Friday 30 August 2013

orang seni hilang seni KERANA WAYANG yahudi / Syekh Qardhawi : terima kasih AMERIKA


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


ENZAINIZAINALABIDIN


Ku Seman Ku Hussein di dalam rencana beliau yang disiar di dalam Mingguan Malaysia hari ini (25 Ogos 2013) dengan sengaja tidak mahu mendedahkan penggunaan bom kimia oleh Saddam di Halabja di utara Iraq pada tahun 1988 yang membunuh lebih 5000 orang awam Kurdish yang bermazhab Sunnah yang sebahagian besar yang menjadi mangsa adalah bayi bayi yang masih menyusu, kanak kanak kecil, kaum wanita dan warga emas. Amerika dan sekutunya berdiam seribu bahasa. Kerana semasa kejadian, Saddam merupakan orang suruhan Amerika di dalam memerangi Republik Islam Iran (peperangan Iran Iraq 1980 - 1988). Penggunaan senjata kimia yang membunuh ramai kanak kanak dan orang awam yang tidak berdosa di Syria berlaku apabila Dr Bashar Assad membenarkan pasukan penyiasat dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu memasuki Syria untuk menjalankan siasatan terhadap penggunaan senjata kimia yang berlaku pada beberapa bulan yang lalu. Senjata kimia telah dibekalkan oleh Washington sejak tahun 2012 kepada kumpulan bersenjata yang memerangi kerajaan Bashar dan seperti biasa media barat akan meletakkan kesalahan kepada tentera Syria. Kemelut yang berlaku di Syria hari ini berlaku apabila Bashar menolak pelan damai yang ditaja Washington untuk mengembalikan Bukit Golan yang ditawan Yahudi dengan syarat Damshik mengiktiraf negara haram Zionis di bumi Palestine dan memutuskan hubungan dengan Republik Islam Iran dan Hizbullah yang banyak membantu Hamas dan Jihad Islam di Palestine. Sekiranya Bashar dan ayah beliau Allahyarham Hafiz Assad menjadi sahabat baik rejim Zionis sudah tentu Barat dan media mereka menyanjung tinggi kerajaan Damsyik seperti sanjungan yang diberikan terhadap Recip Teyip Erdogan dan Dr Morsi yang memusuhi Tehran tetapi kerajaan pimpinan mereka mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Tel Aviv (Dr Morsi memutuskan hubungan dengan Damshik tetapi mengekalkan hubungan dengan Tel Aviv) Barat dan media mereka menyanjung tinggi negara negara Arab yang ditadbir tanpa amalan demokrasi seperti Qatar yang mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan negara haram Zionis 



