Monday 5 August 2013

Serang pengikut Syiah di Kg Klian dan Seorang Doktor Wanita ibu kepada seorang anak 4 tahun di Kamunting ditahan di lokap kerana bermazhab Syiah di negeri Perak oleh JAIPK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Dua ditahan di Perak kerana bermazhab Syiah - Bernama

AUGUST 06, 2013

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping, Perak kerana dipercayai terbabit dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula jam 11.25 pagi semalam.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah. - Bernama, 6 Ogos, 2013.
88888888888888888888888

Premis ada kaitan Syiah diserbu, dua individu ditahan - utusan


TAIPING 5 Ogos - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini menyerbu dua premis di sini dan menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.
Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 pagi, JAIPk menahan seorang pengamal perubatan alternatif wanita di sebuah klinik di Medan Kamunting dekat sini dan turut merampas bahan-bahan serta dokumen berkaitan ajaran Syiah termasuk poster, buku dan cakera padat (CD).
Tidak lama selepas itu, JAIPk turut menahan seorang lelaki di sebuah premis di Kampung Klian Pauh, Jalan Kamunting Lama dan merampas beberapa lagi bahan serta dokumen berkaitan ajaran tersebut.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kedua-dua individu tersebut iaitu Dr. Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Perak, di sini petang ini.
Namun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Muhammad Taifor Ahamad Rusdi.
"Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa Jabatan Mufti negeri kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan ajaran Syiah.
"Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang dan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Taiping pada 20 Ogos ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ditanya sama ada kedua-dua premis tersebut menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah, Mohd. Yusof tidak menolak kemungkinan tersebut.
"Kita cuma jumpa bahan-bahan ajaran Syiah. Jadi, tidak boleh hendak kata dua premis itu menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah tetapi saya tidak menolak kemungkinan tersebut," katanya.
Sebelum ini, JAIPk dilaporkan sedang memantau sekumpulan pengikut ajaran Syiah yang sanggup membuat akuan bersumpah di pejabat pesuruhjaya sumpah bahawa mereka adalah ahli Syiah.
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak pada 4 Januari 2012 antara lain menyebut orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen.
Selain itu, orang Islam juga dilarang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan.
Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.



PDr Azmi Zainonabidin :
5 Ogos 2013
Pagi ini seramai 20 org anggota Jabatan Agama Islam Perak, telah menyerbu Klinik di Taiping dan merampas semua Kitab-Kitab, dan telah menahan Isteri ana Dr. Nur Azah , dan di bawa ke Jabatan Agama Ipoh
6 Ogos 2013
-Pembayaran jaminan sebanyak RM3000 seorang sedang diuruskan.
INFO KINI FB :

 kedua2 mreka kini dpaksa brmalam di lokap . dr azah d lokap pekan baru, ridzuan d lokap IPD ipoh. 

PUISI DARI FB
Puisi untuk jemaah AB d taiping:
(KHAS UNTUK Dr NUR AZAH DAN RIDZUAN YANG DITANGKAP OLEH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK PADA TENGAHARI SEMALAM)
Indah bukan ramadhan ini.
Akhirnya..
Seorang serikandi yang mengalir deras darahnya zaynab ditawan..
Juga seorang pahlawan yang zikirnya hanya husayn..
Maka puaslah kalian?
Tersenyum jualah kalian?
Atas nama rasulmu menawan syiahnya kekasih rasulmu sendiri..
Benarlah pegangan kami dan terasa kian benar di ramadhan ini..
Setiap hari adalah asyura
Setiap tanah adalah karbala!
Bersabarlah kalian di sana..
Kerana hanya kalian yang benar merasa
Betapa indahnya ramadhan ini...
Duhai sultan agung mahdi,
Sungguh kami rindu padamu.
Selawat!
Luqman
28 ramadhan 2013                                                                         WORLD ASSEMBLY OF AHLULBAYT WOMEN

Isu Syiah: NGO antarabangsa utus bantahan pada PM
10:59AM Ogos 5 2013
Sebuah NGO antarabangsa berkaitan Syiah menyatakan bantahannya terhadap layanan terbaru kerajaan Malaysia terhadap komuniti penganut ajaran itu di negara ini, termasuk cadangan mengharamkan bahan bercetak, termasuk novel.

