: muafakat_malaysia@yahoo.com
Tel: +6019-4271025


‘Virus’ Syiah perosak akidah- Utusan Malaysia

Haji amin
PENULARAN ajaran Syiah amat membimbangkan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang salah, batil serta mungkar itu disifatkan sebagai ‘virus’ yang berupaya merosakkan keutuhan akidah ummah.
‘Virus’ berbahaya itu semakin mencengkam umat Islam malah sekumpulan penganut Syiah aliran Khomeini dan pengikut Setiausaha Agung Hezbullah, Hassan Nasrullah dikatakan berjaya menyelinap masuk ke dalam parti-parti politik tempatan serta memegang jawatan-jawatan penting.
Sebahagian umat Islam di Malaysia agak keliru dengan polemik yang ditimbulkan oleh gerakan penyebaran ajaran Syiah. Tanggapan kononnya polemik antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah cuma melibatkan perbezaan mazhab fiqah adalah tidak tepat.
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) mengambil inisiatif dalam menjayakan usaha membanteras ajaran Syiah di negara ini dengan menganjurkan Seminar Mendepani Virus Syiah secara percuma dan terbuka kepada umat Islam di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 8 September ini.
Timbalan Presidennya, Mohd. Amin Hashim yakin seminar yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang itu berupaya merungkai kekeliruan dan persoalan yang timbul ekoran polemik ajaran Syiah.
“Kita risau kerana selama ini umat Islam di Malaysia berpegang kepada ajaran yang benar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Namun, pegangan yang kukuh itu tiba-tiba dirosakkan oleh ajaran Syiah yang salah, batil dan mungkar.
“Polemik ajaran Syiah sebenarnya melibatkan perbezaan akidah sama seperti perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain,” katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Pejabat Muafakat di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau memberitahu, fakta-fakta sebenar berhubung ajaran Syiah akan diperincikan dalam seminar yang dijangka dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, pembentang-pembentang kertas kerja terdiri daripada Presiden Persatuan Persaudaraan Dakwah Global, Datuk Nakhaie Ahmad; Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail; Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM), Hamidi Ismail dan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan Mat Zin.
“Nakhaie bakal membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Akidah Khomeini Berdasarkan Karyanya – Kasyful Asrar, Al-Hukumah Al-Islamiyyah dan Wasiyat‘.
“Mohamad akan menghuraikan topik ‘Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah’ manakala Hamidi pula membentangkan tajuk ‘Konsep Imam dan Imamiyah Syiah dan Percanggahannya Dengan Islam’.
“Kertas kerja bertajuk ‘Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara‘ akan dibentangkan oleh Zamihan,” ujarnya.
Lebih menarik lagi, dua warga asing yang pernah menjadi mangsa penindasan penganut Syiah akan membuat penampilan khas sambil menceritakan pengalaman mereka pada seminar tersebut.
Kembali kepada polemik Syiah, Mohd. Amin berpandangan, penolakan terhadap ajaran itu hendaklah dibuat secara menyeluruh tanpa memberi pengecualian kepada mana-mana aliran di bawahnya.
Seperti yang ditegaskan beliau, tindakan itu selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.
“Sepatutnya tidak timbul lagi suara-suara sumbang mempertahankan aliran tertentu di bawah ajaran Syiah seperti Zaidiyah yang kononnya tidak sesat.
“Selain keputusan muzakarah tersebut, pandangan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang kesesatan ajaran Syiah adalah jelas,” katanya.
Mohd. Amin menyebut dua sumber rujukan yang menyokong pandangan tersebut iaitu kitab Al-Farqu Baina Al-Firaq karya Al-Baghdadi dan kitab Maqallat Islamiyyin oleh Al-Asyaari.
Beliau menekankan betapa pentingnya kesedaran umat Islam tentang bahaya ajaran Syiah dipertingkatkan dan pada masa sama, akidah mereka diperkukuhkan.
“Kita suburkan usaha menyampaikan ilmu agama di masjid dan surau. Didik dan bimbinglah ummah dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar,” ujarnya.
Tidak kurang pentingnya, Mohd. Amin menyimpulkan, pihak berkuasa agama Islam mesti menguatkuasakan peruntukan undang-undang berkaitan ajaran sesat termasuk Syiah.


