Monday 12 August 2013

we have the rule of law and The Federal Constitution and International bodies like the OIC to turn to...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Malay Shia: Don't link us to Iran or Hezbollah
  • Published on 2013-08-11 02:00:16
The Shias in Malaysia are once again under attack, this time coming from the newly minted Chief Minister of the state of Kedah. He has put in motion efforts to halt the spread of Shia in his state. And he has the support of a Federal Minister in charge of religious affairs in the Prime Minister's department; not to mention the support of his father, former premier Mahathir Mohamad. Government controlled mainstream media are also taking the queue from the two Ministers, sprouting anti-Shia articles and stories in the newspapers, television and radio. We speak to Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz of Shia community centre, Hauza Ar Ridha on the latest attack. The last attack on the Shia community was 3 years ago during the celebration of Imam Hussein's martyrdom in the Muslim month of Muharram. Now he says it's in the holy month of Ramadhan. Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz attributes the recent attacks with the Syrian civil war, now raging, which seems to pitch a controlling Shia minority under Bashir Al Assad and the marginalised Sunni majority. In other parts of the Muslim Arab world, Shia Muslims in countries like Saudi Arabia, Bahrain. In refuting the fears that Malaysian Shias could cause division and trouble amongst Muslims, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz said that analysts have already said that what's happening in Syria isn't a sectarian conflict but a conflict fuelled by the US and Israel for their own regional interests. In countries such as Saudi Arabia and Bahrain it is about minorities asking for their rights as citizens. "Don't equate us with Hezbollah or Iran. Much as we admire them in their war with Israel and the US, it is their conflict. It has nothing to do with us," he said. "We have the rule of law and the Federal Constitution and international bodies like the OIC to turn to," Mohd Kamilzuhairi added.
INFO : Temuramah TV Msia Kini dgn Ust Mohd Kamil Zuhairi berkaitan isu Syiah di Malaysia...
http://www.youtube.com/watch?v=PuRulf-ZsBE&sns=em

Kisah Ravi dan Syiah

Dia adalah peminat Michel Foucault. Dia juga adalah peminat Ali Syariati. Kerana Foucault menulis tentang konsep perlawanan sewaktu Revolusi Islam Iran 1979, dan kerana Shariati adalah aktor yang berdiri di sebalik revolusi tersebut, maka dari sini seorang anak muda Tamil mula mendekati Islam.

Tidak seperti yang sering didengarnya dari media massa, Islam dalam pengamatannya adalah agama yang menawan. Islam dalam kaca mata peribadinya, rupa-rupanya masih mampu menjadi sumber kepada perlawanan. Bukan saja dalam melawan rejim totalitarian (politik), tapi juga dalam melawan kekuasaan rejim kapitalisme (ekonomi).

Menurutnya, dalam dunia mutakhir ini yang semakin kompleks, kekuasaan ternyata tidak lagi boleh diertikan sepenuhnya sebagai kekuasaan politik. Pada hari ini, kekuasaan boleh saja berupa dalam pelbagai bentuk. Dan tidak dinafikan, kekuasaan ekonomi sudah pun merayap dalam pelbagai bentuk, termasuklah dalam bentuk kekuasaan politik sekalipun.

Kini, kekuasaan ekonomi sudah seperti gula-gula, kalau boleh digambarkan begitu. Kuasa ekonomi mampu menarik segalanya menuju kepadanya.

Tapi, menurut anak muda Tamil yang selalu curiga dengan apa saja yang bernama kekuasaan ini, ternyata hanya agama saja yang masih tersisa untuk memberi saingan pada kuasa ekonomi yang sangat bermaharajalela ini. Dan, inilah yang dibuktikan menerusi Revolusi Islam Iran. Perlawanan agama akhirnya mengalahkan gabungan kekuasaan ekonomi dan kekuasaan politik Syah Iran pada ketika itu.

Dari latar inilah, anak muda Tamil itu mula melihat sebuah dimensi Islam yang menyegarkan. Sebuah Islam yang aktif. Sebuah Islam yang membangkitkan. Islam yang bernafas panjang seperti inilah, yang baginya amat diperlukan oleh dunia pada hari ini. Tidak ragu-ragu lagi, ini adalah Islam yang mampu memacu segenap potensi manusia. Tapi, malangnya mungkin, ini adalah Islam Syiah.

