BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sayid Sarkhi Hasani;
Pengikut Dajjal Basrah lari dari debat dan mubahalah
2014, 24 May 11:15 AM
Brief
Pengikut kumpulan ajaran sesat Dajjal Basrah lari dari mubahalah bersama Sayid Sarkhi al-Hasani walaupun segala syarat-syarat yang dikemukakan pengikut ajaran sesat terbabit telah dipersetuji beliau.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun Sayid Sarkhi al-Hasani bersetuju dengan segala syarat yang dikemukakan oleh golongan yang mendakwa kemaksumah Ahmad al-Katik, namun penganut ajaran sesat Dajjal Basrah tersebut tidak berani tampil menyahut cabaran beliau.
Sayid Sarkhi al-Hasani dalam ceramahnya menceritakan detik-detik cabaran mubahalah yang terjadi pada minggu lalu, "Pada minggu lalu, saya diundang untuk berdebat, bermubahalah, saling melaknat, berbincang, berargumen dan bermughalatah, namun orangnya tidak hadir".
Tambah beliau lagi, "Kita tidak ingin bertanding dan mendominasi seperti yang dituduhnya, namun kita ingin membuktikan dengan dalil ilmiah tentang apa yang diserunya. Sekiranya kebenaran bersama pihak lawan, maka kita semua akan bergabung dengannya. Ini disebabkan kita merasakan bahawa kitalah yang berada di pihak benar. Sekiranya dia bukan berada di dalam kebenaran, maka dia hendaklah tinggalkan seruan yang dipegangnya".
Sayid berkata, "Telah sampai ke pengetahuan kita bahawa mereka menetapkan syarat dan kita bersetuju memenuhi semua yang diminta. Saya rasa semuanya telah dimaklumkan. Namun saya tidak tahu, apakah kita dapat menduga bahawa terdapat individu yang didakwa sebagai Sayid al-Yamani Ahmad al-Hasan, menjadi imam maksum dan mahdi pertama itu benar-benar wujud?".
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan kes pengikut Dajjal Basrah yang sudah berkali-kali melarikan diri walaupun setelah menetapkan syarat.
Sayid juga menyeru pengikut Dajjal Basrah bertaubat dan mengakui kesilapannya. "Setelah semua itu berlalu, terutamanya hari ini, hari Khamis 22 Rejab 1435 Hijrah, setelah anda lari, kalah dan terjadinya pembongkaran besar hari ini, pada masa ini, apakah anda sudah berangan-angan agar tidak menyeru seseuatu, atau anda berangan-angan andainya anda tidak lahir, sekiranya anda seorang lelaki, berani, berakal, berkemanusiaan, mempunyai martabat, mengakulah bahawa anda tersilap dan minta keampunan daripada Allah dan bertaubat kepadanya?".
Dalam perkembangan terkini, Sayid al-Hasani dikatakan telah menulis lebih dari 40 buku yang menjawab segala dakwaan yang dikemukakan kumpulan ajaran sesat terbabit.
Syria;
Kira-kira 400 pengganas menyerah diri
2014, 27 April 10:38 AM
Brief
Lebih 350 militan menyerah diri kepada askar Syria di Zabadani dan kawasan-kawasan lain berhampiran Damsyik setelah perjanjian damai di Lubnan telah ditandatangani. Dalam masa yang sama askar kerajaan meneruskan operasi ketenteraan di Maliha, di mana sebuah terowong militan Jaysh Islam berjaya dimusnahkan.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Askar Syria terus meluaskan keamanan di kawasan Ramouseh Aleppo di mana sejumlah anggota pengganas berjaya yang menduduki beberapa bangunan berjaya diusir. Kejayaan ini dikatakan sebagai sebuah pencapaian yang amat menakjubkan setelah pertempuran sengit berlangsung selama seminggu. Selain itu tempat-tempat penting dan strategik berjaya diamankan oleh unit-unit askar Syria bagi menjamin keselamatan lebih dua juta penduduk Aleppo.
