Thursday, 9 March 2017

PondokModenCyber : alQadr


Bismillahirrahmanirrahim

PondokModenCyber : Surah alQadr

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
soalan : 1)Terjemahkan
Surah al Qadr (2)Terangkan secara ringkas kandungannya.
Nota:
INNA ANZALNAHU...: KANZUL QUR'AN ( Inna Anzalna : The treasure of the holy Qoran )

    Telah diriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir a.s ( Putera Imam Zainul Abidin yang menyaksikan pembantaian keluarga Nabi s.a.w di Padang Karbala ketika berusia 5 tahun ) : Sesiapa yang menghafal Surah Al-Qadr , telah menghafal seluruh ilmu ( Biharul Anwar ) Dan Allah Taala enggan sekiranya Arash dan Kursi di dalam timbangan mizan lebih berat dari orang yang membaca Surah ini manakala pahala orang yang membacanya tidak ada yang menulisnya selain Allah Taala dan tidak ada yang mencabut Ruhnya kecuali Allah Taala dan jika ia membacanya pada pagi hari seribu malaikat akan menjaganya sampai ke malam hari dan jika ia membacanya pada malam hari seribu malaikat akan menjaganya sehingga ke pagi.

    Pahala membaca Surah Al-Qadr seperti pahala beramal dengan Al-Quran. Bagi Surah ini lidah dan dua bibir dan Allah Taala telah meniup Ruh di dalam Surah ini seperti ditiup pada manusia " Nafakhtu Fihi Min Ruhi " dan Surah ini berada di Baitul makmur dan bertawaf mengelilinginya setiap hari seratus ribu malaikat dan menghormati Surah ini sepertimana Surah ini berada di tiang-tiang Arasy yang seratus ribu malaikat bertawaf mengelilingi setiap tiangnya sehingga ke hari kiamat dan Surah ini berada di dalam khazanah rahmat Ilahi.

     Telah dinukilkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa membaca Surah Al-Qadr adalah seperti berpuasa bulan Ramadhan dan menghidupkan lailatul Qadr.

Dari Imam Sadiq a.s : Pada hari kiamat satu Nur bergerak di hadapan orang mukmin seperti firman Allah " Yas'aa Nuruhum Baina Aidiihim ".

     Barangsiapa membaca 76kali Surah Al-Qadr adalah baginya pahala yang tidak terhingga seperti di dalam riwayat.

     Membaca Surah Al-Qadr berkesan untuk panjang umur , Hidayat , bayar hutang dan kemenangan ke atas musuh dan sentiasa membacanya membawa berita-berita gembira kepada manusia dan berkesan untuk menemukan barang yang hilang. Seperti yang diungkapkan di dalam riwayat menghafal dan membaca Surah ini ialah menghafal keseluruhan ilmu.

    Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Asadullahil Ghalib singa Allah yang memang Babu Madinati Ilmir Rasul pintu kota ilmu Rasul s.a.w ketika mentafsirkan kalimat ilmu berkata : " Ain " nya ilmu adalah dari illiyyin yang membawa manusia ke alam -alam atas dan tingkatan-tingkatan kerohanian yang merupakan khazanah terbesar.

    " Lam "nya ilmu adalah isyarat kepada Lutf ( anugerah / grace ) Ilahi. " Mim " nya ilmu adalah petunjuk kepada Mulk ( Kekuasaan dan kerajaan ). Dunia dan akhirat.
( Kitab Ikhtisas )

     Inilah makna " Likulli Syai'in Kanzun wa Kanzul Qur'an Inna Anzalnah..." bagi setiap sesuatu ada khazanah harta dan khazanah harta Al-Quran adalah Inna Anzalna...

Petua : Menulis " Bismillahir Rahmanir Rahim " di bahagian atas pintu rumah supaya terselamat dari kemusnahan .

Friday, 3 March 2017

PondokModenCyber : Fiqh : Kronologi istilah Ijtihad


Bismillahirrahmanirrahim


PondokModenCyber

Kronologi istilah Ijtihad

Fiqh


Apabila seseorang itu beriman kepada Allah , agama Islam dan syariat dan ia mengetahui yang dirinya dipersoalkan sebagai seorang hamba Tuhan agar mentaati hukum-hakamNya maka ia berkewajipan untuk menyesuaikan tingkah lakunya dengan syariat Islam di dalam berbagai bidang kehidupan. Oleh itu adalah semestinya seseorang itu menentukan Mawqif amali /pendiriannya dan tahu bagaimana dan apa yang sepatutnya ia lakukan pada setiap keadaan.
            Jikalau sekiranya hukum-hakam syariat itu jelas sejelas-jelasnya bagi semua pada setiap keadaan sudah pasti mudah bagi setiap orang untuk menentukan tanggungjawabnya yang sepatutnya ia lakukan dan tidaklah memerlukan perbahasan ilmiah dan kajian yang meluas tetapi faktor-faktor yang berbagai diantaranya jarak masa yang jauh dari era Tashrik yang diantaranya faktor-faktor pemalsuan yang terjadi pada nash-nash syarie dan diantaranya situasi Taqiyyah yang mana para Imam a.s hidup ketika itu, menyebabkan tidak jelasnya sebahagian besar dari hukum-hakam syariat.    
            Berdasarkan ini adalah perlu untuk diasaskan satu disiplin ilmu yang mengenepikan kesamaran tanggunjawabnya berhadapan syariat pada setiap peristiwa dengan menegakkan dalil-dalil untuk menentukannya.
            Maka telah wujud ilmu Fiqh untuk memikul tanggungjawab ini yang menentukan tanggungjawab syar'ie secara berdalil yang dipikul oleh para Fuqaha dan inilah yang disebut "gerakan istinbat hukum syarie "عملية استنباط الحكم الشرعي dan boleh ditakrifkan ilmu Fiqh sebagai "ilmu istinbath hukum-hakam Syarie"
            Menentukan tanggungjawab amali dengan berdalil didalam ilmu fiqh berlaku dengan dua uslub atau metod :

Pertama: Penentuan Mawqif amali atau pendirian amali dengan menentukan hukum syarie.

