Monday 10 February 2014

Amaran Komando Emas Iraq kepada Saudi : Kami akan solat di Jannatul Baqie jika Saudi menjejakkan kaki ke bumi Iraq


بسم الله الرحمن الرحیم

Amaran komando Emas Iraq kepada Saudi;

 Kami akan solat di Baqi sekiranya rejim Arab Saudi ceroboh Iraq

Setelah berjaya membebaskan Samarra dan Haram Imam Askari, Batalion Emas pimpinan Fadhil Jamil Al-Barwari berikrar akan mengerjakan solat di Baqi', Madinah al-Munawwarah setelah kejatuhan rejim Saudi.
 

 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang komando yang memimpin Batalion Emas dalam beberapa operasi membasmi pengganas tajaan Arab Saudi mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran akan solat di Baqi' sekiranya rejim Saudi masih berniat menyerang Iraq.

Dalam salah satu status beliau di laman sesawang sosial Facebook, beliau juga memberikan amaran keras pasukan tentera Iraq akan solat Zuhur di permakaman Baqi' sekiranya askar Saudi menjejakkan kaki ke bumi Iraq walaupun sejengkal.

Salah seorang komandan yang bertanggung jawab dalam mengendalikan operasi memerangi pengganas Wahabi, ialah Fadhil Jamil Al-Barwari. 



Beliau yang memimpin Batalion Emas berasal dari wilayah Barwari, yang terletak antara kota Dahuk dan sempadan Iraq, kawasan penduduk Kurdistan.

Fadhil pernah menyertai operasi membasmi pengganas pada tahun 2004 di kota Falujah. Setelah mencapai kemenangan, beliau turut serta dalam operasi membebaskan kota Samarra dan Haram Imam Hasan al-Askari.



Dalam tahun 2007 beliau menjadi ketua pasukan Iraq dan bertanggung jawab dalam operasi menyelamatkan kota Diyali, Mousul, Bashrah sehingga menjadi komando Batalion Emas pada tahun 2008.

Pertempuran sengit antara pengganas Da'ash dengan tentera dan Batalion Emas pimpinan Fadhil masih berlangsung sehingga sekarang. Menurut beliau, kawasan Bufaraj, Humairiya, Sufiya, termasuklah Dhibaz, Mal'ab, Thash, Zenkura, Meidan I'tishab, jalan 20 dan jalan 60 telah benar-benar bersih dari pengganas.



Mengulas tentang operasi baru anti pengganas di Anbar, beliau berkata, "Operasi ketenteraan di wilayah Anbar telah dilancarkan dan peperangan sengit telah meletus di kawasan sasaran."

Dalam kenyataan rasminya, beliau menegaskan pasukannya menggunakan pelancar peluru roket baru dan pengganas Da'ash akan musnah.



Beberapa hari lalu, gambar pasukan beliau bersama penangkapan beberapa anggota pengganas di kawasan Bubali, wilayah Anbar tersebar, sekaligus menegaskan kekuatan pengganas beraliran Wahabi telah lumpuh di kawasan tersebut. Selain itu gambar tersebut juga menghapuskan kabar angin yang menggambarkan sebagai tentera Iraq pengecut dalam memerangi pengganas.

Menurut Fadhil, pasukannya turut mencari empat jenazah rakan mereka yang gugur dalam perjuangan setelah diculik dan dibunuh pengganas.

Beliau juga berikrar akan membalas bela kematian empat anggotanya dengan membinasakan empat ribu pengganas dalam operasi berikutnya.



Dalam pengamatan beliau, kumpulan pengganas yang sedang diperanginya itu telah dibentuk oleh Istael. Menurut beliau lagi, sejak tahun 2006 kelengkapan senjata moden yang didapati dari pengganas adalah buatan Israel.

Negara Arab Saudi sebelum ini terpaksa mengukuhkan kedudukan pengganas yang mengalami kekalahan fatal di Syria dengan membentuk unit militan seperti militan dan negara yang dipilihnya ialah Iraq.


Berdasarkan perkembangan terbaru di Iraq, pengganas Wahabi tajaan Arab Saudi yang sebelum ini menjalankan kegiatan terrorisme di Syria telah menghampiri kekalahan parah dan akan dibasmi habis-habisan tidak lama lagi.