BENARKAH SYIAH MENGHALALKAN DARAH AHLI SUNNAH??? Sedikit analisa yang saya hasilkan berdasarkan isu isu semasa bukan bermaksud untuk berdebat atau mahu menyalahkan mana mana pihak, hanya sekadar mengharapkan Taufik dan Hidayah Allah SWT dan dengan izinNya, sedikit usaha saya yang tidak ubah seperti 'melukut di tepi gantang' ini diharap dapat mengurangkan salah faham sesama umat Nabi Muhammad SAW. Dengan jujur dan ikhlas saya amat menghormati pandangan dan teguran kalian semua. Izinkan saya memberikan pandangan mengenai adakah benar Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah. Di Republik Islam Iran yang jumlah warganya sekitar 80 juta orang yang mana10% atau 8 juta warga Iran bermazhab ahli Sunnah khususnya bermazhab Syafe'i. Antara tokoh bangsa Parsi atau Iran yang bermazhab Syafe'i adalah Imam Al Ghazali. Kitab kitab hasil penulisan Imam Al Ghazali menjadi rujukan dan sanjungan kepada ulama ulama Syiah di Iran dan di dunia Arab. Begitu juga dengan tiga tokoh ulama ahli Sunnah iaitu Imam Abu Hanifa, Imam Malik dan Imam Hanbali adalah dari bangsa Parsi atau Iran. Hanya Imam Syafe'i dari bangsa Arab. Undang undang tubuh Republik Islam Iran mengangkat Mazhab Syafe'i, Hanafi, Maliki dan Hanbali sebagai Mazhab rasmi Republik Islam Iran di tahap yang sama dengan mazhab Syiah. Di zaman pemerintahan Shah, rakyat Iran yang bermazhab Sunnah dipinggirkan dan hanya terdapat 500 masjid Ahli Sunnah tetapi sejak tertubuhnya kerajaan Islam pada tahun 1979 sudah lebih 10,000 masjid Ahli Sunnah dibangunkan dengan bantuan penuh kerajaan. Menurut rekod Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, UNHCR mengiktiraf Iran sebagai negara tuan rumah terbaik terhadap 2 juta pelarian Afghanistan yang hampir keseluruhannya bermazhab Sunnah. Begitu juga fatwa fatwa dari ulama muktabar Syiah seperti Ayatullah Khomeini dan Syed Ali Khamene'i (Iran) Syed Ali Sistani (Iraq) Sheikh Hassan Nasrallah (Lubnan) menyatakan bahawa menyakiti jiwa dan raga umat Islam ahli Sunnah adalah haram. Dan fatwa ulama muktabar Syiah yang terkini juga mengharamkan pengikut Syiah mencaci para sahabat dan Isteri Isteri Nabi Muhammad SAW. Kalau kita perhatikan, saban hari Masjid Masjid Syiah di Iraq di bom dan mengakibatkan puluhan ribu nyawa telah menjadi korban. Tetapi ulama ahli Sunnah dan Syiah telah sepakat menyatakan ini adalah kerja CIA yang mahu Sunnah dan Syiah berperang. Begitu juga di Syria, ulama tertinggi ahli Sunnah iaitu Prof Dr Sheikh Ramadhan Al Buthi dan 7 ulama tertinggi ahli Sunnah dibunuh setelah mengeluarkan fatwa yang menyatakan pemberontakan di Syria adalah haram kerana kumpulan penentang Bashar mendapat bantuan wang dan senjata dari Israel dan Amerika. Dan 2/3 dari lebih 100,000 yang terkorban di Syria adalah tentera Kerajaan dan orang awam yang bermazhab Alawi dan Syiah. Semuga Allah SWT kurniakan sebaik baik keberkatan dan kejayaan terhadap kalian dan keluarga kalian. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga Nabi Muhammad SAW! Allah humma solli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi Sayyidina Muhammad!!!


LIHATLAH SALAH SATU MAKALAH KUSEMAN 11/8/2013 UTUSAN YANG PENING DENGAN WAYANG YAHUDI DAN HOLLYWOOD DAN CERITA-CERITA HANTU DI LAYAR PERAK MENULIS TANPA USUL PERIKSA HENTAM IKUT SUKA 

Syiah agenda Yahudi melumpuhkan Islam?


Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya.
Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.
Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr.Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel.
Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?
Teori mengaitkan perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika Syarikat (AS) yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan dasar luar negara AS kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar AS tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.
Kerana itu di peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad membunuh pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia lagi.
Di negara ini isu mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman tersebut.
Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan Syiah.
Walaupun begitu ada pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.
Benarkah Syiah tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara.
Sementara pusat penyebaran Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.
Pengaruh Syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979 menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi. Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di Iran.
Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka AS dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.
Ketika ini dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar.
Dalam konteks ini kita mesti melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti AS. Tetapi di sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun AS mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear?
Kenapa AS begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh AS dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.
Apa yang berlaku di negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?
Iraq diserang kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan muncul pemimpin boneka AS di Iraq, Syiah kembali berkembang pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi. Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan daripadanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130811/re_07/Syiah-agenda-Yahudi-melumpuhkan-Islam?#ixzz2dRX5XU1C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