Beberapa jam yang lalu, 250 militan dari Zabadani bertindak menyerah diri setelah 100 militan dari al-Sarghaya dan beberapa orang yang lain dari perkampungan Ain al-Hur melakukan tindakan yang sama.
Menurut sumber tempatan, askar Syria memberi tempoh kepada pengganas yang aktif kawasan Zabadani, berhampiran dengan Lubnan untuk menyerah diri serta senjata mereka sebelum operasi ketenteraan secara besar-besaran akan berlangsung di kawasan terbabit.
Menurut penganalisa politik Bahith Ibrahim, "Perdamaian telah berjaya dilakukan di beberapa kawasan di Damsyik termasuklah Zabadani". Menurut beliau lagi, sekiranya militan mempunyai sedikit fikiran waras, mereka pasti akan menyerah diri dari menjadi mayat.
Selain itu, artileri Syria menghujani sarang pengganas Jaysh Islam di perkampungan Hathithah al-Jarsh dan Zabadin di Timur Gouta. Askar kerajaan juga berjaya memusnahkan terowong dan gudang senjata militan di Maliha. Sementara itu pertempuran sengit masih berlangsung di beberapa kawasan penting.
Di Daraa pula, pihak militan menyatakan bahawa mereka akan menguasai kawasan tersebut terutamanya gunung Jabiya di samping mengumumkan kejayaan mereka membunuh lebih dari 50 pengganas Jabha Nusra dan Harakat Ahrar al-Sham. Pertempuran yang sengit juga masih berlangsung di sana.
Sarang persembunyian ketua pengganas Da'ash ditemui
2014, 29 April 5:52 AM
Brief
Pasukan keselamatan Iraq berjaya menemui sebuah tempat persembunyian ketua penjenayah Da'ash dengan bantuan Aiman Abdul Qadir al-Dulaimi.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sarang persembunyian ketua kumpulan Takfiri Kerajaan Islam Iraq dan Sham (Da'ash) Abu Bakar al-Baghdadi yang terletak di daerah Al-Naba'i, sempadan antara Mazr Shalahuddin dan Baghdad berjaya ditemui.
Sarang persembunyian ini berada di bawah tanah dalam sebuah rumah, cukup lengkap dengan berbagai kemudahan. Abu Bakar al-Baghdadi juga dikatakan telah bertahun-tahun lamanya menghuni rumah tersebut.
Menurut pasukan keselamatan Iraq, mereka dibantu oleh seorang yang bernama Aiman Abdul Qadir al-Dulaimi atau dikenali sebagai Abu Shakir (50 tahun) untuk mencari sarang pengganas tersebut.
Berasaskan laporan ini gambar Abu Bakar al-Baghdadi buat pertama kalinya telah disiarkan kerajaan Iraq dalam media akhir tahun lepas.
Jurucakap Kementerian Negara Brigadier Sa'ad Ma'an berakata, surat menyurat tulisan tangan ketua pengganas tersebut juga berjaya ditemui. Katanya lagi, "Ini menunjukkan kegiatan pengganas ini akan berakhir secepat mungkin dan dia akan ditangkap segera atau menemui ajal".

Militan Malaysia ada hubungan dengan pengganas ISIS
2014, 06 May 11:33 AM
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber keselamatan Malaysia mendedahkan kumpulan militan tempatan dikesan menjalinkan hubungan dengan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan amat berkait rapat dengan al-Qaeda.
Berasaskan laporan ini, kumpulan terbabit dilatih menjadi pakar dalam penggunaan senjata api berat dan bom temasuk menghasilkan bom buatan sendiri.
Sumber turut menyatakan kebimbangan sekiranya pengganas terbabit pulang dari Syria dan mencetuskan huru-hara dalam negara.
"Dengan kepakaran membuat bom, apa yang akan mereka lakukan di negara kita? Tidak mustahil kumpulan ini yang membawa ideologi pengganas boleh memberi ancaman serius kepada negara sekiranya tidak dibendung.
"Apa yang berlaku (ancaman pengganas) di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand perlu disekat agar tidak terjadi di negara kita," katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia di sini hari ini.