Malangnya kerana, Islam Syiah ini bukannya sembarangan Islam di Malaysia. Dalam perspektif agama arus perdana di Malaysia, ini adalah versi Islam yang dewasa ini dimusuhi dengan penuh prasangka dan tohmahan. Apakah Ravi, begitu anak muda Tamil ini ingin dikenali, dibenarkan untuk memeluk Islam Syiah di Malaysia ini?

Kalau ditanya kepada jabatan agama mana-mana pun di Malaysia, jawapannya pasti saja tidak.

Islam Syiah telah pun diharamkan dalam batas geografi Malaysia. Alasannya -- Islam Syiah ialah Islam yang sesat lagi menyesatkan. Tegas mereka lagi, Islam Syiah ini menjadikan para penganutnya leka dengan khayalan-khalayan, ritual-ritual dan melupakan dunia realiti. Pada Ravi, ini adalah penyataan yang terbalik dari apa yang difahami.

Padanya, Islam Syiahlah yang mengutamakan realiti. Kalau bukan kerana ingin mengubah realiti, maka takkan mungkin terwujudnya Revolusi Islam Iran. Peristiwa revolusioner itu saja, menurut Ravi lagi, sudah menjadi bukti yang paling nyata betapa Syiah, dalam sejarah kewujudannya, selalu bangkit menjadi anti-tesis kepada sesuatu yang telah dianggap sebagai beku, tepu dan rasmi.

Cintanya pada Islam Syiah ini sudah lahir dan sedang tumbuh dalam diri Ravi. Cintanya ini makin menebal lagi kerana versi agama inilah yang dianggapnya paling bersahabat, paling manusiawi, dan lebih penting lagi, yang paling revolusioner, seperti mana kesemua ciri ini telah terpotret dalam diri Syariati, ideolog Revolusi Islam Iran tersebut.

Saya fikir, kisah anak muda Tamil adalah sebuah kisah yang unik dan terpinggir.

Tapi kisah terpinggir ini juga menunjukkan kepada kita betapa sesuatu yang kita anggap sebagai agama formal, boleh saja menjadi penghalang kepada perkara-perkara kebaikan. Agama di Malaysia, barangkali dari pengalaman Ravi ini, sudah menjadi satu agama kerasmian dan kepartian semata, yang hanya bernafas ketika majlis-majlis kerajaan dan aktiviti-aktiviti kepartian, dan citra ini ciri sama sekali tidak menarik minatnya.

Dalam hal ini, Ravi benar. Sebab, apakah agama arus perdana seperti ini dapat memberi inspirasi kepada para penganutnya untuk menjawab (secara aksi) kepada persoalan rasuah NFC, PKFZ dan sebagainya? Sulit dibayangkan. Justeru, jika beginilah wajah agama arus perdana di Malaysia, maka apakah akan ada lagi anak muda bukan-Islam yang lain berminat dengan agama arus perdana ini? Memang lagi-lagi tidak terbayangkan.

Apatah lagi, di Malaysia pada hari ini, "yang jahat" itu selalu berselindung. Dan pelindung yang paling digemarinya adalah bernama "yang baik". Kerana agama itu selalu dianggap kebaikan, maka kejahatan suka menggunakan agama sebagai topeng untuk membenarkan kejahatannya.

Sebagai contohnya, budaya rasuah yang berlambak ini. Sama ada secara persepsi mahupun realiti, budaya rasuah adalah bukti betapa agama arus perdana sudah tidak lagi bermaya dan gagal menginspirasikan para penganutnya untuk melawan barah ini.

Bertitik tolak dari kesedaran inilah, Islam Syiah adalah jawapan terbaik, setidaknya menurut Ravi. Bahkan, anak muda revolusioner ini turut menganggap hanya agama yang bersifat perlawanan, seperti Islam Syiah tersebut, saja yang dapat boleh memulihkan kembali fungsi agama yang memikat dan mengerakkan. Inilah yang benar-benar dipercayainya.

Bagaimanapun, apa yang dipercayainya --Islam Syiah ini-- adalah terang-terang sebuah dosa dalam erti agama arus perdana di Malaysia.


DZULKHAIRI ABDUL MANAF mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti JERIT dan kemanusiaan.


Jangan tangkap Syiah dengan semberono'
11:18AM Ogos 7 2013
Sebuah perkumpulan yang dianggotai seniman, ahli politik dan aktivis hari ini menyelar penangkapan dua individu di Taiping, Perak kelmarin yang didakwa terlibat dengan Syiah, hanya kerana menyimpan bahan berkaitan ajaran itu.

