Bismillahirrahmanirrahim
PondokModenCyber
Kronologi istilah Ijtihad
Fiqh
PondokModenCyber
Kronologi istilah Ijtihad
Fiqh
Apabila seseorang itu beriman kepada
Allah , agama Islam dan syariat dan ia mengetahui yang dirinya dipersoalkan
sebagai seorang hamba Tuhan agar mentaati hukum-hakamNya maka ia berkewajipan
untuk menyesuaikan tingkah lakunya dengan syariat Islam di dalam berbagai
bidang kehidupan. Oleh itu adalah semestinya seseorang itu menentukan Mawqif
amali /pendiriannya dan tahu bagaimana dan apa yang sepatutnya ia lakukan pada
setiap keadaan.
Jikalau
sekiranya hukum-hakam syariat itu jelas sejelas-jelasnya bagi semua pada setiap
keadaan sudah pasti mudah bagi setiap orang untuk menentukan tanggungjawabnya
yang sepatutnya ia lakukan dan tidaklah memerlukan perbahasan ilmiah dan kajian
yang meluas tetapi faktor-faktor yang berbagai diantaranya jarak masa yang jauh
dari era Tashrik yang diantaranya faktor-faktor pemalsuan yang terjadi pada
nash-nash syarie dan diantaranya situasi Taqiyyah yang mana para Imam a.s hidup
ketika itu, menyebabkan tidak jelasnya sebahagian besar dari hukum-hakam
syariat.
Berdasarkan ini adalah perlu untuk diasaskan
satu disiplin ilmu yang mengenepikan kesamaran tanggunjawabnya berhadapan
syariat pada setiap peristiwa dengan menegakkan dalil-dalil untuk
menentukannya.
Maka telah wujud ilmu Fiqh untuk
memikul tanggungjawab ini yang menentukan tanggungjawab syar'ie secara berdalil
yang dipikul oleh para Fuqaha dan inilah yang disebut "gerakan istinbat
hukum syarie "عملية استنباط الحكم الشرعي
dan boleh ditakrifkan ilmu Fiqh sebagai "ilmu istinbath hukum-hakam
Syarie"
Menentukan tanggungjawab amali
dengan berdalil didalam ilmu fiqh berlaku dengan dua uslub atau metod :
Pertama:
Penentuan Mawqif amali atau pendirian amali dengan menentukan hukum syarie.
Kedua: Penentuan
Wazifah@tanggungjwb Amaliah berhadapan hukum yang disyaki setelah semakin kukuhnya syak dan
terdapat keuzuran menentukan hukum syar'ie.
Dalil-dalil yang digunakan didalam uslub pertama dinamakan Adillah atau
Adillah Muhrizah (ادلّة محرزة) yang
dengannya dizahirkan hukum syar'ie.
Manakala uslub kedua,dalil-dalil menentukan wazifah Amaliah dinamakan Adillah Amaliah (ادلّة عمليه) atau usul Amaliah. Dengan kedua-dua uslub atau metod seorang faqih mengamalkan istinbat hukum syarie atau menetukan موقف عملي dengan berdalil.
Manakala uslub kedua,dalil-dalil menentukan wazifah Amaliah dinamakan Adillah Amaliah (ادلّة عمليه) atau usul Amaliah. Dengan kedua-dua uslub atau metod seorang faqih mengamalkan istinbat hukum syarie atau menetukan موقف عملي dengan berdalil.
Apakah empunya
syariat (شارع) mengizinkan gerakerja ijtihad?
Sebenarnya
perkara ini tidak perlukan persoalan kerana haruskah tidak ممارسة عملية
الاستنباط (pengamalan gerakerja mengeluarkan hukum syara') ini adalah
jelas kerana ia bermakna menentukan Mawqif amali (pendirian amali) secara
berdalil berhadapan dengan syariat. Oleh kerana hukum-hukum syariat kebiasaannya
tidaklah jelas sehinggakan tidak memerlukan dalil maka adalah tidak rasional
mengharamkan keatas umat manusia keseluruhannya dari menentukan pendirian
amalinya secara berdalil.