[Video]
 Al-Qardhawi ucap terima kasih kepada Amerika
Yusuf al-Qardhawi ucap terima kasih kepada Amerika kerana membekalkan senjata kepada pemberontak Syria. Ketua Kesatuan Ulama ini turut berkeyakinan bahawa kemenangan pemberontak tidak akan menjadi ancaman kepada Israel.  
 Al-Qardhawi ucap terima kasih kepada Amerika
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa laman sosial "Facebook" dan "Twitter" didapati menyebarkan video lama ketua Kesatuan Ulama Islam, Yusuf al-Qardhawi yang mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat atas pendirian mereka terhadap regim Syria.
Laman-laman tersebut turut memfokuskan keyakinan Yusuf al-Qardhawi bahawa kemenangan Amerika dan pengganas di Syria tidak akan menjadi ancaman kepada Israel.
Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat beberapa bulan lalu di masjid Jami' Umar bin al-Khattab, ibukota Qatar, Doha berkata, "Kami berterima kasih kepada Amerika Syarikat kerana menyediakan senjata kepada pejuang-pejuang dan kami minta lebih banyak lagi."
Al-Qardhawi menimbulkan tanda tanya, "Amerika takut dengan Israel, dan khuatir sekiranya pemberontak menang di Syria mereka akan pergi ke Israel?... dari mana datangnya kata-kata ini?"
"Mengapa Amerika tidak bertindak seperti yang dilakukannya terhadap Libya? Amerika hendaklah membela rakyat Syria, sekiranya dia berhenti maka kejantanannya pun turut berhenti.
Kami mengucapkan terima kasih untuk semua hal, dan kami menunggu tambahan beberapa senjata "bukan perang" untuk rakyat Syria, Amerika takut kemenangan rakyat di Syria dan mereka akan pergi ke Israel, dari mana kamu bawa kata-kata ini? Kamu tidak lakukan seperti yang dilakukan terhadap Libya, kami mahu Amerika berhenti setelah kejantanannya turut berhenti, berhentilah kerana Allah."
Bekas mufti Mesir;
 Yusuf Qardhawi nyanyuk
Yusuf al-Qardhawi dianggap nyanyuk setelah mengeluarkan kenyataan bahawa askar Israel lebih baik dari askar Mesir 
 Yusuf Qardhawi nyanyuk
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bekas mufti Mesir menyifatkan Yusuf al-Qardhawi sebagai nyanyuk berikutan dakwaannya bahawa askar Israel lebih baik dari askar Mesir.
Dr. Ali Jum'ah berkata demikian dalam rancangan "Mumkin", saluran televisyen Cbc ketika ditanya pengacara, "Kenapa kita perlu mempercayai Dr. Ali Jum'ah berbanding al-Qardhawi?." 
Bekas mufti ini menjawab, "Beliau adalah ulama, tetapi sedang menderita kenyanyukan."
Tambah Dr. Ali Jum'ah lagi, "Kita hendaklah memberhentikannya selagi akalnya tidak dapat kembali berfikir. Ini disebabkan dia boleh menyanyukkan orang lain.
"Penderitaan nyanyk atau alzheimer (penyakit kemerosotan daya ingatan) tidak dapat mengembalikan akalnya untuk berfikir dengan lurus, beliau tidak boleh menyedari realiti. Memang dia mempunyai sejarah dan penulisan. Tetapi beliau telah nyanyuk," tutur beliau.
Jelas beliau lagi, penyakit alzheimer semakin al-Qardhawi terserlah apabila beliau meminta para pejuang membunuh rakyat Mesir atas alasan memenangkan Islam sehingga boleh mencetuskan peperangan terhadap askar negara ini.
Mengenai penangkapan Muhammad Mursi, beliau berkata bekas presiden Mesir yang digulingkan ini tidak berligitimasi kerana enggan menunaikan janji sedangkan rakyat juga turut menolaknya.
 
Video]
 Pengganas suntik mayat dengan bahan kimia
Sebuah video yang menunjukkan kumpulan pengganas menyuntik bahan kimia ke dalam mayat untuk mengaburi mata penyiasat PBB 
 
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika pemberontak Syria bersama negara Arab dan Barat mencanangkan berita askar Syria menggunakan gas beracun dalam pertempuran, sebuah video yang menunjukkan mayat-mayat disuntik bahan kimia untuk mengaburi penyiasat antarabangsa.
Dalam klip ini, seorang lelaki dan perempuan berpakaian jururawat sedang menyuntik bahan ke dalam jasad-jasad manakala media yang menyiarkannya pula membuat pengakuan bahawa mereka ini adalah anggota pengganas.
Video ini tersebar ketika Ban Ki Moon mengirim pasukannya untuk menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia di kalangan tentera kerajaan.
Sebaliknya ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa Muhammad Shahid Khan dalam wawancara bersama teelevisyen al-Mayadin berkata, kumpulan pengganas di Syria dituduh menggunakan senjata kimia. "Mereka memperalatkan demokrasi dan hak asasi manusia untuk menentang presiden Bashar Assad. Mereka sengaja memasukkan isu gas kimia sedangkan pengganas ini yang menggunakan kimia untuk menentang kerajaan. Kumpulan pengganas menggunakan gas Sarin dan kimia yang lain."


No comments:

Post a Comment