Bantahan itu dinyatakan Shia Right Watch (SRW) melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan menteri agama Jamil Khir Baharom.

"Organisasi ini berharap kerajaan Malaysia membuat keputusan yang betul dengan mengiktiraf orang Syiah sebagai warganegara yang sah," menurut laman web SRC pada 1 Julai lalu.

Dalam kenyataannya itu juga, NGO yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat itu berhujah, kesemua golongan minoriti berhak mendapat pendidikan dan penerbitan untuk golongan mereka.

Justeru, tambah SRW, mengharamkan mana-mana ajaran agama dan sumber pendidikan jelas melanggar hak asasi manusia.

"Pengharaman dan sekatan sebegini terhadap kumpulan minoriti sedia ada dianggap sebagai pembersihan etnik," menurut SRW lagi.

NGO pimpinan aktivis dan bekas wartawan Mustafa Akhwand itu mengingatkan, berdasarkan International Bill of Human Rights, Deklarasi Hak Asasi ASEAN dan Deklarasi Islamabad, Malaysia harus melindungi golongan Syiah mengamalkan kepercayaan mereka.
888888888888888888888
THE MALAYSIANINSIDER
Islamic NGO: Shiite debate may cause sectarian divide
The campaign against Shiite teachings in Malaysia could drive a “sectarian conflict” among Muslims, an Islamic NGO warned.
Perangkap sektarian dalam polemik Sunni-Syiah

ULASAN MAPIM mencadangkan agar pihak berkuasa menangani perbezaan aliran dalam Islam berdasarkan Deklarasi Amman atau Mesej Amman yang diisytihar dan disepakati oleh 552 pemimpin negara Islam, ulama serta cendekiawan sedunia pada 27 Ramadan 1425 Hijrah, bersamaan 9 November 2004.

Dokumen itu diisytiharkan oleh Raja Abdullah II Al Hussein di Amman, Jordan.

Deklarasi berkenaan diperakui oleh lapan wakil kepimpinan kerajaan dan ilmwuan Malaysia, termasuk Tun Abdullah Badawi yang hadir pada persidangan tersebut.

Raja Abdullah II menghantar tiga soalan kepada 24 ulama paling senior dari seluruh pelosok dunia untuk mengeluarkan fatwa masing-masing (10 ulama Sunni, 10 Syiah Jaafari , 2 Syiah Zaidi , seorang ulama Ibadi dan sepucuk surat HE Aga Khan) yang mewakili pelbagai cabang aliran Islam.

Soalan itu ialah: (1) Siapa Muslim? (2) Adakah dibolehkan untuk mengisytiharkan seseorang itu kafir (takfir)? (3) Siapa yang berhak mengeluarkan fatwa?

Berdasarkan fatwa yang disepakati oleh ulama tersohor (termasuk Sheikh Al-Azhar Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi) pada Julai 2005 , Raja Abdullah II mengaturkan sebuah Persidangan Antarabangsa yang dihadiri 200 ulama utama dari 50 negara.

Persidangan itu bersepakat mengeluarkan fatwa mengenai tiga isu fundamental yang digelar "Tiga poin Mesej Amman".

3 poin diakui OIC
Ia secara khusus mengesahkan kesahihan semua lapan mazhab dalam Sunni, Syiah dan Ibadi Islam; teologi Islam (Ash'ari); tasauf Islam (sufi), dan aliran Salafi tulin, serta merumuskan takrif tepat mengenai siapa itu Muslim.

Berdasarkan takrif tersebut, mereka melarang sebarang tindakan mengkafirkan sesama kaum Muslimin.

Berdasarkan aliran Mazhab tersebut, mereka juga meletakkan prasyarat kepada sesiapa yang layak mengeluarkan fatwa atas nama Islam.

Tiga poin itu juga diperakui oleh kepimpinan Islam sedunia di persidangan OIC di Mekah pada Disember 2005.

Dan dalam tempoh Julai 2005 hingga Julai 2006, ia disepakati dan diterima guna oleh enam buah persidangan ilmuwan Islam, termasuk Akademik Fikah Antarabangsa di Jeddah pada Julai 2006.