Timbulnya ikhtilaf tentang ijtihad disebabkan
kesamaran kerana kalimat "ijtihad" itu sendiri melalui peristilahan
yang berbagai di dalam sejarahnya.
"Ijtihad " dari segi lughawi dari kalimat
"Juhd" bererti bertungkus lumus untuk melakukan sesuatu dan telah
digunakan buat pertama kalinya didalam bidang Fiqh untuk mengungkapkan satu
kaedah dari kaedah-kaedah madrasah fiqh sunni yang dipelopori oleh madrasah Abu
Hanifah dimana, sesungguhnya faqeh apabila hendak mengistinbath hukum syar'ie
dan tidak menemui nas didalam kitab atau sunnah maka ia merujuk kepada
"ijtihad "menggantikan nas.Ijtihad disini yakni Tafkir Syakhsi
(pandangan peribadi). Oleh itu faqeh apabila tidak mendapat Nas , ia merujuk
kepada pemikirannya yang khas dan ia meletakkan Tashrik diatas apa yang ada
tarjih didalam fikiran peribadinya dan perkara ini juga disebut Ra'yu (الرأي)
Madrasah-madrasah besar didalam Fiqh Sunni mengajak
untuk berijtihad dengan makna ini yang senarai teratasnya ialah madrasah Abu
Hanifah dan dalam masa yang sama berhadapan dengan penentangan hebat dari para
imam Ahlul Bait as dan para Fuqaha Madrasah Ahlul Bait a.s (Wasail J 18)
Penggunaan makna ini bagi kalimat "ijtihad"
adalah sejak zaman para Imam Ahlul Bait a.s sehingga kurun ketujuh dan terdapat
penulisan yang mengecam sumber Fiqh sebegini di zaman para Imam a.s.
Abdullah bin Abd Rahman Azzubairi menulis kitab
الاستفادة في
الطعون على الأوائل و الردّ على اصحاب الاجتهاد و القياس
Hilal bin Ibrahim bin Abil Fath Madani Ismail bin Ali
bin Ishak bin Abi Sahl Naubakhti pada zaman ghaibah Sughra atau sebelumnya.
Assadiq setelah ghaibah sughra pertengahan kurun ke-4
meneruskan kecaman
.Syaikh Mufid pada akhir kurun ke 4 begitu juga Sayed Murtadha pada awal kurun ke 5.
.Syaikh Mufid pada akhir kurun ke 4 begitu juga Sayed Murtadha pada awal kurun ke 5.
Syaikh Tusi yang wafat pertengahan kurun ke 5.
Ibnu Idris pada akhir kurun ke 6.
Ibnu Idris pada akhir kurun ke 6.
Tetapi walaubagaimanapun kalimat ijtihad ini telah
mengalami perubahan didalam istilah Fuqaha' kita seperti mana Muhaqqiq Hilli
(wafat 676H) apabila menulis tentang hakikat ijtihad bahawa ianya dikalangan
uruf Fuqaha' bermakna berusaha mengeluarkan hukum-hukum Syar'ie. Maka itu
mengeluarkan hukum-hakam dari dalil-dalil syarak adalah ijtihad. Oleh itu
mungkin kita tafsirkan sikap sekumpulan ulama kita yang menetang kalimat
ijtihad yang memikul makna yang pertama dan ini adalah berbeza dari ijtihad
makna kedua.
Maka itu harusnya berijtihad dengan makna amaliyyat
istinbath adalah satu perkara yang jelas sekali.
solawat
Assalamualaikum Ustaz KamilZuhairi dan semua yang dimuliakan..
ReplyDeleteSaya ingin memohon jasa baik semua.. Saya ingin mengenali Mazhab Ahlul Bait.. Disusun sepuluh jari untuk membantu
0189092459