Dr Afif BahardinKomunite Seni Jalan Telawi (KsJT), sebuah perkumpulan bertunjangkan idea kebebasan dan demokratik berhujah, tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) itu jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan menganut kepercayaan dalam Perlembagaan.

"KsJT juga mendesak JAIPK, jabatan-jabatan agama mahupun agensi penguatkuasaan tidak semberono membuat serbuan hanya kerana seseorang itu atau organisasi menyimpan bahan-bahan mengenai ajaran Syiah.

"Bukan sahaja serbuan sebegitu bersalahan dengan prinsip sebuah negara demokratik, liberal dan berperlembagaan malahan bercanggah dengan tatacara undang-undang di negara ini," kata mereka dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh 13 pihak, termasuk exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (atas), anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amirudin Shari dan bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar.

Turut berkongsi bantahan, penulis lirik terkenal Budi Hekayat dan pendakwah bebas Wan Ji Hussin.

JAIPK kelmarin dalam serbuannya menahan Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, di Medan Kamunting dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, di Kamunting Lama.

JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa mufti dengan memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.

AsSajad pertikai tangkap menjelang raya
Sementara itu, kumpulan pro hak asasi AsSajad Movement pula berkata, kejadian terkini itu menunjukkan "gangguan berterusan" kerajaan terhadap komuniti Syiah di Malaysia.
"Malah, dengan bulan puasa sampai ke penghujungnya dan hari raya bakal tiba, masa tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa sangat boleh dipertikaikan," kata setiausaha agungnya Hussin Sajjad.

Menurutnya lagi, keadaan itu membuatkan keluarga mangsa terpaksa bergelut menyelesaikan masalah berkaitan, termasuk kewangan dan mencari peguam yang semenangnya sukar diperoleh semasa musim perayaan.

Etika dan professionalisme pegawai JAIP sepatutnya dipertimbangkan dahulu sebelum menyerbu dan membuat tangkapan sebegitu, kata Hussin lagi.

Sunni-Syiah: Haruskah bertelagah?

Zainal Abidin Nor
 | August 11, 2013
Lebih baik kerajaan berusaha untuk mencari titik pertemuan dan persamaan daripada mengambil sikap konfrontasi.
COMMENT
Melangkaui gerbang awal bulan Syawal, pengikut fahaman Syiah (Ahlul Bait) di negara ini masih menjadi sasaran ‘serangan’ daripada pihak berkuasa yang rata-rata bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni).
Masalah besar yang timbul akibat dari serangan ini ialah orang awam turut diheret dalam menjatuhkan hukum (sesat atau kafir) terhadap golongan Syiah ini walaupun mereka cetek ilmu pengetahuan tentang hal ini dan bukan juga dalam bidang pengkhususan mereka.
Perbahasan tentang isu Sunni-Syiah yang sepatutnya melibatkan mereka yang berilmu dalam bidang keagamaan sahaja tetapi sebaliknya menjadi bahan perbincangan dan menimbulkan polemik di kalangan orang awam, ibarat letupan mercun.
Pihak berkuasa harus bertanggungjawab jika timbul pertikaian hingga mencetuskan permusuhan di antara Sunni dan Syiah di negara ini, namun kita berharap ianya tidak berlaku, nauzubillah min zalik.
Tetapi bukankah perselisihan sesama umat Islam itu dianggap sebagai satu rahmat. “Iktilaf (perselisihan) di kalangan umatku itu adalah rahmat” merupakan sebuah hadith popular daripada Rasulullah SAW di kalangan masyarakat Sunni.
Namun kenapa masih menimbulkan isu-isu yang bercanggah dengan fahaman Sunni dan seolah-olah pemimpin Sunni di negara ini semacam mahu “memaksa” fahaman mereka ke atas umat Islam yang lain.
Namun hadith yang popular itu menjelaskan bahawa memang wujud perbezaan pendapat dan perbezaan fahaman di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh pelusuk dunia.
Di Malaysia umpamanya, terdapat golongan majoriti Sunni dan diikuti dengan golongan minoriti seperti Syiah, Wahbi, Salafi, Arqam, Tabliq dan pelbagai jenis Tarikat.
Di negara jiran terdekat, Indonesia yang mempunyai umat Islam teramai di dunia, selain dari Sunni terdapat golongan Wahbi, Syiah, Syafi’i dan dua golongan terbesar Ahmadiyyah dan Nahdatul Ulama.