"Di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), pihak berkuasa mempunyai tempoh 28 hari untuk siasatan dan kita yakin mereka (ahli kumpulan militan) akan dapat dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat," ujarnya.
Sumber itu turut mendedahkan, apa yang berlaku di Syria adalah agenda negara-negara barat untuk memecahbelahkan negara Arab, apatah lagi Syria merupakan sekutu kuat Iran.
"Dakwaan bahawa Presiden Syria menggunakan bom kimia untuk menyerang puak penentangnya belum terbukti benar dan tidak mustahil ia hanyalah propaganda Barat," katanya. - Utusan Malaysia.
Mesyuarat sulit John Kerry bersama pengganas;
Perang terhadap Bashar al-Assad membuang masa
2014, 13 May 7:37 AM
Brief
Menteri Luar Amerika, John Kerry dalam mesyuarat sulit bersama pengganas Syria di Washington menyatakan kekurangan kerjasama telah menyebabkan gagalnya perang menjatuhkan Bashar al-Assad.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Agensi Berita Fars memetik laporan Daily Beast yang mendakwa Menteri Luar Amerika Syarikat, John Kerry berkata dalam sebuah mesyuarat sulit bersama para pemimpin pembangkang Syria di Washington, "Saya rasa punca kita berundur dari berperang dengan Bashar al-Assad disebabkan kekurangan kerjasama dalam pengiriman bantuan militan dan senjata".
Kerry juga berkata dalam mesyuarat tersebut, "Berbagai negara yang berusaha mengalahkan Bashar al-Assad dengann menyokong Free Syrian Army (FSA), secara faktanya telah gagal mencapai matlamat. Faktor kegagalan ialah tiada kerjasama di antara negara-negara secara signifikan dalam menghadapi al-Assad".
Menteri Luar Amerika berkata demikian kepada tiga individu yang meminta tidak didedahkan identiti mereka.
Pertemuan ini telah diadakan di Ibupejabat Rahsia Amerika Syarikat di Washington dengan kehadiran beberapa pegawai asing, sekurang-kurangnya seorang anggota Majlis Keselamatan Nasional dan beberapa wakil pembangkang Syria.
Menurut ketiga-tiga individu itu, Kerry membuat kenyataan tersebut dalam percubaan terbaru menyelaraskan bantuan yang akan dikirim ke Syria.
Pengarah Agensi Perisikan Arab sebelum ini dilaporkan melawat Washington pada awal tahun untuk bertemu dengan para pegawai Amerika dalam rangka mengirim bantuan kepada elemen pengganas di Syria.
JAMIL KHIR BAHAROM :
Syiah: Umat Islam perlu kukuh akidah serta mempunyai maklumat mengenai fahaman Syiah agar tidak mudah terpesong dengan ajaran itu.

YAN - Umat Islam di negara ini perlu memperkukuhkan akidah serta mempunyai maklumat mengenai fahaman Syiah agar tidak mudah terpesong dengan ajaran itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha untuk mengekang fahaman Syiah tidak pernah terhenti di tengah jalan malah ia perlu terus dipergiatkan semua pihak.
Beliau berkata, antara usaha yang dilakukan adalah seperti penganjuran seminar mengenai bahaya fahaman Syiah, ceramah di sekolah dan universiti serta khutbah Jumaat sebagai cara untuk 'menyegarkan' minda masyarakat dengan kesan fahaman itu.
"Hari ini ramai tidak baca buku. Mereka peroleh maklumat menerusi di hujung jari dan bebas untuk akses maklumat tanpa semapadan. Kalau akidah tidak kuat boleh terjebak dengan fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Orang Islam perlu ada kesedaran dan saling menyampaikan pesanan mengenai bahaya Syiah kepada orang lain terutamanya pelajar sekolah dan universiti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Membara Semarak Usahawan Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Parlimen Jerai di Guar Chempedak di sini, hari ini.
Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata tindakan undang-undang juga akan dikenakan terhadap mereka yang dipercayai giat menyebarkan fahaman yang diharamkan di negara ini kepada orang ramai melalui pelbagai medium. - Bernama