Lebih dari sebulan kawasan majoriti Sunni di Wilayah Anbar telah bertukar menjadi medan perang antara pengganas Wahabi dari kumpulan Da'ash dengan kerajaan Iraq. Pada mulanya pengganas Wahabi berjaya menguasai kota Ramadi dan Falujah sehingga menyebabkan Perdana Menteri Nuri Maliki mengerah beberapa unit pasukan bersenjata pada 21 Disember lalu untuk membebaskan kedua-dua kawasan tersebut.
















Hujjatul Islam Sa'idi Imam solat Jumaat Qom ;

 Penubuhan polis Syariah anti-Syiah Malaysia memalukan

Tindakan Malaysia menubuhkan polis anti Syiah atas nama Syariah memalukan negara tersebut di peringkat global 

 Penubuhan polis Syariah anti-Syiah Malaysia memalukan
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam solat Jumaat Qom dalam khutbah Jumaat berkata, "Di Afghanistan, Hamid Kharzai bangkit menentang permintaan melampau Amerika, kerana beliau sedar bahawa Amerika tidak dapat dipercayai bila-bila masa, sedangkan sebelum ini beliau sendiri adalah boneka negara tersebut, beliau telah memilih melawan berbanding menyerah.

"Kedengaran penubuhan polis Syariah anti Syiah di negara Malaysia, tindakan tersebut memalukan wajah negara ini di peringkat global. Ini disebabkan berbagai penganut agama tinggal di negara itu sehingga mereka mempunyai hak sebagai warga tempatan, mereka menyertai kegiatan-kegiatan politik dan pemerintahan. Namun unit polis ini ditubuhkan berasaskan anti Syiah," kata Hujjatul Islam Sa'idi dalam khutbah Jumaat 20 September 2013.

Tambah beliau lagi, "Mereka yang mewujudkan perbalahan antara umat Islam, Syiah dan Sunni ialah pihak musuh terutamanya Zionis, Wahhabi-Salafi dan Takfiri. Kita mohon kepada Allah agar kejahatan kuasa dominasi ini dapat disingkirkan di kalangan, yang mana ianya telah merosakkan nama Islam dan mencetuskan mala petaka dahsyat di negara-negara Islam."

 Peralat masjid untuk canang fitnah terhadap Syiah

Institusi masjid terus diperalat untuk menyebarkan fitnah terhadap mazhab Syiah 

 Peralat masjid untuk canang fitnah terhadap Syiah
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bagi mempertingkatkan usaha mencanang fitnah terhadap Syiah, institusi masjid akan diperalatkan sepenuhnya dalam mencanang fitnah terhadap Syiah.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata masjid perlu terus berfungsi sebagai institusi pendidikan dan pusat penyebaran maklumat tepat mengenai Islam bagi membanteras ajaran sesat seperti Syiah dan liberalisme yang kian menular.

Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis penerimaan cek peruntukan bernilai RM45.52 juta daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peruntukan itu akan digunakan untuk membayar elaun 1,999 imam berjumlah RM17.991 juta, 632 guru takmir (RM5.562 juta), 2,000 guru KAFA (RM21.696 juta) dan sembilan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (RM271,080).

Mengenai kekurangan jemaah dalam masjid-masjid Ahli Sunnah, beliau berkata, tiadanya kegiatan kebudayaan, ekonomi serta sosial antara faktor yang menyebabkan golongan muda tidak ke masjid.

"Perancangan pengimarahan masjid perlu dijalankan secara menyeluruh dan bersepadu dengan menggunakan pendekatan lebih kreatif dan inovatif supaya kekuatan dan perpaduan umat Islam boleh dikembalikan melalui sistem dan institusi masjid yang mantap," kata beliau. 
 


Khutbah Jumaat Tehran;
 Ancaman Amerika disambut rakyat Iran dengan ketawa

Khatib Jumaat Tehran berkata, "Ahli politik Amerika berbicara tentang Iran tanpa asas, ini menunjukkan Iran mempunyai hak melaungkan slogan "mampus Amerika"."
 