ARKIB

uima-syiah-utusan29jun2013-png
Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim.
Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.
Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah.
Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.
Semua dialog itu gagal! Sebab apa? Sebabnya premis mereka berbeza daripada premis Sunni dan lagi, perangai mereka seperti Yahudi iaitu berbohong, putar belit dan khianat kepada persetujuan!
Saya ingin bertanya Ahmad. Dalam dialog itu, kita nak mula daripada premis apa? Sudah tentu sebagai seorang Muslim kita wajib bertolak dari premis ‘Aqaid dalam semua struktur, dimensi dan perspektif.
Mungkin Ahmad atau orang lain akan berkata, dalam sesuatu dialog, kita tidak boleh kenakan sebarang syarat. Perlu diingat, ini bukan dialog politik tetapi dialog agama, maka mesti dikenakan syarat, sebab puak Syiah mendakwa ia sebahagian dari Islam.
Sama seperti kita berdialog dengan penganut ajaran sesat yang lain seperti Arqam, Ayah Pin, Qadyani dan lain-lain. Kita mesti dikenakan syarat. Antara syaratnya ialah mereka mesti menerima para Sahabat dan para isteri Nabi SAW sebagai sumber dan faktor dominan Islam kerana merekalah sebenarnya yang membina epistemologi al-Islam yang berteraskan kepada al-Hadith al-Nabawiyyah yang menjadi dasar al-Islam bersama al-Quran.
Satu perkara yang Ahmad lupa mengenai perangai ulama Syiah ialah mereka ini pembohong dan pemutar belit. Cuba anda lihat kepada kes dialog menerusi surat menyurat antara Syaikh Salim al-Bisyir, bekas Rektor al-Azhar dengan Musavi Syiah Lebanon tidak dahulu. Selepas kematian Salim al-Bisyir, Musavi menerbitkan buku bernama al-Muraja’at berdasarkan surat menyurat tersebut.
Kenapa selepas kematian Bisyir? Sebabnya, Musavi yang kalah dalam berhujah itu membuat manipulasi dan mengubah isi kandungan surat-menyurat tersebut sehingga menampakkan kepada ramai bahawa al-Bisyir kalah dalam berhujah dan dia menang.
Adalah tidak masuk akal yang sihat, Rektor al-Azhar boleh kalah hujah. Yang sebenarnya Musavi mahu tutup malu oleh sebab kekalahannya dengan membuat penipuan dan manipulasi. Itu adalah perangai ulama Syiah – menipu. Menipu menjadi doktrin agama mereka yang bernama taqiyyah dan kitman.
Ahmad menuduh ustaz-ustaz Sunni syok sendiri dan tidak dapat berhujah dengan mantap dan tidak menggunakan sumber-sumber Syiah sendiri. Adakah Ahmad sudah meneliti semua hujah yang diberi oleh ustaz-ustaz Sunni?
Jika diteliti kenyataan-kenyataan bertulis dalam media khususnya Utusan Malaysia misalnya, ustaz-ustaz kita itu berhujah cukup mantap kecuali bagi orang Syiah. Seperti kaum Musyrikin Mekah, mereka menolak hujah Nabi SAW walaupun hujah tersebut seperti terangnya matahari di tengah kepala!
Memanglah puak Syiah hilang daya intelektual dan ilmiah mereka kerana berpegang kepada dalil khurafat daripada buku-buku Kulayni atau Khomeini yang penuh dengan tahayul dan khayalan.
Dalam berhujah, ustaz-ustaz Sunni memang memetik daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti Usul al-Kafi dan juga karya Khomeini sendiri. Kitab mana lagi dari literatur penting Syiah yang Ahmad hendak ustaz-ustaz kita itu rujuk? Tolong senaraikan.
Mualana Nu’mani misalnya, merujuk sekitar 200 buah kitab Syiah sekadar mahu menghasilkan sebuah buku yang tebalnya kira-kira 100 helai sahaja! Tulisan Maulana Nu’mani ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan golongan Sunni terbitkan dalam tahun 1980-an.