Jumlah akhirnya seramai 500 ilmuwan Islam tersohor bersepakat menerima rumusan tiga poin dalam Deklarasi Mesej Amman tersebut.

Kesepakatan ini menjadi asas untuk kesatuan umat dibangunkan dan penyelesaian kepada pertelingkahan antara sesama Islam. Ia juga boleh dijadikan hujah untuk golongan bukan Islam.

Musuh ambil kesempatan


Memandangkan isu ini hangat diperdebatkan, kami berpandangan ia harus dibincangkan dengan bijak berdasarkan ilmu dan hikmah agar tidak menimbulkan kesan yang merugikan umat Islam seluruhnya.

Mengikuti perbahasan yang dibangkitkan secara bertalu-talu mengenai isu ini melalui media cetak dan media elektronik, kami khuatiri umat Islam akan terjebak dengan sikap permusuhan antara sesama sendiri yang akan menghancurkan kesatuan.

Untuk membendung sesuatu fahaman yang dianggap salah sesama umat Islam, cara yang tepat ialah dengan hujah ilmu dan kaunseling yang bijaksana sesuai dengan perintah Allah, yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Kami berpendapat, dengan mengangkat persoalan pertelingkahan aliran faham dalam Islam secara tidak berhati-hati antara umat akan memerangkap umat Islam dalam konflik sektarian yang akan menghancurkan kekuatan perpaduan umat Islam.

Kami mengingatkan konflik sektarian antara umat Islam yang berpanjangan di negara seperti Pakistan , Iraq dan Syria - antara yang paling ganas yang berlaku sehingga hari ini.

Konflik ini diambil kesempatan oleh musuh Islam untuk menguasai negara-negara Islam.

Diheret ke gelanggang politik

Kami amat memandang serius betapa umat Islam sangat mudah berpecah, sedangkan perpecahan adalah haram di sisi Islam.

Yang jelas, permusuhan semasa sendiri akan diambil kesempatan oleh musuh untuk memusnahkan dan memecah belahkan lagi umat.

Sedihnya ia menimbulkan prasangka negatif di kalangan orang bukan Islam terhadap kesucian dan kemuliaan Islam.

Pandangan kami, sebaiknya perbicaraan soal aliran pemikiran Islam ini dilakukan secara berdepan dan berhujah berdasarkan ilmu bukan dengan menyerang melalui media dan mengguna seluruh agensi kerajaan.

Labih parah lagi ialah apabila isu ini diheret ke gelanggang politik yang menambah tajam lagi perpecahan umat yang sudah sedia berpecah.

Kami melihat ada niat jahat untuk memfitnah satu kumpulan yang menjadi seteru politik dengan tuduhan yang tidak berasas.

Tuduhan bukan berdasarkan bukti tetapi hanya sentimen dan persepsi. Namun ia diguna habisan-habisan untuk mendapat keuntungan politik.

Didalangi Barat


Apa yang perlu diawasi, janganlah perbezaan yang dibahaskan oleh ulama sejak ribuan tahun yang terdahulu dibawa semula dan dipertajamkan sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan orang awam yang boleh merosakkan .

Bahaya kepada umat Islam yang jelas, bila kuasa imperialis Barat yang merosakkan faham Islam sehingga sekularisme menjadi aliran yang sangat dominan dalam masyarakat Islam.

Wujudnya khilaf dalam aliran yang ada dalam Islam hendaklah diselesaikan dengan secara muzakakah ilmu dengan sihat oleh mereka yang layak.

Mereka yang berbicara secara emosional dan bukan memiliki kearifan dalam disiplin Islam harus insaf dan akur kepada pandangan ulama bertaraf dunia yang jauh lebih layak untuk berbahas mengenai isu ini.

Ini jauh lebih baik untuk menjaga hal yang lebih utama iaitu kesatuan dan persaudaraan dalam Islam.

Kami berpandangan adalah bijak agar sebarang perselisihan pendapat diselesaikan dalam semangat disiplin keilmuan yang diteladani oleh para ilmuwan Islam terdahulu.

Malaysia tidak harus terperangkap dalam agenda mempertajamkan perselisihan sektarian yang didalangi oleh Barat.