 Ancaman Amerika disambut rakyat Iran dengan ketawa
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat di Tehran hari ini mengulas tentang kenyataan ahli politik Amerika dengan menyatakan, "Kerry dan Sherman terlalu biadap. Mereka telah menggunakan perkataan yang keji dan ini memang layak untuk mereka. Sherman berkata Iran telah menyumbangkan wang mereka kepada golongan fakir sedangkan itu adalah wang Iran suatu ketika dahulu yang kemudiannya berada dalam cengkaman Amerika. Sekarang dengan berkat rundingan, sejumlah wang tersebut telah mereka kembalikan, hakikatnya mereka telah mencuri."

"Mereka berkata kita mengejar senjata peluru berpandu balistik, di tempat lain mereka berkata para pemimpin fitnah perlu dibebaskan, di tempat lain juga mereka berkata Iran perlu berhenti menjadi pengganas. Pengganas dalam pandangan mereka adalah Hizbullah yang sedang mempertahankan nyawa, agama sendiri dari musuh-musuh. Saya mencadangkan mereka agar berbicara dengan berfikir supaya tidak melakukan kesilapan amat besar ini, iaitu kamu ingin membuat keputusan terhadap Syria. Kami percaya warga Syria sebenarnya yang perlu membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Sekarang kata-kata kami (dituduh) menjadi faktor ketidak stabilan dalam Syria.

"Mereka berkata: Pembatalan sekatan ekonomi hanyalah bersifat sementara dan boleh diulang kembali, dan kami tidak akan biarkan ekonomi Iran pulih. Semua kata-kata ini tidak berasas dan tidak relevan. Rakyat dan kementerian luar Iran sedang menanti untuk memberikan jawapan yang memcahkan gigi. Mereka memperalatkan sikap sopan santun Menteri Luar negara kita, Dr. Zarif. Kerana itu kementerian luar perlu melaungkan takbir dalam menghadapi golongan Mutakabbir (angkuh) ini. Iran juga mentertawakan ancaman-ancaman ini," tegas beliau.

Ayatullah Movahhedi Kermani juga menerangkan betapa pentingnya menjaga adab rundingan dan berkata, "Saya berkata kepada orang Amerika, kamu sedang berada dalam perundingan, sekiranya diri kamu tidak mempunyai adab, paling kurang jagalah adab rundingan. Saya mengucapkan takziah kepada Zarif kerana terjebak dengan individu-individu seperti ini dalam rundingan. Namun kita tidak lupa terhadap Sayyidah Zainab (a.s) di zaman perundingan dengan Yazid. Kata beliau: Saya tidak dapat mengelak dari berbicara dengan engkau, sedangkan engkau tidak penting bagiku."

Mengenai 8 tahun perjuangan berani warga Iran dalam memerangi musuh, beliau mengingatkan, "Lapan tahun Iran berperang dan berbangga, musuhnya ditundukkan. Perang dengan Iran ialah peperangan dengan Islam. Begitu juga perang terhadap Islam merupakan perang terhadap Iran. Dalam beberapa tahun ini, apakah pencapaian kamu selain dari penyesalan?. Lihatlah rakyat Iran menyingkirkan Shah dengan hina. Sedangkan seluruh sistem kuasa angkuh dunia mempertahankan Shah, termasuklah serangan di Tabas, janganlah kamu lupa bahawa Allah juga menunjukkan peluru Ababil ke arah kamu. Walau bagaimanapun kami tahu semua kegemilangan ini diraih dengan perantara Allah dan Islam.

"Pada 19 bahman tahun 57, tentera udara telah memberikan bai'at kepada Imam, dan pinggang Shah telah patah akibat bai'at ini. Rakyat Iran juga bergegas membantu mereka. Saya juga mengucapkan tahniah kepada tentera udara atas ketinggian dan kegemilangan ini. Hari 22 Bahman (ulangtahun kemenangan Revolusi Islam Iran) akan menjelang yang mana ianya adalah hari penting. Semakin meriah dan besar hari ini disambut, pihak musuh juga semakin mengalami kekalahan," tambah beliau.

5 negara Islam sah bekerjasama dengan Mossad

Badan Perisikan Israel, Mossad mengeluarkan senarai negara-negara Islam dalam rangka bekerjasama dalam bidang pertahanan dan bertukar maklumat.
 