Tarikh Aidilfitri
Malahan timbul perselisihan pendapat tentang penetapan tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri (Hari Lebaran). Ada golongan umat Islam yang menyambut 1 Syawal pada Khamis (8 Ogos 2013) dan ada pula golongan lain yang menyambutnya pada Jumaat (9 Ogos 2013).
Begitu juga dengan umat Islam di negara ini yang menyambutnya pada hari Khamis manakala umat Islam di Brunei dan beberapa kelompok umat Islam di Thailand menyambut pada Jumaat.
Berhubung dengan masalah ikhtilaf ini, Allah SWT berfirman dalam ayat 118, Surah Hud yang bermaksud: “Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu tetapi mereka senantiasa berselisih (pendapat).”
Dalam menafsirkan ayat ini, Syed Muhammad Hussein Thaba’thaba’i dalam kitab Tafsir Al Mizan menjelaskan bahawa perselisihan (al-ikhtilaf) sebagai lawan dari kesepakatan (al-ittifaq) dan ini bukanlah sejalan dengan tabiat dan fitrah manusia.
Beliau berhujah bahawa keadaan ini akan menimbulkan perseteruan, permusuhan dan peperangan sehingga akan hilang rasa aman dan damai ditengah-tengah masyarakat.
Menurutnya, ikhtilaf di sini termasuk ikhtilaf dalam masalah agama kerana pada hakikatnya manusia jika kembali kepada fitrahnya dengan jernih maka mereka akan memiliki keagamaan yang sama dan satu.
Jika Thaba’thaba’i menyatakan manusia akan menganut agama yang sama dan satu kalau mereka kembali kepada fitrahnya yang jernih maka di mana letaknya hadith “ikhtilaf umatku adalah rahmat”.
Tetapi jika perbezaan pendapat itu mengakibatkan munculnya fanatisme, sektarianisme, kebencian dan permusuhan di kalangan umat Islam sehingga mereka berpecah belah maka perbezaan itu tidak akan mendatangkan rahmat.
Sebaliknya ianya akan mendatangkan bencana, sebagaimana yang dialami oleh kaum Muslimin dari abad kelima sampai hari ini.  Keadaan ini bercanggah dengan masalah ikhtilaf yang ingin membawa maksud berkah dan rahmat.
Ikhtilaf di kalangan Sunni 
Menurut seorang cendikiawan Islam Indonesia, Hussein Muhammad Al Kaff dalam tulisannya mengenai ikhtilaf, Sunni adalah kelompok Islam yang menjadikan al Quran dan Sunnah Nabi SAW sebagai dasar hukum agama.
Dalam usaha untuk memahami kedua-duanya, kadang-kadang mereka merujuk langsung kepada kitab dan sunnah atau merujuk kepada pemahaman para sahabat Nabi SAW.
Oleh itu, pemahaman (ijtihad) para sahabat dijadikan dasar hukum syariat. Para sahabat, meskipun mempunyai kedudukan yang mulia, tidak lebih dari pemimpin pemerintahan atau kepala negara.
Kebijaksanaan para Khulafa ar Rasyidin lebih dilihat sebagai kebijaksanaan dalam politik dan sosial untuk kemaslahatan umat Islam dan bukan sebagai ketetapan agama.
Dalam masalah syariat, mereka tidak mempunyai kompetensi yang lebih daripada para sahabat yang lain.  Bahkan terdapat beberapa sahabat Nabi SAW yang lebih alim daripada beberapa Khulafa ar Rasyidin.
Mereka ialah Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Umar dan lain-lain.  Hanya pada diri Ali bin Abi Talib terdapat ciri-ciri peribadi yang mencakup tugas dan amanah sebagai khalifah dan sekaligus seorang yang alim.
Ikhtilaf di kalangan Syiah
Munculnya kelompok-kelompok di kalangan Syiah tidak sebanyak di kalangan Sunni. Dewasa ini terdapat tiga kelompok dalam Syiah; Imamiyyah, Zaidiyyah dan Ismailiyyah.
Namun sekarang ini kata Syiah identik dengan Imamiyyah (disebut juga Syiah Ja’fariyyah dan Itsna ‘Asyariyyah) kerana kelompok ini sahaja yang mempertahankan ajaran Ahlul Bait secara utuh dan kaya dengan ajaran-ajarannya.
Sedangkan dua kelompok yang lain tidak mengalami perkembangan yang signifikan. Oleh yang demikian, mereka tidak banyak memiliki buku-buku yang menjelaskan ajaran mereka secara utuh dan lengkap.
Syiah Imamiyyah memiliki literatur-literatur yang banyak dalam berbagai disiplin ilmu agama, Tafsir, Hadith, Ulumul Quran, Usul Fiqh, Fiqh dan sebagainya. Melalui buku-buku ini kita dapat mengetahui gambaran yang jelas tentang ajaran-ajarannya.
Selain itu, Syiah Imamiyyah mengalami perkembangan dan pertumbuhan pengikutnya yang signifikan. Komuniti Syiah ini kemudian berjaya membentuk sebuah pemerintahan yang berdasarkan ‘waliyatul faqih’ di Republik Islam Iran.
Dalam keyakinan Syiah, fungsi kenabian; pemimpin umat dan marja’iyyah tetap diteruskan oleh para Imam dari Ahlu Bait (keluarga Nabi SAW), dimulai dari Imam Ali bin Abi Talib sampai Imam Muhammad al Mahdi yang berjumlah dua belas orang.
Para Imam berfungsi sebagai pemimpin umat dan marja’ (tempat rujukan); meskipun dalam sejarahnya, mereka tidak diberi peranan untuk memimpin umat Islam secara keseluruhan.
Namun bagi para pengikutnya, mereka tetap sebagai pemimpin yang wajib ditaati.  Berdasarkan keyakinan itu, orang-orang Syiah secara total menyerahkan segala urusan mereka, khususnya urusan agama kepada para Imam Ahlul Bait; sebagaimana para sahabat menyerahkan segala urusan mereka kepada Nabi SAW.
Dengan demikian, setiap ada perselisihan di antara para pengikut Ahlul Bait maka akan segera dikembalikan kepada para Imam dan mereka harus menerima keputusan para Imam sehingga perselisihan itu tidak berlangsung lama, apalagi membentuk menjadi sebuah kelompok.
Sejarah panjang
Berdasarkan sejarahnya yang panjang dan lebih lama berbanding pembentukan mazhab Sunni itu sendiri maka usaha kerajaan untuk menyingkir, menghapus apatah lagi mengharamkan terus fahaman Syiah ini, pada jangka panjang tidak akan berjaya.
Lebih baik kerajaan berusaha untuk mencari titik pertemuan dan persamaan daripada mengambil sikap konfrontasi terhadap golongan minoriti ini yang dianggarkan berjumlah lebih 250,000 orang setakat ini dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Melainkan jika kerajaan mempunyai motif tertentu dan niat yang tersirat yang mana boleh menjejaskan persaudaraan hingga akhirnya boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan sesama umat Islam di negara ini.
FREEMALAYSIATODAY 11aug2013