MOHD AZMI ABDUL HAMID presiden MAPIM.

KDN: Pengikut Syiah kini cecah 250,000

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

"Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di Putrajaya hari ini.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Abdul Rahim berkata usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.

"Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (ROS), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen," katanya.

Daripada aspek akidah pula, Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).

Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan," katanya.

Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat), yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.

Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' atau mengambil kesempatan.

Namun, katanya KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan.

Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.

Gelombang anti Syiah di Malaysia;

 Dua individu menyimpan buku Syiah ditangkap

Mazhab Syiah semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia 
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dua individu yang disyaki berkaitan dengan ajaran Syiah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kelmarin kerana memiliki buku-buku Syiah.

Dalam serbuan di Medan Kamunting kira-kira pukul 11 pagi kelmarin pihak JAIPk menahan Dr. Nur Azah Abdul Halim, 41, di kliniknya dengan rampasan beberapa bahan bercetak berunsur Syiah termasuk buku, poster dan cakera padat (CD).

Beberapa ketika kemudian pihak JAIPk menahan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, berserta rampasan.

Mereka berdua telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Perak petang kelmarin atas tuduhan mengingkari fatwa Jabatan Mufti negeri kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan dengan ajaran Syiah. Walau bagaimanapun kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang dan kes ini akan disebut semula pada 20 Ogos depan di Mahkamah Rendah Syariah Taiping.

Pihak JAIPk enggan mengulas apakah premis perniagaan yang diserbu mereka berkaitan dengan penyebaran ajaran Syiah atau tidak.

Kebimbangan tercetus apabila mazhab Syiah semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia berikutan perkembangan teknologi Maklumat.

Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengesahkan pengikut mazhab Syiah sudah mencapai hampir 250,000 orang yang bergerak aktif dalam 10 kumpulan.

 Senior Malaysian Sunni Scholar: Umno's Anti-Shia Campaign Shows Ignorance of Islamic Scholarship

The government's current campaign against Shi'ite Islam has only exposed its deep ignorance about age-old differences within the Islamic tradition that have been tolerated for centuries, according to PAS (Pan-Islamic Malaysian Party) president Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

 Senior Malaysian Sunni Scholar: Umno

(Ahlul Bayt News Agency) - Malaysia - The government's current campaign against Shi'ite Islam has only exposed its deep ignorance about age-old differences within the Islamic tradition that have been tolerated for centuries, according to (Pan-Islamic Malaysian Party) PAS  president Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Discussions on the Shi'ite issue should be the realm of the academia, and the government must act based on knowledge and not politicise the issue," Hadi said, in the first public comments on the current anti-Shia euphoria by a top leader of PAS.

He was responding to a campaign spearheaded by Islamic bureaucrats and several Wahhabi-influenced Muslim spokesmen from UMNO, in which Malay-language dailies have been vilifying Shi'ite Muslims and even calling for their expulsion from society.

Hadi, a seasoned Islamic scholar who has close ties with Sunni and Shi'a authorities worldwide, reminded that any approach to tackle differences among the various schools of thought in Islam must be done in an environment of scholarship and knowledge.

While agreeing that Shi'ite Islam may not be suitable to be followed by local Muslims who have long subscribed to the Shafi'i school of thought, Hadi warned that one should not be quick in branding Shi'ites as being outside the fold of Islam.
He reminded Muslims against falling into the trap of sectarian war set by their enemies, adding that big powers were currently involved in setting the stage for action against Iran, a predominantly Shia Muslim nation, whose alleged nuclear weapons project has worried both Israel and US-backed Arab monarchies.

Hadi also pointed out that just as within Sunni school, there are various denominations within Shiism, adding that Muslim scholars have long recognised the Imamites - the principal sect of Shiism - which is followed in Iran, Iraq and Lebanon.

"They are allowed to perform the Hajj to Makkah because scholars recognise them as Muslims. They pray and perform pilgrimage, though many of their rituals may be at odds with the Sunni jurisprudence," he added.


اهانت یکی از فرزندان نخست وزیر پیشین مالزی به پیروان مذهب حقه تشیع


شیعه ستیزی در مالزی این روزها رنگ و بوی جدی*تری به خود گرفته است و ایالت*های این کشور یکی از پس از دیگری فشارها بر شیعیان را افزایش می*دهند.