 5 negara Islam sah bekerjasama dengan Mossad
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Laman sesawang rasmi tentera Israel semalam mengeluarkan senarai 5 negara Arab yang boleh diajak untuk bekerjasama dalam berbagai bidang seperti pertahanan dan keselamatan.

Bersaskan laporan ini, Mossad telahpun menjalinkan kerjasama dengan Arab Saudi, Bahrain, UAE, Afghanistan dan Republik Azerbaijan dalam pertukaran maklumat dan pengalaman dalam berbagai bidang.

Kebanyakan kerjasama yang telah dilakukan Israel dan Bahrain ialah meneliti proses kebangkitan serantau dan mengawasi kegiatan Iran. Selain itu Arab Saudi juga dikatakan telah banyak memberikan kerjasama dalam membekalkan maklumat tentang tenaga nuklear Republik Islam Iran kepada rejim Zionis. 
 
Amerika salur bantuan logistik untuk pengganas Syria

Para pegawai Amerika yang tidak ingin nama baik mereka disiarkan berkata, "Bantuan Amerika kepada pemberontak Syria telah dikirim kepada pemimpin Jeneral Salim Idris di Syria melalui Turki."
 

 
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah sebulan lamanya kumpulan pemberontak kehabisan stok bekalan logistik akibat pemberhentian bantuan dari Barat secara mendadak, para pegawai Amerika terpaksa memaklumkan pengiriman beberapa bantuan darurat.

Sumber dari Amerika menyebut, bekalan kelengkapan komunikasi dan ketenteraan hanyalah untuk kumpulan pemberontak yang tidak ekstrem sahaja.

Tindakan ini dikatakan akan menguatkan dan melindung kekuatan pemberontak. Kumpulan pemberontak sebelum ini mengambil alih pengkalan militan yang dibawah cengkaman salah seorang pemimpin yang disokong Amerika telah mengakibatkan bantuan dari Amerika berkurangan.

Namun masalah ini juga dilihat sebagai pembalasan Amerika terhadap pemberontak yang cuba melakukan rundingan damai dengan Bashar Assad di Geneva baru-baru ini.

Beberapa pegawai Amerika yang enggan nama mereka disiarkan berkata, "Bantuan-bantuan Amerika kepada Majlis Ketenteraan Pembangkang Syria, Jeneral Salim Idris telah dikirim ke Syria melalui Turki."

Sambil memberikan alasan langkah berhati-hati telah menyebabkan bantuan ini dihentikan pada bulan lalu, mereka menyatakan Barrack Obama juga ingin mengenal pasti masalah keselamatan di waktu akan datang.

Berasaskan sumber ini lagi, bantuan-bantuan kepada pelampau Islam yang bertentangan dengan kumpulan al-Qaeda juga akan dikirim secepat mungkin.


Lubnan;
 Hizbullah bongkar kegiatan perisikan Arab Saudi

Saham perusahaan kuih dibeli oleh perisikan Arab Saudi untuk menjalankan kegiatan rahsia mereka 

 Hizbullah bongkar kegiatan perisikan Arab Saudi
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan Hadathnews, Hizbullah hari ini berjaya membongkar jaringan perisikan Arab Saudi yang cuba menjalankan kegiatan mereka di Lubnan dengan memperalatkan kedai kuih.

Setelah setahun melakukan pemantauan terhadap dua kedai kuih yang beroperasi di kawasan Harah Harik dan Bik al-'Abd, parti politik bersenjata Lubnan tersebut berjaya mengesan kegiatan perisikan Saudi yang membeli saham perusahaan kuih tersebut bagi menjalankan aktiviti terrorisme kumpulan pengganas Da'ash di tempat yang paling hampir dengan kawasan Hizbullah.

Pasukan perisikan Hizbullah juga telah berjaya menyiapkan laporan pasti tentang hubung kait pengganas dengan pembeli saham syarikat tersebut. Laporan itu juga telah diserahkan kepada tentera Lubnan dan operasi menangkap individu-individu yang berkaitan sudah dijalankan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hizbullah, pemilik asal perusahaan tersebut bukanlah pengganas, namun beliau adalah pelarian Syria dan berhijrah ke perkampungan Nabl dan Zahra.

 


 

No comments:

Post a Comment