PAS not divided over Syiah issue, says MP

K Pragalath
 | August 12, 2013
Mujahid Yusof Rawa says of the two PAS statements, one is purely theological and the other political.
PETALING JAYA: Parit Buntar MP Mujahid Yusof Rawa clarified that PAS members were not divided over the growth of Syiah sect in this country.
“There is no split. PAS Ulama Council head Harun Taib’s statement was purely from a theological perspective whereas PAS president Hadi Awang’s warning to Putrajaya against politicising the issue is political,” he said.
Mujahid who is also PAS national unity bureau chief said this when asked to comment on the differing statements by Harun and Hadi.
The National Fatwa Council has declared the teaching of Syiah as deviant in 1996. However, the move to pass the fatwa as an Islamic law on a state-to-state basis started only last month.
The police have since arrested several people believed to be followers of the Syiah sect. The move is welcomed by Harun who said the spread of Syiah teachings has to be curbed.
“We are not Syiah followers and we are not aware of Syiah followers in Malaysia,” he told the Malay daily Sinar Harian on July 20.
However, PAS president Abdul Hadi Awang had on Aug 3 warned Putrajaya against politicising the Syiah issue.
“Discussions on the Syiah issue should be at an academic level as the government must have an indepth knowledge of Syiah before deciding on rejecting it. They must also not politicise the issue,” said Hadi.
Harun’s statement was considered ironic because many Syiah followers in Malaysia are PAS sympathisers.
The PAS Ulama Council which was formed during Yusof Rawa’s term as PAS chief from 1983 to 1989 is based on the Iran leadership council model.
Mujahid also told FMT that the number of Syiah followers in PAS was small and that, it will not affect the party polls scheduled to be held at the end of this year.
“Nationwide, the Syiah followers have been around for over 20 years. The number of Syiah followers are not substantial,” he said, adding that there are Syiah followers in Umno.
On the National Fatwa Council’s decision, he said the fatwa was not reasonable as there were schools of thoughts in the Syiah sect which were rather similar to the Sunni branch of Islam.

No comments:

Post a Comment