شیعه ستیزی در مالزی این روزها رنگ و بوی جدی‌تری به خود گرفته است و ایالت‌های این کشور یکی از پس از دیگری فشارها بر شیعیان را افزایش می‌دهند.
به گزارش  ایسنا،  در این راستا به تازگی ایالت "نگری سمبیلان" در جنوب مالزی اعلام کرده است که آموزه‌های شیعی در این ایالت ممنوع است.

محمد حسن، سر وزیر این ایالت با اعلام این خبر گفت: شورای اسلامی و شورای فتوای نگری سمبیلان بر اساس قانون خانواده مسلمان سال 2003 تصمیم به ممنوعیت آموزه‌های شیعی گرفته‌اند.

وی تصریح کرد: این تصمیم برای اجرایی شدن نیاز به تائید سلطان این ایالت دارد.

این مقام مالزیایی افزود: خارجیانی که پیرو مذهب شیعه هستند این اجازه را دارند تا به امورات مذهبی خود بپردازند اما حق ندارند تا مذهب خود را به مالزیایی‌ها گسترش داده و برای آن تبلیغ کنند.

چند روز پیش نیز پسر ماهاتیر محمد عنوان کرده بود که دولتش شیعه را یک "مذهب انحرافی" می‌داند!

به گزارش ایسنا، مخریز ماهاتیر، پسر سوم و پنجمین فرزند ماهاتیر محمد، نخست وزیر پیشین مالزی که با تلاش‌های پدرش در انتخابات سراسری ماه مه به عنوان سر وزیر ایالت کداه (زادگاه ماهاتیر محمد) انتخاب شد، در اظهار نظری جنجال برانگیز گفته است که دولت محلی، شیعه را به عنوان یک مذهب انحرافی اعلام کرده است.

وی تصریح کرد: این اقدام دولت محلی ایالت کداه در راستای فرمان شورای فتوای ملی مالزی در سال 1996 بوده است که شیعه را مذهبی انحرافی معرفی کرده بود. 

وزیر خارجه مالزی: روابط مان با ایران به رغم گسترش شیعه، صمیمی است

مالزی: وزیر امور خارجه مالزی گفت: روابط ما به ایران با وجود رواج و گسترش شیعه در کشور همچنان صمیمی و رو به افزایش است.
به گزارش پایک نیوز به نقل از خبرگزاری برناما، عنیفه امان که شب گذشته در مراسم افطاریه وزارت خارجه مالزی با مطبوعات سخن می گفت، در پاسخ به سئوالی در مورد اینکه آیا گسترش شیعه در مالزی روابط با دولت ایران را تحت تاثیر قرار خواهد داد، افزود: باوجود رواج شیعه و آموزه های آن در کشور، روابط مالزی با ایران همواره صمیمانه و دوستانه بوده است.
بنا به این گزارش، در روزهای اخیر موجی از اخبار و گزارش های ضد شیعی در مطبوعات مالزی به راه افتاده که  محور عمده آنها “رواج بیش از پیش شیعه در مالزی”، “تهدید بودن شیعیان برای مالزی” و 
“ممنوعیت فعالیت های شیعی در این کشور” بوده است





Shiite Muslims in Malaysia: A Cultural Genocide
 John Lim remembers the people whom Malaysia has forgotten

Among the marginalized in Malaysia, there is a single group perhaps more marginalized than many. They are the people that Malaysia has forgotten. They are the Shiite Muslims. No one knows how many there are. They could be as few as 10,000 or as many as 40,000. The one thing that is certain, however, is that they face such oppression that it borders on cultural genocide. They are raided. Imprisoned. Denied the freedom to worship. Denied the freedom to participate in public life. Left only one choice: convert to Sunni Islam or remain persona non grata.