Dalam suatu seminar pada tahun 1980-an dahulu, Ahli Sunnah membongkar kesesatan ajaran Syiah berdasarkan karya autentik mereka sendiri. Ustaz-ustaz kita tidak dengar cakap orang semata-mata seperti dakwaan Ahmad.
Saya percaya Ahmad tidak mengikuti perkembangan wacana mengenai kesesatan Syiah yang dibuat sejak tahun-tahun 1980-an lagi di serata ceruk Malaysia atau Ahmad termakan umpan Syiah?
Ahmad amat keliru mengenai al-Quran versi Syiah. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni membuat spekulasi kerana mengambil daripada sumber dengar cakap. Jika Ahmad ulang tengok dalam akhbar Utusan Malaysia, mengenai kesesatan ajaran Syiah, jelas penulis rencana tersebut menyebut sumber rujukan yang diambil dalam membuat kenyataan yang Quran Syiah berbeza daripada al-Quran pegangan kaum Muslimin. Sila Ahmad rujuk Utusan Malaysia beberapa minggu lepas.
Yang pasti Ahmad tidak membaca literatur-literatur Syiah berkaitan dengan al-Quran ini. Saya cadangkan Ahmad baca wasiat Khomeini dan di sana, anda akan dapati Khomeini sedang menunggu Mushaf Fatimah yang akan dibawa keluar oleh imam mereka yang kedua belas itu. Sila baca juga kitab besar Syiah seperti Usul al-Kafi karya Kulayni dan Fasl al-Khitab karya Husin al-Tabarsi kalau nak tahu lebih lanjut, apa yang mereka kata kepada Mushaf ‘Uthman pegangan orang Islam.
Ahmad berkata perlu kita kenal pasti aliran Syiah mana yang berkembang di Malaysia, yang melampau dan yang akan mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Perlu disedari bahawa, semua Syiah adalah bersifat melampau dan mengancam keselamatan dan keharmonian masyarakat Islam terutamanya dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Ulama Islam tidak membezakan jenis-jenis Syiah kecuali Syiah Mufaddaliyyah atau firqah Zaidiyyah yang tidak mengkafirkan Sahabat. (Bukan semua Zaidiyah diterima kerana ada firqah Zaidiyah yang ditolak).
Elok Ahmad meneliti kitab klasik Sunni seperti Maqolat Islamiyyin, al-Farq baynal Firaq, Tabsir fi’d-din dan lain-lain. Bahkan sila Ahmad tengok sendiri buku Khomeini al-Hukumah al-Islamiyyah yang meletakkan ketinggian imam mereka melebihi para Nabi. Bukankah ini melampau? Ini sebenarnya suatu penghinaan kepada para Nabi.
Ahmad benar-benar tidak faham mengenai ajaran-ajaran Syiah apabila dia menyentuh perbuatan sujud di atas tanah yang dikatakannya pelbagai hujah telah diberi oleh Syiah. Bukan sahaja sujud atas tanah Karbala, bahkan banyak lagi perbuatan dan iktikad Syiah yang mereka kata berdasarkan hujah.
Memang benar mereka kemukakan dalil dan hujah tetapi perlu difahami bahawa ajaran sesat di Malaysia pun memberi dalil dan hujah tetapi dalil dan hujah mereka itu adalah berdasarkan tahyul dan khurafat semata-mata.
Saya suka tegaskan sekali lagi bahawa dialog dengan Syiah adalah tidak berfaedah. Justeru tidak perlu diadakan, memandangkan mereka mempunyai sistem akidah dan Syariah tersendiri seperti Kristian, Baha’i, Ahmadiyah dan lain-lain. Dan juga kerana sifat kedegilan mereka untuk menerima hujah dan kebenaran.
Kita guna pakai peraturan sedia ada dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah ini dan dalam masa yang sama, kita perkasakan wacana keilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

SOLAWAT


No comments:

Post a Comment