Kedua: Penentuan Wazifah@tanggungjwb Amaliah berhadapan hukum yang disyaki setelah semakin kukuhnya syak dan terdapat keuzuran menentukan hukum syar'ie.
            Dalil-dalil yang digunakan  didalam uslub pertama dinamakan Adillah atau Adillah Muhrizah (ادلّة محرزة) yang dengannya dizahirkan hukum syar'ie.

 Manakala uslub kedua,dalil-dalil menentukan wazifah Amaliah dinamakan Adillah Amaliah (ادلّة عمليه) atau usul Amaliah. Dengan kedua-dua uslub atau metod seorang faqih mengamalkan istinbat hukum syarie atau menetukan موقف عملي  dengan berdalil.




Apakah empunya syariat (شارع) mengizinkan gerakerja ijtihad?

Sebenarnya perkara ini tidak perlukan persoalan kerana haruskah tidak ممارسة عملية الاستنباط (pengamalan gerakerja mengeluarkan hukum syara') ini adalah jelas kerana ia bermakna menentukan Mawqif amali (pendirian amali) secara berdalil berhadapan dengan syariat. Oleh kerana hukum-hukum syariat kebiasaannya tidaklah jelas sehinggakan tidak memerlukan dalil maka adalah tidak rasional mengharamkan keatas umat manusia keseluruhannya dari menentukan pendirian amalinya secara berdalil.
Timbulnya ikhtilaf tentang ijtihad disebabkan kesamaran kerana kalimat "ijtihad" itu sendiri melalui peristilahan yang berbagai di dalam sejarahnya.
"Ijtihad " dari segi lughawi dari kalimat "Juhd" bererti bertungkus lumus untuk melakukan sesuatu dan telah digunakan buat pertama kalinya didalam bidang Fiqh untuk mengungkapkan satu kaedah dari kaedah-kaedah madrasah fiqh sunni yang dipelopori oleh madrasah Abu Hanifah dimana, sesungguhnya faqeh apabila hendak mengistinbath hukum syar'ie dan tidak menemui nas didalam kitab atau sunnah maka ia merujuk kepada "ijtihad "menggantikan nas.Ijtihad disini yakni Tafkir Syakhsi (pandangan peribadi). Oleh itu faqeh apabila tidak mendapat Nas , ia merujuk kepada pemikirannya yang khas dan ia meletakkan Tashrik diatas apa yang ada tarjih didalam fikiran peribadinya dan perkara ini juga disebut Ra'yu (الرأي)
Madrasah-madrasah besar didalam Fiqh Sunni mengajak untuk berijtihad dengan makna ini yang senarai teratasnya ialah madrasah Abu Hanifah dan dalam masa yang sama berhadapan dengan penentangan hebat dari para imam Ahlul Bait as dan para Fuqaha Madrasah Ahlul Bait a.s (Wasail J 18)
Penggunaan makna ini bagi kalimat "ijtihad" adalah sejak zaman para Imam Ahlul Bait a.s sehingga kurun ketujuh dan terdapat penulisan yang mengecam sumber Fiqh sebegini di zaman para Imam a.s.
Abdullah bin Abd Rahman Azzubairi menulis kitab
 الاستفادة في الطعون على الأوائل و الردّ على اصحاب الاجتهاد و القياس
Hilal bin Ibrahim bin Abil Fath Madani Ismail bin Ali bin Ishak bin Abi Sahl Naubakhti pada zaman ghaibah Sughra atau sebelumnya.
Assadiq setelah ghaibah sughra pertengahan kurun ke-4 meneruskan kecaman 
.Syaikh Mufid pada akhir kurun ke 4 begitu juga Sayed Murtadha pada awal kurun ke 5.
Syaikh Tusi yang wafat pertengahan kurun ke 5.
 Ibnu Idris pada akhir kurun ke 6.
Tetapi walaubagaimanapun kalimat ijtihad ini telah mengalami perubahan didalam istilah Fuqaha' kita seperti mana Muhaqqiq Hilli (wafat 676H) apabila menulis tentang hakikat ijtihad bahawa ianya dikalangan uruf Fuqaha' bermakna berusaha mengeluarkan hukum-hukum Syar'ie. Maka itu mengeluarkan hukum-hakam dari dalil-dalil syarak adalah ijtihad. Oleh itu mungkin kita tafsirkan sikap sekumpulan ulama kita yang menetang kalimat ijtihad yang memikul makna yang pertama dan ini adalah berbeza dari ijtihad makna kedua.
Maka itu harusnya berijtihad dengan makna amaliyyat istinbath adalah satu perkara yang jelas sekali.



 solawat