Shiite Muslims attend a religious gathering in the outskirts of Kuala Lumpur | Source: AFP
Shiite Muslims attend a religious gathering in the outskirts of Kuala Lumpur | Source: AFP
Nazri (not his real name) provides a rare inside glimpse into this hidden world. I first encountered him while producing a television programme on the lives of immigrants in New Zealand. Nazri reveals that he was once Sunni, but grew disaffected when the Sunni hadith failed to provide him answers to his own spiritual questions. His search led him towards the Shia denomination and he eventually converted. As a consequence, he and several others were subjected to a crackdown. Enforcement officers raided his home, arrested him and seized his personal religious material. Upon release, he was blacklisted and denied employment as well as the opportunity to further his studies. Nonetheless, Nazri believes he is fortunate in comparison with others. He has anecdotal accounts of Shiite acquaintances being tortured and then denied medical treatment as a way of pressuring them to renounce their faith.
The schism between Sunni and Shia dates back to the 5th century. Following the death of Prophet Muhammad, the issue of who would succeed him as leader of the ummah polarized the community. Sunnis, by way of popular vote, chose Abu Bakr to be the first caliph. Shiites, by contrast, preferred Ali, whom they believed the Prophet had chosen by way of divine mandate. This has given rise to two separate interpretations of Islam, with the Sunni tradition holding sway over 80% of Muslims in the world today, often at the expense of the Shiite minority, who are regularly labelled as heretics.
The plight of the Shiites has been making the rounds on the international circuit via news agencies such as AFP,  but has gained little political traction within Malaysia itself. DAP and Keadilan’s stance on the issue has so far been muted, and they are perhaps wary of alienating the Islamist PAS, whose Sunni hadith differs from UMNO only in the degree of application. The current constitution is also a potential minefield—article 11 is vague and offers the government the right to regulate Islam as they see fit. This leaves the doors wide open for persecution against ‘sects’ and ‘deviants’ that may challenge the general Sunni understanding of Islam.
Whichever way the political landscape shifts, one thing is for certain. Malaysia will continue to be an uncomfortable place to be a Shiite. If you are one, you will either be driven further underground or you will have to leave the country.
Buckling under the weight of surveillance, Nazri had chosen to seek asylum in the West, where he is free to worship and practice his faith. But even emigration has not offered him complete relief — while he enjoys freedom from persecution overseas, he fears for the well-being of the friends and family he left behind.
John Ling is a Malaysian writer based in New Zealand. You can find out more about him and his work at johnling.net

Bukan Semua Syiah Sesat, Kata Mufti


[tmi]- Bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.

Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.

“Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.

Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.

“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.

Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.

“Kerajaan Kedah ambil pendekatan itu kerana kebanyakan penduduknya bukan berpendidikan tinggi. Maka dikhuatiri jika ada pihak yang cuba mulakan provokasi, pergaduhan sesama Islam boleh tercetus.

“Ini berlainan situasinya seperti di Kuala Lumpur, ketegangan mungkin dapat dielak jika dua kumpulan berkenaan saling mengawal sensitiviti dan emosi masing-masing,” katanya.

Berdasarkan sejarah, pensyarah itu berkata pengembangan Syiah di Nusantara agresif pada abad ke-20 di Pasai dan Perlak, malah merebak ke Istana Siam pada abad ke-17 berikutan wujudnya pemakaman di Pattaya.

Jika kerajaan telus untuk menyelesaikan isu Syiah, katanya, ketua mereka atau lebih dikenali sebagai ‘Usuli’ perlu didekati dan pendekatan musyawarah dilakukan.

“Jika kerajaan terus mengancam Syiah menggunakan pendekatan menangkap atau beri kaunseling langsung, ditakuti mereka akan berpura-pura dalam penampilan dan akidah bagi mengelak diri diancam atau dikenal pasti.

“Lebih mengejutkan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Mei lalu menggesa umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya berdamai, berhenti berbalah dan berbunuhan sesama sendiri.

“Awal minggu ini, Dr Mahathir menggesa negeri yang belum mewarta fatwa anti Syiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya membawa kesan negatif dan memecah belah ummah,” katanya.

Selasa lalu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan kerajaan Terengganu akan mematuhi pewartaan fatwa anti-Syiah walaupun negeri itu bebas dari pengaruh fahaman atau ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata laporan mendapati isu Syiah di negeri itu di peringkat terkawal.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man, berkata fatwa pengharaman Syiah di negeri itu sudah diumum sejak beberapa tahun lalu.

SOLAWAT





No comments:

Post a Comment